Tuesday 3 July 2018

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Yang Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum :)

Bertemu lagi kita dalam sesi berkongsi resepi kek yang mudah, sedap, lembut dan confirm jadi.

Akak ni memang suka sangat buat dan makan kek coklat. Time zaman study dulu lagi dah jadi pembuat kek coklat tegar. Ingat lagi dulu waktu belajar kat Germany, time ada jamuan raya je, beriya akak membakar berbiji-biji kek coklat.

Macam-macam resepi juga la yang akak dah try, kebanyakannya yang versi bakar. Yang versi kukus akak pernah try sekali je. Tak taula kenapa, akak lagi suka rasa dan tekstur kek coklat versi bakar.

Raya baru ni, akak ada try satu resepi kek coklat ni. Senang sangat resepi ni, sukat guna cawan je. Akak memang suka resepi yang guna cawan ni, sebab rasa macam leceh nak timbang-timbang.

Walaupun baru first time try buat, tapi menjadi terus dan rasa dia, Masha'Allah, sedap gile weh. Dah la sedap, lembut dan lembab (moist) pula tu. Walaupun selepas berhari-hari, siap simpan dalam peti ais lagi, kek coklat tu tetap maintain je lembut dia. Suka sangat. Lepas ni, kalau buat kek coklat, memang resepi ni je la yang akak akan guna. Tak pandang lain dah.


Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Bahan-bahan

Bahan 1

5 biji telur gred B
1 cawan gula pasir (blend halus) - akak guna gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette (optional) - akak letak so kek akan jadi lebih gebu

Bahan 2

2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam halus
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan serbuk milo

Bahan 3

1 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1/2 cawan air panas

Cara-cara

1. Satukan Bahan 2 dan ayakkan. Letak tepi.

2. Satukan Bahan 1 dan mix hingga kembang.

3. Masukkan susu pekat manis dan minyak jagung ke dalam adunan Bahan 1 tadi dan mix sebati dalam 2 minit kemudian matikan mixer.

4. Masukkan bahan ayak (Bahan 2) ke dalam adunan dan kacau sebati menggunakan whisk atau senduk.

5. Masukkan susu cair dan kacau sebati.

6. Masukkan air panas dan kacau lagi hingga tak berketul.

7. Lapik dasar loyang dengan baking paper, masukkan adunan ke dalam loyang. Akak guna loyang bulat.

8. Panaskan oven suhu 160c lebih kurang 10 minit. Bakar pada suhu 160c selama 50-55 minit atau hingga masak, api atas bawah.
* Untuk memastikan kek telah masak dengan sempurna, cucuk di tengah kek dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah masak sempurna. Jika tidak, tambahkan lagi masa membakar.
* Kek ni nak kukus pun boleh. Untuk kukus, tutup loyang dengan plastik, kukus 45 minit, api sederhana.

9. Biarkan kek sejuk untuk diletakkan topping.

Topping Kek Coklat

Bahan-bahan

200g coklat bar
1/4 cawan susu segar (akak guna susu cair)
1 sudu besar butter

Cara-cara

1. Masak secara double boiler hingga larut (sentiasa kacau).

2. Tutup api dan masukkan butter. Kacau sehingga cair.

3. Curah ke atas kek yang telah dibiarkan sejuk.

Untuk topping kek coklat, banayk resepi yang boleh korang cuba sebenarnya. Tapi akak selalunya buat macam ni je. Just nice rasa dia, sedap dan tak terlalu manis.

Selamat mencuba.
Thanks for reading!


No comments: