Showing posts with label Fun. Show all posts
Showing posts with label Fun. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

I'm on Instagram !!! Follow me @cikjatt

Dulu time ada handphone tekan-tekan butang tu (bukan touch screen la tu), aku selalu teringin nak ada Instagram. tapi aku ni jenis yang selagi benda tu tak rosak, aku tak akan tukar atau beli yang baru. So, pakai la aku handphone Sony Ericon Cybershot kesayangan aku tu walaupun orang lain semua dah pakai handphone yang canggih2. tapi aku memang sayang handphone tu sebab dah banyak berjasa kat aku, sebab aku tak perlu dah ada camera lain. camera dia cun sangat:)

then, tiba2 handphone aku tu buat hal. so aku pikir, inilah masanya, masanya untuk aku ada Instagram. hehehe. tak lama pun aku survey nak beli handphone baru tu, sebab cik abang yang buat decision untuk aku. kalau nak tunggu aku decide nak beli handphone yang mana satu, aku rasa mau sampai sekarang pun dok survey and pikir lagi.

so, aku just bagi requirement kat cik abang, aku nak handphone yang boleh berjasa kat aku sebagai camera jugak. dasar gile bergambar:) disebabkan aku dah pernah pakai Sony, jadinya aku rasa bab2 camera ni, Sony la yang paling power. dulu Cybershot, 8 Megapixel, sekarang aku guna Sony Xperia Ion, 12 Megapixel. memang clear habis.

then, benda pertama yang aku suruh cik abang install, mestila Instagram.

so, itula serba sikit sejarah macam mana aku boleh terjebak dengan Instagram ni. baru tengah dok belajar2 lagi macam mana nak guna.

Jom la follow @cikjatt

Instagram : cikjatt


Monday, 5 December 2011

Sesi menghabiskan duit kat Funfair sebelah Stadium Darul Aman, Alor Setar

weekend baru ni aku bawak anak2 gi Funfair kat Alor Setar. dah lama takde benda2 macam2 ni kat Alor Setar. jadinya memang crowded yang amat tempat tu, dahla time cuti sekolah kan. diorang bukak kat sebelah Stadium Darul Aman tu. bukan aku nak cakapla, tapi memang tempat ni cekik darah. mau berjuta tokey tu dapat satu malam. bayangkanla, satu token RM 2. pastu charge untuk main benda2 tu, sorang kena 2 token, which is RM 4. ada gak yang charge 3 token. mahal wehh. dahla budak2 kecik pun kena charge harga yang sama. ampehhh. seb baik anak aku 2 jer, kalau ramai, tengok jer la anak2 yer:)

Qistina and Irfan memang enjoy main kat situ, sampai tak nak balik rumah. mainan kat situ pun aku rasa not bad, semuanya best2 dan mencabar. seronok tengok anak2 enjoy. takpela, sekali-sekala kan, bukannya selalu ada benda2 macam ni. ni second time aku bawak anak2 g tempat macam ni. last year bawak g Pesta Pulau Pinang. this year tak g lagi pesta tu, tak tau lagi nak g ke tak.

okla, jom layan gambar..

Ferris Wheel, first benda yang Qistina and Irfan nak naik
Adult 3 tokens, Child 2 tokens

Irfan macam cuak sikit masa mula2 naik

sukanya Irfan dan mak tok

gambar selingan:)

happy nya anak dara mama sorang nih

pusing pusing

rehat sat sebelum balik. penat lepas main macam2

Tuesday, 29 November 2011

Spending quality time di playground bersama anak2

kepada yang bertanya kenapa anak2 aku tak duduk ngan aku sekarang, jawapannya, adalah sebab aku dan cik abang dah discuss, biar mak aku jagakan Irfan buat sementara waktu, sebab hari tu kan Irfan kena Pneumonia. biar la Irfan ngan kakak duduk ngan mak aku dalam sebulan macam tu, biar Irfan betul2 sembuh. insyaAllah this weekend kitorang bawa balik duduk ngan kitorang balik. ni la first time berpisah lama ngan anak2. terseksa jiwa raga aku menahan rindu hari-hari. tak boleh tahan:(

so, last weekend, aktiviti aku bersama anak-anak adalah bermain-main di playground kat Alor Setar. selalunya wan diorang yang bawak main kat situ. aku pun dah lupa apa nama tempat tu. kat situ memang jadik tumpuan orang jogging and parents yang bawak anak main2. pagi petang sentiasa penuh. aku rasa orang suka g situ sebab kat situ banyak pkok, teduh jer. Qistina and Irfan enjoy sangat dapat main-main kat situ. semput jugakla aku ngan cik abang melayan.

wokeh, jom layan gambar:)

 ni la yang Irfan paling suka

jaga2. dah keluar dah. ayah dah standby dah tu

hahhhh! kiri kanan si ayah control anak2

alamak. shoes kakak jatuh kat bawah pulak

yang ni, favourite kakak

'mama ayun Irfan ok'

sempat lagi mama posing tu


Irfan nak swing sendiri, tak kasi mama buat


last sekali, main jongkang jongket pulak

Wednesday, 16 November 2011

Aktiviti weekend menghabiskan masa kat tempat lepak budak-budak sekolah, City Plaza Alor Setar

weekend lepas, aku ngan cik abang balik lagi rumah mak aku kat Alor Setar, sebab Qistina and Irfan ada kat situ. insyaAllah minggu depan balik lagi, sebab kitorang plan nak biar anak2 duduk ngan mak aku lagi seminggu.

aku kalau balik rumah mak aku, aktiviti aku yang paling utamanya adalah makan dan makan dan makan masakan mak aku. mau gemuk aku kalau selalu melantak tak hingat macam nih. pagi petang siang malam asyik makan jer. jadinya, untuk mengelakkan daripada aku berterusan ulang alik ke dapur, aku pun mengambil keputusan untuk kuar jalan-jalan ngan kakak aku.

tak g mana2 pun, just g City Plaza jer. dah lama giler aku tak jejak kaki kat situ. dulu time zaman muda remaja, selalu la aku g situ ngan member-member sekolah. bukannya ada apa sangat pun, banyak outlet-outlet kecik kat situ, tempat tengok wayang, tempat main bowling, karaoke. kesimpulannya, takde benda sangat pun untuk golongan macam aku yang bawak anak-anak kecik nih. tempat ni more happening to budak-budak muda remaja yang belum kawen ataupun baru kawen. memang terbukti pun time aku g tu, penuh dengan golongan ni jer kat situ.

so, kitorang just jalan-jalan kat situ sambil melaburkan duit dalam mesin game. macam biasa, jom layan gambar...

hmmmm.. macam mana nak main benda nih

ooooo.. kena pijak2

hahhh! main yang tekan2 pulak

yang ni canggih sikit. touch skrin jer

Note : rindunyaaaaaaa kat Qistina and Irfan:(

Monday, 10 October 2011

BoboiBoy dah dipinggirkan, Ultraman dan Barbie pulak menjadi pujaan hati

dulu Upin Upin, lepas tu BoboiBoy, sekarang si Irfan asyik la dengan Ultraman, yang si Qistina pulak dengan Barbie nya.

hari2 ...man, ....man, siap dengan gaya terkangkang ngan tangan macam nak fire mama. terjun sana, terjun sini. lawak betul aku tengok, macam tu la anak lelaki. semalam lagila lawak, aku terjumpa cerita family Ultraman kat Youtube. bila tunjuk kat Irfan, bukan main excited dia tengok sebab ada anak Ultraman. menjerit2 dia sambil buat gaya Ultraman. lepas tu gelak2 tengok baby monster. monster tu pun lawak semacam jer.


si Qistina pulak asyik dengan Barbie nya. dah mintak dah kat si ayah belikan Barbie baru, nak Barbie yang pakai lipstick katanya. yang lama2 tu, dah ke mana ntah dia usung. kat kampung rasanya. kat aku pulak, dah mintak dah eyeshadow, lipstick, powder, kira barang makeup la. ni penangan tengok Barbie makeup la nih. hari tu dia dah pakai colour pencil dah kat mata dia, buat eyeshadow. bila dah siap, dia datang tunjuk kat aku. terkujat aku. kalau dah perempuan, perempuan jugak la:)

memang cute pun, aku pun suka Barbie. tapi dulu aku kecik2, tak pernah pun main Barbie

Tuesday, 27 September 2011

Aksi panas dua beradik di air terjun

apa yang panas tu eh. sila la lihat gambar2 di bawah:)

mula2 datang, Irfan main2 air kat tepi dulu

kakak pun test air kat tempat cetek dulu

hahhh! kakak dah terjun dah dengan mak su dia
dan akhirnya........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

si Irfan dah tinggal pampers jer. yang si kakak dah ala2 berkemban dah:)

ni semua gambar hari sabtu lepas, time balik rumah mak mertua aku. actually tak plan pun nak g mandi kat air terjun. tak tau pun aku ada air terjun kat situ. lagipun, kitorang balik hari jer sebab hari ahad cik abang kena keja. sekali time tengah lunch tu, mak mertua aku ajak g tengok air terjun, tak jauh pun, lebih kurang 15 minit jer dari rumah mak mertua aku. aku apa lagi, terusla excited.

mak mertua aku baru jer pindah situ, time bulan puasa hari tu. sebelum ni, rumah diorang kat Taman Ria, Sungai Petani. tapi dah lepas pencen tu, bapa mertua aku beli tanah kat Junjong, buat rumah kat situ. diorang nak duduk rumah kampung. biasala kan, orang tua2, suka duduk kampung, kat kampung boleh buat macam2.

so, lepas lunch tu, kitorang pegi la kejap Air Terjun Junjong tu. ramai betul budak2 mandi kat situ. rasanya rumah diorang area situ jer kut. tak sangka lak Irfan join mandi sama. selalunya, Irfan nih tak suka air sejuk. kalau mandi air sejuk, mesti menjerit-jerit. sampai nak lari keluar toilet. kena mandi air suam. tapi hari tu, punya syiok dia berendam sampai tak mau balik.

tapi yang tok syoknya, aku tak boleh join mandi sama. tak bawak baju. takpe2, it's ok, it's allright, banyak peluang lagi:)

teringin betul aku nak duduk betul2 kat bawah air terjun yang turun mencurah-curah tu

Tuesday, 6 September 2011

Finally, berjaya jugak aku buat blog untuk join GA & Contest

dalam sibuk2 beraya hari tu, sempat jugak aku sibuk2 buat satu blog khas untuk join GA and contest nih. dah lama aku teringin sebenarnya, tapi masa jer tak mengizinkan.

buat simple2 jer, lebih kurang macam blog aku ni jugakla. so korang if ada masa singgahla. nak follow pun boleh. kut2 la nak tau GA and contest apa aku join, dan kut2 jugak nak join GA and contest yang sama:)

header sepesen, trademark ada butterfly

Note : harap2 adala masa aku join mana2 GA and contest nanti.

Friday, 12 August 2011

First time main bunga api

bukan akula. tapi anak dara aku, si Qistina. bukan main excited dia dapat main bunga api last weekend kat rumah mak tok dia. tok wan yang belikan, again:) ayah aku ni memang rajin beli barang2 untuk cucu2 dia main. siang2 hari pun main, dah tak sabar dah nih.

seksi sikit, panas sangat hari tu:)

tersengih gembira Qistina dapat main bunga api. siang pun siang la

malamnya si Irfan pun join main sama. tapi takde gambar sebab mama diorang dah terlebih excited sampai terlupa nak amik gambo.

nanti aku nak beli mercun yang baling kat lantai tu, pastu dia bunyi pop tu. mercun apa ntah nama dia, mercun bawang kut. rasanya budak2 main tu ok kut.

bestnya main bunga api kan. teringat zaman kanak2 dulu. tapi dulu macam lagi meriah. aku set2 main bunga api jer.  zaman sekarang ni macam dah kurenng sikit kan. nak carik orang jual pun susah. bunga api aku rasa ok jer if main, as long as kita tengok2 aka join main sama:). tapi mercun cannot okey, bahaya.

Friday, 5 August 2011

The secret revealed!

first of all, sorry yer korang tak dapat reply komen korang. tapi aku baca tau komen2 korang. blogwalking pun kurang sikit 2-3 hari ni, bulan puasa ni bz ckit:) weekend ni aku catch-up balik k.


 

curik masa sikit tulis entry ni:)
ni sambungan dari entry semalam, pasal nak buat magic tu. actually bukannya magic pun, it’s only a math trick.
if korang nak tau macam mana nak buat, klik kat entry ok.

meh kita sambung, macam mana korang nak tau 2 digit kat depan tu. macam ni…

if macam contoh kat entry ni, the result is

3    9    6

bila orang tu dah bagi tau number 6 tu, confirm korang boleh teka 2 digit kat depan tu, sebab

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kasi saspen sikit:)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
 *
*
*
*
*

the second digit is alllllwaaaayyyys 9, no matter what.
and no matter what, the total of 1st digit + 3rd digit is alwayyyyyysss equal to 9, so since the last digit is 6, then first digit tu 3 la kan. dah dapat kan:)

tak caya, meh aku tunjuk contoh lagi…

      5   8   2                                
-    2   8   5
      2   9    7

      9   8   1
-    1   8   9
      7   9    2

interesting tak. senang2 jer korang boleh teka 2 digit kat depan tu. try jangan tak try :)

Thursday, 4 August 2011

Meh aku nak ajar satu magic!


aku ada satu trick nak ajar korang. sangat interesting trick ni, bolela main ngan family or kengkawan korang, sementara nak tunggu bukak puasa ker. nanti diorang pun impress tengok 'ketereran' korang. hehehe

trick ni senang jer, tapi korang kena explain betul2 la kat orang tu. tak bole bagi dia confius, sebab dia tak boleh buat silap. if dia silap, nanti tak jadi pulak. paling penting, korang yang buat trick tu jangan pulak confius, kalau tak, dalam orang tu nak impress ngan kita, tak pasal2 kena kutuk pulak nanti..

ok, meh kita start:

1) suruh orang tu tulis 3 number kat atas satu paper.
number tu mestila antara 1 hingga 9, and the first number mesti lebih besar dari the last number.

Contoh:
            7   4   3    YES 
            3   2   6     NO NO NO. tak boleh macam ni, first no. tu kan kena lagi besar dari last no. INGATT..
Rule : janganla korang g tengok paper tu pulak, ni kan magic.

2) suruh dia terbalikkan 3 number tu.
then tolak 3 number yang terbalik tu, dengan 3 number tadi.

Contoh:
           7   4   3
         - 3   4   7
           3    9   6
Rule : so, korang kenala carik orang yang tau basic math, takpun at least tau guna calculator. anak2 pun boleh:)

3) then, korang tanya dia, apa last digit yang dia dapat after dia minus tu.
orang tu akan jawab, 6.
so, as a magician, korang kena teka lagi 2 digit yang kat depan tu, which is 3 and 9.
Rule : bila nak teka tu, sekali lagi aku tekankan, janganla confius pulak ok. berlakon la sikit bagi nampak macam real. sebelum cakap lagi 2 number tu, creatipla sikit, menari ke, pejam mata ala2 bertafakur ker, ikut suka hati korang la...

ok. so....macam mana nak tau 2 number kat depan tu, next entry la aku reveal. panjang sangat dah ni. if korang nak try figure out pun boleh.......