Thursday 5 July 2018

Apa Yang Menarik Di Pantai Cahaya Bulan, Tempat Menarik Di Kelantan


Part 1 : Review Bermalam Di Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan

Part 2 : Jalan-jalan Bercuti Tempat-tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan

Part 4 : Apa Ada Di Rantau Panjang Dan Tempat Beli Keropok Lekor Sedap Kelantan

Assalamualaikum

Bersambung dari entry akak sebelum ni iaitu kisah akak dan cik abang bawa anak-anak jalan-jalan tempat-tempat menarik di Kota Bharu, Kelantan di waktu pagi, kali ni kisah sebelah petangnya pula.

Selepas solat dan rehat sekejap di hotel, kami keluar semula, bawa mak dan ayah akak sekali jalan-jalan di Pantai Cahaya Bulan atau dikenali juga sebagai PCB di kalangan warga setempat. Ada juga pantai-pantai lain dekat Kelantan ni, tapi PCB ni la yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Kalau korang masih ingat, pantai ni dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi.

Pantai ni bukanlah seperti pantai di Port Dickson yang mana kita boleh mandi, bermain jetski dan sebagainya. Tetapi, pantai ni sentiasa ramai orang dan meriah. Waktu kami pergi tu pun, banyak betul kereta beratur nak masuk parking. Nasib kami Alhamdulillah baik, dapat parking dekat dengan kawasan pantai dan tempat makan-makan.

Jadi, apa yang menariknya di Pantai Cahaya Bulan ni ya.

Pantai ni lebih kepada tempat orang relax dan makan-makan di tepi pantai. Kalau korang datang dengan anak-anak, boleh juga main layang-layang. Ramai orang jual kat sini.

Gambar ihsan dari Google. Pilih je mana satu nak. Tapi kena bayar la :)

Disebabkan anak-anak agak letih, kitoarng cuma jalan-jalan dan relax ambil angin pantai. Tak larat dah masing-masing agaknya sebab berjalan sepanjang hari. Kalau tak, kakak Aina and Irfan ni pantang nampak layang-layang, sure suruh beli sebab nak main.

Tenang je rasa kalau jalan tepi laut ni

Kakak Aina and Irfan malas nak layan mama. Khusyuk layan ice cream

Lepas santai-santai tepi pantai ambil angin, kami sambung pula relax-relax kat kedai-kedai makan sebelah tu.

Ada banyak gerai dan warung makan sepanjang Pantai Cahaya Bulan ni. Kebanyakannya meletakkan bebola yang banyak di hadapan kedai, memang kombinasi terabikla kalau makan tu sambil minum air kelapa atau coconut shake. Ada juga menu-menu lain sepeti nasi goreng, tom yam, megi ketam dan sebagainya.

Kami memilih untuk makan ringan-ringan je sambil ambil angin pantai, makan bebola dan minum air kelapa sebab malam nanti kakak dan abang ipar akak akan datang hotel selepas diorang habis beraya. Diorang cakap nak bawakan Nasi Air Dingin.

Kakak Aina nampak letih sungguh tu :)

Jemput makan sambil pekena air kelapa

By the way, dekat Pantai Cahaya Bulan tu ada banyak juga hotel dan resort. Kalau korang tak nak stay dekat bandar, prefer untuk stay berdekatan dengan pantai, ada banyak pilihan untuk korang. Lagipun, tak jauh dengan bandar Kota Bharu, senang juga nak jalan-jalan area bandar.

Ok, dah habis kami makan-makan tadi, relax-relax sekejap, lepas tu kami balik ke hotel. Sempat sampai kat hotel sebelum Maghrib.

Malamnya, kakak dan abang ipar akak ada datang bawakan Nasi Air Dingin. Macam banyak pula jenis nasi yang terkenal kat Kelantan kan. Kalau dulu, yang akak tau kat Kelantan ni Nasi Kerabu je la. Kalau korang datang ke Kelantan, jangan lupa cuba Nasi Air Dingin ni ya sebab sedap sangat. Nasi ni bukanlah sejuk ke apa, tapi 'dingin' tu actually nama tempat dekat Tumpat Kelantan, tempat asal usul nasi ni.

Ok, berakhirlah sudah hari kedua kami di Kelantan yang sangat padat.
Esoknya, kami nak check out dan terus pulang ke Kedah dah sebenarnya.

InsyaAllah kita berjumpa lagi di entry seterusnya k.

Thanks for reading!

No comments: