Showing posts with label TESTIMONI COLLAGEN POWDER. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI COLLAGEN POWDER. Show all posts

Wednesday, 12 April 2017

Rahsia Kulit Cerah Gebu, Tiada Lagi Masalah Kulit Berbelang Dan Sunburn Teruk


Sinaran matahari sebenarnya bagus untuk kulit. Ianya mampu memberi vitamin D iaitu ketika sinar matahari pagi sebelum jam 9.00 pagi.

Tapi, sekiranya kulit kita terlalu terdedah kepada matahari sepanjang hari, ini akan membeli lebih banyak kesan negatif.

Selain kulit menjadi gelap, kusam dan berbelang, terdapat lagi beberapa kesan negatif lain akibat dari terdedah kepada matahari atau sunburn ni. Sebab tu kita seharusnya melindungi kulit dari menjadi sunburn, atau apabila dah sunburn, ikhtiarla untuk sembuhkan kembali kulit kita dengan cepat.


Kesan Buruk Apabila Kulit Sunburn Atau Terdedah Kepada Matahari
  • Tisu kulit akan rosak
  • Kulit menjadi sensitif, kemerah-merahan, ruam atau gatal
  • Merosakkan kolagen kulit dan mengakibatkan penuaan lebih cepat. Ramai yang kelihatan tua sebelum usia, ini dinamakan premature aging (kulit berkedut, garis halus, kusam) 
  • Timbulnya masalah seperti jeragat, jerawat, blackhead, whitehead
  • Meningkatkan risiko kanser kulit
Inilah yang akan terjadi jika kita terdedah dengan matahari tanpa perlindungan sewajarnya.

Cara Elakkan Dan Hilangkan Sunburn

Macam mana nak elakkan sunburn?

Kalau dah sunburn, macam mana nak hilangkan sunburn dengan cepat?

Saya pernah kongsikan di sini Cara Berkesan Hilangkan Sunburn Dengan Cepat

Kali ni, saya nak berkongsi pula kisah sahabat saya, Puan Irda yang menceritkana bagaimana kulit beliau yang mempunyai masalah sunburn yang teruk, dengan segala blackhead whitehead bagai, kini dah cerah dan gebu. Memang cantik tau kulit kawan saya ni sekarang. Jeles i :)

Jom baca kisah beliau.

Rahsia Kulit Cerah Gebu, Tiada Lagi Masalah Kulit Berbelang Dan Sunburn Teruk


KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL

"Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.

Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!"

Apa Tu Nutriwhite Dan Betul Ke Sangat Berkesan ?

Mungkin ramai yang masih belum tahu, selain produk vitamin, Shaklee juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan muka untuk luaran.
  
Produk penjagaan kulit yang dikongsikan oleh Puan Irda di atas adalah Nutriwhite.

Dan seperti biasa, sesuai dengan trademark dan janji Shaklee, produk Nutriwhite juga adalah selamat, semulajadi dan berkesan.

Sememangnya Nutriwhite ni sentiasa menjadi pilihan ramai, sampaikan stock dekat Shaklee pun cepat je sold out.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nutriwhite dan perkongsian pengalaman mereka yang menggunakan Nutriwhite, boleh klik di sini >> Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Cerahkan Kulit Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee Untuk Hilangkan Sunburn

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 17 March 2017

Sakit Lutut Kerana Aktif Sukan, Kini Sembuh Tanpa Ubat Atau Suntikan


Siapa pernah kena sakit lutut? Bagi yang jenis aktif bersukan, memang sakit lutut ni dah jadi benda agak biasa sekarang. Ditambah lagi dengan faktor pemakanan dan sebagainya, semakin ramai yang mula sakit lutut walaupun usia masih muda.

Sepertimana yang kita ketahui, sendi lutut merupakan anggota badan kurniaan daripada Allah yang paling berharga. Ianya membantu kita berdiri, berjalan , bergerak, duduk dan sebagainya. Jika berlaku kesakitan pada lutut kita, maka sudah tentu akan menyukarkan kita untuk melakukan sebarang aktiviti harian.

Jadi, bukan setakat sakit, tapi sebab selalu sakit lutut inilah banyak benda yang kita tak boleh buat.

Pendek kata, sakit lutut ni memang tak best. 

Anda mungkin juga berminat dengan Ubat Sakit Lutut Paling Mujarab

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Nor Shahizan, bagaimana beliau telah mengalami masalah sakit lutut yang agak kronik akibat dari aktif bersukan sewaktu bersekolah dahulu. Walaubagaimanapun, masalah sakit lutut beliau telah hilang sepenuhnya kini.

Untuk anda yang mengalami masalah yang sama, teruskan membaca hingga akhir untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Puan Nor Shahizan untuk mengatasi masalah sakit lutut beliau.


Sakit lutut kesan dari aktif gimnastik

Assalamualaikum. Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan "cinta Shaklee" saya mengenali Shaklee.

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Aktiviti harian terganggu, naik turun tangga dan ke tandas pun sakit

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu.

Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Sakit lutut kronik akhirnya sembuh sepenuhnya

Setelah mebuat sedikit pembacaan, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collagen, Ostematrix dan Omega Guard. Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi.

Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".

Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.


Betul Ke Set Sendi Shaklee Ni Berkesan ?

Set Shaklee ni bukan ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu merawat dan membaiki sel-sel badan kita yang rosak. Kuncinya adalah sel, kerana segala penyakit di dalam badan kita adalah berpunca dari sel yang rosak. Supplement Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya, jadi tiada kesan sampingan yang merbahaya untuk badan kita.

Dijamin halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Untuk testimoni lain mereka yang telah sembuh dari sakit lutut serta penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sendi, saraf dan tulang boleh klik
>> Sakit Lutut Dan Sendi Sembuh

Bagaimana Nak Dapatkan Set Sendi Shaklee ?

Sakit lutut dan sendi tidak seharusnya dipandang remeh, apatah lagi jika bermula di usia yang masih muda. Ambil tindakan yang sewajarnya sebelum menjadi lebih parah.

Ikhtiar dengan supplement semulajadi Shaklee adalah cara yang terbaik, selamat dan berkesan.

Jika ingin dapatkan konsultasi tentang supplement Shaklee ni, boleh hubingi saya Cik Jatt 013-4894037.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 4 October 2016

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan


Ok, bersambung dari artikel sebelum ini tentang Punca Sebenar Kenapa Jeragat Susah Nak Hilang

Secara ringkasnya, ada 5 punca sebenar jeragat:
  • Sinaran matahari
  • Perubahan hormon
  • Pemilihan produk yang salah
  • Penjagaan muka tidak berterusan
  • Keturunan
So, seperti yang dijanjikan, kali ni saya akan berkongsi pula tentang cara-cara bagaimana nak hilangkan jeragat.


Bagaimana Cara Nak Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara yang cepat dan berkesan. Bukan cara atau petua-petua yang buat penat je buat, tapi takde hasil.

Teruskan membaca ya supaya anda tak terlepas apa yang anda tercari-cari selama ni.

Langkah 1 : Elakkan sinaran matahari

Seperti yang kita tahu, sinaran matahari adalah punca jeragat.

Dalam usaha nak hilangkan jeragat ni, anda haruslah elakkan dari terlalu terdedah kepada sinaran matahari. Ini supaya, jeragat anda yang mula nak hilang tu tak kembali gelap dan juga supaya jeragat baru tak muncul.

Jadi, pastikan anda guna sunblock atau moisturizer yang ada at least SPF 15 sebelum keluar rumah ya.

Kalau bercuti atau melakukan aktiviti yang lama terdedah dengan matahari, seeloknya pakai topi untuk menghalang sinaran matahari terus ke wajah anda.

Paling baik, amalkan juga vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melindungi kulit anda dari dalam.


Langkah 2 : Relaks dan stabilkan hormon

Selain pengambilan pil perancang dan mengandung, stress juga adalah antara punca hormon menjadi tidak stabil.

So, tenangkan diri sentiasa ya. Tak semestinya buat yoga tu, tapi kalau buat lagi bagus la kan :)

Paling senang, buat je apa yang anda suka contohnya jalan-jalan, dengar muzik, beriadah, berenang..

Selain itu, disarankan juga anda mengambil vitamin seperti B Complex yang membantu untuk mengawal stress dan juga GLA Complex yang sangat bagus untuk stabilkan hormon badan.


Langkah 3 : Guna produk penjagaan kulit yang selamat dan semulajadi

Ramai yang memilih untuk menggunakan produk pencerah kulit dalam usaha untuk menghilangkan jeragat.

Apa yang merisaukan adalah penggunaan produk yang menjanjikan kesan dalam masa yang singkat, tapi mengandungi bahan terlarang.

Ini bukan sahaja merbahaya untuk kesihatan, malah merosakkan dan menipiskan kulit anda.
Jeragat anda mungkin nampak macam kurang, tapi lama kelamaan jeragat akan kembali malah mungkin lebih teruk lagi. Malah ada yang lebih teruk lagi, awal-awal guna jeragat dah makin serius.

Ini kisah benar, sebab saya pernah consult customer yang ada masalah sebegini.

Jadi, hati-hati ya. Bertukarlah kepada produk yang semulajadi.

Produk penjagaan kulit semulajadi terbaik dari rangkaian Nutriwhite yang mengandungi Vitamin C sangat berkesan untuk mencerahhkan kulit dan memudarkan tompok-tompok jeragat di wajah. Gabungan bahan aktif Vitamin C ni apabila bergabung dengan sunblock yang digunakan juga akan memberi perlindungan yang lebih kepada kulit anda.

Klik sini jika berminat dengan Tips Memilih Produk Pencerah Kulit Yang Berkesan Dan Selamat Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya


Langkah 4 : Ambil vitamin / supplements

Kunci paling utama dalam proses nak hilangkan jeragat ni adalah dengan pengambilan vitamin tertentu, yang mengandungi antioksidan yang tinggi.

Selain itu, pengambilan protein yang secukupnya untuk membina sel-sel kulit yang baru dan sihat juga amat penting bagi menggantikan sel-sel kulit mati seperti jeragat.

Vitamins dari sumber makanan semata-mata adalah tidak mencukupi memandangkan gaya pemakanan dan gaya hidup kita sendiri.

Contohnya, mengikut saranan pakar, dos pengambilan Vitamin E yang diperlukan untuk menghilangkan jeragat dengan berkesan adalah 200IU manakala dos Vitamin C adalah sebanyak 2000mg. Mampu ke, nak makan sebiji buah sehari pun kadang-kadang susah, betul?

Cadangan Shaklee Untuk Hilangkan Jeragat Dengan Cepat

Buat anda yang dah lama mencuba macam-macam produk dan petua, tapi takde hasil, anda mesti cuba Vivix.
Ini adalah pilihan pertama customers.

Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih antioksidan berbanding Resveratrol. Kesannya adalah paling hebat untuk kecantikan kulit kulit. - See more at: http://norfaziela.com/bagaimana-nak-hilang-jeragat-cepat/#sthash.v9h7V2dt.dpuf
Kesannya adalah paling hebat dan terbaik untuk kecantikan kulit kulit.
Vivix ni mengandungi 10 kali ganda lebih antioksidan berbanding Resveratrol. 

Selain itu, ada juga pilihan kombinasi vitamins yang kesannya walaupun tak sehebat Vivix, tetapi ramai juga yang berpuas hati dengan kombinasi vitamins ini.

Berikut adalah top supplements yang membantu hilangkan jeragat dengan berkesan. Anda boleh hubungi saya untuk konsultasi dan saya akan cadangkan kombinasi yang sesuai untuk anda.

Fungsi dan kebaikan Set Jeragat ni:
  • Menghilangkan jeragat dan kesan penuaan yang lain
  • Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah
  • Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat
  • Menegang kulit
  • Mencerah dan menyegarkan kulit
  • Melindungi kulit dari kesan sinar UV
  • Meningkatkan penghasilan kolagen secara semulajadi
  • Memudarkan bintik hitam
  • Menghalang jeragat baru dari tumbuh
Apa kata mereka yang dah cuba Set Jeragat Shaklee

Testimoni 1


Testimoni 2


Siapa artis yang amalkan Vivix?
 
Seperti yang saya inform tadi, pilihan supplements kecantikan kulit terbaik yang jadi pilihan ramai adalah Vivix.

Nak tau tak antara artis jelita yang amalkan Vivix juga?

1. Rita Rudaini


2. Emma Maembong


3. Ayu Raudah


Sekiranya anda berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya untuk konsultasi

InsyaAllah saya akan berkongsi tips dan membantu anda untuk mendapatkan hasil terbaik.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 25 May 2016

Pengalaman Hilangkan Parut Berlubang Akibat Jerawat Dengan Mudah


Assalamualaikum

Happy nya hari ni..
Follow up dengan customers, semua dok share feedback positive lepas amalkan produk Shaklee.

Ok, entry kali ni saya nak share testimoni salah seorang customer saya yang telah mencuba produk Shaklee awal bulan ni, untuk membantu menghilangkan masalah parut berlubang beliau.

Setelah lebih kurang hampir 3 minggu amalkan produk Shaklee, hari ni beliau mengirim gambar terbaru beliau.

Gambar kanan adalah sebelum beliau mengambil produk Shaklee.
Gambar kiri adalah selepas hampir 3 minggu beliau mengambil produk Shaklee.

Anda nampak tak apa yang saya nampak?

Yup, betul.

Parut-parut berlubang yang agak banyak dan dalam di wajah beliau, dah semakin hilang hanya selepas hampir 3 minggu amalkan Shaklee. Banyak sangat improved texture kulit beliau. Tak sampai sebulan pun lagi!

Syukur Alhamdulillah.

Nak tahu apa yang beliau amalkan? 

Bagaimana Shaklee Membantu Menghilangkan Parut Berlubang

Biasa kita dengar rawatan laser mampu menghilangkan parut berlubang ni. Kesan dan kosnya saya tak pasti pula, sebab saya belum pernah experience.

Ada juga customer saya yang berkongsi pernah melakukan rawatan laser. Beribu-ribu habis, tapi still tak guna juga katanya. Ini pengalaman peribadi beliau, pengalaman orang lain mungkin berbeza.

Supplement Shaklee juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat berlubang. Jangan risau, kosnya tidaklah semahal melakukan rawatan laser atau rawatan di pusat kecantikan, prosesnya juga tidaklah menyeramkan seperti rawatan laser, malah selamat untuk jangka masa panjang. Bonus, selain membantu masalah parut, dengan pengambilan supplement Shaklee secara betul dan konsisten, kulit juga akan semakin cantik, serta bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Berikut saya senaraikan antara supplements Shaklee yang membantu menghilangkan parut jerawat berlubang.

1) Vitamin E
2) Vitamin C
3) ESP
4) Shaklee Collagen Powder
5) Vivix


Kesemua produk yang saya senaraikan ni adalah supplements, maksudnya makanan tambahan untuk baiki dan bina sel kulit dari dalam.

Seperti yang kita semua sedia maklum, parut berlubnag ni memang agak sukar nak hilang. Saya kata sukar ye, bukan langsung tak boleh hilang. Kena baiki texture kulit yang dah rosak. Jadi kalau produk luaran sahaja tak mencukupi, nak baiki texture kulit ni haruslah dari dalam. Nak rawat dari dalam, mestilah dengan pengambilan supplements kan.

Mudah saja nak amalkan supplements ni.
Jika anda amalkan dengan betul dan konsisten, pasti akan ada kesan positif, insyaAllah.

Tak semestinya anda ambil semua yang saya senaraikan di atas ni.
Macam customer saya yang saya kongsikan gambarnya di atas ni, beliau hanya amalkan Vivix dan Shaklee Collagen Powder.

Ini Vivix dan Shaklee Collagen Powder.
Dua produk yang customer saya ni amalkan

Ada juga customer saya yang amalkan combination supplements lain.
Anda boleh hubungi saya untuk info lanjut k.

InsyaAllah saya akan consult yang bersesuaian mengikut keperluan anda..
Yang penting sekali, bila dah amalkan tu, kena konsisten dan follow cara yang betul k :)

Klik sini untuk testimoni lain parut jerawat berlubang

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 2 December 2015

Hilangkan Parut, Jerawat Dan Jeragat Degil Dengan Shaklee Collagen Powder


Achtung achtung!

By the way 'achtung' ni bahasa German, maksudnya announcement. Maklumlah, dekat 5 tahun dok kat German dulu, dia mai dah ni gian nak cakap German.

Ok, macam biasa, tiap-tiap bulan Shaklee akan announce exclusive offer untuk semua pengguna Shaklee. So, bulan ni, dua produk yang terpilih adalah Lecithin dan Shaklee Collagen Powder.

Wahh! Terbeliak biji mata dah ni. Mana taknya, dua-dua ni wajib ada kat rumah saya. Memandangkan fokus saya lebih kepada kulit cantik, memang Shaklee Collagen Powder ni adalah salah satu supplements kesayangan saya. Lecithin ni pulak memang tak tau la dah berapa botol yang dah cik abang saya ambil. Memang dia dah jatuh cinta dengan Lecithin ni, siap promote dekat member-member lagi. Mana taknya, berat badan dah turun, seluar-seluar yang dulunya tak boleh pakai sebab ketat semua dah longgar. Kolestrol pun terkawal. Alhamdulillah. Happy for him :)

Entry kali ni, saya nak share tentang Shaklee Collagen Powder actually.

Cuma kali ni, biarlah gambar yang berbicara. Sebab kali ni saya nak kongsi koleksi gambar pengguna-pengguna  Shaklee Collagen Powder yang cun jelita ni. Jeles tau tengok kulit diorang. Hihi

By the way, sebelum tu, kalau anda nak tau kenapa ramai sangat yang jatuh cinta dengan Shaklee Collagen Powder ni, dan kenapa kesannya begitu hebat, jemput baca kat sini k...






















Amacam... amazing kan transformation Shaklee Collagen Powder ni.
My customers pun ramai yang dah jatuh cinta dengan Shaklee Collagen Powder ni.
Segala masalah jeragat, jerawat, kulit gelap, kusam, sunburn, kulit kering, parut-parut semua clear.
Cerah bersih jer muka. 

Bila lagi nak try Shaklee Collagen Powder ni.
Ni lah masanya, JIMAT BANYAK tau grab time tengah promo :)


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 27 October 2015

Jerawat Dan Parut Hilang, Kulit Makin Cantik Berseri Dengan Shaklee


Assalamualaikum semua

Hari ni saya nak share kisah seorang kenalan saya, yang dah transform jadi cantik berseri ni, Puan Sarah. Saya pernah jumpa Puan Sarah tahun lepas, memang sangat comel dan cantik berseri-seri orangnya. Bila beliau share gambar lama beliau baru-baru ni, rasa macam, eh lainnya, saya pulak yang teruja. Lain benar dulu dan sekarang. Padahal gambar dulu tu baru anak sorang, ni sekarang anak dah 2, tapi makin bertambah cantik pulak :)

Cer tengok gambar 'Before' and 'After' Puan Sarah ni. Makin cantik kan.
Bukan makin cantik jer tau, banyak lagi perubahan yang beliau alami sekarang.

Nak tau apa rahsia Puan Sarah semakin cantik berseri... jom baca perkongsian beliau.


saya Sarah..berumur 31 tahun...sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata....sebelum nie takde niat..memang takde sedetik niat pun ambil suplemen shaklee untuk cantik...pertama kali amalkan suplemen shaklee sebab nak bertenaga dan nak cari milk booster..time tu tengah menyusu mia, anak pertama saya...memang tengah aktif mengumpul stok...saat pertama jatuh hati dengan shaklee bila saya amalkan suplemen shaklee semasa bulan puasa...Alhamdulillah dari 5oz sekali pam boleh increase 11oz sekali pam...ibu mana yg tak excitedkan...saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif 3 tahun dengan Set Menyusu Shaklee ( Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, Alfalfa, ESP)....Alhamdulillah..

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya saya mengamalkan shaklee dengan konsisten...Alhamdulillah memang tak pernah ke klinik atau waded..kalau nak bandingkan life saya sebelum mkn shaklee..memang boleh dikatakan tiap2 bulan mesti selsema, batuk atau demam....kecil2 dulu memang selalu waded je..ada sedikit masalah semasa ibu saya melahirkn saya menyebabakan antobodi saya tak kuat..Alhamdulillah nikmat nie paling tak ternilai...nikmat rasa sihat sentiasa...

Selepas 6 bulan... saya pregnant anak kedua...masa sy pregnant ramai pulak tegur saya "sarah muka dah bersih" .."sarah nampak berseri-seri"...ingatkan time pregnant je..manalah tau kan dapat seri dari anak dalam perut...tapi dalam pantang pun ada lagi yang tegur bercahaya muka...sampai dah habis pantang pun asal jumpe je kawan2 sume menegur..nampak sangat kan muka saya yang dulu mesti sangat-sangat lah teruk..fb kan sejak2 akhir nie asyik lah up memory2 picture yg lama..2 tahun lepas pun ada....bila tgk balik...memang beza sangat muka skang dengan dulu... muka sekarang dah bersih.. jerawat dah tak tumbuh....bekas jerawat pun dah samar-samar je...dan kulit muka makin cerah...actually kan sebelum saya amalkan shaklee selalu je ramai yang tegur saya nampak macam tak sihat..selalu tegur saya sakit...mungkin sebab kulit muka saya nampak kusam...

Saya pike2 balik apa saya makan ye..haha...baru teringat sebelum pregnant aritu ada tambah GLA Complex, Zinc Complex dan Collagen Powder...patutlah terpregnant..terambil GLA Complex rupanya...hihi..lepas tambah Collagen Powder aritu mmg bekas jerawat cepat je pudar...tapi jerawat still tumbuh je kat muka..then add on GLA Complex barulah jerawat stop tumbuh...masa pregnant saya cuma ambil Set Pregnant (Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP, Omega Guard) dan Zinc Complex je..berpantang pun saya continue je semua suplemen-suplemen nie...

Alhamdulillah dari niat cuma nak bertenaga dan sihat je..dapat pulak bonus kulit makin cantik berseri...Alhamdulillah dapat nikmat hidup yang lebih baik dengan shaklee..insyaAllah terus konsisten mengamalkan shaklee sampai bila-bila...

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 28 August 2015

Tips Kulit Licin, Cerah Dan Berseri Dengan Shaklee Collagen Powder


Saya percaya anda dah selalu sangat baca kan, orang jual kolagen tu lah kolagen ni lah.. 1001 jenis produk kolagen ada. Yang advance, siap cucuk kolagen pun ada tu.

Adakah Badan Anda Perlukan Kolagen?

Perlu ke nak ambil kolagen ni? Ada yang rasa tak perlu tapi bagi saya.. kalau anda ada mengalami simptom-simpton di bawah ni, maka anda harus pertimbangkan semula untuk mengambil kolagen terbaik untuk diri anda:
  • Ada kedutan yang jelas di wajah 
  • Ada jeragat dan bintik hitam 
  • Ada 'eye bag' dan lingkaran hitam bawah mata
  • Ada pori-pori besar 
  • Kulit kusam dan mudah kering 
  • Kelihatan tua dari umur sebenar (tak mau tak mau) 
  • Ada pigmentasi dan kulit tona tak sekata 
  • Gusi tak sihat  
  • Payudara kendur dan punggung pun tak berapa nak mantap 
  • Kuku senang pecah
  • Rambut kering dan bercabang 
  • Sakit belakang dan sakit sendi 
5 Sebab Kenapa Saya Dan Anda Perlu Pilih Shaklee Collagen Powder

Macam-macam produk kolagen ada sekarang dalam pasaran kan. Tapi tu la, kita ni kenalah jadi pengguna yang bijak, nak pilih kolagen mestilah yang mudah diserap dalam badan, ada ciri-ciri terbaik dan selamat. Tak boleh main sebarang ambil je, sayang duit sayang badan.

Dalam banyak-banyak produk Shaklee, salah satu produk yang saya paling suka adalah Shaklee Collagen Powder.
Mula-mula dulu, memang fikir banyak kali juga la nak beli Shaklee Collagen Powder ni. Tengok testimoni macam best, customer saya yang dah cuba pun semua feedback best. Macam-macam feedback ada, jerawat hilang, jeragat hilang, parut hilang, kulit cerah satu badan dan macam-macam lagi. Bila dah baca semua info tentang Shaklee Collagen Powder ni kan, lagi la rasa nak cuba. Mana nak dapat kan produk yang 100% semulajadi, semua fakta ada, siap dengan ujian klinikal lagi.


Akhirnya, saya pun terjebak dengan Shaklee Collagen Powder ni. Bila dah cuba tu, sah, patutla ramai yang dah jatuh cinta dengan Shaklee Collagen Powder ni. Saya panggil collagen ni cantik EXPRESS. Saya pun sekarang dah jadi pengguna setia, tak sah kalau takde stock kat rumah.

Jom saya kongsikan 5 sebab kenapa Shaklee Collagen Powder ni sangat best:

1. Kolagen kualiti premium 

Shaklee Collagen Powder ni mengandungi 4,000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) kolagen iaitu kolagen yang diestrak daripasa sisik ikan Snapper. Ikan Snapper ni kalau orang Malaysia panggil ikan merah.

Nak tahu tak kenapa Shaklee menggunakan ikan merah? Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan 5000m. Ikan biasa tak mampu nak hidup dalam laut yang bertekanan tinggi. Jadi ikan merah ni antara ikan yg boleh menahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup bebas dalam lautan dalam.. Maka ini menjadikan ikan merah sumber kolagen yg sangat lasak. Ciri2 ikan merah ni, sangat lasak dan elastik, kepaduan sel sangat tinggi, tinggi kapasiti dlm mengekalkan kelembapan, jisim molekul sangat rendah utk penyerapan unggul...


2. Dilengkapi dengan 7 ramuan hebat untuk tingkatkan keberkesanan

Selain kolagen ikan tadi ada beberapa bahan utama lain yang dimasukkan kedalam Shaklee Collagen Powder ni. Ada estrak biji benih camellia Japonica, ade estrak Pfaffia, estrak kerang kerangan, lactobacillius acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Semua bahan-bahan ni digabungkan untuk meningkatkan kadar keberkesanan sisik ikan snapper yg kita dok citer tadi tu.

3. Mudah diserap dalam badan

Shaklee Collagen Powder ni dibuat daripada kolagen bermolekul sangat ringan lebih kurang 1000 Dalton aje. Kalau berat molekul kolagen yang biasa, 300 000 Dalton. Uishh, banyak beza tu.

Bila Shaklee Collagen Powder ni mempunyai jisim molekul yang sangat rendah maka mudahlah diserap badan dan usus kita. Bila senang serap, dapatlah bantu tingkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis kulit kita ni dengan berkesan.Sebab tu la, Shaklee Collagen Powder ni sangat berkesan!


4. Semulajadi

Ramuan Shaklee Collagen Powder ni tiada pengawet atau bahan tiruan ye. Semua 100% semulajadi. Pewarna, pengawet, perasa pun takde, gula pun takde atau bahan terlarang lain semua takde. 
 5. Senang dan mudah

Shaklee Collagen Powder ni senang pulak tu nak bawak pegi mana-mana pun. 1 sachet tu boleh letak dalam poket seluar, handbag, purse atau letak dalam kereta atau kereta sorong anak. Dan last sekali, sangat mudah larut. Tak payah la dok beriya sangat nak kacau-kacau. Saya pernah juga try tuang macam tu je dalam mulut, tak bancuh dalam air. Sedap juga rasa dia. Tapi yang ni saya tak ajar ye, kut la ada yang tercekik pulak nanti. Ni khas untuk yang dah expert. Hihi.


Manfaat Dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Banyak manfaatnya Shaklee Collagen Powder ni. Antaranya:
  • Mengembalikan keanjalan kulit 
  • Meningkatan kelembapan kulit 
  • Mengelakkan kulit kering 
  • Mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah 
  • Menegangkan payudara dan punggung 
  • Anti-penuaan 
  • Mengurangkan kedutan 
  • Mengecilkan lubang pori-pori di wajah 
  • Mengurangkan 'eye bag' 
  • Meningkatan kecergasan tubuh badan 
  • Memberikan kesuburan rambut
Siap ada bukti lagi tau. Bukan bukti testimoni semata-mata.
Tapi, Shaklee Collagen Powder ni terbukti berkesan dalam masa 8 minggu melalui ujian klinikal!


Testimoni Shaklee Collagen Powder

So, dah cerita panjang, dah berkenalan dengan kolagen hebat ni, jom kita tengok pengalaman antara mereka yang mengambil Shaklee Collagen Powder ni..





Klik sini untuk koleksi Testimoni Shaklee Collagen Powder

Akhir kata saya pilih kolagen dari jenama Shaklee bukanlah sebab saya ni distributor Shaklee tapi sebab memang dah terbukti best dari segi kualiti, kesan yg segera seawal 1-2 hari (ni ikut badan masing2 ye sebab kalau ikut klinikal study, kesan yg mengujakan adalah seawal 8 minggu) ..
Kalau tak best takkan lah semua pakat dok repeat order berkotak2..dan ada sahaja hari2 feedback dan testimoni yg mengujakan dari mereka..
Well the product speak itself lah kannn..hihi..

Berminat nak cuba..
Jangan segan-egan contact saya k :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit