Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Monday, 9 July 2018
Cara Mudah Hilangkan Kesan Hitam Dan Hangus Di Seterika @ Iron
Assalamualaikum
Pagi ni akak nak share tips untuk hilangkan kesan hitam dan hangus dekat seterika @ iron tu. Masalah sejagat kaum perempuan ni, stress kan bila tengok iron kita hitam berkerak. Cara ni akak memang buat. Senang je, bahan-bahan pun yang memang ada yang rumah. Yang penting, memang berkesan!
Yang ni khas untuk iron biasa-biasa je, bukan Philips iron yang hot dan viral tu. Kalau yang tu, takde masalah hitam dan hangus tu rasanya. Akak pernah juga try guna Philips iron tu, yang adik ipar punya. Best juga, sebab sekali iron, depan belakang jadi licin elok. Tak payah kita nak iron banyak kali.
Cuma akak belum terbuka hati lagi nak beli. Feel akak, kureng selesa sikit bila guna iron tu. Rasa macam gedabak sangat. Nak kena guna lagi a few times kut baru terbuka hati nak beli. Kira selamat lagi la poket cik abang buat masa ni ni. Hihi
Ok, jom akak kongsikan tips nak bersihkan iron hitam terbakar bertukar jadi licin berseri.
Cara Hilangkan Kesan Hitam Dan Hangus Di Seterika
Bahan-Bahan
Iron yang hitam dan hangus (of course)
Garam kasar
Ubat gigi
Suratkhabar
Berus gigi
Cara-cara
1. Panaskan iron, tenyeh atas garam kasar yang ditabur atas suratkhabar sampai puas hati.
Step ni untuk buang kerak-kerak kain yang melekat kat iron.
2. Sental iron guna ubat gigi dan berus gigi sampai licin.
Steps ni untuk hilangkan kesan-kesan hitam terbakar tu.
3. Taraaaa!! Siap. Licin dan bersih dah iron tu. Mudah, murah dan terbukti berkesan.
Selamat mencuba.
Jemput la share kat komen kalau korang dah cuba atau memang korang guna cara ni atau korang ada cara yang lain yang mudah dan berkesan juga :)
Thanks for reading!
Tuesday, 6 February 2018
Sedap Ke Beras Rebus? Apa Kebaikan Beras Rebus Ni?
Assalamualaikum semua :)
Apa khabar. Mudah-mudahan semuanya sihat, ceria dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Korang pernah dengar tak beras rebus (parboiled)?
Ramai dah kut tau tentang beras rebus ni. Akak je yang macam ketinggalan sikit.
Akak baru tau tentang beras rebus ni dalam hujung tahun lepas macam tu, terbaca dekat Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad. Bagus untuk kesihatan katanya.
Memandangkan akak sekeluarga ni perut nasi, siang malam makan nasi, of course la excited bila baca ada option yang lebih sihat untuk nasi ni.
Banyak je rupanya ada jual beras rebus ni. Cuma sebelum ni memang tak perasan langsung, ye la kan, bila beli beras tu asyik tuju beras biasa yang sama tu je.
Akak mula-mula nak beli yang 5 kg, tapi takde. So terus je angkat yang 10 kg punya. Tawakal je la dengan harapan rasa dia sedap, walaupun dalam hati risau juga takut tekak masing-masing tak boleh terima. Jenuh nak habiskan 10 kg tu.
Jenama beras rebus yang pertama kitorang beli, Jati. Sebab, tak tau la. Mungkin sebab dah selalu beli jenama ni kut kalau yang beras biasa tu pun.
Sedap Ke Beras Rebus Ni?
Rupa beras rebus ni, keruh dan keperangan sikit berbanding beras biasa. Dia ala-ala macam beras perang.
Bila nasi tengah masak tu, bau dia pun satu macam sikit.
Rasa dia... hmmm... of course rasa dia lain dari beras biasa.
Pertama kali makan tu, macam terima tak terima je tekak akak ni.
Anak-anak akak makan ok pulak. Masing-masing cakap sedap.
Tapi, lepas dah beberapa kali makan tu, akhirnya tekak akak dah boleh terima sangat.
Rasa sedap la pulak beras rebus tu. Tak sia-sia angkat 10 kg terus.
Sekarang ni dah masuk paket yang kedua dah pun. Tapi kali ni kami tak beli jenama Jati, sebab dah habis. Kali ni kami cuba jenama Mahsuri pula.
Alhamdulillah, rasa tetap sedap.
Kebetulan ada promosi time kami beli tu, dekat Mydin. Kalau harga biasa, tak pasti la pula akak berapa.
Apa Khasiat Beras Rebus Ni?
Beras rebus (parboiled) ni adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.
Ini menjadikan beras rebus adalah yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ni 11 x lebih baik berbanding beras perang.
Beras rebus ni juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah. Maksudnya, kita akan rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat untuk orang yang nak kuruskan badan.
Harga beras rebus ni mahal sikit berbanding biasa.
Tapi takla mahal mana pun. InsyaAllah masih mampu milik dan tak membebankan.
Untuk kesihatan kita sekeluarga juga kan.
Korang dah cuba belum beras rebus ni.
Kalau belum, molek sangatla cuba :)
Wednesday, 2 August 2017
10 Tips Keibubapaan Dari Prof Dr Muhaya
Berikut saya kongsikan tips keibubapaan dari Prof Dr Muhaya yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Amalan yang mudah namun resultnya sangat hebat.
10 Tip Keibubapaan Dari Prof Dr Muhaya
1. Baca Al-Fatihah
Kalau kita teringatkan anak kirimkan bacaan al-fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain", yang ertinya "Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah al-fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajah dan bercakap semasa anak tidur
Pandang wajahnya semasa tidur dan ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah doa dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
3. Solat Hajat
Masa bangun solat malam, solat hajat disisinya.Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika, kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani
Minta dikasihani, ucapkan setiap masa bahawa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak soleh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Selalu peluk anak
Peluklah selalu anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata dengan anak
Yang paling penting, jaga tutur kata kita, jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER...kata,cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah, buat macam drama pun tak apa.
8. Ayat 40 Surah Ibrahim
Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat.
[Wahai tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku].
9. Ingatkan anak tentang peribadi mulia
Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat , belajar tinggi, hatta penghafal al-quran pun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tidak memandang wajah yang cantik tetapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Tips memasak
Masa basuh beras,niatkan "Ya Allah lembutkanlah hati anak-anakku sebut nama dia...untuk faham agamanya", [kenapa kita nak dia faham agama , kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil selawat kepada nabi Muhammad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat Allah selalu.
InsyaAllah..mari kita sama-sama mengamalkannya.
Thanks for reading.
Semoga bermanfaat:)
Tuesday, 1 August 2017
Tips Kurus : 5 Snek 'Sihat' Yang Sebenarnya Tidak Sihat
Dengan cara yang betul, snek boleh menahan lapar, membuat kita bertenaga dan menyediakan sumber nutrisi yang sihat.
Dengan cara yang salah, snek boleh membuat kita penat, lesu dan lapar dari yang biasa sebelum ini, dan juga penuh kalori kosong yang tidak mengenyangkan.
5 Snek 'Sihat' Yang Sebenarnya Tidak Sihat
1. Jus hijau dalam botol
Walaupun anda rasa anda mendapat nutrisi dalam satu minuman, sebenarnya anda mengambil gula dalam jumlah yang besar.
Walaupun ia daripada bahan semula jadi, serat dalam buah-buahan dan sayuran telah dibuang apabila dijadikan jus, gula ini mengalir dalam darah anda seperti satu beg gula-gula.
Lebih baik memilih buah-buahan atau sayuran seperti lobak merah, timun dan saderi. Ia rendah gula dan membantu untuk mengekalkan tahap tenaga. Boleh campurkan buah-buahan dengan yogurt contohnya.
2. Bar tenaga / protein
Snek on-the-go memudahkan untuk menikmatinya, tapi ada sesetengah jenama mengandungi gula yang tinggi. Jangan anggap label seperti ‘natural’ atau ‘raw’ membuatkan ia sesuai untuk anda. Bar seperti ini biasanya dipenuhi dengan buah-buahan yang kering, madu dan sirap lain yang mengandungi gula, kalori yang tinggi dan membuatkan anda lebih inginkan benda manis.
Lebih baik memilih segenggam kacang mentah. Protein akan membuatkan anda kenyang dan mengawal tahap gula dalam darah.
3. Diet Coke
Minuman diet bebas gula tapi sebaliknya mengandungi pemanis tiruan seperti aspartame, setiap gram boleh menjadi 13,000 kali lebih manis daripada gula. Kerap mengamalkan pemanis boleh meningkatkan keinginan anda untuk benda manis dengan menghantar mesej yang sama kepada otak kamu dan ini sebenarnya boleh menjurus anda untuk makan makanan ringan lebih manis sepanjang hari. Mereka mungkin dilabelkan ‘diet’, tapi sebaliknya beberapa kajian menunjukkan pemanis tiruan boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.
Lebih baik memilih still atau sparkling water dan tambah buah-buahan segar (oren, lemon, strawberi dan pudina) untuk perisa.
4. Yogurt rendah lemak
Lemak dalam rasa yogurt memang enak, dan apabila ia dikeluarkan dari produk, pengeluar makanan tahu bahawa mereka perlu menggantikannya dengan sesuatu yang lain untuk membuat makanan yang sedap. Benda lain biasanya digantikan dengan gula. Sebagai contoh, dalam bekas kecil lemon yogurt rendah lemak (bunyi sihat,kan?) mengandungi gula 23g – bersamaan dengan hampir 6 sudu teh. Manakala kira-kira 10g yang berasal dari susu itu sendiri, yang masih lebih 3 sudu teh gula tambahan, yang dianggap sebagai snek ‘sihat’.
Lebih baik memilih yogurt asli probiotik dan tambah buah-buahan segar kamu sendiri untuk rasa manis.
5. Kerepek sayur-sayuran
Jangan terpedaya dengan perkataan ‘sayur-sayuran’. Dari segi kalori dan lemak, ini sama banyak dengan kerepek biasa. Kerepek veggie biasanya di goreng dengan minyak sama seperti kerepek lain, ia mempunyai lemak tepu yang tinggi dan tambahan garam. Apabila sayur-sayuran diproses menjadi kerepek, banyak vitamin dan nutrien akan hancur juga.
Lebih baik memilih satu tapak tangan besar kacang segar, yang kaya dengan protein yang akan membantu anda kenyang tanpa lebihan kalori.
Tip berguna untuk menjadi ‘celik’ snek:
- Apabila anda melihat pada label makanan, beri perhatian kepada barisan ‘gula yang mana’. Sebagai panduan mudah, 4g bersamaan dengan 1 sudu teh gula. Pengambilan harian yang dicadangkan mengambil gula tidak lebih daripada 25g sehari untuk orang dewasa – bersamaan dengan 6 sudu teh.
- Berhati-hati dengan fakta bahawa gula mempunyai banyak nama samaran yang berbeza. Perhatikan nama-nama yang berakhir dengan ‘ose’ (contoh frucose, maltose, sucrose) dan mana-mana sirap (contoh sirap maple, sirap beras). Semua ini adalah gula.
Monday, 24 July 2017
4 Tips Kulit Cantik Dan Awet Muda Dari Doktor Pakar
Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa cela dan kedutan. Jeragat, kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan.
Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar.
Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat.
4 Tips Kulit Cantik Dan Awet Muda
Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.
1. Minum air masak secukupnya
Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah kekurangan air di dalam badan. D isamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap.
Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air.
Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta masalah jeragat juga.
Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis. Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.
Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.
2. Perlindungan dari cahaya matahari
Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.
Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting.
Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas.
Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol.
Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya.
3. Makan lemak sihat (Omega 3)
Ikan amat kaya dengan Omega 3.
Makanan yang kaya dengan omega 3 boleh membantu mencantikkan kulit dan mengurangkan masalah kedutan kulit.
Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan Omega 6 dan Omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut.
Pengambilan pil suplemen Omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli Omega 3 yang lain. Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan. Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa.
Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.
4. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen
Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya sangat bagus kerana Vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit.
Pengambilan pil suplemen Vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran.
Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita.
Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya.
Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari.
Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.
Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan yang secukupnya disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang.
Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.
Credit
Wednesday, 19 July 2017
5 Tip Menjadi Suri Rumah Cemerlang, Terbilang, Gemilang :)
Bukan pekerja je yang perlu jadi cemerlang.
Wanita yang bergelar suri rumah pun perlu jadi cemerlang juga.
Cemerlang dalam menguruskan diri dan rumahtangga, suami pun makin sayang.
Jadi bagaimana nak jadi suri rumah cemerlang ni?
Berikut adalah 5 cara yang saya nak kongsikan.
1. Impian
Tulis, bincang dan tampalkan impian rumah tangga anda bersama pasangan iaitu suami. Daripada impian itulah, suri rumah boleh rancang pelaksanaannya secara bersama-sama. Libatkan suami dalam impian anda. Suami akan merasakan dirinya lebih dihargai dan menjadi sebahagian daripada impian anda.
2. Ilmu
Ilmu adalah cahaya. Cahaya yang membawa seseorang kepada impian yang dilakarkan. Asingkan bajet bulanan keluarga untuk bajet ilmu seperti kelas dan buku-buku yang diperlukan.
3. Atur Kewangan
Kewangan adalah nadi utama keluarga. Buat bajet bulanan yang membahagikan antara perbelanjaan utama, perlindungan, pendidikan anak-anak dan lain-lain.
4. Pendapatan Sendiri
Merujuk kepada Bajet Kewangan, anda boleh menentukan sama ada anda memerlukan pendapatan sampingan atau tidak.
Pada saya, sebagai seorang suri rumah, lebih elok sekiranya jika kita buat sesuatu untuk ada pendapatan sendiri. Selain membantu meringkan beban suami, dengan adanya pendapatan sampingan ni juga dapat membantu menjadikan kewangan keluarga kita menjadi lebih stabil dan mantap.
Macam saya sendiri, Alhamdulillah gaji suami mampu untuk menampung semua perbelanjaan keluarga kami. Walaubagaimanapun, saya masih gigih menjalankan online business. Sebab, selain untuk simpanan, saya juga sebenarnya ada banyak impian yang nak dicapai :)
5. Kerjasama
Keluarga dan kerjaya sama pentingnya. Anak-anak yang membesar perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai seseorang untuk mereka berkongsi cerita. Kerjasama dan kefahaman di antara suami isteri amat penting untuk memahami bahawa fungsi kedua-dua mereka amat penting demi kelangsungan keluarga mereka.
Tuesday, 18 July 2017
3 Cara Paling Senang Nak Kurus, Tapi Sangat Berkesan
Bukan senang nak kurus, betul tak? Kalau senang, mestilah takde masalah kegemukan dan takdelah golongan yang selalu mengeluh kenapa berat badan tak turun walaupun macam-macam usaha dah dilakukan.
Walaupun nak kurus ni bukan senang, tapi 3 cara ni akan tolong korang rasa, takdelah susah sangat pun nak kurus ni. Of course, mungkin ada yang rasa sedikit mencabar, tapi insyaAllah boleh.
3 Cara Paling Senang Nak Kurus
3 cara paling senang nak kurus, tapi sangat berkesan.
Perkongsian ni adalah berdasarkan pembacaan saya, pengalaman sendiri serta pengalaman sebenar mereka yang pernah mengalami masalah berat badan badan berlebihan tetapi telah berjaya kembali kurus.
Kenapa saya kongsikan 3 je, sebab 3 ni yang paling basic dan paling penting.
Cara 1: Cukup Tidur At Least 6 Jam
Biasanya pukul berapa ye korang tidur? Bagi yang bekerja dan mempunyai anak-anak, biasanya mungkin pukul 10-12 malam. Pukul 5 pagi dah kena bangun. So, actually boleh je cukup kan 6 jam.
Bila dah bekerjaya, berkeluarga, nak cukupkan tidur 8 jam sehari macam yang sesetengah saintis cadangkan tu, mungkin agak susah la juga. So, actually sekurang-kurangnya 6 jam tidur yang berkualiti ni pun dah mencukupi. Just nice.
Yang jadi masalah ni, kalau yang ada habit tak sihat, selalu tidur lambat sampai pukul 1-2 pagi dan bangun semula jam 5-6 pagi. Sehari tidur cuma 2-4 jam saja.
Of course, bila selalu tidur lambat dan tidur tak cukup, badan pun tak cukup masa nak detox. Itu belum cerita bab rasa lapar dan makan tengah-tengah malam. Badan pun dengan jayanya akan mengembang.
Mungkin ada orang, makin kurus bila tak cukup tidur. Rasanya, kurus bukan sebab tak cukup tidur tu, tapi lebih kepada kurus sebab stress sampai tak boleh tidur.
So, kalau korang tak cukup tidur selama ni, cuba cukupkan sekurang-kurangnya 6 jam tu. Tidur awal, bangun awal. Dan, kalau boleh, cuba lelapkan mata 15-30 minit sebelum Zuhur.
Bayangkan, cukup tidur pun boleh kurus. Tak ke giler senang nak buat tu?
Cara 2 : Jangan Skip Vitamin
Nak kurus, memang kita tak boleh elak daripada kawal “food intake” atau makanan yg kita makan.
Cuma, dalam pada kita nak adjust jumlah makanan (contoh, daripada nasi 3 pinggan nak kurang jadi sepinggan je), kita kena pastikan juga nutrisi mencukupi. Sebab nutrisi yang yang cukup akan buat badan kita “kurang lapar”. Kurang lapar tu bukan lah maksudnya terus hilang nafsu makan. Tapi, kurang lah rasa giler craving tak tahan tengok makanan memanggil-manggil.
Cara paling efektif nak bagi badan cukup nutrisi, kena cukup telan vitamin.
Macam saya sendiri, gara-gara pernah kena gastrik teruk dulu, breakfast memang takdela nak skip atau lewat-lewatkan dah. Lepas je Subuh tu, terus ambil breakfast. Breakfast biasanya yang simple dan mengenyangkan macam oat atau ESP. Breakfast ni elok yang simple je sebab time pagi kita sangat sibuk nak uruskan macam-macam hal. Yang pentingnya mengenyangkan. So, dengan adanya ESP tu, takdela alasan nak skip breakfast dah. Bonus lagi sebab ESP ni bagi tenaga untuk kita juga.
Pengambilan vitamin pun saya amalkan juga untuk tampung keperluan nutrisi badan. Vitamin pilihan saya adalah vitamin semulajadi Shaklee.
Dengan pengambilan nutrisi vitamin yang mencukupi, selain buat "food intake" makin terkawal, perut pun makin tak lapar. Nak buat kerja pun selesa, badan jadi lebih ringan pun ye.
Cara 3 : Cukupkan Pergerakan
Ramai yang selalu tanya saya, saya bersenam tak?
Tipulah kalau saya jawab saya selalu bersenam. Honestly, saya memang jarang bersenam. Kecuali weekend, ada la juga jogging dengan cik abang dan anak-anak.
Dekat rumah ni pun ada je basikal untuk exercise tu, tapi sesekali je naik. Cik abang je la yang rajin cycling hari-hari.
Tapi, saya buat kerja rumah, naik turun tangga, jalan kaki hantar dan ambil anak-anak sekolah pun kira exercise juga la kan.
Of course kalau exercise lagi bagus.
Tapi, memang ada kajian saintifik yang cakap, kalau nak kurus kena 10,000 steps minumum sehari. Cara ni sangat bagus untuk beginner yg asyik tak sempat bersenam. Jalan kaki keliling rumah, jalan kaki pergi kedai atau yang paling best jalan-jalan kat shopping mall pun boleh kurus. Tak ke best window shopping tu? Tapi jangan la pula sambil jalan-jalan tu singgah KFC pulak :)
So, ingat, secara ringkas, kesimpulannya:
1) Tidur yg cukup itu penting. Selain boleh kurus, ia juga buat kita kurang lesu.
2) Vitamin sangat penting. Selain buat kita tak kurang lapar, ia juga buat kita lebih sihat dan bertenaga.
3) Kalau tak sempat nak bersenam sekalipun, jalan kaki keliling rumah sampai 10,000 steps
Semoga bermanfaat untuk anda yang tengah berusaha nak kuruskan badan.
Thanks for reading :)
Monday, 13 March 2017
Snek Berkhasiat. Beli Buah-buahan Kering Dengan Harga Murah
Siapa suka mengunyah?
Maksud saya, suka makan sesuatu yang ringan di antara waktu makan utama.
Rasanya, semua orang suka mengunyah.
Cuma, bezanya apa yang di makan, bila dan berapa banyak yang di makan, samada boleh kawal atau tidak.
Makanan ringan ni, kita biasanya panggil snek.
Macam-macam pilihan yang ada, seperti coklat, kuih-muih, kerepek, buah-buahan, coklat dan sebagainya.
Makanan ringan atau snek ni bagus sebenarnya, sebab salah satu faktor utamanya adalah sangat membantu untuk mengawal selera makan supaya makan tak berlebihan.
Apa yang penting adalah, kita pilih makanan ringan yang berkhasiat supaya dapat menampung keperluan nutrisi badan kita. Secara tak langsung, badan pun akan kekal sihat dan bertenaga.
Apa pilihan snek korang ye?
Salah satu pilihan snek yang saya suka adalah buah-buahan kering.
Entry kali ni, sebenarnya saya nak berkongsi sebuah tempat yang saya selalu pergi untuk borong snek buah-buahan kering ni iaitu Saudagar Kurma, Syarikat Abul Ghaffar.
Banyak sangat pilihan yang ada kat sini. Kurma, kismis, prunes, segala jenis kacang, madu, pati delima, coklat arab dan macam-macam lagi.
Kami memang selalu pergi sini sebab pilihan banyak, kualiti bagus dan harga pun ok.
Semalam pun baru je singgah sini lagi, memborong stock, top up mana yang dah habis :)
Cawangan Saudagar Kurma ni ada di seluruh Malaysia.
Yang kami pergi ni, dekat Bukit Minyak Pulau Pinang.
Bole la pergi ramai-ramai ke sini k. Bukan mak-mak je suka, anak-anak pun suka. Sebab anak-anak saya, kakak Aina and Irfan suka betul beli coklat arab :)
Saudagar Kurma Shop
SAG Group Of Companies
Syarikat Abdul Ghaffar Trading Sdn Bhd
No. 3, LPBM 1
Bukit Minyak Industrial Park
14100 Bukit Minyak
Pulau Pinang
Friday, 10 March 2017
Mata Kiri Berkedip Tanda Akan Menangis Mendapat Berita Sedih ?
“Kenapalah mata ni kerap berkedip-kedip?
Kadang-kadang mata sebelah kanan, ada masanya mata belah kiri. Apa petandanya nie?”
Memandangkan sejak zaman nenek moyang kita lagi telah menurunkan banyak warisan budaya dan mitos-mitos, mata berkedip juga tidak terkecuali dikaitkan dengan sesuatu perkara yang mengandungi unsur sesuatu alamat ataupun petanda.
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’ dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.
Mitos Tentang Mata Berkedip
Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah).
Namun tahukah anda Eye twitching atau ‘Myokymia’ (saintifik) atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.
Ia berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun, kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.
Punca-punca terjadinya ‘eye twitching’ ini ialah:
1. Stress
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.
2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini.
4. Kafein dan Alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.
6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.
Kesimpulannya, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini. Takut nanti terpesong pula akidah kita dan boleh membawa kepada syirik.
Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya.
Thanks for reading.
Semoga bermanfaat :)
Thursday, 16 February 2017
5 Cara Berkesan Hilangkan Kutu Beras
Kutu Beras. Beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul atau terlalu lama bukan sahaja boleh meninggalkan bau hapak, bahkan boleh diserang kutu! Nak hilangkan kutu beras satu per satu memang bukan satu kerja yang mudah dan memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.
Kadang-kadang masih ada kutu beras yang tersembunyi di sebalik beras hingga ketika dimasak, kita masih lagi jumpa beberapa ekor kutu tu di antara nasi. Memang geram dibuatnya kan!
Rasa macam nak buang je beras yang berkutu tu dan beli beras yang baru. Tapi, sayang la pulak, membazir kot.
Antara cara untuk kita mencegah dan menghilangkan masalah kutu beras ini, antaranya:
5 Cara Berkesan Hilangkan Kutu Beras
1. Daun Asam Jawa
Masukkan dua atau tiga helai daun asam Jawa yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras. Sesekali bukalah tempat penyimpan beras agar udaranya tidak terperangkap dan beras tidak berbau hapak.
2. Cili Kering
Gunakan cili kering. Masukan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan beras. Bau menyengat daripada cili kering it akan mengusir kutu. Jangan lupa untuk menutup kotak penyimpanan beras itu dengan rapat dan simpan di tempat yang kering dan sejuk. ‘Confirm’ kutu beras tidak berani datang!
3. Bawang Putih
Anda boleh menggunakan bawang putih untuk mengusirnya kerana kutu beras tidak menyukai aroma khas bawang putih yang menyengat. Caranya adalah dengan memasukkan bawang putih yang sudah dikupas pada beras yang anda simpan. Tetapi cara ini berisiko akan merosakkan beras kerana kandungan air daripada bawang putih boleh membuatkan beras menjadi lembab dan berkulat jika disimpan terlalu lama. Sebaiknya, anda taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.
4. Kulit Kayu Manis
Selain bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras. Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu berasa berasa tidak selesa.
5. Jemur Di Tempat Panas
Masukkan beras di dalam bekas yang boleh meninggalkan kesan panas seperti ‘stainless’. Kemudian jemur di tempat yang panas, lebih kurang dalam 20 minit. Tutup atasnya dengan sehelai kain putih. Panas yang ditinggalkan oleh ‘stainless’ akan membuatkan kutu beras tersebut kepanasan dan akan mencari tempat yang sejuk sehingga ia akan menempel pada kain tersebut. Anda akan lihat kutu-kutu beras itu melekat pada kain, kemudian buanglah kutu-kutu itu.
Semoga bermanfaat.
Thanks for reading :)
Wednesday, 25 January 2017
Cara Hilangkan Cirit-Birit. Memang Berkesan, Dengan Air Tepung Gandum
Pernah tak korang tiba-tiba kena cirit-birit? Mesti la pernah kan.
Kalau setakat 1 atau 2 kali ke toilet, lepas tu ok takpelah juga. Ni dari pagi sampai ke petang berulang-ulang ke toilet. Boleh dehydrated tau.
Jangan buat main-main kalau dehydrated ni, risikonya sampai boleh membawa maut.
Pernah terjadi dulu, cik abang saya cirit-birit teruk akibat salah makan.
Sampai tahap blood pressure naik, hampir pitam dan tanda-tanda macam nak kena serangan stroke.
Cepat-cepat saya bawa ke hospital, then kena tahan kat wad 2 hari.
Alhamdulillah tak jadi apa-apa yang serius.
Ketaq badan wehh waktu tu.
Apa nak buat kalau cirit-birit?
Baru-baru ni, cik abang kena lagi cirit-birit. Dari pagi asyik keluar masuk tandas.
Then, saya teringat la mak saya pesan, kalau cirit-birit, minum air tepung.
So, cepat-cepat buat bagi cik abang minum.
Cara buat air tepung gandum
- Bancuh 1 sudu besar tepung gandum dengan segelas air masak
- Kacau
- Biar sekejap supaya tepung tu mendap
- Minum air tepung tu
Punya kelam-kabut, cik abangku siap minum terus dengan tepung tu semua, licin :)
Tapi korang tak perlu la telan dengan tepung tu sekali, minum air yang kat bahagian atas tu cukup dah.
Berkesan ke air tepung gandum ni ?
Alhamdulillah.
Lepas je minum air tepung gandum tu, terus hilang cirit-birit tu.
So, korang bole sangat cuba cara ni ya. Approved!
Bahan-bahan pun semua memang ada je kat rumah kan.
Untuk kanak-kanak pun boleh, cuma kurangkan sikit tepung tu. Guna 1 sudu kecil tepung gandum.
Tapi, kalau lepas minum air tepung ni still tak ok juga, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut k.
Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)
Tuesday, 17 January 2017
Cara Mencuci Muka Supaya Kulit Tidak Rosak. Jangan Buat 9 Kesalahan Ini
Jangan tidak tahu, ramai yang salah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, ia sebenarnya lebih daripada itu.
Sesetengah orang mengambil ringan soal ini, dan akhirnya merosakkan wajah mereka sendiri. Entri kali ni, saya nak kongsikan tentang 10 kesalahan yang patut kita elakkan ketika membersihkan wajah.
9 Kesalahan Mencuci Wajah Yang Merosakkan Kulit
1. Salah pilih produk
Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.
2. Jangan ‘terlebih’
Membersihkan muka sekali atau dua kali setiap hari adalah bagus. Terlebih melakukannya mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak mahupun terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.
3. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.
4. Skrub wajah
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.
5. Tidak bersihkan betul-betul
Tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun sedang mengejar waktu, usah ambil mudah soal ini. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang padanya, bersihkan juga kawasan-kawasan ini.
6. Guna produk dengan bahan kimia
Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika ia jenis sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.
7. Gosok dengan tuala
Pedapkan, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah untuk menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.
8. Tangguh guna pelembap
Bagi memaksiumumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.
9. Beli produk ‘itu-ini’
Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang. Jangan cepat terperanguh dengan iklan dan asyik bertukar-tukar produk.
Anda mungkin juga berminat dengan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat Dan Kulit Berminyak dan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Cerahkan Kulit Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya
Wednesday, 21 December 2016
Rahsia Kekal Cantik Macam Anak Dara Untuk Pikat Hati Suami :)
Wanita yang sudah berkahwin, terutamanya yang sudah mempunyai anak, jangan pula abaikan bab-bab jaga badan ya.
Bukankah penampilan untuk suami itu cukup penting? Lelaki mana yang tak suka pandang sesuatu yang cantik kan. Nak ke suami selalu pandang wanita lain? Sedih tau..
Lagipun, semakin kita bertambah usia ni, semakin la kita nak kena jaga badan. Bukan untuk kecantikan semata-mata, apa yang lebih penting lagi adalah untuk kesihatan kita juga. Bila dalaman sihat, insyaAllah luaran pun cantik dan sihat. Hah, jaga kesihatan dengan sebaik-baiknya ni pun salah satu tanda kita bersyukur kan.
Rahsia Kekal Cantik Macam Anak Dara Untuk Pikat Hati Suami
Kalau sebelum kahwin beriya jaga makan takut berat badan naik. Tapi lepas ada anak, takkan nak biar badan mengembang. Kalau tak se'slim' macam zaman anak dara, at least janganla sampai menggeleber dan tak fit. Nampak tua dari usia pula tu. Kena la jaga juga, betul?
Masalahnya, bukan senang nak jaga badan lepas dah bersalin ni.
Mana dengan nak jaga anak, urus hal kerja, urus hal rumahtangga lagi. Minded yang paling kena tukar, dah kahwin dah pun nak jaga badan buat apa lagi :)
Sebenarnya ada cara mudah dan rahsia untuk kekal cantik macam anak dara walaupun dah ada anak ni. Tak semestinya kita perlu susahkan diri pergi rawatan kecantikan, laburkan ribu-ribu duit, ambik risiko cucuk sana cucuk sini.. tak perlu semua tu.
Nak tau rahsianya? Jom saya kongsikan. Sama-sama la ya kita berusaha jaga kesihatan dan kecantikan untuk diri sendiri dan encik suami.
1. Jangan tidur lambat
Ini cara mudah untuk kulit kekal cantik dan awet muda.
Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 4-6 jam sahaja.
2. Rajinkan diri untuk keluarkan peluh
Sibuk macam mana pun, lakukan senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.
Tak percaya? Cubalah dulu dan lihat hasilnya nanti.
3. Banyak minum air putih
Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Air penting untuk fungsi sel, menyingkirkan toksin dari badan, melancarkan peredaran darah, mengawal suhu badan, dan buat anda bertenaga sepanjang hari.
4. Buang sikap cepat marah, banyakkan ketawa
Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot, meningkatkan “rasa gembira” endorphins, dan mengurangkan hormon tekanan (cortisol). Ketawa membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental. Ketawa juga buatkan anda nampak lebih muda.
5. Ambil supplements
Zaman sekarang bukan macam zaman moyang kita dulu. And kita bukan hidup dalam dunia yang ideal. Zaman sekarang ni, kita terdedah dengan pelbagai pencemaran, bahan kimia, makanan segera yang diproses, stress dan sebagainya.
Sel-sel badan akan mudah rosak tanpa pengambilan vitamin dan nutrisi yang secukupnya. Sebabnya, vitamin yang secukupnya ni lah yang penting supaya sel-sel badan kita sihat dan dapat berfungsi dengan cekap. Kecantikan kan bermula dari dalaman yang sihat dan cantik :)
Macam mana pendapat anda sendiri? Rasa nak jaga badan atau biar dengan penampilan serabai, janji hal rumah tangga teratur? Tepuk dada, tanya selera.
Kalau kita boleh buat dua-dua sekali, kenapa perlu pilih :)
Friday, 25 November 2016
5 Rahsia Kulit Flawless Yang Ramai Tahu, Tapi Selalu Abaikan
Siapa yang tak nak kulit cantik, halus dan mulus kan.
Bukan sahaja kaum wanita, kaum lelaki pun pasti stress dan down kalau kulit bermasalah jerawat, jeragat, parut dan sebagainya.
Bila kulit bermasalah ni, itu yang buat kulit nampak kusam, gelap dan tak berseri tu.
Bila dah settle segala masalah tu, barulah kulit nampak sihat, cerah dan mulus atau orang putih cakap 'flawless' :)
Semua pun pasti dah tau kan, dua benda paling penting yang kita tak boleh abaikan untuk dapatkan kulit yang cantik dan mulus ni adalah:
Selain dua aspek ni, ada juga beberapa perkara penting yang perlu kita ambil berat kalau nak kulit betul-betul cantik dan sihat.
Nak kata rahsia tu tak sangat kut, ramai sebenarnya yang tahu, tapi ramai yang selalu abaikan.
Jom, saya kongsikan 5 rahsia yang bukan lagi rahsia tu :)
5 Rahsia Kulit Flawless Yang Ramai Tahu, Tapi Abaikan
1. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari
Kunci utama kulit halus mulus sebenarnya adalah tidur. Jangan persoalkan kenapa lingkaran bawah mata semakin teruk jika anda sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang dengan mendapatkan tidur yang cukup setiap hari.
2. Kurangkan pengambilan gula
Pengambilan gula yang berlebihan dan melampau boleh menyebabkan masalah berat badan meningkat naik dan ia sekali gus menyebabkan masalah kulit wajah melalui proses penuaan dengan lebih cepat berbanding usia.
3. Elak stres
Stres sebenarnya memang mendorong kepada impak negatif pada kesihatan tubuh. Bukan hanya menyebabkan masalah jerawat dan jegarat, malah juga menyebabkan seri wajah semakin hilang.
4. Lindungi kulit dari cahaya matahari
Meskipun cahaya matahari menyalurkan vitamin D buat kulit, tetapi ia juga boleh mengakibatkan kesan negatif seperti kanser kulit dan iritasi lain jika berlebihan.
5. Guna pelembap setiap hari
Pastikan kulit kekal lembap sentiasa kerana jika masalah kulit kering berlanjutan, ia akan menyebabkan masalah penuaan kulit berlaku awal.
Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)
Wednesday, 16 November 2016
Jadual Harian Untuk Kekal Sihat Dan Cantik Yang Semua Patut Tahu
Badan manusia ni unik dan kompleks.
Setiap saat, sel dan organ badan kita bekerja menjalankan fungsi masing-masing.
Bagaimana untuk kekal sihat dan cantik?
Tak lain dan tak bukan, sudah tentulah dengan menjaga kesihatan dalaman kita supaya sel-sel badan kita sentiasa sihat dan dapat berfungsi dengan baik.
Saya ada terbaca satu tips menarik, bagaimana badan kita bekerja secara ringkas sepanjang hari..
Dan dari situ, dikongsikan beberapa tips, apa yang boleh kita lakukan dan elakkan supaya badan kita kekal sihat, dan secara tak langsung kita juga kita juga cantik, cergas, bertenaga dan ceria :)
Jadual Harian Untuk Kekal Sihat Dan Cantik Yang Semua Patut Tahu
Jom follow tips ni:
5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini.
Jika tak, penyakit akan berkumpul.
7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan.
Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang-kadang orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.
11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika.
Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.
3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.
5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated.
Banyakkan minum air dalam waktu ini.
7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.
9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur.
11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.
1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga.
Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi..
Thanks for reading.
Semoga bermanfaat :)
Thursday, 6 October 2016
7 Cara Elakkan Gincu Terkena Gigi Supaya Tak Kantoi Malu Sendiri
Kalau pasal make-up, i'm not the right person untuk tanya sebarang soalan.
Sebab ilmu saya tentang makeup ni zero kot. Keluar rumah memang setakat tepek bedak dengan lipstick je pun.
Entry kali ni saya bukan nak bercerita tentang tips make up. Tapi, saya nak share common problem bila pakai make up, to be specific, lipstick.
Lipstick selalu terlekat kat gigi.
Siapa yang selalu ada masalah ni?
Bayangkan la kan kita punya confident senyum tayang gigi dekat orang, tapi kita tak perasan pun lipstick lekat kat gigi. Orang tu pun mesti rasa pelik atau 'awkward', tapi dia sendiri pun tak tau nak tegur ke tak.
Saya pernah tau, cik abang tegur lipstick terlekat kat gigi. Series malu wehh. Itu baru cik abang tegur, kalau orang lain tegur, confirm lagi malu kot. Walaupun selalu jer termalu sendiri bila tengok kat cermin lipstick ada kat gigi, tapi kalau orang tegur ni malu dia double triple kot.
Jom..
Saya kongsikan tips untuk elakkan gincu terkena gigi supaya kita tak kantoi malu sendiri dan orang lain pun tak janggal bila ternampak :)
1. Tisu
Trik yang agak klise, tapi ternyata berkesan. Caranya, letakkan sehelai tisu di antara permukaan bibir atas dan bawah. Kemam perlahan-lahan dan fokus pada bahagian dalam bibir. Ia akan menghilangkan lebihan kesan gincu dan ini mengelakkan rona gincu terkena pada permukaan gigi.
2. Jari telunjuk
Mungkin ini salah satu cara yang pelik untuk menghilangkan lebihan rona gincu, tetapi ia sememangnya berkesan. Letakkan jari telunjuk anda ke dalam mulut dan tarik keluar perlahan-lahan, dan pada masa yang sama kemam bibir anda. Anda akan terkejut berapa banyak gincu yang melekat pada bahagian dalam bibir.
3. Guna berus bibir
Ini bermakna anda boleh mengawal berapa banyak amaun gincu yang anda oleskan pada bibir. Dengan cara ini, permukaan dalam bibir tidak akan penuh dengan lebihan gincu.
4. Guna straw
Percaya atau tidak, sewaktu kita minum ia boleh menyebabkan rona gincu jatuh pada gigi. Elakkan masalah gincu melekat pada gigi dengan menggunakan straw waktu minum.
5. Jangan gigit bibir
Menggigit bibir hanya akan menyebabkan rona gincu comot dan melekat pada gigi. Jadi, hentikan tabiat menggigit bibir serta-merta.
Menggigit bibir hanya akan menyebabkan rona gincu comot dan melekat pada gigi. Jadi, hentikan tabiat menggigit bibir serta-merta.
6. Pilih gincu matte
Jarang kita lihat rona gincu matte melekat pada gigi kerana ia tidak mempunyai efek glossy dan smudgy.
7. Pastikan periksa selalu
Rajinkan diri untuk memeriksa diri di hadapan cermin terutama sekali pada bahagian gigi kerana ia jadi tumpuan utama kala berkomunikasi. Takut-takut ada comotan gincu pada gigi.
Thanks for reading!
Semoga bermanfaat..
Monday, 22 August 2016
Anak-anak Selalu Bergaduh, Apa Puncanya? 7 Tips Yang Ibu Boleh Amalkan Untuk Tangani
Memang memeningkan kepala kan bila anak-anak bergaduh ni. Bila anak-anak bergaduh ni, biasanya kita sendiri pun akan jadi stress. Tu yang buatkan kita jadi kita cepat naik darah dan marah-marah tu. Mana dengan penat kerja dan buat kerja rumah lagi kan.
Sekarang bila dah ada anak-anak ni, barulah faham macam mana perasaan mak dengan ayah kita dulu. Kita dulu-dulu pun kalau tak bercakaran dengan adik-beradik tu tak sah la kan. Saya ingat lagi, saya dulu kalau bergaduh suka menjerit-jerit. Nangis pun menjerit-jerit. Sekarang ni, anak saya yang sulung kakak Aina, rasa macam sepesen ja perangai bab menjerit2 ni. Yang si adiknya Irfan pula suka kacau si kakak, saja je nak bagi kakak nangis. Adehh.. sungguh menguji tahap kesabaran.
Adik-beradik bergaduh ni, common la kan, nature of sibling.
Tapi, ada juga sebab-sebab lain yang buatkan anak-anak selalu bergaduh ni, yang kita sebagai ibu bapa perlu ambil berat.
4 Sebab Utama Anak-anak Selalu Bergaduh
1. Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki.
2. Sering dibanding-bandingkan dengan sesaorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3. Sering menyaksikan perkelahian, dan menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4. Sekadar mahu mengekpresi perasaannya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang bergaduh.
Langsung tak bergaduh tu tak mungkin la adik-beradik ni. Tapi yang penting, kita sebagai ibu bapa boleh cuba tangani dan kurangkan.
7 Tips Tangani Anak-anak Suka Bergaduh
1. Adil dan sayang sama rata
Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2. Jangan suka membandingkan anak-anak
Berhenti membanding-bandingkan mereka. Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita.
3. Jangan bertengkar depan anak-anak
Elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4. Beri perhatian
Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5. Puji anak-anak
Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6. Kuasa doa
Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa.
7. Bisikkan ke telinga anak-anak semasa tidur
Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik.
Jangan pula kata,
"Jangan bergaduh selalu"
Kata kuncinya bergaduh. Sebaliknya, kata begini;
“Kakak suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kakak sayang adik-beradik.”
Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Semoga perkongsian ni membantu ibu-ibu di luar sana.
Semoga bermanfaat :)
Thursday, 21 July 2016
7 Kelebihan Shawl Murah Yang Perlu Korang Ambil Tahu
Berapa yer harga shawl yang biasa korang beli?
Macam saya sendiri, shawl saya selama ni range harga dari RM0 hingga RM30 je. RM0 tu sebab banyak juga shawl yang saya dapat free je. Free ni sebab bila mak saya pergi buat umrah, mak saya suka beli jubah kat sana pastu dapat free shawl. Mak saya pula malas pakai shawl nak berlilit bagai ni, jadi saya la yang ambik shawl free tu.
Range harga bawah RM30 ni kira murah la kan. Pada saya, tak perlu dah saya nak beli shawl yang mahal dari ni. Sebab dengan harga ni, saya dah puas hati dah dengan kualiti shawl yang saya beli selama ni, cantik pun cantik. Ni untuk saya la, untuk orang lain mungkin berbeza pendapatnya. Tapi tak tau la kan, tup2 minggu depan tergoda nak beli shawl Neelofa pulak. Hihi.
Banyak kelebihan beli shawl murah ni, paling utamanya, JIMAT duit la kan. Duit tu boleh spend untuk beli benda-benda lain pulak.
Saya terjumpa satu artikel menarik ni, tentang kelebihan shawl murah. Rasa terpanggil pulak nak share kat sini.
7 Kelebihan Shawl Murah
1. Boleh didapati di mana sahaja
Bukan offline je, online pun dah banyak sangat jual. Tak susah pun nak dapat. Saya sekarang baju and tudung sendiri ni, memang beli online je.
2. Menjimatkan wang
Hidup di zaman yang moden ini memerlukan banyak komitmen. Korang mungkin berfikir bagaimana caranya untuk ‘cut-cost’ dari perbelanjaan
seharian kan. Daripada membeli pakaian atau shawl yang berjenama, apa
kata korang bertukar kepada shawl murah. Selain dapat menjimatkan kos, korang juga dapat bergaya tanpa perlu berhutang sana-sini.
3. Tetap cantik
Tidak semestinya shawl murah tidak cantik untuk dipakai. Trick dia, korang perlu
pandai pilih dan bergaya. Kalau beli shawl yang berjenama sekalipun, tapi tak tau macammana nak gayakannya, keadaan tetap menjadi sama juga. Yang penting, tutup aurat dengan sempurna.
3. Pelbagai pilihan dan corak
Shawl murah mempunyai pelbagai jenis pilihan dan corak. Pernah tak korang tiba-tiba ternampak jenis shawl berjenama yang korang beli ada
dijual di pasar malam menggunakan fabrik yang sama dan corak yang sama? Confirm rasa menyesal. Sebab tu, kalau bijak pilih dan bijak
bergaya tentu ramai yang tak dapat bezakan antara shawl murah dan
berjenama.
4. Penggunaan fabrik yang sama
Sebenarnya kebanyakan pengusaha shawl membeli kain di kedai kain yang
sama. Jadi, tak mustahil jika shawl berjenama turut di
jual di pasar malam. Mungkin apa yang membezakannya ialah cara jahitan
dan potongan. Jenis fabrik kebanyakannya adalah sama saja. Tak dapat
dinafikan, sesetengah shawl berjenama menggunakan jenis fabrik yang
berkualiti tinggi, namun shawl murah juga mempunyai kualiti dari sudut
lain.
5. Fesyen yang sering bertukar-tukar
Pembaziran berlaku apabila barang yang korang beli hanya dipakai untuk
beberapa kali sahaja. Sama juga seperti fesyen dan trend shawl yang
sering bertukar ganti. Sekurang-kurangnya jika fesyen dan trend
bertukar-tukar, takdelah rasa membazir kan kalau beli shawl murah berbanding shawl berjenama.
6. Kepuasan yang berbeza
Memakai shawl yang berjenama mungkin memberikan kepuasan kepada si
pemakai, tapi kalau korang mendapat pujian yang melimpah ruah dari
rakan-rakan tentang shawl yang korang gayakan walaupun harganya murah, sure rasa lebih puas hati. Money spent well gitu.
7. Jumlah kuantiti yang dapat dibeli
Apabila korang membeli shawl murah, korang mungkin dapat membelinya
dengan kuantiti yang lebih berbanding kalau beli shawl berjenama
yang agak mahal, korang mungkin mampu membeli hanya sehelai sahaja.
Kesimpulannya
Bijak memilih dan bergaya adalah kunci untuk tampil menawan dan
anggun. Tak kisahla, murah ataupun mahal :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































