Tuesday 10 July 2018

Resepi Kek Marble Sedap, Lembut Dan Gebu


Assalamualaikum

Minggu lepas ada jamuan raya kat school anak-anak akak. Akak dah memang plan nak buat kek yang simple-simple, so akak buat Kek Marble je. Lagipun cik abang pun request akak buat kek juga, saja teringin nak makan. Sedap le tu cik isteri buat tu :)

Kek Marble ni senang je pun nak buat. Resepi pun sukat pakai cawan je.

Rasa dia, Mashallah sedap sungguh. Lembut, gebu dan moist gitu. Ni pun anak-anak akak dah request suruh buat lagi. InsyaAllah tengok dalam sehari dua ni kut akak akan buat lagi. Lagipun ada jamuan raya kat KAFA pulak Jumaat ni, boleh la anak-anak bawa.

Resepi ni asalnya resepi Kek Marjerin biasa je. Akak olah sikit jadikan Kek Marble.

Jom akak share sini resepi tu k. Bole la korang buat juga, sure anak-anak suka punya la.


Resepi Kek Marble Sedap, Lembut Dan Gebu

Bahan-bahan

1 1/4 cawan / 250g marjerin Pelangi
1 cawan / 100g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur gred A@B
1/4 cawan / 5 sudu besar susu pekat
2 cawan / 200g tepung naik sendiri (ayak)
* kalau nak guna tepung gandum, cuma tambah 1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar susu segar (suhu bilik)
2 sudu besar serbuk koko (ayak)

Cara-cara

1. Mix marjerin, gula halus dan esen vanilla hingga jadi putih berkrim.
Tips : kena sampai putih berkrim tau sebelum masukkan telur. Kalau tak nanti kek tu bantat.


2. Masukkan satu demi satu (selangkan sedikit) telur dan mix hingga sebati.

3. Masukkan susu pekat.

4. Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar secara berselang-seli. Kacau dengan senduk hingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian original, dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko ke dalam satu bahagian lagi, kacau sebati.

6. Letakkan adunan original dan adunan yang dicampur serbuk koko secara berselang-seli ke dalam loyang.


7. Panaskan oven suhu 170 lebih kurang 10 minit. Bakar dalam loyang petak atau bulat size 8 inci, suhu 170 masa 45 minit atau hingga masak.

8. Setelah masak, terbalikkan kek atas redai/besi jaring.

Terbalikkan kek atas jaring, macam ni

Kek yang dah siap dipotong. Ni untuk anak-anak bawa ke jamuan raya kat school

Selamat mencuba.

Thanks for reading!

No comments: