Showing posts with label ALFAFA. Show all posts
Showing posts with label ALFAFA. Show all posts

Tuesday, 3 July 2018

Penyelesaian Terbaik Untuk Masalah Sembelit Dan Sukar Buang Air Besar


Assalamualaikum

Masalah buang air besar dan sembelit boleh menyebabkan ia menganggu kerja harian dan aktiviti kita
setiap hari. Kulit mudah kusam akibat toksin didalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna.

Malah berat badan juga akan makin naik tanpa ada sebarang perubahan walaupun sedang berdiet.
Sembelit dan masalah penghadaman boleh menyebabkan usus kita menjadi tidak sihat dan ia boleh
menyebabkan buasir terjadi akibat dari terlalu kerap meneran dan menahan dari membuang air besar.

Jika terus dibiarkan masalah ini, ia boleh mengakibatkan badan kita tidak sihat dan kulit wajah kita pun kusam, tua dari usia sebenar kita dan kita boleh mengidap KANSER USUS.


Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Noor Hartini Md Saat, bagaimana beliau kini sudah tidak lagi seksa menganggung masalah sembelit dan sukar buang air besar beliau.

Masalah Sukar Buang Air Besar Dan Sembelit Kini Tiada Lagi

Alhamdulillah itulah yang saya alami sebelum kenal set vitamin Shaklee ini. Pada mulanya saya
mengambil set menyusu asas yang terdiri dari Alfalfa, Lecithin dan Ostematrix. Alhamdulillah susu badan kembali meriah time tu dan yang paling menggembirakan saya ialah masalah sukar buang air besar dan kerap sembelit saya telah dapat diatasi.

Kalau ingatkan dahulu 2 kali seminggu atau 3 atau 4 hari sekali adalah rutin biasa saya dapat membuang. Dan dah tentulah ia sangat menyakitkan.



Pada mulanya saya menyangkakan adalah perkara biasa sebab badan saya baru kenal vitamin ni, mungkin tindak balas dari vitamin saja yang menyebabkan ia memudahkan pelawasan. Tapi sangkaan saya meleset. Masalah sukar buang besar dan sembelit saya terus hilang malah saya kini konsisten dapat membuang air besar 1 atau 2 kali sehari. Alhamdulillah.

Bila saya kongsikan kegembiraan saya ini dengan upline saya iaitu ummi mai md saupi. Barulah saya tahu Ostematrix lah yang banyak membantu masalah saya ini.

Ostematrix Shaklee ini ialah supplement kalsium yang lengkap dengan pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia mengandungi mineral magnesium,fosforus,vitamin D, zink , kuprum, manganes dan boron.

Jadi terbukti Ostematix Shaklee bukan sekadar kalsium biasa.. Dan baru saya tahu jika ingin memilih pil kalsium pastikan pil kalsium yang kita pilih ada vitamin D agar ia membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan tubuh kita dengan baik.

Alhamdulillah setelah konsisten mengambil set vitamin ini, apa yang menggembirakan hati saya selain masalah buang air besar dan sembelit dapat diatasi, berat badan saya juga kembali turun dan bmi saya kini stabil.

Kulit saya kini juga tidak kusam lagi malah sakit lutut yang saya alami kecederaan dizaman sekolah dulu kini tidak sakit lagi... Alhamdulillah.

Semoga dengan perkongsian saya ini, dapat membantu ibu-ibu dan mereka diluar sana yang mengalami masalah seperti saya dapat mengatasinya dengan mencuba set vitamin Shaklee ini. Alhamdulillah.

Dengan mengamalkan vitamin dengan konsisten, saya kini lebih sihat ,cergas dan gembira menjalani kehidupan harian saya.

Terima kasih Shaklee..


Betul Ke Set Sembelit Shaklee Ni Bagus ?

Shaklee ni bukanlah ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kesihatan badan untuk berfungsi secara optimum. Tiada kesan sampingan yang negatif, dijamin selamat dan semulajadi. Malahan semua produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian yang teliti dari para saintis Shaklee untuk memastikan kualiti produk sentiasa yang terbaik.

Untuk testimoni mereka yang pernah mengamalkan produk Shaklee untuk masalah sembelit dan sukar buang air besar
>> Vitamin Untuk Sembelit

Bagaimana Nak Dapatkan Set Sembelit Shaklee ?

Jangan biarkan masalah sembelit anda melarat sehingga mengganggu aktiviti harian anda dan juga tahap kesihatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Wednesday, 31 January 2018

Tiada Lagi Masalah Gastrik Yang Kronik


Saya seorang ibu kepada 4 orang anak yg berumur daripada 10 hingga 4 tahun. Saya juga seorang guru yang berumur 42 tahun. Dan ini adalah kisah testimoni saya yang konsisten amalkan ESP, Vitamin B Complex, Vitamin C dan juga Alfalfa.


Diserang Gastrik Yang Kronik

Saya mula-mula kena gastric semasa saya mengandung anak sulung (2007). Dan, gastric saya hanya menyerang jika saya ada makan udang. Sebelum kahwin saya takde masalah pun jika makan udang. Malahan, udang adalah makanan favorite saya, terutamanya udang sungai. Mungkin perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan badan saya tak boleh nak terima udang. So, pendek kan cerita, saya terpaksa berpantang makan udang.

Selepas melahirkan anak sulung, kira2 umur anak sudah lebih 6 bulan, saya cuba lagi makan udang. Sekali lagi saya diserang gastric yang teruk. Yang mana jika saya telan Trisilox pun tak jalan.

Mengerekot la saya kat tilam sepanjang hari. Last2 saya telan 2 biji panadol dan 2 biji Trisilok, barulah lega sikit sakit perut tu. Tetapi, dalam masa 2 hingga ke 3 hari tu, memang saya langsung tak boleh silap makan.

Contohnya, saya kena makan bubur..tak boleh makan nasi biasa. Itupun dlm kuantiti yg sedikit. Tak boleh juga makan makanan yg pedas dan juga berminyak. Kalo over makan atau tersalah makan, maka gastric akan kembali datang menyerang.

Oleh kerana sudah berasa serik dengan kesakitan gastric, maka saya lebih rela untuk berpantang daripada makan udang sampai bila2. 


Tiada Lagi Masalah Gastrik
 

Semasa hamil anak ke 4 (2012), saya mula mengamalkan vitamin Shaklee. Antara yg saya amalkan masa tu adalah ESP, Vitamin C dan Vitamin B. Selepas bersalin hingga tamat berpantang, saya amalkan Alfalfa selain daripada vitamin 2 yg saya amalkan sebelum ini.

Apabila anak saya berumur 2 tahun, sekali lagi saya cuba untuk makan balik makanan kegemaran saya sejak dari zaman anak dara lagi. Dan, saya terkejut bila selepas makan tu perut saya okey je. Takde tanda2 diserang gastrik.

Selang seminggu kemudian, saya cuba lagi makan udang, pun masih sama, tiada lagi diserang gastric. So, dari situlah saya sedar yang vitamin Shaklee yang saya amalkan itu telah menyebabkan gastric saya sembuh walaupun pada awalnya niat saya utk amalkan Shaklee adalah utk breastfeeding.

Jadi, sampai hari ini, setelah anak no. 4 saya berumur 4 tahun, saya masih amalkan Shaklee. Dan, kepelbagaian vitamin yg saya dah cuba pun makin bertambah. Hampir semua vitamin Shaklee sudah saya cuba.

Malahan, anak2 dan suami pun saya suruh dorang amalkan vitamin Shaklee setiap hari. Dan, sehingga ke hari ini saya amat yakin dengan kualiti vitamin Shaklee. Terima kasih Shaklee.



Betul Ke Set Gastrik Shaklee Ni Bagus ?

Shaklee ni bukanlah ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kesihatan badan untuk berfungsi secara optimum. Tiada kesan sampingan yang negatif, dijamin selamat dan semulajadi. Malahan semua produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian yang teliti dari para saintis Shaklee untuk memastikan kualiti produk sentiasa yang terbaik.

Untuk testimoni mereka yang pernah mengamalkan produk Shaklee untuk masalah gastrik
>> Vitamin Untuk Gastrik

Bagaimana Nak Dapatkan Set Gastrik Shaklee ?

Jangan biarkan masalah gastrik anda melarat sehingga mengganggu aktiviti harian anda dan juga tahap kesihatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 28 July 2017

Ubat Resdung Mujarab. Tiada Lagi Masalah Selalu Bersin, Selsema Dan Gatal Mata


Siapa ada masalah resdung?

Resdung ni ramai orang ada sebenarnya, bezanya sama ada yang teruk atau yang ringan sahaja.
Kira-kira 90% penduduk Malaysia yang mengalami masalah resdung pada ketika tertentu dalam hidup mereka.

Siapa yang ada masalah resdung ni je yang tau betapa seksanya rasa.
Tiap-tiap hari tak berhenti bersin dan selsema. Malah ada yang sampai tahap terpaksa menganggung sakit di bahagian muka dan telinga.

Apa Tu Resdung?

Resdung ialah keradangan pada rongga sinus mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman atau terdedah kepada bahan yang menyebabkan alahan. Awal-awal mungkin penghidapnya mengalamai selsema, iaitu keradangan pada lapisan dalam hidung, apabila jangkitan ini sudah merebak ke rongga sinus, ketika itulah sinusitis atau resdung berlaku.

Apabila berlaku keradangan sistem pertahanan badan akan berkumpul untuk melawan alergen atau kuman dan menghasilkan mukus atau hingus yang banyak. Terdapat penyapu-penyapu kecil pada ruang sinus (silia) yang akan menolak hingus ini keluar, namun jika hingus terlalu banyak dan pekat fungsi silia mungkin terjejas dan menyebabkan hingus tidak dapat keluar dan menyebabkan kesakitan.

Sinusitis atau resdung terbahagi kepada 2 keadaan, iaitu akut dan kronik. Keadaan akut adalah apabila rongga sinus terdedah kepada alergen atau virus yang menyebabkan keadaan seperti diatas yang biasanya mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Sinusitis kronik pula ialah apabila sinusitis yang menyerang dalam jangka masa yang lama, biasanya 6 bulan atau mungkin bertahun-tahun.


Tanda-tanda Dan Gejala Resdung

Pada awalnya pesakit mungkin mengalami selsema dan sering bersin.

Apabila terlalu banyak hingus berkumpul di rongga sinus ini yang menyebabkan masalah seperti tekanan atau kesakitan pada sekitar kepala, mata, pipi dan gigi (kedudukan sinus). Sakit kepala sinus adalah berdenyut-denyut dan bertambah kuat jika membongkok.

Apabila kuman atau alergen tidak dapat dibendung lagi, jangkitan mungkin merebak ke kawasan sekitar, termasuk otak, tulang muka, telinga dan tonsil.

Selain itu, jika seseorang turut mengalami masalah asma, keadaan mungkin akan lebih teruk jika dia mendapat jangkitan sinus. Mereka ini berkemungkinan mempunyai masalah dengkur yang kronik dan juga sering dijangkiti selsema dan melarat.

Rawatan Terbaik Resdung

Resdung hanya menunjukkan simptom apabila seseorang terkena alahan atau jangkitan.

Untuk simptom yang ringan seperti selsema atau bersin, kebanyakan pesakit resdung yang tidak dirawat akan berasa lebih baik dalam 2 minggu.

Sekiranya mengalami simptom yang lebih teruk seperti sakit kepala, demam, bengkak atau sakit sekeliling mata, ataupun jika simptom berlanjutan sehingga hari ke 10-14, sepatutnya antibiotik akan dimulakan dan biasanya mereka akan berasa lebih lega dengan antibiotik.

Simptom-simptom resdung juga dapat dikurangkan melalui ubat selsema, pemecah kahak atau hingus melalui hidung sama ada pil ataupun spray.

Mungkin ramai yang lebih senang dengan ubat selsema atau antibiotik, namun harus diingatkan juga pengambilan ubat-ubatan akan memberi kesan sampingan kepada badan.

Cara paling penting untuk mengekalkan sinus yang sihat ialah dengan mengelakkan selsema. Apa yang paling penting ialah, sistem imun perlu ditingkatkan dan dikukuhkkan.

Sistem imun kita memerlukan makanan berkhasiat dan berzat, tidur dan rehat yang cukup, udara yang bersih dan segar, senaman yang sederhana, vitamin/nutrisi yang sepatutnya dan pengawalan tekanan emosi yang betul.

Testimoni : Bertahun-tahun Dihantui Masalah Resdung Kronik, Kini Sembuh

Pengambilan vitamin atau supplements adalah cara yang semulajadi dan berkesan dalam membantu mengatasi masalah resdung.

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Puan Nurhafizah, bagaimana beliau sebelum ini bertahun-tahun mengalami masalah resdung yang kronik. Setelah mengamalkan supplements Shaklee, Alhamdulillah beliau kini semakin sembuh dan boleh menjalani hidup seperti biasa dengan ceria.


 "Nama saya Nurhafizah Zamri .saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak menganggu setiap pagi hari2 saya sejak dari sekolah lagi. 

Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupon tempat kerja saya bersin setiap pagi ..arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan. 

Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan. Bukan pada makanan laut seperti sotong udang dan ketam sahaja malah pada semua makanan seperti ayam dan ikan yang tidak fresh juga akan menyebabkan saya mengalami kegatalan pada hidung dan mata. Yang lagi teruk mata saya akan membengkak, berair dan gatal kemerahan dengan teruknya. 

Boleh bayangkan tak saya juga tidak boleh membeli ayam di Tesco kerana ayam-ayam disana sudah tidak segar lagi. Pasar malam adalah hanya tempat saya membeli makanan basah . 

Oleh kerana takutkan kehilangan hidung yang sering diperkataan saya mula cuba mencari penawar untuk permasalahan saya. 

Untuk permulaan saya hanya mengamalkan vitamin C sahaja dah sebulan kemudian baru lah menambah Alfalfa sebagai 1 set resdung.  

Saya konsisten makan dalam sebulan dan telah menunjukan tidak balas bahawa saya tidak lagi bersin diwaktu pagi dan mengalami kegatalan pada mata dan hidung saya. Saya juga boleh makan makanan laut tanpa berpantang lagi seperti selalu. Alhamdulillah ..akhirnya saya keluar dari masalah saya yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sejak dari sekolah lagi . 

Terima kasih Allah.. 

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee ini kerana ia sangat berkesan. Saya yakin ia juga berkesan pada anda."

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Pesakit Resdung

Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk masalah resdung:


Vivix

Tonik anti penuaan yang memberi impak kepada 4 mekasnisme utama penuaan daripada peringkat sel. Menjaga kesihatan seluruh tubuh dengan antioksida yang kuat, tapi sayangnya suami saya tak sukakan rasa Vivix yang kelat, manis dan sedikit masam. Cuma kadang-kadang buat minuman.

Nutriferon

Untuk meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengawal sebarang penyakit. 

Vitamin C 

Agen antioksida paling banyak di paru-paru. Alergen atau jangkitan kuman akan menghasilkan banyak radikal bebas, jadi tugas vitamin C ialah untuk meneutralkan radikal bebas ini.

Alfalfa 

Klorofil dalam alfalfa dapat mengurangkan keradangan yang terjadi apabila berlakunya sinusitis dan alfalfa juga dikatakan beruapaya menyerap banyak air, jadi secara tak langsung alfalfa akan membantu mengeringkan hingus dan kahak. Selain itu alfalfa juga berfungsi untuk membuang toksin dari badan, jadi kekotoran yang dihasilkan dalam sinus akan dikeluarkan oleh alfalfa.

Betul Ke Set Resdung Shaklee Ni Berkesan ?

Shaklee ni bukan ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu merawat dan membaiki sel-sel badan kita yang rosak, melindungi sel badan, meningkatkan sistem immunne.

Dijamin halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Ramai yang telah mencuba, dan Alhamdulillah masalah resdung semakin sembuh tanpa perlu bergantung kepada ubat.
Suami saya sendiri pernah mengalami masalah resdung yang agak kronik dahulu, terlalu kerap mengambil ubat. Alhamdulillah kini dah semakin sembuh, dah tak perlu lagi bergantung kepada ubat. Dan ya, suami saya pun amalkan supplement Shaklee.

Untuk testimoni lain mereka yang telah sembuh dari masalah resdung, boleh klik
>> Rawatan Terbaik Untuk Resdung

Bagaimana Nak Dapatkan Set Resdung Shaklee ?

Ikhtiar dengan supplement semulajadi Shaklee adalah cara yang terbaik, selamat dan berkesan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sunday, 4 September 2016

Cara Hilangkan Keputihan Berbau Dan Gatal Sebelum Menjadi Parah


Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita seawal peringkat remaja lagi. Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan ni kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian.

Namun masalah ni tak boleh dipandang remeh, kerana selain menyebabkan faraj gatal dan berbau, ia juga berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut.

Jadi, adalah penting untuk semua wanita ambil perhatian serta bertindak untuk merawat dan hilangkan masalah keputihan yang dialami.


Apa itu keputihan

Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.

Jenis keputihan yang perlu anda ambil perhatian

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan normal dan keputihan tidak normal.

Keputihan normal sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.

Keputihan tidak normal pula bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan sebegini disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

Bahaya masalah keputihan yang tak boleh dipandang ringan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya.
Lebih lama ia dibiarkan dan tidak diambil perhatian, lebih sukar untuk dirawat. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah keputihan ni akan menyebabkan faraj gatal dan berbau. Ini menganggu hubungan suami isteri sehinggakan suami akhirnya mula menjauhkan diri.

Lebih parah lagi, keputihan yang tidak dirawat berpotensi untuk menyebabkan:
  • kanser rahim yang boleh membawa kematian
  • kemandulan 
  • kehamilan di luar rahim yang seterusnya menyebabkan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi
  • jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi

Cara mengelakkan masalah keputihan
  • Bersihkan vagina / bilas dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur terbawa ke vagina
  • Jangan biarkan vagina berada dalam keadaan lembab. Setelah buang air, lap vagina sehingga kering
  • Pilih  seluar dalam daripada kain kapas.
  • Ganti seluar dalam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali terutamanya ketika cuaca panas.
  • Jangan pakai seluar dalam lembab kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan kulat
  • Jangan pakai bedak pada vagina kerana kandungan bedak mudah terselit di vagina dan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat di tempat yang sensitif
  • Jemur seluar dalam di tempat yang panas untuk membunuh kuman.
  • Elakkan memakai seluar atau jeans yang terlalu ketat.
  • Hindari stress berlebihan dan amalkan gaya hidup yang sihat di samping mengambil makanan yang seimbang
Rawat masalah keputihan anda sebelum parah

Sekiranya anda tidak mengalami masalah keputihan atau keputihan yang normal, ambillah langkah berjaga-jaga supaya anda sentiasa bebas daripada dijangkiti masalah keputihan yang serius. Jangan ambil remeh tentang isu ini.

Sekiranya anda mengalami masalah keputihan yang tidak normal, pertama sekali, jangan panik. Dapatkan segera rawatan sebelum menjadi semakin parah.

Bagaimana Shaklee membantu masalah keputihan

Sekiranya anda ingin berikhtiar dengan rawatan alternatif selain ubat-ubatan, boleh gunakan Set Keputihan Shaklee secara konsiten dan dengan cara pengambilan yang betul.

Set Keputihan Shaklee dapat membantu merawat masalah keputihan dan dengan kesan lain yang sangat mengagumkan.


Alfalfa merupakan nutrien yang mempunya 1001 khasiat tau. Alfalfa boleh merawat masalah faraj berbau dan juga keputihan. Kandungan yang terdapat dalam Alfalfa dapat membina ketahanan terhadap jangkitan.Apa yang paling best lagi Alfalfa ni, faraj atau vagina akan jadi ketat dan padat. Suami pun suka lah kan kalau kita pandai jaga dan setiap malam adalah malam pertama. Senyum sampai telinga encik suami so tak adalah si suami nak cari lain.

Garlic ni pula antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, mencegah jangkitan kulat, kuman, virus dan yis candida.

Vivix mengandungi ramuan semulajadi yang sangat istimewa dan baik untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita. Vivix mengandungi resveratrol yang sangat baik untuk melawan jangkitan kuman dan virus. Vivix juga mengandungi anggur muscadine yang merupakan antioksidan yang sangat tinggi yang membantu anda melawan serangan radikal bebas. Vivix ni adalah produk yang paling advance dan terbaik untuk anda, merawat sehingga DNA sel badan.

Apa kata mereka yang dah amalkan Set Keputihan Shaklee

Testimoni 1

Keputihan teruk hilang tak sampai sebulan


Testimoni 2

Keputihan kronik semakin kurang selepas 2 hari keluar berkeping-keping


Testimoni 3

Keputihan hilang dalam masa 2 minggu. Memang mujarab!




Testimoni 4

Macam tak percaya keputihan kronik semenjak dari zaman sekolah hilang




Alhamdulillah. Ramai yang dah berjaya menyelesaikan masalah keputihan yang mereka alami.
Kalau anda pun ada masalah yang sama, cuba ikhtiar dengan Set Keputihan Shaklee ni.
Ambillah tindakan sebelum terlambat supaya tak menyesal kemudian hari.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 3 August 2016

7 Cara Berkesan Turunkan Kolestrol Dengan Cepat


Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung, strok, dan pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Sebab tu kolestrol ni digelar 'silent killer'.

Seram kan?

Tubuh kita sebenarnya memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL. Kolestrol LDL nilah yang mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. 

Bayangkan suatu hari, anda buat pemeriksaan dan dapati bacaan kolestrol anda terlalu tinggi. Ini petanda bahawa anda kena bertindak sebelum terlambat.

Jadi, apa nak buat?


7 Cara Berkesan Turunkan Kolestrol

1. Lebihkan buah dan sayuran

Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.

2. Diet makanan omega 3

Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3. Oat

Pengambilan semangkuk oat sehari juga bagus kerana ia memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolesterol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4. Elak lemak tepu

Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolesterol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolesterol ‘jahat’.

5. Ubah gaya masakan

Pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol. Jika sebelum ini corak penyediaan makanan anda lebih banyak menggunakan sumber-sumber berminyak atau lemak tidak tepu, ubah kepada yang lebih menyihatkan seperti mengurangkan penggunaan minyak dan seumpamanya.

6. Tingkatkan senaman

Aktiviti fizikal seperti olahraga dan senaman sangat baik untuk kesihatan tubuh. Ia bukan sahaja membantu badan anda membakar kolesterol, malahan juga membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung. Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.

7. Kawal makan di luar

Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
  • Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
  • Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
  • Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
Kuncinya, adalah pada gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Tetapi, cuba anda lihat gambar di bawah. Mencabar betul kan bila nak jaga makan ni. Ini pemakanan rata-rata rakyat Malaysia.


Tetapi, hanya 300mg sehari disarankan untuk kita....


Nampak macam susah kan. Macam mana nak kawal makan, macam mana nak turunkan kolestrol tanpa perlu ubat.

Saya nak kongsikan pengalaman Encik Huzair, bagaimana beliau telah berjaya turunkan kolestrol beliau yang terlalu tinggi dalam masa sebulan, tanpa perlukan ubat.

Berjaya turunkan kolestrol yang terlalu tinggi tanpa ubat dalam masa sebulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan produk shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tapi mmg main2 shj...sehari makan...sehari tak...kadang2 seminggu xmakan...org kata mmg tak bersungguh langsung...sampai akhirnya produk expired dan dimakan tikus, tikus pun tahu pilih produk yg natural...lawak pun ada. Tapi, sampai satu hari...saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee ni...

Kisahnya bermula apabila suami saya, disahkan kadar kolesterol dalam darahnya terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5)....bacaan hati atau Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan risiko tinggi utk serangan jantung atau strok. Masa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM) mmg doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan minta refer ke hospital. Tapi, suami minta utk tangguhkan sebulan sbb suami seboleh2 tak mahu bergantung pada ubat ubatan dr hospital. Masa tu mmg risau sgt...

Sebelum membuat pemeriksaan suami saya mmg hadapi sakit sakit badan, lesu dan kalau lihat raut wajah pun tak ceria. Saya memulakan misi google mencari produk Shaklee utk kolesterol...beli dan terus jadi ahli. Maka sejak dr hari pertama terima produk itu, dengan konsistan makan set kolesterol terdiri dr Omega, lecithin, garlic dan saya add on Alfalfa sekali makan berdua (walaupun saya xde buat pemeriksaan tapi pemakanan kami sudah tentu sama) jadi saya pun makan sama...

Genap 1 bulan suami ulang buat pemeriksaan darah semula mmg agak berdebar juga sbb takut kena telan ubat klinik setiap hari...But, Amazing! Its really works! Kolesterol dr bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tapi separuh dr bacaan pertama....Alt atau liver function pula...turun kepada 43...hampir juga keparas normal...dan doktor sgt kagum dengan keputusan itu...gembira sgt bila doktor minta suami teruskan makan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan pemakanan sihat dan supplemen Shaklee.

Waktu suami saya buat pemeriksaan kedua saya tak turut serta. Disebabkan gembira...suami siap minta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk tunjuk pada saya. Keratan kertas tu saya sertakan dibawah.

Sejak hari itu kami mmg yakin produk Shaklee bukan sebarangan. Ia benar benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga kehari ini kami berdua masih terus consistant mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah.


Jika anda, kenalan atau keluarga anda juga mengalami masalah kolestrol ni, segeralah bertindak sebelum terlambat.
Sihat itu mahal, jadi jom kita jaga elok-elok k.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit