Thursday 5 July 2018

Jalan-jalan Bercuti Tempat-tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan


Part 1 : Review Bermalam Di Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan

Part 3 : Apa Yang Menarik Di Pantai Cahaya Bulan

Part 4 : Apa Ada Di Rantau Panjang Dan Tempat Beli Keropok Lekor Sedap Kelantan

Assalamualaikum

Seperti yang akak kongsikan dalam entry sebelum ni, cuti raya baru-baru ni, akak sekeluarga pergi bercuti sambil beraya ke Kelantan. Unplanned trip sebenarnya. Macam cari penyakit juga la tu, dah tau time-time raya kat Kelantan tu sah-sah jam, gigih juga nak pergi. Kitorang ni saja ja follow kakak akak balik beraya rumah mertua dia kat Bachok, Kelantan.

Kakak akak bertolak dari Alor Setar dalam pukul 8 pagi hari raya ke-empat, dengan abang ipar, mak dan ayah akak. Akak, suami dan anak-anak ada kat Bertam, Pulau Pinang time tu. So kitorang jumpa on the way, dekat highway je, then konvoi sama-sama ke Kelantan.

Alhamdulillah perjalanan kali ni, jam tak la teruk sangat. Mungkin sebab akak dah pernah rasa yang lagi teruk dari tu kut. Selain jam, tambah dengan waktu berhenti pergi toilet dan makan tu, akhirnya kitorang sampai kat hotel tak silap akak lebih kurang pukul 5 petang.

Kitorang stay dekat Hotel Dynasty Inn. Boleh baca review akak tentang Hotel Dynasty Inn, Kota Bharu Kelantan kat sini ni ya. Overall, hotel ni highly recommended untuk yang mencari hotel murah, bersih dan selesa di Kota Bharu, Kelantan.

Sampai di hotel, terus kami check in, mandi, solat dan rehat sekejap. Kakak dan abang ipar akak pula terus pergi ke Bachok dulu, jumpa keluarga abang ipar akak.

Malam tu lepas Maghrib, kakak dan abang ipar akak datang ke hotel untuk ambil kami pergi ke Bachok. Sambil kami nak beraya, ada jamuan makan-makan juga sebenarnya. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dan yang paling special, ada menu popular di Kelantan, Nasi Kak Wok. Nasi Kak Wok ni sebenarnya nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan. Simple je, tapi rasa dia.. perghh. Korang kalau pergi Kelantan, jangan lupa cuba Nasi Kak Wok k.

Akak tak sempat nak ambil gambar malam tu. Ni gambar Nasi Kak Wok ihsan dari Google

Disebabkan masing-masing agak letih dek perjalanan yang agak jauh, so kitorang tak lama sangat kat Bachok. Lepas makan-makan dan sembang-sembang, dalam pukul 10 malam tu kitorang balik semula ke hotel.

Esok paginya, dalam pukul 8 pagi macam tu kitorang breakfast dulu kat hotel sebelum keluar jalan-jalan.

Kakak Aina dan mak tok. Tenang dan selesa makan kat sini

Irfan dah kenyang, semua makanan kena dengan selera irfan

Kakak akak still beraya dengan keluarga abang ipar. Mak dan ayah akak pula nak rehat kat bilik je pagi tu. Jadi dalam pukul 10 pagi macam tu, akak, suami dan anak-anak je keluar jalan-jalan. Kitorang parking dekat parking lot area Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau dikenali juga sebagai Menara Rehal. Parking sini senang nak jalan-jalan sebab banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati ada sekitar situ.

First stop, Pasar Besar Siti Khadijah. Pasar ni tempat membeli-belah yang terkenal la kan dekat Kelantan, kalau tak singgah tak sah. Di tingkat bawah, ada bahagian yang jual barang-barang basah dan ada bahagian yang jual makanan kering serta kuih-kuih tradisional Kelantan. Tingkat atas pula ada dijual segala baju, kain, tudung, telekung dan pelbagai lagi. Pandai-pandai la korang survey dan tawar harga. Kalau boleh, cakap Kelantan terus, barulah tak kena ketuk kut :)

Pasar Besar Siti Khadijah. Gambar ihsan dari Google juga, sebab akak tak sempat nak ambil gambar. Orang ramai, anak-anak pula asyik ajak keluar dari situ

Ada satu lagi tempat membeli-belah yang popular di Kelantan ni iaitu Wakaf Che Yeh. Tapi kitorang tak singgah sebab masa tak mengizinkan. Lagipun akak dah pernah pergi situ, kira dah cukup dah la syarat.

Shopping complex pun ada sebelah Pasar Besar Siti Khadijah ni, KB Mall. Tapi kitorang tak singgah, sebab kitorang plan nak pergi AEON Mall Kota Bharu lepas jalan-jalan area bandar.

Dekat bandar Kota Bharu ni, banyak juga muzium yang ada. Dekat-dekat, boleh jalan kaki je. Tapi kitorang tak singgah semua la, yang mana sempat je. Anak-anak pun dah tak larat jalan dan tak larat mama asyik ajak ambil gambar.

Dari Pasar Besar Siti Khadijah, kami pergi ke Istana Balai Besar. Istana ni bertentangan dengan Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra. Binaan istana ni cukup cantik dan unik, tapi cuma boleh tengok dan ambil gambar kat luar je sebab tak boleh masuk dalam. Dulunya istana ni tempat bersemayam Sultan Kelantan, tapi sekarang menjadi tempat berlangsungnya upacara rasmi kerajaan. 

Waktu ni mood bergambar kakak Aina and Irfan masih ok :)

Ni kat bahagian tepi Istana Balai Besar

Kat longkang belakang Istana Balai Besar pun nak selfie

Muzium pertama dan satu-satunya yang kami masuk adalah Muzium Diraja Istana Batu. Muzium ni asalnya dulu istana tempat bersemayam Al-Marhum Sultan Yahya Petra semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan. Sekarang istana ni dijadikan Muzium Diraja yang mempamerkan khazanah-khazanah Sejarah Kesultanan Kelantan. Nak masuk dalam ni ada dikenakan bayaran, cuma akak tak ingat berapa. Tapi murah je, seorang RM2 kalau tak silap.


Hanya bergambar di luar Muzium Diraja je sebab kat dalam tak dibenarkan bergambar

Dari muzium, kami ke Kampung Kraftangan pula. Dalam ni ada Muzium Kraftangan, tapi kitorang tak masuk sebab kakak Aina dah mula merungut tak larat. Kitorang cuma jalan-jalan je kat dalam tu, tapi rasa rugi la juga tak masuk muzium tu. Di situ ada pelbagai hasil kraftangan halus Kelantan seperti songket, batik, ukiran kayu dan lain-lain. Selain pameran, yang menariknya ada demonstrasi juga.

Irfan dah makin besar dan tinggi dari kakak Aina. Cepatnya anak-anak mama membesar

Di hadapan Muzium Kraftangan yang ada di dalam Kampung Kraftangan

Kitorang ingat nak lunch kat Restoran Nasi Ulam Cikgu yang popular tu, tapi takde rezeki sebab tutup. Cuti raya lagi agaknya. Restoran ni ada berhampiran Kampung Kraftangan. Korang kalau jalan-jalan bandar Kota Bharu ni, boleh la cuba makan kat restoran ni sebab selain memang menjadi tumpuan ramai, restoran ni berhampiran dan dikelilingi tempat-tempat bersejarah di situ.


Disebabkan restoran tu tutup, jadi kami terus ambil kereta kat parking lot je.

Sebelum masuk kereta yang kitorang parking kat belakang tu, bergambar dulu di Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra

Dari awal kitorang plan untuk ke AEON Mall Kota Bharu untuk beli-beli barang sikit. So, terus je la dari situ. Beriya akak ajak cik abang ke AEON Mall ni sebab nak singgah KAISON juga sebenarnya. Mana-mana tempat yang akak pergi yang ada KAISON, mesti akak akan singgah. Cuci mata dan tercuci sekali poket :)

Memandangkan time tu pun dah lunch hour, alang-alang tu kitorang lunch je terus kat situ sebab anak-anak dah lapar. Sambil tu, tapau juga lunch untuk mak dan ayah akak kat hotel. Tak boleh lama-lama sangat kat situ, sebab petang tu nak bawa mak dan ayah akak jalan-jalan Pantai Cahaya Bulan pula.

Meeting apa tak tau dua budak kecik ni sementara tunggu makanan datang

Lepas dah habis makan dan kena pau beli LEGO dengan anak-anak, makanya pulangla semula kami ke hotel. Balik je hotel, sembahyang dan rehat-rehat sekejap, keluar semula bawa mak dan ayah akak ambil angin kat Pantai Cahaya Bulan. Ok, yang ni, InsyaAllah next entry pula kita bersambung ya :)

Stay tuned
Thanks for reading!


No comments: