Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Tuesday, 10 July 2018

Resepi Kek Marble Sedap, Lembut Dan Gebu


Assalamualaikum

Minggu lepas ada jamuan raya kat school anak-anak akak. Akak dah memang plan nak buat kek yang simple-simple, so akak buat Kek Marble je. Lagipun cik abang pun request akak buat kek juga, saja teringin nak makan. Sedap le tu cik isteri buat tu :)

Kek Marble ni senang je pun nak buat. Resepi pun sukat pakai cawan je.

Rasa dia, Mashallah sedap sungguh. Lembut, gebu dan moist gitu. Ni pun anak-anak akak dah request suruh buat lagi. InsyaAllah tengok dalam sehari dua ni kut akak akan buat lagi. Lagipun ada jamuan raya kat KAFA pulak Jumaat ni, boleh la anak-anak bawa.

Resepi ni asalnya resepi Kek Marjerin biasa je. Akak olah sikit jadikan Kek Marble.

Jom akak share sini resepi tu k. Bole la korang buat juga, sure anak-anak suka punya la.


Resepi Kek Marble Sedap, Lembut Dan Gebu

Bahan-bahan

1 1/4 cawan / 250g marjerin Pelangi
1 cawan / 100g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur gred A@B
1/4 cawan / 5 sudu besar susu pekat
2 cawan / 200g tepung naik sendiri (ayak)
* kalau nak guna tepung gandum, cuma tambah 1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar susu segar (suhu bilik)
2 sudu besar serbuk koko (ayak)

Cara-cara

1. Mix marjerin, gula halus dan esen vanilla hingga jadi putih berkrim.
Tips : kena sampai putih berkrim tau sebelum masukkan telur. Kalau tak nanti kek tu bantat.


2. Masukkan satu demi satu (selangkan sedikit) telur dan mix hingga sebati.

3. Masukkan susu pekat.

4. Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar secara berselang-seli. Kacau dengan senduk hingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian original, dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko ke dalam satu bahagian lagi, kacau sebati.

6. Letakkan adunan original dan adunan yang dicampur serbuk koko secara berselang-seli ke dalam loyang.


7. Panaskan oven suhu 170 lebih kurang 10 minit. Bakar dalam loyang petak atau bulat size 8 inci, suhu 170 masa 45 minit atau hingga masak.

8. Setelah masak, terbalikkan kek atas redai/besi jaring.

Terbalikkan kek atas jaring, macam ni

Kek yang dah siap dipotong. Ni untuk anak-anak bawa ke jamuan raya kat school

Selamat mencuba.

Thanks for reading!

Saturday, 7 July 2018

Resepi Tiramisu Biskut Coklat Tiger Yang Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum

Akak kalau buat ni, makan sampai rasa 'overdose'. Makan tak boleh berhenti :)

Akak ni memang hantu kek, bagila apa kek pun, memang tak tolak punya. Terjumpa pula resepi yang senang ni, apa lagi, terus la akak try buat. Dah lama dah resepi Tiramisu Biskut Coklat Tiger ni wujud, tak silap akak pernah viral dulu.

Akak pernah buat 2 kali dulu, lama dah. Tak ingat bila. Terjumpa balik resepi ni dalam handphone. So akak simpan sini la, senang nanti kalau nak buat lagi. Lagipun, boleh kongsi-kongsi dengan korang. Senang dan sedap ni.


Resepi Tiramisu Biskut Coklat Tiger

Bahan-bahan

1 paket biskut coklat Tiger
4 sudu besar tepung kastard
1 cawan air
1/2 tin susu pekat
1 cawan susu segar @ 1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

Bahan hiasan

Milo
Coklat chip
Coklat rice

Cara-cara

1. Kacau dalam satu periuk kecil susu segar @ susu cair, susu pekat, air dan tepung kastard. Kacau laju-laju supaya tepung kastard tadi tidak berketul. Masukkan secubit garam dan esen vanilla, kacau sebati hingga kuah agak sedikit pekat, tutup api.

2. Susun biskut Tiger di dalam bekas, tuang kuah kastard tadi di atas biskut, selang selikan dengan biskut sehingga habis.

3. Tabur Milo, coklat chip dan coklat rice.

4. Sejukkan di dalam peti ais. Siap.

Mudah je kan. Tak perlu bakar, kukus bagai. Bila-bila je pun boleh buat.

Selamat mencuba.
Thanks for reading!

Tuesday, 3 July 2018

Resepi Kek Coklat Moist Bakar Yang Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum :)

Bertemu lagi kita dalam sesi berkongsi resepi kek yang mudah, sedap, lembut dan confirm jadi.

Akak ni memang suka sangat buat dan makan kek coklat. Time zaman study dulu lagi dah jadi pembuat kek coklat tegar. Ingat lagi dulu waktu belajar kat Germany, time ada jamuan raya je, beriya akak membakar berbiji-biji kek coklat.

Macam-macam resepi juga la yang akak dah try, kebanyakannya yang versi bakar. Yang versi kukus akak pernah try sekali je. Tak taula kenapa, akak lagi suka rasa dan tekstur kek coklat versi bakar.

Raya baru ni, akak ada try satu resepi kek coklat ni. Senang sangat resepi ni, sukat guna cawan je. Akak memang suka resepi yang guna cawan ni, sebab rasa macam leceh nak timbang-timbang.

Walaupun baru first time try buat, tapi menjadi terus dan rasa dia, Masha'Allah, sedap gile weh. Dah la sedap, lembut dan lembab (moist) pula tu. Walaupun selepas berhari-hari, siap simpan dalam peti ais lagi, kek coklat tu tetap maintain je lembut dia. Suka sangat. Lepas ni, kalau buat kek coklat, memang resepi ni je la yang akak akan guna. Tak pandang lain dah.


Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Bahan-bahan

Bahan 1

5 biji telur gred B
1 cawan gula pasir (blend halus) - akak guna gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette (optional) - akak letak so kek akan jadi lebih gebu

Bahan 2

2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam halus
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan serbuk milo

Bahan 3

1 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1/2 cawan air panas

Cara-cara

1. Satukan Bahan 2 dan ayakkan. Letak tepi.

2. Satukan Bahan 1 dan mix hingga kembang.

3. Masukkan susu pekat manis dan minyak jagung ke dalam adunan Bahan 1 tadi dan mix sebati dalam 2 minit kemudian matikan mixer.

4. Masukkan bahan ayak (Bahan 2) ke dalam adunan dan kacau sebati menggunakan whisk atau senduk.

5. Masukkan susu cair dan kacau sebati.

6. Masukkan air panas dan kacau lagi hingga tak berketul.

7. Lapik dasar loyang dengan baking paper, masukkan adunan ke dalam loyang. Akak guna loyang bulat.

8. Panaskan oven suhu 160c lebih kurang 10 minit. Bakar pada suhu 160c selama 50-55 minit atau hingga masak, api atas bawah.
* Untuk memastikan kek telah masak dengan sempurna, cucuk di tengah kek dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah masak sempurna. Jika tidak, tambahkan lagi masa membakar.
* Kek ni nak kukus pun boleh. Untuk kukus, tutup loyang dengan plastik, kukus 45 minit, api sederhana.

9. Biarkan kek sejuk untuk diletakkan topping.

Topping Kek Coklat

Bahan-bahan

200g coklat bar
1/4 cawan susu segar (akak guna susu cair)
1 sudu besar butter

Cara-cara

1. Masak secara double boiler hingga larut (sentiasa kacau).

2. Tutup api dan masukkan butter. Kacau sehingga cair.

3. Curah ke atas kek yang telah dibiarkan sejuk.

Untuk topping kek coklat, banayk resepi yang boleh korang cuba sebenarnya. Tapi akak selalunya buat macam ni je. Just nice rasa dia, sedap dan tak terlalu manis.

Selamat mencuba.
Thanks for reading!


Resepi Kek Marjerin @ Mentega Yang Lembut, Sedap Dan Confirm Jadi


Assalamualaikum :)

Rasanya belum terlambat lagi la kan Cik Jatt nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua. Semua masih ada mood raya kut ni kan. Rasa sedih la pula kan bila Ramadhan dah berlalu dan Syawal pun tak lama lagi akan berkahir. Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang.

Biskut raya korang ada lagi ke. Kat rumah ni ada la lagi sikit-sikit yang balance tu. Tahun ni tak buat banyak pun, cuma buat biskut dan kek yang anak-anak suka je.

Cik Jatt takde buat open house. Tapi rumah sentiasa je open untuk semua yang sudi datang beraya. Yang nak jemput datang open house pun sangat la dialu-alukan.

Weekend lepas, dekat lorong taman Cik Jatt ni ada open house. Yang bestnya, kitorang buat potluck. Bayangkan la setiap rumah tu bawa 1@2 menu, memang meriah sangat dengan makanan sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Cik Jatt bawa yang simple-simple je, bihun goreng dengan kek marjerin. Tapi cik abang cakap sedap sangat, ramai puji. Eceh..

Kek marjerin tu first time buat actually, nasib baik menjadi. Senang weh nak buat kek ni, resepi dia sukat guna cawan je. Tapi kan, seriously, kek marjerin tu senang sangat nak buat, bahan pun sikit je. Simple simple pun, Masha'Allah sedap sangat. Dia punya lembut dan gebu tu, memang terbaiklah. Simpan berhari-hari pun tahap lembut dan kegebuan tu tetap maintain.

Ni Cik Jatt kongsikan resepi tu k, bole la korang cuba juga. Resepi ni dari Faceook page yang famous Azlina Ina tu. Memang best resepi-resepi kat sini. So far yang Cik Jatt dah try, Alhamdulillah menjadi dan sedap.


Resepi Kek Marjerin @ Mentega

Bahan-bahan

1 1/4 cawan / 250g marjerin Pelangi
1 cawan / 100g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur gred A@B
1/4 cawan / 5 sudu besar susu pekat
2 cawan / 200g tepung naik sendiri (ayak)
* kalau nak guna tepung gandum, cuma tambah 1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar susu segar (suhu bilik)

Cara-cara

1. Mix marjerin, gula halus dan esen vanilla hingga jadi putih berkrim.
Tips : kena sampai putih berkrim tau sebelum masukkan telur. Kalau tak nanti kek tu bantat.

2. Masukkan satu demi satu (selangkan sedikit) telur dan mix hingga sebati.

3. Masukkan susu pekat.

4. Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar secara berselang-seli. Kacau dengan senduk hingga sebati.

5. Panaskan oven suhu 170 lebih kurang 10 minit. Bakar dalam loyang petak atau bulat size 8 inci, suhu 170 masa 45 minit atau hingga masak.

6. Setelah masak, terbalikkan kek atas redai/besi jaring.

Senang je kan kek ni. Tapi sumpah gebu, lembut dan sedap.

Ni first time actually guna marjerin Pelangi tu, selalunya akak buat kek atau biskut ni, guna Buttercup tu. Sedap je rupanya guna marjerin Pelangi tu, dahla murah dan banyak. Berbiji-biji kek boleh buat.

Yang ni la marjerin Pelangi tu. Harga pun murah je, dalam RM 4.90 kalau tak silap

Ok. Lain kali Cik Jatt share resepi lain yang senang dan sedap k. And resepi-resepi yang Cik Jatt share kat blog ni semua yang Cik Jatt sendiri dah try, menjadi dan of course sedap.

Selamat mencuba ya.
Thanks for reading!