Showing posts with label PUASA. Show all posts
Showing posts with label PUASA. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

5 Tips Mudah Kurus Di Bulan Puasa


Assalamualaikum..
Salam Ramdhan :)

Bulan puasa adalah waktu terbaik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Tetapi, ada caranya juga, supaya apa yang anda harapkan ini terlaksana dengan sempurna.

So, entry kali ni, saya nak berkongsi tips khas untuk anda yang ingin menjayakan misi mengurangkan berat badan menjelang raya ni. 

Tips ini juga membantu menghindarkan diri daripada lesu dan malas ketika berpuasa serta membuatkan tubuh anda sentiasa sihat dan penuh energi walaupun sedang berpuasa.
Alangkah bagusnya kan, jika di saat kita melakukan ibadah puasa di bulan yang mulia ini, kita tetap dapat melakukan ibadah lain dan aktiviti harian dengan keadaan yang cergas dan penuh semangat.


Nak sentiasa kekal bertenaga sepanjang berpuasa, kurus dan cantik menjelang raya ni?
Jom amalkan 5 tips mudah ni.

1. Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) sehari


Jaga keseimbangan cecair di dalam tubuh anda agar tetap hidrasi. Biasakan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) setiap hari. Pengambilan air masak sesuai dengan keperluan akan membuat tubuh anda bebas dari dehidrasi, jadi anda tidak mudah berasa haus. Hidrasi yang baik juga akan membantu anda mengurangkan pengambilan makanan manis ketika berbuka.

Ketika berbuka puasa, sebaiknya mulakan dengan air masak/suam, kerana jika anda terus meneguk segelas minuman sejuk, badan anda yang telah seharian berpuasa akan ‘terkejut’ dan metabolism tubuh akan terganggu.

Kadang kita ni, bila dah minum minuman manis dan makan macam-macam, perut pun dah rasa sendat. Rasa macam tak boleh masuk dah air masak. So, kurangkan minum minuman manis dan jangan makan berlebihan. Minum air masak ni sikit-sikit, tapi kerap. Boleh cuba ikut jadual kat atas tu ye.

2. Berbuka dengan makanan yang seimbang


Ramai yang cenderung untuk melakukan aksi balas dendam ketika berbuka puasa. Dengan sengaja dan penuh semangat anda menghabiskan semua makanan yang terhidang di meja tanpa rasa bersalah. Kan kan.

Cuba kawal diri dan nafsu makan tu sikit. Seeloknya, ketika berbuka puasa, jamahlah terlebih dahulu 2 biji kurma dan segelas air masak dan setelah menunaikan solat, barulah anda makan makanan berat yang sihat dan seimbang. Hindari makan makanan yang digoreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan sakit perut atau menganggu sistem penghadaman. Di samping itu, elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi kolesterol mahupun makanan yang mengandungi kadar gula yang terlalu tinggi.

3. Jangan lupa bersahur


Selainkan mendapat pahala, bersahur juga memberi manfaat kepada tubuh badan supaya anda mampu untuk berpuasa dan melakukan aktiviti harian yang lain. Takdelah lemau dan lesu jer kan. Dan pastikan juga anda mengambil makanan yang sihat dan sembang ketika bersahur.

Ambil makanan yang kaya karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan perbanyakkan minum air putih.  Metabolisme tubuh akan dapat bekerja dengan baik sehingga anda berjaya menjaga badan serta stamina sepanjang anda menjalankan ibadah puasa ini.

Menu favourite saya waktu bersahur adalah ESP Shaklee. Sedap, kenyang, mudah dan bagi tenaga.

4. Tetap beraktiviti


Berpuasa tidak bermakna anda boleh bermalas-malasan. Meskipun berpuasa anda tetap juga perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa, contohnya belajar atau bekerja. Puasa membuatkan pengeluaran lemak mengalami peningkatan untuk berubah yang mana lemak sebagai energi.

Anda juga boleh melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki contohnya.
Saya sendiripun, takdelah berseman pun bulan puasa ni. Cuma saya teruskan buat aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Masak, kemas rumah dan shopping pun boleh dikira senaman jugak kan :)

5. Hindari pengambilan gula berlebihan


Sekiranya anda tak berhati-hati dalam mengawal nafsu, silap-silap anda boleh naik berat badan tau bulan puasa ni. Maklumlah, dengan pilihan air manis, kuih-muih yang pelbagai jenis.

Makanan manis ni adalah faktor utama penyebab berat badan naik. Dan anda harus tahu, kadar gula yang berlebihan akan menganggu proses pengeluaran toksin/racun dari dalam tubuh.

Mencabar jugak bab-bab makanan manis ni. Saya ni minuman manis takla gemar, tapi uih-muih tu, memang sangat menggoda. Makan jugakla, tapi kita hadkan supaya tak terlebih sudah.

Semoga 5 tips mudah ini bermanfaat buat anda. 
Thanks for reading :)

Wednesday, 17 June 2015

3 Tips Kurus Dan Cantik Menjelang Raya


Assalamualaikum

Alhamdulillah, esok kita bakal menyambut Ramadhan Al-Mubarak, suatu bulan yang dianggap BONUS terbesar daripada Allah S.W.T kerana ganjaran yang disediakan dalam bulan Ramdhan ni tersangatlah hebat.

Di samping kita memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ni, ramai juga yang mengambil peluang untuk mengurangkan berat badan masing-masing.Kulit pula macam mana, takkan nak biar je jerawat, jeragat, parut, kusam semua tu. Mesti nak cerah dan flawless raya ni kan.

Masing-masing dah mula berangan nak pakai baju raya yang macam mana, tudung yang macam mana, kan kan kan. Lagilah sekarang ni banyak betul baju cantik-cantik yang dijual online di Instagram, Facebook dan sebagainya. Siapa yang tak tergoda tu tipulah kan. Biasalah orang perempuan memang macam tu, lagi-lagi masa raya nanti nak jumpa ramai orang, mestilah nak nampak langsing dan cantik.

Tetapi, niat yang dah ada tu kenalah mula dari sekarang, kalau tak terkuburlah nanti segala angan-angan. Silap-silap, sampai raya nanti, berat badan bertambah, kulit pun tak berseri nanti.

So, apa nak buat kalau nak langsing dan cantik menjelang raya ni?


Tak susah pun, and actually ni kiranya daily lifestyle kita ni.
Ada 3 je benda yang penting:

3 Tips Kurus Dan Cantik Menjelang Raya

1. Jaga pemakanan


Time sahur confirm semua takde masalah, tapi time berbuka tu kadang ramai juga yang tak boleh control nafsu. Jangan makan tak ingat dunia noo, berpada-pada ok. Mulakan berbuka dengan makan kurma dan minum air masak. Kurangkan makanan yang berlemak, pedas dan berminyak dan kurangkan juga minuman manis atau berkarbonat. Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal dan cover karbohidrat, protein, serat dan sedikit kuih-muih.

2. Bersenam


Tak nak senam bulan puasa ni, boleh? Ok jer, ada yang memang stop tak bersenam terus, ada yang kurangkan, bergantung individu. Saya, memang tak laaaa, bulan tak puasa pun liat bersenam kan. Hihihi. Memasak, buat kerja rumah, shopping barang dapur, ambil dan hantar anak-anak ke sekolah pun dah kira bersenam juga kan. Dan bulan puasa ni, solat terawikh pun boleh bakar sehingga 200-300 kcal tau. Tapi, objektif utama solat terawikh tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan. Cuma di samping pahala, solat terawikh juga membantu kesihatan rohani dan jasmani.

3. Ambil supplement

Pengambilan supplements ni mungkin adalah satu pilihan bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya, supplements adalah satu keperluan di zaman sekarang, di dunia yang bukan ideal ini.

So, bagaimana dengan supplements anda?
Saya dan keluarga, insyaAllah dah ready :)

Jom, saya kongsikan antara cadangan supplements yang membantu anda untuk kekal cergas bertenaga sepanjang Ramdhan, dan cantik langsing menjelang raya.

1) Set Kecantikan Kulit Shaklee, Shaklee Collagen Powder dan Vivix

Khas buat anda yang ingin kelihatan cantik berseri di pagi raya, jom amalkan supplemen Shaklee untuk kecantikan kulit ni. Kalau nak makeup di pagi raya, kulit mestila cantik dan flawless, barulah cantik kan. Takkan baju jer yang nak cantik, tapi tuannya kulit pun pucat, dengan masalah jerawat, jeragat, parut, kusam dan sebagainya :)


2) Set Kurus Shaklee

Ada yang dah tempah atau dah beli baju raya? Saya belum lagi. Rasanya macam biasa la, beli yang ready made je. Online pun dah berlambak jual. Online ni satu jer, size tu la, kalau badan terover berisi, baju susah nak beli, pakai pun tak cantik. Tapi kalau dah amalkan 3 tips kat atas tu, no hal la, nak pakai baju apa pun boleh tau.

Orang cakap bulan puasa ni berat badan boleh turun. Tapi kalau dah hari-hari borong segala macam jenis juadah di bazar Ramadhan, macam mana nak turun tu. Sebab tu la kena ready dengan supplemen Shaklee. Waktu sahur dan berbuka, minum ESP atau Cinch Shake untuk membantu kita kurangkan makan makanan yang berlemak dan berminyak. Dan selepas makan, terus ambil Lecithin dan/atau Omega Guard untuk terus bakar lemak-lemak. Alfafa dan/atau Herblax, ambil untuk detoks atau singkir keluar segala toksin dan lelemak tu :)


3) Set Triple Gems yang mengandungi ESP, Mealshakes dan Performance Drink, untuk sahur dan berbuka.

Supplemen ini adalah untuk memastikan kita dapat menjalani ibadah berpuasa dengan bertenaga, mengurangkan rasa letih dan lapar. Set ini juga membantu ibu-bu hamil dan menyusu yang risau tidak dapat menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna. Bagi yang ada gastrik, insyaAllah set ini dapat membantu anda.


Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepasa semua. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Jom lipat gandakan amalan di bulan baik ini dan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 10 June 2015

8 Tips Sahur Yang Mudah Untuk Kurus


Assalamualaikum

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang seminggu jer lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam untuk mempertingkatkan amal ibadah. Selain tu, apa kata kita ambil kesempatan untuk kuruskan badan juga di bulan Ramadhan ni.

Kalau kena caranya, slim uu raya ni :)

Jom sama-sama kita baca tips dari Kevin Zahri ni, 8 tips diet mudah untuk sahur:


1. Jangan skip sahur
Ia penting untuk bekalan tenaga dan sunnah dalam amalan puasa.

2. Segenggam karbo
Ia sumber tenaga utama badan.

3. Komplex karbo
Ia berikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat.

4. Protein yang bersih
Protein mengenyangkan.

5. Elak garam
Ia mempercepatkan dehydration. Pilih makanan yang ada potassium.

6. Elak kafein
Kafein pun mempercepatkan dehydration kerana ia diuretik.

7. Elak minuman gas
Ia mengandungi kafein juga.

8. Jangan minum terlalu banyak air
Lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. 2-3 gelas tu cukup dah kot.

Cuba naa... :)

Anda mungkin berminat dengan Tips Kuruskan Badan Di Bulan Puasa dan Menu Sahur Mudah Untuk Kekal Bertenaga

Friday, 18 July 2014

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Masa berlalu begitu pantas. Sedar ataupun tidak, hari ini dah masuk hari ke 20 kita menjalani ibadah puasa. Dalam tempoh tersebut, sudahkah kita berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap takwa dalam erti kata yang sebenar atau sebaliknya? Jika tempoh tersebut belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah itu. 

Justeru, saki baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rebut dan gunakan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat yang berganda dalam meniti pemergiannya.        

Jika 10 hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan  dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati 10 hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya. 

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada 10 malam terakhir Ramadhan

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud:  
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.

Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. 
Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  
"Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari). 

Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. 

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. 
Rasulullah bersabda yang bermaksud:  
"Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud). 

Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar. 

Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan-amalan lain sepanjang malam itu. Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT. 

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. 

Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata:  
"Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi). 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibv9BBLr0Q0OWddHS8BrhLA1VTSB6HNUqnKTAP-Cj0ItP1eOJmq9uE0ETny1nc-FTrMgkp_tlkKq4gFkh-TfXDtriIdjBTju7aUfjzuf8Sj6giBLtztj0BM1ijOC8gtnhYbs2dCNto_Izh/s1600/10+malam+terakhir+ramadhan.jpg

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. 

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud:  
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535). 

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: 
"Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar.


Friday, 11 July 2014

Tips Kuruskan Badan di Bulan Puasa


Wahh, bestnya dapat feedback dari my customers yang ambil Set Kurus Shaklee. Mana taknya, ramai yang dah excited badan dah makin slim. Ada yang boleh pakai balik seluar sebelum mengandung, ada yang rasa badan makin ringan, ada yang turun 4kg dalam masa sebulan lebih... Jangan tak tau, cik abang saya pun dah excited perut makin kempis, seluar lama dah boleh pakai balik. Tengokla sape yang consult kan. Hihi..

Bila bulan puasa ni, ramai yang berkobar-kobar nak turunkan berat badan kan. Tapi, kalau tak kena caranya, tak mustahil ada yang naik berat badannya nanti. Takpun berat turun banyak tapi lepas raya jer berat terus naik dipam-pam, naik lagi banyak dari yang turun bulan puasa pulak tu. Ngeri tak.

For me, nak slim atau kurangkan berat badan ni, biarlah slow and steady jer, hasilnya akan berkekalan. Bulan puasa pun tak perlula aim nak turun sampai 10kg. Tak perlu diet drastik, tak perlu obsess sangat kepada penimbang tu. Berat badan kita ni, bukannnya lemak semata-mata, ada juga berat otot, air dan sebagainya. So, tak nak la pula yang hilang tu otot, sebab kita perlukan otot untuk pastikan metabolisma badan kita tip-top. If korang dah amalkan pemakanan yang sihat & seimbang, tambah exercise sikit lagi bagus and ambil supplement yang selamat untuk membantu, then takde apa yang perlu dirisaukan. Badan anda dah ready sebagai 'mesin pembakar lemak' semulajadi. Sentiasa letak target, kurus dan sihat.

Tips Kuruskan Badan di Bulan Puasa

Here's some tips yang saya nak kongsikan buat anda, mudah-mudahan membantu ya.

1. Jangan skip sahur
Sahur ni ibarat breakfast la. Penting untuk bekalan tenaga seharian dan juga bagi memastikan metabolisma badan anda tidak drop. Pastikan anda memilih makanan dan minuman yang betul. Jom kita baca tips bersahur dari Kevin Zahri.


2. Minum air masak secukupnya 2-3 liter sehari
Salah satau cabaran besar juga ni, nak minum air masak yang banyak dalam masa yang singkat. Kita hanya ada waktu dari berbuka sehingga sebelum tidur dan sewaktu sahur. Cara saya senang jer, kurangkan minum air manis atapun tak perlu minum langsung, dan jangan berlebihan. Target, minum at least 8 gelas air masak sehari.

Waktu berbuka (sebelum makan) - 1 gelas
Sebelum terawikh - 1 gelas
Antara selepas terawikh dan sebelum tidur - 3 gelas
Sebelum tidur - 1 gelas
Sahur - 2 gelas

Mudah jer kan :)

3. Elakkan makan lewat
Kalau boleh, elakkan la makan selepas terawikh tu. Kan dah nak dekat waktu tidur tu.

4. Pemakanan seimbang
Seperti hari biasa-biasa juga, amalkan pemakanan seimbang dan kawal pengambilan kalori. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan yang paling penting, jangan makan berlebihan.

5. Senaman
Luangkan sedikit masa at least 30 minit sehari untuk bersenam. Takpun, kalau dah takde masa sangat, still ok. Buat kerja rumah, memasak pun dikira senaman juga. Malamya terawikh lagi :)

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Anda Untuk Kurus

Nampak macam senang, tapi sebenarnya, agak susah juga untuk sesetengah orang. Bulan puasa ni bukan tak tau, godaan banyak sangat. Buat yang rasa susah sangat nak turun berat badan tu, boleh cuba supplemen Shaklee ya. Ramai yang dah berjaya mendapatkan berat badan idaman dengan bantuan supplemen Shaklee. Yang bestnya Shaklee ni, ianya bukan setakat membantu kuruskan badan, malah membuatkan kulit makin cantik, badan rasa ringan dan segar, penghadaman makin lawas, membuang toksin dan lemak-lemak jahat dari badan dan banyak lagi kebaikan lain.

Berikut adalah cadangan basic supplement yang boleh anda ambil sepanjang bulan puasa ini untuk menjayakan misi mengurangkan berat badan anda.


1) Herblax

Adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan, flush habis semua keluar :)

2) Alfafa

Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.

3) Lecithin

Memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini. 

4) Cinch Shake 

Cinch Shake merupakan minuman protein yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Menarik kan.
Anda boleh mengambil Cinch Shake sewaktu sahur dan juga sewaktu berbuka, boleh dibancuh bersama ESP juga.
Alfafa dan Lecithin ambil selepas sahur dan selepas berbuka, jadinya tak sempat lelemak tu menempek dalam badan, terus keluar.
Herblax, ambil hujung minggu, untuk detoks keluar semua sisa-sisa dekat usus yang tak habis keluar tu.

Berminat ingin mencuba. Hubungi saya sekarang ya..

Belum terlambat lagi untuk anda.
Boleh mula sekarang dan juga sebagai persediaan untuk anda mengawal berat badan supaya tak naik mendadak ketika raya nanti :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 10 July 2014

Kekal Bertenaga dengan Performance Drink Shaklee


Salah satu produk yang mendapat sambutan hangat bulan ni adalah Performance Drink. Maklumlah bulan puasa kan, semuanya letih lesu jer, tekak rasa kering, tak sampai tengahari pun lagi, mata dah layu dah.

Pada saya, Performance Drink ni, produk yang MESTI DICUBA dan MESTI ADA kat setiap rumah. Harga pun sangat berpatutan, yer la kan, dari beli minuman manis atau berkarbonat (bergas) tu, baik beli ni. Menyegarkan dan menyihatkan.

Pengalaman Ibu Saya dan Performance Drink

Actually last year saya belikan Performance Drink ni untuk mak saya, waktu bulan puasa, selepas ternampak ada botol 100 plus besar dalam fridge rumah mak. Tak pernah-pernah dalam peti ais tu ada stok air berkarbonat, maklumlah, satu keluarga tak suka minum pun. Biasa air masak jer la kat dalam peti ais tu.

Rupanya, mak saya cakap memang ayah beli, untuk bagi tenaga waktu berpuasa especially time nak pergi sembahyang terawikh dan bangun malam. Tiba-tiba terus saya teringat Performance Drink time tu. Terus saya beli dan bagi kat mak. Kalau dah ada pilihan yang lebih baik, baik pilih yang lebih baik kan, lebih menyihatkan, bebas karbonat dan kurang gula (less sugar). Maklumlah dalam 100 plus tu ntah berapa mangkuk gula ada tu. Banyak side effect yang tak bagus untuk kesihatan.

Alhamdulillah, happy sangat tau tengok mak saya sangat bertenaga, tiap-tiap hari dapat solat terawikh kat masjid, bangun sembahyang malam. Lepas bulan puasa tu, saya tetap belikan Performance Drink kat mak saya, mak saya simpan dalam fridge. Bila rasa terlalu letih atau takde tenaga, mak saya akan minum ni :)


So, korang, bolela cuba yer, untuk diri sendiri ker, anak-anak ker, hadiahkan kepada suami ker, parents ker, satu keluarga boleh minum. My husband pun suka minum Performance Drink ni especially bulan puasa ni, kurang letih, kurang haus dan kurang mengantuk katanya.

Ramai juga sebenarnya yang belum kenal Performance Drink ni. Ok, jom saya kongsikan sedikit info mengenai minuman isotonik yang menyihatkan dan menyegarkan ni.

Kenapa Anda Perlu Pilih Performance Drink Shaklee
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
Siapa yang Memerlukan Performance Drink Shaklee
  • Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Testimoni Performance Drink Shaklee
 




Nak cuba Performance Drink, meh contact saya k.
Apalah sangat nak memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda terus kekal sihat dan aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka, bukannya mahal mana pun.

Renung-renungkan :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

Wednesday, 9 July 2014

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa


Assalamualaikum & Salam Ramadhan semua :)

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 11 umat Islam berpuasa.
Macam mana korang setakat hari ni? Mudah-mudahan diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.

Setiap kali tiba Ramadan, pasti sesiapa yang mengalami masalah gastrik mula gusar dan dalam dilema. Hati bersemangat nak berpuasa, tapi jika gastrik melanda semua kerja tak jadi. Asyik menahan sakit jer. Puasa pun boleh terbantut. Kesian kan?

Tetapi , ada juga yang memberi alasan gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga ini. Tak nak la pulak macam ni yer, bukankah boleh ikhtiar. Boleh amalkan tips yang bakal saya kongsikan di bawah ni yer. InsyaAllah dapat membantu penghidap gastrik berpuasa dengan lebih sempurna.

1. Berbuka secara ringan

kurma Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

2. Tidak berbuka terlalu berat 

Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur 

Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka 

Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.

5. Elak makanan tinggi lemak 

Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.

6. Makan secara sederhana 

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

Supplement untuk Mengatasi Masalah Gastrik

Sebagai salah satu usaha, anda juga boleh mengambil supplement berikut untuk mengatasi masalah gastrik. Selain membantu masalah gastrik, supplement ini juga membantu memeri tenaga dan mengurangkan rasa letih. Juga bonus, persediaan mendapatkan kulit cantik menjelang raya :)

1) Ostematrix 
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D 
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. 
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik. 

2) B Complex 
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita. 
  • berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi. 

3) Energizing Soy Protein (ESP) 
  • sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan. 

Apa kata mereka setelah mengamalkan Shaklee







 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

Monday, 7 July 2014

Menu Sahur Mudah untuk Kekal Bertenaga


Assalamualaikum & Salam Ramadhan semua :)

Harap masih belum terlambat ya untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Semoga ibadah kita tahun ini akan mendapat berkatNya dan kita lakukan yang terbaik dan lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah.

Bulan puasa tahun ni adalah yang pertama saya berpuasa sebagai seorang working at home mother. Berdebar-debar pun ada, maklumlah nak kena masak sendiri dengan skill yang tak seberapa ni. Teringat dulu time full time working, balik dari kerja, sampai rumah hanya sempat masak nasi jer. Penat pun tak hilang lagi dah kena ready nak berbuka. Lauk-pauk biasanya saya beli kat cafe company jer. Bila weekend jer, cabut balik kampung berbuka dengan parents and parents in law.

Tahun ni, rutin balik kampung setiap kali weekend masih lagi diteruskan. Cuma rutin harian jer la yang dah berubah, no more lauk kantin. So far so good, mendapat pujian dari cik abang dan anak-anak. Ni yang bertambah semangat nak masak ni. Eceh. Paling penting, masak sendiri lebih terjamin dari segi tahap kebersihan dan kesihatan. Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan peluang yang Allah berikan.

Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

Bulan puasa ni walaupun kita tak makan dan minum sepanjang hari, tapi bukan bermakna kita melepek jer kan sepanjang hari, buat kerja ala kadar. Jangan jadikan bulan puasa sebagai bulan atau fasa untuk kita beralasan untuk tidak melakukan atau mengangguhkan kerja kononnya kekurangan tenaga untuk bekerja dan bergiat aktif.  Kerja masih diteruskan seperti biasa, malah di bulan yang mulia ni, rebutlah peluang keemasan yang Allah S.W.T. tawarkan untuk kita dengan mengambil peluang untuk meningkatkan amalan ibadah.

Camne nak kekalkan tenaga tu?
InsyaAllah boleh. Yang penting, sahur yer. Pahala pun dapat :)

Sahur kali ni, Ahamdulillah setakat ni belum pernah miss lagi. Belum pernah miss bangun makan, dan belum pernah miss masak untuk cik abang. Favourite cik abang waktu sahur, nasi goreng dan telur goreng. Saya pulak, of course la ESP, kadang-kadang makan juga nasi goreng if ada balance, tak nak membazir katanya. Then, saya akan bancuh Performance Drink for both of us.

Bersahur dengan ESP dan Performance Drink, Mengenyangkan dan Bertenaga

Pernah dengar Set Mighty 3 Gems dari Shaklee?
Ok, set ni terdiri dari Mealshakes, ESP dan Performance Drink.


Set Mighty 3 Gems ini membantu agar anda dapat memulakan hari anda dengan sahur yang lazat dan berkhasiat. Sangat sesuai buat anda yang sentiasa kesuntukan masa untuk bersahur dan tidak sempat menjamah makanan. Juga sesuai buat anda yang tidak lalu atau tiada selera untuk menjamah makanan di waktu awal pagi, yang selalu merasa letih dan lapar walaupun baru pukul 1.00 petang :) Sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak, ibu hamil dan menyusu.
Antara kebaikannya :
  • Mampu memberi tenaga sepanjang hari
  • Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  • Mengurangkan rasa letih, lapar dan dahaga
  • Membantu ibu-ibu menyusu yang mempunyai masalah susu drop ketika berpuasa
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh 
  • Bonus, persediaan untuk mendapatkan kulit cantik berseri raya nanti :)
Ianya juga boleh diambil selepas berbuka puasa terutamanya Performance Drink agar anda bertenaga dan tidak mengantuk semasa mengerjakan terawih. Minuman isotonik Performance Drink memastikan agar tubuh badan anda yang kekurangan bendalir di siang hari akan kembali mendapatnya semula.

Ketiga-tiga ni boleh dicampur bersama, atau anda boleh juga bancuh Performance Drink separately.
My cik abang pun suka sangat minum Performance Drink sejuk-sejuk. Kurang rasa letih, kurang rasa mengantuk, kurang rasa lapar katanya. Betenaga gitu, eceh. Sebab tu la, puasa-puasa ni pun, maintain jer cik abang tolong saya COD and pos barang customer waktu lunch break and after working hours. 

 This is for me. Untuk kulit cantik juga ni :)

This is for both of us, me and my husband..
Rasanya pun series sedap :)

Testimoni Set Mighty 3 Gems Shaklee





 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 20 July 2013

[Tip Kurus Langsing] Tips untuk Kurangkan Berat Badan Ketika Berpuasa


Salam Ramadhan kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop

Alhamdulillah, masuk hari ni dah 11 hari umat Islam berpuasa.
Di samping nak kejar pahala di bulan yang penuh keberkatan ni, mesti ramai yang tengah kejar nak kuruskan badan juga kan. Maklumla, nak pakai baju kurung peplum (saya ler tu :)

Ada yang cakap, senang nak kurus bulan puasa ni. Ada pulak yang berat badan maintain bulan puasa ni, lagi stress kalau berat badan naik. Mana taknya, godaan banyak sangat kat bazaar Ramadhan, kalau tak pergi bazaar, mungkin selamat la sikit.


Tips untuk Kurangkan Berat Badan Ketika Berpuasa

Berikut saya kongsikan beberapa tips ringkas yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan berat badan ketika berpuasa :
  • Sahur dengan komposisi nutrien dan protein yang lengkap
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
  • Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
  • Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
  • Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman. Senaman ringkas jer contohnya berjalan, memasak, jalan-jalan cari baju raya pun kira exercise juga:)
Nampak macam senang, tapi sebenarnya, agak susah juga. Bulan puasa ni bukan tak tau, godaan banyak sangat. Buat yang rasa susah sangat nak turun berat badan tu, boleh cuba supplemen Shaklee ya. Ramai yang dah berjaya mendapatkan berat badan idaman dengan bantuan supplemen Shaklee. Yang bestnya Shaklee ni, ianya bukan setakat membantu kuruskan badan, malah membuatkan kulit makin cantik, badan rasa ringan dan segar, penghadaman makin lawas, membuang toksin dan lemak-lemak jahat dari badan dan banyak lagi kebaikan lain.

3 in 1 : KURUS, CANTIK, SIHAT
Bagaimana Shaklee Membantu anda untuk Kurus

Berikut adalah cadangan basic supplement yang boleh anda ambil sepanjang bulan puasa ini untuk menjayakan misi mengurangkan berat badan anda.


1) Herblax

Adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan, flush habis semua keluar :)

2) Alfafa

Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.

3) Lecithin

Memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini. 

4) Cinch Shake 

Cinch Shake merupakan minuman protein yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Menarik kan.
Anda boleh mengambil Cinch Shake sewaktu sahur dan juga sewaktu berbuka.
Alfafa dan Lecithin ambil selepas sahur dan selepas berbuka, jadinya tak sempat lelemak tu menempek dalam badan, terus keluar.
Herblax, ambil hujung minggu, untuk detoks keluar semua sisa-sisa dekat usus yang tak habis keluar tu.

Berminat ingin mencuba. Hubungi saya sekarang ya..

Fast Action, Fast Result !

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit