Showing posts with label TESTIMONI CoQ. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI CoQ. Show all posts

Saturday, 7 July 2018

Cara Tingkatkan Kesuburan Untuk Cepat Hamil


Assalamualaikum

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian, dan ujian masing-masing juga berbeza. Ada pasangan berkahwin yang tiada masalah untuk mendapat cahaya mata, namun ada juga pasangan yang diuji bertahun-tahun belum mendapat cahaya mata.

Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana rezeki cahaya mata ni adalah dari Allah. Apa yang penting adalah, usaha dan doa yang tidak pernah putus. Ianya perlukan masa, pengorbanan dan kesngguhan.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah pengalaman Puan Hartini Badri ibu kepada 2 orang anak, yang berjaya hamil kembali ketika anak kedua beliau berusia 7 tahun, selepas beberapa tahun ikhtiar pelbagai cara dan doa bersungguh-sungguh.

Jom sama-sama kita baca perkongsian beliau. Mudah-mudahan dapat memberi jalan dan semangat untuk anda yang ketika ini juga sedang berusaha untuk hamil.

Penantian Satu Penyiksaan. Berkat Ikhtiar Dengan Suplemen Dengan Izin Allah Saya Disahkan Hamil

Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar benar merasainya.

Saya seorang ibu kepada 2 orang anak. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus (rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes macam saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata.

Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan.

Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3tahun. Selama tu juga saya tidak datang period.

Selepas menanggal implan pada Disember 2014 , saya fikir tahap kesuburan saya akan kembali normal. Yer lah memandangkan jarak kedua anak sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya jadi sebaik menanggal implan mesti senang je nak lekat.

Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor, menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap kesuburan lambat untuk kembali normal.



Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic. Kemudian Gla Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang lain yang saya dah ambik sebelum-sebelum ni lagi.
Beberapa bulan masih juga menunggu.

Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby” oh tertekan jugak kadang-kadang. Yerlah saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab “kita doa sama-sama oke”

Pada awal Januari 2018 suplemen CoqTrol berada di pasaran. Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq dalam memberi tenaga pada sel sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil dalam badan manusia.

Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati” memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir, saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup.

Sebaik berada di pasaran saya terus beli dan makan bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan bantuan application di smartfon dan juga menggunakan ovulation kit.
Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa dan minta orang sekeliling mendoakan juga. 



Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol, period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ye, Pada usia anak kedua 7 tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat berita kehamilan ini. Kini, Kandungan dah nak masuk 5bulan, gerakan baby pun dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye.

Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahayamata jangan putus asa. Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA.

Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan terima kasih Shaklee.


Betul Ke Vitamin Kesburan Shaklee Ni Berkesan ?

Rezeki anak adalah dari Allah, tetapi tak bermakna kita hanya berserah kepada Allah sahaja. Apa yang penting, adalah usaha kita. Vitamin kesuburan Shaklee ni adalah antara usaha terbaik untuk anda yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Malah, doktor-doktor pakar sendiri sentiasa menyarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil mendapatkan vitamin tertentu yang secukupnya. Ini adalah agar sel-sel badan kita sihat, dan badan kita sendiri bersedia untuk hamil.

Selebihnya, sentiasa tenangkan diri dan banyakkan berdoa kepada Allah.

Untuk koleksi testimoni mereka yang berjaya hamil asbab ikhtiar dengan vitamin kesuburan Shaklee
>> Testimoni Set Kesuburan Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin Kesuburan Shaklee ?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pesanan, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 19 February 2018

Selalu Letih Dan Mengantuk. Anda Boleh Cuba Cara Mudah & Berkesan Ni


Rasa mengantuk dan letih ni boleh dikatakan masalah yang kerap dihadapi oleh ramai, tak kira usia dan jantina.

Kalau letih sikit-sikit ok lagi, tapi masalah besar ni kalau cepat sangat penat dan mengantuk. Asal duduk je rasa macam nak terlelap, sampaikan ada yang tengah belajar atau buat kerja tu menguap tak sudah-sudah, mata pun rasa tak boleh nak celik.

Bila jadi macam ni, dah tentu masalah tu bukan kat diri sendiri je, tapi boleh membuatkan urusan harian kita pun terganggu. Urusan rumah terabai, keluarga terabai, kerja, pelajaran makin merosot akibat hilang tumpuan malah emosi dan kesihatan kita pun akan terganggu.


Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Yang Mudah Letih?

Jom semak checklist ni:
  • Letih semasa bangun pagi
  • Cepat rasa penat dan mengantuk walaupun belum separuh hari
  • Mengantuk selepas makan tengahari 
  • Tak bermaya sepanjang hari dan bertambah teruk bila menjelang penghujung hari 
  • Selalu tidur lewat atau alami masalah sukar tidur
  • Bekerja hingga lewat malam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
  • Kerap terdedah kepada sinaran UV
  • Kulit kusam dan tak berseri
  • Kerap sakit, demam dan selsema
  • Tidak amalkan pemakanan seimbang setiap hari
Sekiranya jawapan kita adalah YA untuk kebanyakan checklist di atas, maka secara rasminya kita termasuk dalam golongan yang cepat letih dan mengantuk.

Jadi macam mana nak tambah tenaga pada badan kita ni?

Tapi, sebelum tu, apa kata kita fahamkan dulu dari mana datangnya tenaga dalam badan kita ni.

Apa Kaitan CoQ10 Dan Tenaga?

Dalam badan kita ni ibarat sebuah kilang. Badan kita perlukan sel-sel (stesen penjana tenaga) dan nutrien (pekerja) untuk berfungsi dengan baik.

Setiap sel badan mengandungi MITOKONDRIA, iaitu stesen jana-tenaga. Mitokondria ni pula memerlukan nutrien Coenzyme Q10 (CoQ10) sebagai pekerja atau bahan api untuk menghasilkan tenaga.

Lebih banyak mitokondria dan CoQ10 dalam badan kita, maka lebih banyak tenaga dalam badan yang boleh gunakan untuk aktiviti harian kita.


Jadi, CoQ10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel, dan bertanggungjawab menjana 95% daripada tenaga keseluruhan badan manusia.

Kebanyakan CoQ10 boleh didapati dalam organ yang menggunakan tenaga yang banyak, terutamanya jantung kerana ia mengepam darah ke seluruh badan 24/7. CoQ10 juga paling tinggi dalam sel otak dan hati. CoQ10 juga menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.

Selain itu, CoQ10 adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Jadi, Bagaimana Badan Kita Nak Dapatkan Coq10

Badan kita boleh menghasilkan CoQ10 secara semulajadi.

Tetapi, penghasilannya berkurang dengan peningkatan usia dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien, tinggi kandungan lemak & gula, pencemaran alam sekitar, stress dan kurang bersenam.

Tahap penghasilan CoQ10 akan mula menurun pada umur 20 dan merosot dengan mendadak pada 40-an dan ke atas.

Jadi, kita boleh dapatkan CoQ10 secara semulajadi melalui pemakananan seperti daging, minyak soya, sardin, ikan tenggiri dan kacang tanah, dan organ dalaman haiwan seperti jantung, hati dan ginjal.

Walaubagaimanapun, jumlah yang diperolehi daripada makanan ini tidak mencukupi untuk keperluan harian kita.

Kajian menunjukkan 100mg CoQ10 yang senang diserap adalah paling optimum dan boleh memberikan kebaikan yang sangat banyak kepada badan kita.

Untuk mendapatkan 100mg CoQ10, kita perlu mengambil:


Mustahil kita dapat cukupkan keperluan 100mg CoQ10 setiap hari hanya dengan makan daging, brokoli dan minyak sebanyak ini kan.

Cara yang paling mudah dan semestinya berkesan adalah dengan pengambilan supplements yang telah diformulasi dari bahan semulajadi, ke dalam sebiji kapsul yang sangat mudah di makan dan diserap ke dalam badan!

Tambah Tenaga Anda Dengan CoQ-Trol Shaklee

Memperkenalkan, produk Shaklee iaitu CoQ-Trol yang mengandungi:
  • 100mg CoQ10
  • 2mg 2mg Resveraterol (daripada ekstrak Polygonum Cuspidatum Root)
  • 5mg Tocopherols 
  • dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan yang optimum
CoQ Trol ni adalah improved formula bagi menggantikan produk Shaklee yang sebelum ni iaitu CoQ-Health.


5 Manfaat CoQ-Trol Shaklee

1. Tenaga Yang Berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas dan berkeyakinan.

Peningkatan CoQ10 membantu:
  • meningkatkan kekuatan otot
  • mempercepatkan pemulihan luka

2. Meningkatkan Kesihatan Jantung

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat.

Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 yang membantu:
  • menguatkan otot-otot jantung
  • menyokong fungsi jantung yang sihat
  • meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin
* Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolestrol, menghalang penghasilan CoQ10 sebanyak 40%. Suplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung anda.


3. Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.

Pengambilan CoQ10 membantu:
  • meningkatkan jumlah sperma yang sihat
  • meningkatkan pergerakan sperma
  • meningkatkan kualiti ovum

4. Kulit Yang Berseri

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda.

Pengambilan CoQ10 membantu:
  • menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
  • meningkatkan tekstur kulit

5. Menguatkan Daya Ingatan

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amilod, salah satu punca utama penyakit Alzheimer, di dalam otak anda.

Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
  • menjana fungsi otak yang sihat
  • meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak

Betul Ke CoQ-Trol Shaklee ni Bagus? Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba.

Semenjak diperkenalkan, ramai yang telah mencuba CoQ-Trol Shaklee dan sangat berpuas hati.  Malah seawal hari pertama ambil pun dah ramai yang dapat rasa kesannya.

Berikut saya kongsikan antara feedback yang diterima.

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 6


Testimoni 7


Testimoni 8


Testimoni 9




Bagaimana Nak Dapatkan CoQ-Trol Shaklee ?

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga, sihat, ceria dan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam satu hari.

Kalau anda dah cuba macam-macam cara, tapi masih tak dapat juga hilangkan rasa cepat penat, letih dan mengantuk anda, saya sangat sarankan anda mencuba CoQ-Trol Shaklee ni.

Bagi anda yang suka bersukan, tapi cepat pancit, juga amat digalakkan untuk mencuba CoQ-Trol Shaklee ni.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit