Showing posts with label Kindergarten. Show all posts
Showing posts with label Kindergarten. Show all posts

Sunday, 25 October 2015

Special Entry For My Little Cheeky Boy, Armin Irfan :)


Last year, kakak graduate kindergarten pun feeling macam ni.
This year, Irfan pulak. Mama over sikit, feeling lebih... habis tadika je pun :)

You've learned so much,
in your kindergarten year,
now you're finished,
and we will cheer. 

It must have been fun,
to make friends and sing,
What was your,
very favourite thing? 

Was it when you learned,
how to grow plants?
Or when you played outside
with those ants? 

We'll place all your kindergarten memories,
into your drawer,
  Standard one will be so much fun,
you'll learn and explore. 

Congratulations on a great,
kindergarten year,
You're a precious child,
and I love you my dear. 


Hero Kecik Beraksi Jadi Hang Tuah On Graduation Day


Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua.
Weekend ni ke mana kita. Duduk rumah la ye jerebu-jerebu ni :)

Weekend ni memang kitorang plan nak duduk rumah jer, sebab next week kakak dah exam.
Selain nak kena jaga kesihatan, nak kena la juga buat exercise and study sikit. Zaman sekarang kan, Standard 1 pun dah kena study bagai, mama dulu Standard 1 baru tau membaca. Hihi
Fuhhh, sangat menguji tahap kesabaran mama nak monitor kakak buat exercise. Irfan sentiasa la nak kacau kakak, maklumlah, mana boleh tahan main sorang-sorang. Mama jadi orang hijau sekejap sementara kakak nak exam ni.

Macam mana la agaknya next year bila irfan pun dah start Standard 1. Berdebar-debar pulak mama... Hmmm, sedih pun ada actually ni. Cepat sangat anak-anak mama membesar, dua-dua dah sekolah rendah next year.

Last 2 weeks, irfan ada Graduation Day. Sebak mama tengok anak mama atas stage. Macam ni la mak mak, sensitip lebih. Anak baru habis tadika pun dah syahdu semacam siap bergenang air mata :)

Anyway, ni sebahagian gambar Graduation Day irfan hari tu...

Jangan tak tau, Graduation Day pun ada tiket tau

Dah sampai
Eh eh, kakak tetiba ada kat depan tu dah :)

Teachers bagi door gift dulu kat parents sebelum masuk

Nice!

Stage cantik, semua cantik
Bravo to all teachers!

Kami dah tak sabar nak tengok Hang Tuah ni
Irfan jadi lead actor on that day :)

I was so proud
Kakak pun dapat naik stage, dapat hadiah 
for ex-students yang skor dalam school exams :)

Thank you teachers :)

Saat-saat yang dinanti dah tiba
Hang Tuah in action!
Bangganya mama tengok. Baru 6 tahun dah boleh berlakon atas stage, in English pulak tu.
Last year kakak jadi Anna as in Frozen, this year Irfan jadi Hang Tuah
Kagum mama tengok anak-anak mama ni
Mama dulu tadika pun selalu ponteng. 
Boleh bilang dengan jari jer berapa hari pergi tadika. Hihi

Mama... mix feeling
Tissue please..

Class of 2015!

Monday, 3 August 2015

Tips Dan Panduan Memilih Taska Yang Terbaik


Semalam punyalah excited Irfan balik dari school, beriya tunjuk kat mama script dari teacher. Script berlakon untuk graduation day hujung tahun ni. Cepatnya masa berlalu, dah nak graduate dah anak manja mama. Ni baru graduate kindergarten, pun mama dah rasa sebak semacam. Last year kakak, this year Irfan pulak.

Ok, back to the graduation day story, lambat lagi sebenarnya, biasanya dalam bulan October macam tu. Tapi, teacher dekat kindy my kids ni memang akan prepare awal. Maklumlah, nak kena practice berlakon, menari, menyanyi bagai. And the outcome, bergenang la air mata parents tengok anak masing-masing atas stage nanti.

Last year, tema Frozen and kakak berlakon jadi Anna. A few days je kakak dah boleh hafal script, and it turned out very well waktu atas stage tu. Very proud of kakak. This year, classic sikit. Tema cerita Puteri Gunung Ledang and Irfan jadi Hang Tuah. Fuyyoo. Dah terbayang-bayang Irfan berlakon pakai tanjak ni. Hopefully Irfan berjaya hafal semua within this week juga, so takdela melepas kat budak lain. Hihihi. We will go for it Irfan! Hari-hari kita akan practice sama-sama. Mama jadi Nenek Kebayan and Puteri Gunung Ledang naaa.

Irfan since 4 years old dah start masuk kindergarten ni, start masa saya masih bekerja dulu. Dulu hantar full day, day care, tapi sekarang ni dah bekerja dari rumah (WAHM), makanya hantar half day je la. Alhamdulillah, memang puas hati sangat dengan taska ni, sebab tu tak tukar-tukar sampai 3 tahun. Bukan senang nak cari taska atau kindergarten yang betul-betul memenuhi kriteria ni.


Irfan and kakak memang dari baby lagi saya terpaksa hantar day care/taska, maklumlah dulu bekerja, keluar rumah awal pagi balik dah lewat petang. Sebelum ni taska lain, kiranya taska ni taska yang kedua.

Ada juga yang bertanya saya, kenapa tak hantar pengasuh saja?

4 sebab kenapa saya prefer untuk hantar ke taska berbanding pengasuh
  1. Tugas taska 100% untuk menjaga bayi/anak. Berbeza dengan pengasuh yang mempunyai banyak kerja lain untuk dibuat di rumahnya. Potensi untuk bayi ditinggalkan bersendirian adalah lebih tinggi berbanding di taska.
  2. Taska mempunyai jadual cuti dan biasanya akan mengikut cuti umum yang biasa. Pengasuh boleh je nak pergi becuti bila-bila masa.
  3. Kakitangan taska mengikut ratio 1 penjaga 5 bayi (paling maksimum). Pengasuh boleh saja nak jaga ramai2 bayi, toddler dan kanak-kanak.
  4. Taska mempunyai sistem dan program tertentu.
Walaubagaimana pun, tak boleh sebarang hantar juga taska ni. Kita kena check betul-betul sebelum hantar ya supaya tak berlaku sebarang kejadian yang tak diingini. Berikut saya kongsikan 12 tips dan panduan memilih taska terbaik untuk anak-anak kita.

12 Tips Dan Panduan Memilih Taska Terbaik
  1. Membuat research sendiri.
  2. Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM – jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
  3. Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
  4. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga
  5. Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
  6. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  7. Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
  8. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  9. Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.
  10. Taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
  11. Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik.
  12. Taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding. 
Sekiranya bila kita dah hantar anak-anak kita, dan tiba-tiba kita dapati ada something wrong terhadap anak sepanjang ditinggalkan, tak perlu tunggu lama-lama, tukarkan saja ke taska lain. Mungkin dalam keadaan terdesak dah tak sempat nak cari-cari taska mana yang bagus, oleh itu SANGAT PENTING untuk membuat research seawal mungkin sebelum hantar anak.

Janganlah berkira kalau nak research yang terbaik untuk anak, ingatlah taska adalah rumah kedua mereka, jadikanlah tempat tu betul-betul sebagai TAMAN bukan NERAKA DUNIA bagi si comel kita.
    By the way, ni script Irfan nak berlakon jadi Hang Tauh nanti.
    Rasanya kertas script ni bakal menjadi 'belacan' dalam masa tak sampai sehari.
    Tu tandanya Irfan beriya practice :)

Friday, 24 October 2014

Makan Pasembor Padang Kota, Nur Cemerlang Graduation Day


Alhamdulillah, tamat sudah graduation day kakak and irfan. Kakak memang betul-betul graduate la, sebab next year dah nak masuk Standard 1. Irfan, still sambung balik kat tadika yang sama next year.

Actually, they called it it Graduation Concert, sebab full of show je sepanjang malam tu. Yang ambil sijil tu, last part je, about half an hour macam tu.

Concert tu buat malam, tapi dari buka mata pagi-pagi tu lagi kakak dengan irfan asyik tanya bila nak pergi, punyalah excited.
Start pukul 8.00 malam, and parents kena hantar anak-anak pukul 5 petang. Maklumlah, nak make-up bagai kan. Seb baik buat dekat Dewan Sri Pinang, dekat area Padang Kota, so boleh la mama, ayah, mak tok dengan wan rehat-rehat tepi laut makan pasembor dulu.

Lepas solat Maghrib tu, cepat-cepat kitorang masuk dewan, target nak duduk depan.

Overall, it was really great show. Macam-macam aksi ada. Impress and excited tengok budak-budak acting, dancing and singing. Bravo to all teachers yang bertungkus lumut train the students and prepare the props. Tema lakonan this year, Frozen. Kakak berlakon jadi Anna. It was perfect, takde lupa-lupa dialog. Irfan dancing, lagu I'm In Love, jadi leader katanya, duduk depan sekali.

Well done kids!
Mama and ayah sooo proud with kakak and Irfan.
Mix feeling mama malam tu, terharu, happy, nervous. Don't grow up too fast boleh tak :)

Me with my mom.
Apasal muka ku macam menggeletis ni. Hahaha

Ni la passembor Padang Kota, yang famous tu

 Welcome to Nur Cemerlang Graduation Concert

 Ready dah nak masuk ni

The grand stage

Tengok kat belakang tu, kosong lagi. Seb baik sempat dapat duduk row depan. 
Lepas tu, full sampai ke belakang

 My handsome boy tengah ready kat backstage
Irfan yang pakai purple hat tu

Habis dah show :)

My little Anna in action. Tu Prince Hans tu :)

Elsa, Anna and Prince Hans

All the cast 

Mix feeling looking at this. 
My little princess dah besar sekarang....

Tuesday, 14 October 2014

Tadika English Islamic Di Pulau Pinang


Dah hujung-hujung tahun ni, mesti semua kindergarten tengah prepare untuk graduation day kan. Kakak and irfan pun hari-hari practice berlakon, menyanyi, menari.

Every year , student yang 6 years ada peluang berlakon. Tema this year, cerita Frozen. Kakak terpilih jadi Anna, yeyy! Excited mama. Tak sampai seminggu kakak dah boleh hafal semua dialog, siap dialog Elsa and Prince Hans pun kakak hafal. Kakak cakap teacher sampai asyik peluk kakak je, tak sangka agaknya kakak boleh hafal cepat sangat. Mama pun impressed actually, maklumlah semua in English kan.

Bagus betul budak-budak zaman sekarang kan. Mamanya dulu tadika pun ponteng. Hahah..

Ni gambar time rehearsal baru-baru ni. Dress kuning tu rasanya memang dress untuk pakai nanti, teacher pakaikan siap-siap. Teacher cakap, kakak kena practice lebihkan expression sikit:)

 Elsa, Anna and Prince Hans
Time ni Anna tengah introduce Prince Hans kat Elsa, nak minta restu kahwin

Irfan jadi leader:)
Menari lagu I'm In Love. Lagu sape pun tak tau, first time dengar

 Tiket dah dapat. Hah, bukan main. Ada tiket lagi. Parents free je, cuma kalau ada nak bawa family lain, kena bayar duit tiket. RM 10 je, ok la kan.

Kakak and irfan dah 2 years kat Tadika Nur Cemerlang ni. Next year irfan sambung kat sini lagi.

Dulu time tengah survey kindergarten untuk kakak and irfan, ada juga la terfikir nak hantar chinese kindergarten. Dekat Penang ni, agak susah nak cari kindergarten yang english based, tapi islamic. Semua yang best2, chinese kindergarten. Tapi, tak nak la yang focus duniawi saja kan, nak juga ada islamic education. That's why we go for Nur Cemerlang. Alhamdulillah, sangat puas hati. Those parents yang area Penang, if tengah survey kindergarten yang bagus for your kids, bole survey sekali Nur Cemerlang k. Highly recommded :)

Monday, 9 January 2012

Seronok sangat tengok anak dah nak masuk kindergarten

end of year, as usual, kenala register anak2 kat nursery. this year, memang anak-anakku still maintain kat nursery lama. last week cik abang dah pun g la register kat office nursery tu. Qistina dah 4 years, so dah start masuk kindergarten dah. bestnya, nanti Qistina dah start belajar baca2 sikit. i'm sure dia excited punya:) time register tu, dah dapat baju uniform dengan buku-buku. bestnya tengok. nanti aku nak beli plastic, nak balut cantik2 buku2 tu. clerk kat office tu cakap, report card akan dapat on the first day masuk kindergarten.

dapat package ni time register

dalam beg kecik tu, ada buku2 ni.-balance education-:)

ingat tak kat entry ni, aku ada citer yang Irfan jadik model pamphlet nursery tu. diorang ada buat changes kat pamphlet tu, ada gak tambah gambar2 baru aku tengok. tapi gambar Irfan still maintain:)

cute kan pamphlet ni:)

hero cilik, Irfan berbaju biru. glamer anak mama:)

Note : actually class dah start since last week. tapi hari ni first day, Qistina and Irfan g school for this year. sebab baru lepas balik bercuti dari rumah mak tok. mak tok pun bukan main excited tengok Qistina dah start masuk kindergarten:)

Friday, 14 October 2011

Hero Cilik : Kecil-kecil dah jadi model, tapi model tak berbayar la:)

hujung tahun lepas, time register Qistina and Irfan kat nursery diorang, cikgu diorang ada bagi pamphlet nursery tu. sekali tengok ada gambar Irfan, tak sangka pulak aku. dah jadi model dah hero mama ni. glamer gitu. terus tangan aku cepat jer snap gambar buat kenangan. ingat nak simpan gak pamphlet tu, tapi habis dah renyuk disusung ke sana ke mari. tak tau pergi mana dah. seb baik ada ambik gambar:)

Irfan yang pakai baju biru tu, tengah duduk kat tengah
time ni Irfan tak sampai setahun pun lagi

dah almost 2 years Qistina and Irfan kat nursery tu. Alhamdulillah, setakat ni aku puas hati dengan tempat tu. tapi next year Qistina dah 4 tahun, nak kena masuk kindergarten dah. nursery tu ada gak buat kindergarten, untuk budak 4 tahun ke atas, dia buat kat rumah lain, sebelah rumah yang sekarang jer. macam ok, tapi tak tau lagi macam mana. ingat nak carik kindergarten yang top sikit. kat sini, yang top2 semua Chinese based.  berlambak Chinese Kindergarten. ada D'Monte, Realkids, Melody, Topkids. semua tu yang memang top la. siap duit jer, sebab memang mahal compare to Malay punya. tapi cik abang kata tunggu setahun lagi, hantar ngan Irfan sekali.

so, rasanya next year, Qistina and Irfan akan still kat tempat yang sekarang ni. tahun ni, gambar anak sape pulak la kat pamphlet tu:)