Showing posts with label STROK. Show all posts
Showing posts with label STROK. Show all posts

Wednesday, 3 August 2016

7 Cara Berkesan Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat


Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon dan sebagainya. Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang, memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Apa Itu Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
 

7 Cara Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

1. Kurangkan berat badan

Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5 kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2. Bersenamlah dengan kerap

Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4 kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3. Kurangkan pengambilan garam

Kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4. Jangan merokok

Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5. Kurangkan Stres

Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan. 

6. Amalkan diet yang lebih baik

Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan disampingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein    
7. Jangan leka

Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Anda mungkin juga berminat dengan perkongsian bagaimana Vivix Membantu Kurangkan Tekanan Darah Tinggi dan bagaimana Vivix Membantu Pesakit Stroke

Wednesday, 24 February 2016

Kembali Boleh Berjalan Dan Bergerak, Sembuh Dari Lumpuh Akibat Stroke


Strok adalah masalah kesihatan yang kerap berlaku di sekeliling kita. Ia merujuk kepada keadaan pengaliran darah ke sebahagian otak terjejas akibat saluran darah yang tersekat. Selain itu mungkin boleh berlaku pendarahan dan ia mengakibatkan perubahan fungsi sistem saraf.

Penyakit ini dikategorikan sebagai penyebab hilang upaya yang paling serius di kalangan orang dewasa bukan sahaja memberi kesan fizikal kepada penghidapnya tetapi juga memberi implikasi pada ekonomi dan psikososial.

Strok adalah penyebab ketiga yang menyebabkan kematian di kebanyakan negara, selepas penyakit jantung dan kanser, dengan purata serangan strok di Malaysia pula adalah satu daripada enam orang. Seram kan statistik ni, maksudnya sesiapa saja berpotensi untuk kena serangan strok ni. Serangan strok ni pula berlaku secara tiba-tiba sahaja.

Siapa Yang Berisiko
 
  • Pesakit kencing manis
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Pesakit darah tinggi
  • Gemuk / berat badan berlebihan
  • Tahap asid urik dalam darah yang tinggi
  • Pesakit yang berhadapan dgn masalah jantung
  • Perokok
  • Peminum arak
Gejala Dan Tanda Strok
 
Tanda strok berbeza-beza. Bergantung kepada bahagian otak yang terjejas.
  • Ia boleh berlaku mendadak, beberapa minit atau dalam tempoh 24 jam, terutama jika ia berpunca dari pendarahan.
  • Ia juga boleh berlaku dalam beberapa hari jika berpunca dari pembekuan darah dalam saluran darah.
Serangan strok boleh mengakibatkan pesakit mengalami kelumpuhan, tidak sedarkan diri, koma atau menghadapi masalah penjagaan diri, seperti:
  • Kelumpuhan pada sebelah anggota tubuh seperti muka, tangan dan kaki
  • Keliru, kesukaran bertutur atau memahami pertuturan
  • Kesukaran melihat pada salah satu atau kedua-dua belah mata
  • Kesukaran berjalan, rasa pening atau hilang keseimbangan dan koordinasi
  • Sakit kepala yang amat sangat tanpa sebab yang diketahui.
Cara Mencegah Strok

Strok boleh dicegah dengan mengawal faktor-faktor risiko seperti:
  • Memantau hipertensi dengan membuat pemeriksaan tekanan darah setiap enam bulan sekali
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Menghindarkan tabiat merokok
  • Menjalani gaya hidup sihat
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan supplements
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan sesudah diserang strok. Walaubagaimanapun, sekiranya anda atau keluarga mengalami serangan strok, jangan berputus harap. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting kita ikhtiar sesungguhnya dan selebihnya berserah kepada Allah.

Bagaimana Vivix Membantu Merawat Strok


Strok ini boleh di sembuhkan dengan ikhtiar dan dengan izin Allah jua..

Dengan hanya 1 sudu sehari..


Banyak sangat testimoni VIVIX membantu bantu mengurangkan gejala strok dan bantu pulihkan strok..

Di sini saya kongsikan antara feedback mereka yang telah kembali pulih dari strok dengan bantuan Vivix.








Ini adalah ikhtiar yang Allah izinkan..kalau anda atau keluarga anda ada masalah stroke, jantung, diabetes, darah tinggi mahupon kanser..atau jika anda ada masalah berat badan dan masalah kulit sekalipun, anda boleh berikhtiar dengan Vivix Shaklee..inshaallah, saya guide pemakanan anda..dan banyakkan berdoa dan bertawakkal juga..next entri saya akan share lagi testimoni Vivix dan lain2 penyakit serius..

Sementara sekarang ni masih berlangsung lagi promosi Vivix, lebih JIMAT jika anda grab sekarang.
Jangan segan-segan hubungi saya untuk info lanjut ya, ada promosi boleh dapat keahlian PERCUMA juga dengan setiap pembelain 2 botol Vivix.

Tiada apa yang paling bernilai dalam hidup ini melainkan kesihatan yang baik, bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk terus berbakti kepada masyarakat dan beribadah kepada Allah. 
Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 17 December 2015

Sembuh Dari Stroke Dengan Vivix Shaklee


Selalu kita dikejutkan dengan berita-berita tentang serangan stroke, samada di kalangan keluarga atau kenalan kita. Dengar perkataan stroke pun kita dah takut, inikan pula mereka atau keluarga terdekat mereka yang terkena serangan stroke ni.

Teringat saya jiran saya pun ada yang tiba-tiba diserang stroke, akibatnya separuh badan beliau lumpuh dan tidak boleh bercakap. Seingat saya agak lama juga beliau dalam keadaan begitu sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Ada saudara saya pun pernah diserang stroke, dan beliau pun menganggung akibat yang sama, lumpuh, hilang ingatan dan tidak boleh bercakap dengan sempurna. Semuanya secara tiba-tiba. Sedihnya tengok.

2 Jenis Stroke

Jenis Pertama : Ischemic
Stroke jenis ini berlaku bila salur darah ke otak tersumbat. Salur darah ni tersumbat disebabkan oleh ketulan darah atau bila ada arteri yang mula sempit dipenuhi dengan kolesterol dan benda-benda berlemak yang lain yang melekat pada dinding salur darah.

Jenis Kedua : Hemorrhagic
Stroke hemorrhagic berlaku sebab salur darah pecah, darah terkeluar dari salur darah dan membunuh sel otak. Salah satu penyebab stroke ini adalah tekanan darah tinggi.

Rawatan Untuk Stroke

Entry kali ni saya nak berkongsi bagaimana Vivix membantu merawat stroke. Ye saya tahu selain daripada berurut, berbekam, akupunktur dan makan ubat-ubat hospital mesti ada juga yang nak mencuba alternatif lain kan.

Jika anda pengamal produk Shaklee, pasti anda kenal dengan tonik ajaib Shaklee ni. Satu-satunya supplement yang dapat menembusi DNA manusia, sekaligus membaikpulih DNA yang rosak di dalam badan.


Alhamdulillah. Allahuakbar sesungguhnya Allah Maha Penyembuh. Kita hanya berusaha, berikhtiar dan berdoa. Bertawakal padaNya dan mengharapkan kesembuhan dariNya.
Dan untuk pesakit stroke selain fisio dan suplemen, SEMANGAT dan GALAKAN dari ahli keluarga sangatlah penting. Yakinkan pada mereka yang mereka boleh sembuh, insyaAllah takde yang mustahil dengan izinNya.

Jom saya kongsikan pengalaman pengguna Vivix Shaklee dalam merawat stroke...

Testimoni Vivix Untuk Stroke

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
.
Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.
Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.
1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.
Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.
4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..
1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..

.
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.
Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.
Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.
Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...
(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Saya sangat berharap agar perkongsian ini dapat membantu lebih ramai pesakit stroke untuk pulih menjalani kehidupan seperti sebelum sakit. 
Jika Vivix Shaklee membantu pesakit stroke lain, insyaAllah ia juga boleh membantu anda dan keluarga.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 21 February 2014

CoQ Health Plus Shaklee untuk Kesihatan Jantung


Tahukah anda!!!
  1. Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu rakyat Malaysia
  2. Kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular ni adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian disebabkan oleh kanser.
* Info : Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia
dan..
3. 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok
* Info : Perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia
sakit jantung

Fakta ni sebenarnya sangat menakutkan..betul tak?? jangan risau... kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ni boleh dicegah. cemana ye? boleh follow saranan di bawah ni dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian spt:-
  • diet yang seimbang
  • mengambil suplemen yang berkualiti
  • senaman secara teratur
  • tidak merokok
  • pastikan berat badan ideal
Nampak macam simple..tapi ramai yang bermasalah nak buat. dan saya highlightkan bahagian "mengambil suplemen yang berkualiti" dgn kaler merah... kerana..bagi saya..ini yang paling simple dan mudah nak ikut. Jika anda biasa google suplemen untuk kesihatan jantung, anda akan jumpa..kebanyakannya mereka mencadangkan Coenzyme Q10 (CoQ10). CoQ10 ni merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.
Di Shaklee, kami juga ada Coenzyme Q10 (CoQ10). tapi diberi nama CoQHealth Plus.

CoQHealth Plus Shaklee
Baru sahaja dilancarkan pada 8 Jun 2013 di National Conference Shaklee. Alhamdulillah.. bertambah satu lagi suplemen untuk kesihatan jantung kita.
Jom jaga jantung kita. sebelum menjadi parah. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Credit
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 14 February 2013

Omega Guard Shaklee : Untuk Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Kanak-kanak dan Semua yang Pentingkan Kesihatan


Dalam entry yang sebelum ni, saya telah berkongsi dengan anda khasiat Omega Guard Shaklee yang boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Sebenarnya, bukan itu sahaja, banyak lagi khasiat Omega Guard ni, yang sesuai dan bagus diamalkan oleh setiap golongan, dari golongan kanak-kanak hinggalah ke warga emas.

Jom kita tengok, siapa yang yang perlukan Omega Guard Shaklee.


Khasiat Omega Guard Shaklee

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang (bersalin awal)
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi (membantu menstabilkan emosi) dan meningkatkan kesihatan mental bg mengurangkan risiko si ibu daripada mengalami kemurungan, tekanan dan kebimbangan
  • Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

Ibu Menyusu
  • Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak ( bijak dan fokus pada pembelajaran)
  • Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
  • Memperkuatkan sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
  • Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan (kurang makan dan sentiasa kenyang)

Sering alami masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema yang berterusan
  • Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit jantung - membantu merendahkan kedua-dua tekanan sistolik (darah dipam daripada jantung ke sel) dan tekanan diastolik (darah dipam daripada sel-sel ke jantung).Dengan itu, ia mengelakkan pembekuan darah yang boleh menyumbatkan saluran darah serta mengurangkan tekanan darah tinggi.

Mereka yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
  • Sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan untuk memelihara diri dari penyakit jantung, strok, obesiti dan kencing manis
Best kan Omega Guard ni. Seisi keluarga boleh amalkan:)

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta tip-tips dan cara pengambilan vitamin yang betul dan tepat untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 12 February 2013

Kebaikan Omega Guard Shaklee : Kurangkan Risiko Strok


Risiko Strok dan Serangan Jantung

Perkataan strok, kolestrol dan serangan jantung bagi saya amat menggerunkan. Ini kerana, ia ibarat 'silent killer'. Seringkali kita mendengar berita-berita yang mengejutkan dari saudara-mara atau kenalan kita berkaitan dengan penyakit-penyakit ini . Dalam minggu lepas sahaja, saya menerima 2 berita yang mengejutkan dari kenalan saya yang dimasukkan ke ICU akibat strok, kedua-duanya berlaku secara tiba-tiba.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Tahukah anda  makan ikan boleh kurangkan risiko strok?
"Mengambil dua hingga empat sajian ikan setiap minggu mampu mengurangkan risiko strok samaada serangan strok atau mini strok sebanyak 6%! Manakala individu yang mengambil lima hidangan ikan setiap minggu mampu mengurangkan sehingga 12% serangan strok. Ikan telah terbukti membantu menyihatkan pembuluh darah kerana kaya dengan nutrisi seperti vitamin & juga asid amino. Amalan ini juga turut membantu menurunkan risiko penyakit jantung koronari"

Kelebihan dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee


Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Seperti biasa, produk Shaklee dihasilkan dengan begitu teliti untuk memastikan kualiti yang terbaik dan tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada pengguna. Sebab tu la saya sayang Shaklee ni :)

Sebenarnya, banyak lagi khasiat Omega Guard Shaklee ni, terutamanya untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusu serta kanak-kanak. InsyaAllah saya akan berkongsi di entry yang seterusnya. Lagipun sekarang ni tengah ada promosi best untuk Omega Guard ni. Memang sangat jimat dan berbaloi-baloi kalau beli sekarang :)

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta tip-tips dan cara pengambilan vitamin yang betul dan tepat untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 11 February 2013

Tips Kecantikan : Vitamin E - Penting untuk Kecantikan Kulit; Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat


Vitamin E Untuk Hilangkan Parut

Nak tau tak Vitamin SHAKLEE apa yang mula-mula sekali saya cuba? Jawapannya adalah Vitamin E. Rasanya semua sudah sedia maklum, pengambilan atau penggunaan Vitamin E amat penting untuk kecantikan kulit terutama sekali untuk menghilangkan parut. Jadi, itulah salah satu sebab utama yang membuatkan saya teruja untuk mengambil Vitamin E, sebab saya ni memang tak senang duduk kalau ada parut jerawat ni, terutamanya parut-parut hitam tu.

Setelah amalkan Vitamin E ni, apa yang dapat saya lihat, parut jerawat saya semakin cepat hilang, lebih cepat dua kali ganda dari biasa!! Jerawat cepat jer kecut, kulit pun bertambah-tambah lembut. Memang best sangat-sangat.

Khasiat Vitamin E

Sebenarnya, Vitamin E ni bukan sahaja penting untuk kecantikan kulit, malah, banyak lagi khasiat-khasiat lain yang perlu kita ketahui. Antaranya :
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut dan jerawat 
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda 
  • Mencegah pembentukan parut hodoh (tebal) dari luaran tubuh (apabila disapu terus pada kulit - ia juga boleh diserap masuk melalui kulit), dan juga dari dalam badan. 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka yang disebabkan oleh terkena benda panas/ terbakar.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot 
  • Meningkatkan kesuburan 
  • Menyelesaikan masalah kelesuan 
  • Meningkatkan keinginan seksual suami isteri 
  • Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat 
  • Merendahkan kadar kolesterol dan risiko penyakit jantung/strok
  • Membantu mencegah kanser. 
  • Merendahkan risiko katarak. 

Keistimewaan Vitamin E Shaklee

Bukan semua Vitamin E yang berada di pasaran boleh diserap dengan baik oleh tubuh badan kita. Sebelum anda melaburkan wang membeli sebarang supplement, pastikan ianya adalah dari sumber semulajadi.

Yang pastinya, Vitamin SHAKLEE adalah dari sumber semulajadi. Lihat pada botolnya, tertulis d-alpha tocopherol, di mana tanda "d" bermakna ianya semulajadi. Vitamin E sintetik/buatan akan mempunyai tanda "dl". Vitamin semulajadi mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik iaitu 2 kali ganda berbanding Vitamin E buatan. Tambahan lagi, pengambilan vitamin sintetik bakal memberi kesan jangka panjang yang tak diigini ke atas tubuh badan kita.

Apapun, pilihan terletak di tangan anda.
Tapi ingat, apa yang kita makan hari ni bakal menentukan keadaan kita kelak.
Pastikan anda membuat pilihan yang bijak:)

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Vitamin E Shaklee, sila klik sini.

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta tip-tips dan cara pengambilan vitamin yang betul dan tepat untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit