Monday 9 July 2018

Resepi Chocolate Chip Cookies Sedap Ala-ala Famous Amos


Assalamualaikum semua

Bertemu kita kembali dalam ruangan resepi yang mudah, sedap dan confirm jadi.

Antara biskut yang popular time raya, of course la biskut coklat chip kan. Banyak actually resepi ni kalau korang Google. Bole je nak try, antara sedap atau tak and antara jadi atau tak je.

Akak pun dah pernah cuba a few resepi biskut coklat chip ni. Jadi tu jadi la, cuma ada yang sedap, ada yang so so je rasa dia. Dalam entry ni, akak nak share satu resepi biskut coklat chip kegemaran akak dan anak-anak. Highly recommended untuk korang cuba. Gerenti tak menyesal.

Biskut ni sedap sangat dan rangup. Ala-ala Famous Amos gitu rasa dia. Bahan-bahan pun semua yang senang je. Yang paling penting, mudah betul nak buatnya. Sukat guna cawan je and tak perlu mixer. Korang cuma perlu ada bahan-bahan, oven dan kerajinan je.

Biskut ni bukan time raya je boleh buat. Anytime pun boleh. Anak-anak akak memang suka betul biskut ni. Baru je semalam akak buatkan satu adunan, letak dalam balang. Boleh la time relax-relax tu kunyah-kunyah.


Ok, jom akak kongsikan resepinya. By the way, resepi ni akak ambil dari kawan di Facebook. Dari Azie Kitchen katanya resepi ni.

Resepi Chocolate Chip Cookies Sedap Ala-ala Famous Amos

Bahan-bahan

Bahan A

1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B

2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.



2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar.


3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.


4. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.


5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.
* Part ni, akak bakar lebih lama sikit. Dalam 30 minit macam tu baru dia betul-betul garing. Ikut oven dan loyang masing-masing rasanya.


Selamat mencuba.
Kalau korang dah cuba, bole la share dengan akak kat komen ya.

Thanks for reading :)

No comments: