Monday, 16 July 2018

Resepi Dadih Homemade Sedap Dan Mudah


Assalamualaikum

Apa khabar semua. Mudah-mudahan semuanya sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

Budak-budak suka makan dadih kan. Bukan budak-budak je, mak dengan ayah budak pun suka juga.

Anak-anak akak suka sangat makan dadih. Kalau pergi pasar malam ke, pasar tani ke, nampak je orang jual dadih confirm nak beli. Lagi-lagi kalau dadih coklat atau milo.

Actually senang je nak buat dadih ni. Ada serbuk dadih instant yang dijual di pasaran, cuma akak tak pernah cuba. Akak biasa buat dadih yang tak guna serbuk dadih tu, akak guna serbuk agar-agar je then letak creamer Coffemate dan susu cair.

Simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk tu memang sedap betul.
Anak-anak akak memang suka betul kalau buat dadih ni. Sekejap je dah habis.

Jom akak kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk buat dadih homemade ni ya.
Buat sendiri ni lagi puas hati sebenarnya. Selain kita tau apa bahan-bahan yang kita guna, kebersihan pun terjamin.


Resepi Dadih Homemade Sedap

Bahan-bahan

10gm agar-agar serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter (dlm 12 cawan )
200gm Coffemate Creamer
1 tin susu cair
Perisa ikut citarasa masing-masing

Cara-cara

1. Dalam periuk yang bersih masak air, agar-agar serbuk dan gula sampai mendidih. Kacau rata.

2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate sedikit demi sedikit dan kacau sampai creamer larut.

3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.


4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yang di kehendaki.  Akak buat perisa Milo, letak serbuk Milo je. Anak-anak suka macam ni.


5. Kacau cepat-cepat setiap perisa tu, dan tuang ke dalam bekas.

6. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan dalam peti ais. Siap dan bolehlah dimakan..

Mudah dan sedap. Lembut je dadih ni.

Selamat mencuba.
Thanks for reading!