Showing posts with label ANTIOKSIDAN. Show all posts
Showing posts with label ANTIOKSIDAN. Show all posts
Monday, 24 July 2017
4 Tips Kulit Cantik Dan Awet Muda Dari Doktor Pakar
Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa cela dan kedutan. Jeragat, kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan.
Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar.
Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat.
4 Tips Kulit Cantik Dan Awet Muda
Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.
1. Minum air masak secukupnya
Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah kekurangan air di dalam badan. D isamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap.
Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air.
Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta masalah jeragat juga.
Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis. Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.
Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.
2. Perlindungan dari cahaya matahari
Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.
Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting.
Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas.
Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol.
Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya.
3. Makan lemak sihat (Omega 3)
Ikan amat kaya dengan Omega 3.
Makanan yang kaya dengan omega 3 boleh membantu mencantikkan kulit dan mengurangkan masalah kedutan kulit.
Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan Omega 6 dan Omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut.
Pengambilan pil suplemen Omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli Omega 3 yang lain. Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan. Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa.
Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.
4. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen
Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya sangat bagus kerana Vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit.
Pengambilan pil suplemen Vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran.
Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita.
Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya.
Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari.
Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.
Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan yang secukupnya disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang.
Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.
Credit
Tuesday, 4 October 2016
Bagaimana Cara Nak Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan
Ok, bersambung dari artikel sebelum ini tentang Punca Sebenar Kenapa Jeragat Susah Nak Hilang
Secara ringkasnya, ada 5 punca sebenar jeragat:
- Sinaran matahari
- Perubahan hormon
- Pemilihan produk yang salah
- Penjagaan muka tidak berterusan
- Keturunan
Bagaimana Cara Nak Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan
Cara yang cepat dan berkesan. Bukan cara atau petua-petua yang buat penat je buat, tapi takde hasil.
Teruskan membaca ya supaya anda tak terlepas apa yang anda tercari-cari selama ni.
Langkah 1 : Elakkan sinaran matahari
Seperti yang kita tahu, sinaran matahari adalah punca jeragat.
Dalam usaha nak hilangkan jeragat ni, anda haruslah elakkan dari terlalu terdedah kepada sinaran matahari. Ini supaya, jeragat anda yang mula nak hilang tu tak kembali gelap dan juga supaya jeragat baru tak muncul.
Jadi, pastikan anda guna sunblock atau moisturizer yang ada at least SPF 15 sebelum keluar rumah ya.
Kalau bercuti atau melakukan aktiviti yang lama terdedah dengan matahari, seeloknya pakai topi untuk menghalang sinaran matahari terus ke wajah anda.
Paling baik, amalkan juga vitamin yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melindungi kulit anda dari dalam.
Langkah 2 : Relaks dan stabilkan hormon
Selain pengambilan pil perancang dan mengandung, stress juga adalah antara punca hormon menjadi tidak stabil.
So, tenangkan diri sentiasa ya. Tak semestinya buat yoga tu, tapi kalau buat lagi bagus la kan :)
Paling senang, buat je apa yang anda suka contohnya jalan-jalan, dengar muzik, beriadah, berenang..
Selain itu, disarankan juga anda mengambil vitamin seperti B Complex yang membantu untuk mengawal stress dan juga GLA Complex yang sangat bagus untuk stabilkan hormon badan.
Langkah 3 : Guna produk penjagaan kulit yang selamat dan semulajadi
Ramai yang memilih untuk menggunakan produk pencerah kulit dalam usaha untuk menghilangkan jeragat.
Apa yang merisaukan adalah penggunaan produk yang menjanjikan kesan dalam masa yang singkat, tapi mengandungi bahan terlarang.
Ini bukan sahaja merbahaya untuk kesihatan, malah merosakkan dan menipiskan kulit anda.
Jeragat anda mungkin nampak macam kurang, tapi lama kelamaan jeragat akan kembali malah mungkin lebih teruk lagi. Malah ada yang lebih teruk lagi, awal-awal guna jeragat dah makin serius.
Ini kisah benar, sebab saya pernah consult customer yang ada masalah sebegini.
Jadi, hati-hati ya. Bertukarlah kepada produk yang semulajadi.
Produk penjagaan kulit semulajadi terbaik dari rangkaian Nutriwhite yang mengandungi Vitamin C sangat berkesan untuk mencerahhkan kulit dan memudarkan tompok-tompok jeragat di wajah. Gabungan bahan aktif Vitamin C ni apabila bergabung dengan sunblock yang digunakan juga akan memberi perlindungan yang lebih kepada kulit anda.
Klik sini jika berminat dengan Tips Memilih Produk Pencerah Kulit Yang Berkesan Dan Selamat Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya
Langkah 4 : Ambil vitamin / supplements
Kunci paling utama dalam proses nak hilangkan jeragat ni adalah dengan pengambilan vitamin tertentu, yang mengandungi antioksidan yang tinggi.
Selain itu, pengambilan protein yang secukupnya untuk membina sel-sel kulit yang baru dan sihat juga amat penting bagi menggantikan sel-sel kulit mati seperti jeragat.
Vitamins dari sumber makanan semata-mata adalah tidak mencukupi memandangkan gaya pemakanan dan gaya hidup kita sendiri.
Contohnya, mengikut saranan pakar, dos pengambilan Vitamin E yang diperlukan untuk menghilangkan jeragat dengan berkesan adalah 200IU manakala dos Vitamin C adalah sebanyak 2000mg. Mampu ke, nak makan sebiji buah sehari pun kadang-kadang susah, betul?
Buat anda yang dah lama mencuba macam-macam produk dan petua, tapi takde hasil, anda mesti cuba Vivix.
Ini adalah pilihan pertama customers.
Vivix
mengandungi 10 kali ganda lebih antioksidan berbanding Resveratrol.
Kesannya adalah paling hebat untuk kecantikan kulit kulit. - See more
at:
http://norfaziela.com/bagaimana-nak-hilang-jeragat-cepat/#sthash.v9h7V2dt.dpuf
Kesannya adalah paling hebat dan terbaik untuk kecantikan kulit kulit.Vivix ni mengandungi 10 kali ganda lebih antioksidan berbanding Resveratrol.
Selain itu, ada juga pilihan kombinasi vitamins yang kesannya walaupun tak sehebat Vivix, tetapi ramai juga yang berpuas hati dengan kombinasi vitamins ini.
Berikut adalah top supplements yang membantu hilangkan jeragat dengan berkesan. Anda boleh hubungi saya untuk konsultasi dan saya akan cadangkan kombinasi yang sesuai untuk anda.
Fungsi dan kebaikan Set Jeragat ni:
- Menghilangkan jeragat dan kesan penuaan yang lain
- Menghalang kerosakan sel pada kulit wajah
- Memperlahankan proses oksidasi yang mengakibatkan jeragat
- Menegang kulit
- Mencerah dan menyegarkan kulit
- Melindungi kulit dari kesan sinar UV
- Meningkatkan penghasilan kolagen secara semulajadi
- Memudarkan bintik hitam
- Menghalang jeragat baru dari tumbuh
Testimoni 1

Testimoni 2
Siapa artis yang amalkan Vivix?
Seperti yang saya inform tadi, pilihan supplements kecantikan kulit terbaik yang jadi pilihan ramai adalah Vivix.
Nak tau tak antara artis jelita yang amalkan Vivix juga?
1. Rita Rudaini
2. Emma Maembong
3. Ayu Raudah
Sekiranya anda berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya untuk konsultasi
InsyaAllah saya akan berkongsi tips dan membantu anda untuk mendapatkan hasil terbaik.
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
Wednesday, 14 September 2016
Antioksidan. Rahsia Untuk Cantik Dan Sihat. Cegah Tua Sebelum Usia
Mesti ramai yang tahu dan pernah dengar, antioksidan sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan kan.
Tapi, apa tu antioksidan?
Apa tu antioksidan?
Contoh paling mudah ambil sebiji epal, makan separuh, tinggalkan dalam suhu bilik dan perhatikan perubahannya.
Epal tu akan berubah menjadi perang kan. Ini disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan produk sampingan iaitu radikal bebas.
Ini jugalah yang berlaku di dalam badan kita.
So, actually, antioksidan ni pelindung. Lindung badan kita dari radikal bebas yang berbahaya.
- asap rokok
- pemakanan
- cahaya matahari
- pendedahan kepada radiasi
- pencemaran alam sekitar
- ubat
- stress
- bahan kimia dari makeup, skincare, barangan rumah dan sebagainya
- punca segala penyakit seperti kanser, diabetes, darah tinggi dll
- kulit wajah yang tak sihat, tua sebelum usia
- tua sebelum usia luaran dan dalaman sekali
- badan lemah dan tak sihat, kulit pun banyak masalah

Jadi, sebab tu kita kena ambil makanan yang tinggi antioksidan ni, iaitu buah2an & sayur2an yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E..
Soalnya, nak makan semua ni dengan cukup hari2, mampu ke?
Segala penyakit berpunca dari perut, so pemakanan sangat penting. Dan ingat juga, kita ni bukan hidup di dunia yang ideal..
Kita bukannya macam zaman nenek moyang kita dulu. Bela ayam sendiri, tanam sayur belakang rumah sendiri. Zaman sekarang ni, semuanya nak cepat. Yang bab makan KFC, Mc Donald segala tu jangan cakap la kan. Penuh orang sentiasa.
Ni ayam yang kita dok makan hari-hari tu pun, ayam yang dah disuntik hormon, sayur-sayur semua tu pun dah terdedah dengan segala racun bagai. Belum cerita lagi bab pencemaran dan bahan kimia yang kita guna.
Sebab tu dalam dunia sekarang ni, selain dari pemakanan, kita sangat perlu untuk cukupkan lagi keperluan nutrisi badan dengan pengambilan supplements.
Tapi, supplements pun jangan sebarang ambil yer kalau anda sayangkan kesihatan dan nyawa.
Tips pilih supplements yang dijamin selamat dan berkesan >> KLIK SINI
Pilihan kami sekeluarga, supplements semulajadi terbaik dan selamat dari Shaklee ler..
Shaklee ada Vitamin C, Vitamin E.. Vitamin A, namanya Carotomax.
Tapi kalau yang paling power, of course la VIVIX. Lindung & rawat sel sampai tahap DNA.
So dah faham tentang antioksidan, jangan abaikan k.
If berminat nak cuba juga supplements Shaklee, boleh hubungi saya ya :)
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sunday, 4 September 2016
Cara Hilangkan Keputihan Berbau Dan Gatal Sebelum Menjadi Parah
Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik
yang dialami oleh semua wanita seawal peringkat remaja lagi. Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran
sewajarnya terhadap penyakit keputihan ni kerana menganggap ia sebagai
suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian.
Namun masalah ni tak boleh dipandang remeh, kerana selain menyebabkan faraj gatal dan berbau, ia juga berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Ramai wanita yang
menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat
daripada jangkitan tersebut.
Jadi, adalah penting untuk semua wanita ambil perhatian serta bertindak untuk merawat dan hilangkan masalah keputihan yang dialami.
Apa itu keputihan
Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.
Jenis keputihan yang perlu anda ambil perhatian
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan normal dan keputihan tidak normal.
Keputihan normal sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.
Keputihan tidak normal pula bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan sebegini disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.
Bahaya masalah keputihan yang tak boleh dipandang ringan
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya.
Lebih lama ia dibiarkan dan tidak diambil perhatian, lebih sukar untuk dirawat. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah keputihan ni akan menyebabkan faraj gatal dan berbau. Ini menganggu hubungan suami isteri sehinggakan suami akhirnya mula menjauhkan diri.
Lebih parah lagi, keputihan yang tidak dirawat berpotensi untuk menyebabkan:
- kanser rahim yang boleh membawa kematian
- kemandulan
- kehamilan di luar rahim yang seterusnya menyebabkan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi
- jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi
Cara mengelakkan masalah keputihan
- Bersihkan vagina / bilas dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur terbawa ke vagina
- Jangan biarkan vagina berada dalam keadaan lembab. Setelah buang air, lap vagina sehingga kering
- Pilih seluar dalam daripada kain kapas.
- Ganti seluar dalam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali terutamanya ketika cuaca panas.
- Jangan pakai seluar dalam lembab kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan kulat
- Jangan pakai bedak pada vagina kerana kandungan bedak mudah terselit di vagina dan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat di tempat yang sensitif
- Jemur seluar dalam di tempat yang panas untuk membunuh kuman.
- Elakkan memakai seluar atau jeans yang terlalu ketat.
- Hindari stress berlebihan dan amalkan gaya hidup yang sihat di samping mengambil makanan yang seimbang
Sekiranya anda tidak mengalami masalah
keputihan atau keputihan yang normal, ambillah langkah berjaga-jaga supaya anda sentiasa bebas daripada dijangkiti
masalah keputihan yang serius. Jangan ambil remeh tentang isu ini.
Sekiranya anda mengalami masalah keputihan yang tidak normal, pertama sekali, jangan panik. Dapatkan segera rawatan sebelum menjadi semakin parah.
Bagaimana Shaklee membantu masalah keputihan
Sekiranya anda ingin
berikhtiar dengan rawatan alternatif selain ubat-ubatan, boleh gunakan Set
Keputihan Shaklee secara konsiten dan dengan cara pengambilan yang
betul.
Alfalfa merupakan nutrien yang mempunya 1001 khasiat tau. Alfalfa boleh merawat masalah faraj berbau dan juga keputihan. Kandungan yang terdapat dalam Alfalfa dapat membina ketahanan terhadap jangkitan.Apa yang paling best lagi Alfalfa ni, faraj atau vagina akan jadi ketat dan padat. Suami pun suka lah kan kalau kita pandai jaga dan setiap malam adalah malam pertama. Senyum sampai telinga encik suami so tak adalah si suami nak cari lain.
Garlic ni pula antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, mencegah jangkitan kulat, kuman, virus dan yis candida.
Vivix mengandungi ramuan semulajadi yang sangat istimewa dan baik untuk
kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita. Vivix mengandungi resveratrol
yang sangat baik untuk melawan jangkitan kuman dan virus. Vivix juga
mengandungi anggur muscadine yang merupakan antioksidan yang sangat
tinggi yang membantu anda melawan serangan radikal bebas. Vivix ni adalah produk yang paling advance dan terbaik untuk anda, merawat sehingga DNA sel badan.
Apa kata mereka yang dah amalkan Set Keputihan Shaklee
Testimoni 1
Keputihan teruk hilang tak sampai sebulan
Testimoni 2
Keputihan kronik semakin kurang selepas 2 hari keluar berkeping-keping
Testimoni 3
Keputihan hilang dalam masa 2 minggu. Memang mujarab!
Apa kata mereka yang dah amalkan Set Keputihan Shaklee
Testimoni 1
Keputihan teruk hilang tak sampai sebulan
Testimoni 2
Keputihan kronik semakin kurang selepas 2 hari keluar berkeping-keping
Testimoni 3
Keputihan hilang dalam masa 2 minggu. Memang mujarab!
Testimoni 4
Macam tak percaya keputihan kronik semenjak dari zaman sekolah hilang
Alhamdulillah. Ramai yang dah berjaya menyelesaikan masalah keputihan yang mereka alami.
Kalau anda pun ada masalah yang sama, cuba ikhtiar dengan Set Keputihan Shaklee ni.
Ambillah tindakan sebelum terlambat supaya tak menyesal kemudian hari.
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Saturday, 27 August 2016
Bolehkah Kecutkan Cyst Dan Fibroid Tanpa Perlu Pembedahan Yang Mengerikan?
Assalamualaikum
Sejak kebelakangan in, penyakit cyst dan fibroid seperti sudah tidak asing lagi di kalangan wanita, tanpa mengira peringkat umur.
Kebanyakan wanita biasanya didiagnosa mengalami ovarian cyst atau fibroid bila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. Ada juga yang tiba-tiba mengalami senggugut dan sakit pinggang yang teruk. Apabila diperiksa, rupanya masalah cyst yang perlu dibedah segera. Itu yang pernah terjadi kepada kakak saya dulu, lama juga dah la, waktu tu dia masih belum berkahwin lagi.
Apa itu cyst sebenarnya?
Ovarian cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari.
Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakan wanita sebenarnya tak sedar pun yang mereka ada cyst, sebab ia jarang memberikan simptom atau gejala.
Tanda-tanda anda mungkin mengalami cyst
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut.
Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
- Sakit perut
- Rasa perut penuh dan tak selesa
- Rasa berat pada ari-ari
- Sukar atau kerap kencing
- Sakit semasa hubungan seks
- Muntah dan loya
Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidaksuburan anda. Ini adalah antara punca utama seseorang wanita sukar hamil.
Dan ovarian cyst ini juga boleh bertukar menjadi kanser ovari.
Bagaimana caranya merawat ovarian cyst
Apabila anda didiagnosa mengalami cyst atau fibroid, tidak semestinya anda perlu buat pembedahan. Selalunya doktor akan periksa dulu tahap ovarian cyst pesakit. Kalau berada pada tahap terkawal, doktor cuma akan monitor je. Tetapi, kalau semakin membesar dan bertambah serius, doktor akan cadangkan untuk membuang cyst melalui pembedahan.
Masalah cyst ni, walaupun telah hilang, ada potensi untuk kembali berulang. Malah, ada juga yang walaupun dah buat pembedahan, terpaksa buat pembedahan untuk kali kedua dan ada juga yang terpaksa buang terus rahimnya akibat komplikasi yang serius.
Bagaimana supplements Shaklee boleh membantu anda yang mengalami cyst atau fibroid
Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan penyakit yang jadi sekarang ni disebabkan oleh radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan kita. Radikal bebas ni datangnya dari pemakanan, ubatan, pencemaran, bahan kimia yang kita gunakan, stress.. Begitu jugalah terjadinya cyst dan fibroid ni. Selain tu, antara faktor utama cyst dan fibroid ni juga adalah disebabkan hormon di dalam badan tidak seimbang.
Selain membantu cyst dan fibroid mengecut, supplements ini juga membantu menghalangnya untuk menjadi lebih serius sperti risiko kanser dan juga mengelakkannya berulang lagi.
Vitamin A (Carotomax), Vitamin C, Vitamin E merupakan vitamin antioksidan yang perlu untuk badan kita menentang radikal bebas dari terus menyerang dan merosakkan sel badan kita.
Vivix yang memang terkenal dengan keajaibannya, dirumuskan daripada anggur muscadine yang mengandungi antioksida yang sangat tinggi. Di mana ia dapat membantu memperbaiki sistem dalaman badan wanita. Juga membantu menghasilkan sel-sel tubuh yang sihat.
GLA Complex juga sangat membantu untuk masalah mereka yang mengalami masalah cyst dan fibroid. Mengandungi asid lemak Omega 6 iaitu GLA membentuk hormon prostaglandin untuk mengawal hormon-hormon di dalam badan.
Testimoni 1
Cyst hilang dan hamil selepas 6 tahun menunggu
Testimoni 2
Dah boleh tidur lena apabila fibroid mengecut dari 7cm ke 3cm
Testimoni 3
Disahkan hamil selepas bebas kanser dan cyst
Gabungan supplements terbaik ni sangat membantu untuk merawat cyst dan fibroid. InsyaAllah dapat membantu elakkan sebarang pembedahan malah mengembalikan semula rasa kewanitaan itu dalam diri.
Apabila sistem peranakan sihat, seterusnya badan akan rasa lebih cergas dan sihat. Paling penting sangat membantu untuk mudah mengandung, mendapatkan zuriat.
Bagi anda yang menderita masalah cyst atau fibroid ni, boleh ikhtiar dengan rawatan alternatif supplements Shaklee ni.
Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi.
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Friday, 22 July 2016
Vivix Membantu Pesakit SLE Kembali Sembuh
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua :)
Hari ni saya nak berkongsi tentang
penyakit yang jarang kita dengar tetapi sebenarnya ramai yang menghidap
penyakit ni, iaitu SLE.
SLE adalah Systematic Lupus Erythematosus. SLE ialah penyakit kronik
autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan
untuk melawan penyakit tiba-tiba berubah dan bercelaru dengan menyerang sel
badan atau organ manusia. Antibodi badan
kita serang diri kita..mula-mula dengar macam tak percaya..tapi ini lah
ketentuan..rahsia Allah..
Jenis-jenis SLE
Jenis-jenis SLE
1. Discoid Lupus Erythematous (DLE):
- Hanya melibatkan kulit
- Jarang merebak ke oragan lain
- Boleh merebak ke organ lain
- Boleh mengakibatkan kematian
Tanda Dan Gejala SLE
SLE ini juga digelar penyakit
seribu wajah. Kerana simptom-simptom yg dialami berubah mengikut individu. Antaranya:
- ruam-ruam pada kulit muka dan badan
- kulit yang sensitif kepada cahaya matahari
- ulser pada mulut
- keguguran rambut
- sakit dan radang pada sendi
- demam yang berlarutan
- rasa letih-lesu
- sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy)
- vasculitis (radang pada saluran darah).
Di sini saya nak berkongsi beberapa kisah pesakit SLE, bagaimana mereka bertarung dengan penyakit ni dan akhirnya kini semakin sembuh.
Testimoni 1
Testimoni 1
"Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya..
Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).
Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat – anemia
1998 – Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
1998 – 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah..
Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat – sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra – Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 – 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA – modern, homeo, alternatif, syifaa dll… tetapi usaha tidak berjaya…
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis – berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^).
Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini – jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i’d like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT."
Inilah Puan Iffah Anuar.
Bersama beliau adalah Mr Daniel Loo, juga seorang pesakit SLE yang kini semakin sembuh dengan Shaklee
Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4
Alhamdulillah, yang penting kita ikhtiar dan selebihnya semuanya dengan kuasa Allah.
Vivix amat membantu untuk pesakit
SLE kerana ia bertindak
melindungi dan memperbaiki sel sampai tahap DNA. Ia turut membantu mengaktifkan satu
pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sel.
Vivix ni bertindak menjaga kesihatan menyeluruh. Ia membantu melindungi
kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular, kesihatan otak, melindungi dan
menyelenggara fungsi sistem imunisasi yang lebih baik, kesihatan sendi,
melambatkan penuaan sel agar tidak mudah rosak, membekalkan antioksida yang
tinggi bagi melawan radikal bebas serta meningkatkan tenaga pada tahap sel.
Jadi kepada merka yang ada penyakit SLE atau sanak saudara yang alami sakit yang sama, boleh lah ikhtiar dengan Vivix.
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sunday, 26 July 2015
Sakit Gout Yang Berpuluh Tahun, Hilang Dengan 'Ubat' Gout Berkesan
Assalamualaikum
Memandangkan promosi Vivix tinggal lebih kurang seminggu jer lagi, jadi ramai yang tak nak lepaskan peluang untuk grab harga JIMAT ni termasuk customers saya.
Vivix ni dikenali juga sebagai tonik ajaib, bukan sebab ada tok batin dok jampi-jampi botol tu, tapi kerana ia membantu memulihkan tisu/sistem badan kita daripada tahap DNA lagi. Sebab tu macam-macam cerita kita dengar sakit itu ini tapi lepas makan Vivix Alhamdulillah keadaan semakin pulih. Vivix bukan ubat sebenarnya. Tapi sebab Vivix membantu memulihkan dan mengupgrade sistem badan kita, lama kelamaan antibodi kita sendiri yg melawan segala kanser/virus yg menyerang tu.
Mereka yang pernah mencuba Vivix, rata-ratanya pasti akan repeat order lagi apabila dah merasai sendiri keajaiban dan kehebatan produk Vivix ni. Termasuk salah seorang customer saya ni, yang sebelum ni telah menghadiahkan sebotol Vivix untuk ayah beliau yang mempunyai masalah penyakit gout. Setelah mengambil sebotol Vivix, sakit gout ayah beliau semakin pulih. Dan bulan ni beliau repeat order 2 botol terus untuk ayah beliau. Alhamdulillah. Hati anak mana la kan yang sanggup lihat ibu bapa sakit. Boleh bayangkan betapa gembiranya hati seorang anak bila melihat ibu bapa kembali sihat dan cergas. Saya pun tumpang gembira untuk beliau.
Apa itu Gout
Gout ni terjadi disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Ia mungkin adalah hasil daripada makan makanan yang tinggi kandungan purine (purine dipecahkan kepada asid urik) ataupun sistem perkumuhan orang itu sendiri kurang berfungsi dengan baik.
Tanda-tanda Gout
Teringat saya waktu bekerja dulu, ada seorang rakan sekerja saya ni, selalu sangat MC disebabkan sakit gout, sampai pernah dimasukkan ke hospital juga. Bila datang kerja pun jalan terhencot-hencot. Honestly, itulah pertama kali saya nampak dengan mata kepala saya sendiri betapa seksanya pesakit gout ni, kesian sangat tengok. Muda lagi rakan sekerja saya tu, jadi tak semestinya orang tua je yang ada risiko sakit gout ni.
Antara tanda-tanda sakit gout:
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Rawatan Dan Pantang-larang Pesakit Gout
1. Rawatan biasa
Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaubagaimanapun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.
2. Steroid
Peringatan: steroid hanya boleh diambil melalui nasihati doktor)
Lazimnya, cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang atau bengkak.
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang mungkin terjadi.
3. Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:
- Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.
- Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang
- Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.
- Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.
- Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk
- Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.
Seperti yang saya kongsikan di atas, Vivix dari Shaklee insyaAllah membantu mengurangkan masalah pesakit gout. Antara perubahan yang dialami:
- Sakit gout yang dah berpuluh tahun semakin pulih
- Tidak perlu lagi bergantung kepada pain killer dan ubat gout
- Dah boleh makan makanan kegemaran semula
- Dah boleh berjalan seperti biasa
- Badan semakin bertenaga
Alhamdulillah, Allah lorongkan jalan mereka berjumpa dengan Vivix ni dan berjaya bantu masalah gout mereka.
Hanya 1 sudu sehari
4 ramuan hebat di dalam Vivix Shaklee
Sila dapatkan Vivix Shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat demi kehidupan anda sekeluarga yang lebih sihat dan ceria :)
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Subscribe to:
Posts (Atom)









































