Showing posts with label CINCH TEA. Show all posts
Showing posts with label CINCH TEA. Show all posts

Thursday, 21 July 2016

6 Cara Mudah Hilangkan Mengantuk Di Tempat Kerja Atau Semasa Belajar


Pernah tak korang tiba-tiba rasa mengantuk kat tempat kerja atau masa sedang belajar? Kadang-kadang rasa mengantuk tu tiba-tiba saja datang menyerang! Mesti pernah kan. Memang rasa terpaksa sangat tahan mata, mana nak kena fokus lagi. Sampaikan bila dah tak tahan sangat tu, siap boleh tertidur tersengguk-sengguk lagi.

Kalau yang tengah belajar kat rumah tu ok la lagi.
Tapi kalau dalam kelas, lecturer ada kat depan. Tak pasal-pasal kena baling dengan pen nanti.
Yang bekerja, lagila, takkan nak tunggu sampai bos sound pulak kan.

Mengantuk ni sebenarnya salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh setiap orang. Walaupun semulajadi, tapi kalau dah mengantuk pada waktu dan tempat yang tak sesuai, masalah tu.

Biasanya masalah mengantuk yang berlebihan ni disebabkan oleh:
  • pola tidur yang kurang tepat seperti berjaga lewat malam
  • terlalu penat 
  • dihimpit rasa bosan
  • terlebih makan

Sape yang ada masalah ni, jom..
saya kongsikan 6 cara hilangkan mengantuk yang boleh korang pratikkan.

6 Cara Hilangkan Mengantuk Di Tempat Kerja Atau Semasa Belajar

1. Cuci Muka

Ini adalah salah satu cara paling efektif. Rasanya ramai selalu buat kut yang ni. Kalau nak lagi efektif, try cuci muka dengan air sejuk. Terus segar, hilang rasa mengantuk.

2. Tarik Nafas Dalam-Dalam

Bila kita menguap, kadar oksigen dalam otak kita berkurangan. Menguap ni salah satu tanda yang kita sedang mengantuk. Nak atasinya, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama lima saat, kemudian hembuskan melalui mulut selama lima saat juga. Buat berulang-ulang kali agar banyak oksigen yang masuk ke otak sampaila hilang rasa mengantuk tu.

3. Rehat Seketika

Waktu sedang bekerja atau belajar, cubalah untuk berehat seketika. Sambil berehat seketika tu, lakukan sedikit senaman pemanasan seperti meregangkan tangan,kaki, pinggang ataupun menggoyang-goyangkan kepala. Kalau korang jenis kerja yang terpaksa berhadapan dengan komputer sepanjang hari, mata boleh menjadi penat. Cuba alihkan pandangan dari komputer untuk relaks mata sikit. Boleh cuba pejamkan mata sejenak atau melihat pemandangan di luar.

4. Pilih Kudapan Yang Sihat

Kudapan sihat  boleh meningkatkan tenaga yang lebih lama. Mengunyah kudapan seperti kacang mentega, yogurt dan buah-buahan segar boleh menjadi cara hilangkan mengantuk di samping meningkatkan fokus waktu bekerja /belajar. Tapi kena hati-hati jugak naa, pilih kudapan yang betul. Nanti takut kunyah punya kunyah, badan pulak makin mengembang.

5. Minum Banyak Air

Dehidrasi boleh menyebabkan kepenatan. So kena pastikan juga kita minum banyak air dan makan makanan yang mengandungi kadar air tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila cukup air, badan pun kembali segar sebab cecair dalam tubuh kembali normal. Boleh cuba minum air perahan lemon juga, refreshing.

6. Minum Kopi Atau Teh Hijau

Kopi terbukti dapat menghilangkan mengantuk kerana kandungan zat kafein-nya boleh menstimulasikan otak kembali segar. Tapi, seperti yang kita semua sedia maklum, kaffein ni boleh mendatangkan mudarat juga, so jangan minum terlalu banyak ya!

Selain kopi, teh hijau juga mengandungi kafein, namun ia lebih baik kerana memberikan tubuh banyak antioksidan. Teh hijau juga bagus untuk menjaga stamina tubuh anda.

Bila bercakap tentang teh ni, terpanggil pulak rasa nak berkongsi tentang teh dari Shaklee. Yup, betul. Shaklee pun ada teh juga. Benda baik kenala share kan :)

Sahabat saya dalam video ni pun dah terus lupakan kopi bila dah cuba 'ubat tahan ngantuk' yang paling berkesan ni.


Teh ni bukan sebarang teh ni. Cinch Energy Tea Mix ni gabungan teh hijau, teh putih dan teh merah yang sangat berkualiti serta berkhasiat. Yang penting, pilihan yang lebih sihat, tanpa perasa, pewarna dan pengawet tiruan. Rasanya pun sedap dengan aroma yang menyegarkan.

Cinch Energy Tea ni dalam bentuk sachet. So, nak bawa ke mana-mana pun senang. Letak dalam poket boleh, handbag boleh. Bila nak minum, senang je, koyak sachet and tuang dalam cawan untuk bancuh. Suam atau sejuk boleh. Nak lagi sedap, bancuh dengan madu dan lemon.

Tryla minum Cinch Energy Tea Mix ni. Series memang hilang mengantuk. Segar-bugar dan bertenaga terus.

Highly recommended!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 18 February 2015

9 Cara Tingkatkan Metabolisma Badan Yang Rendah


Baru-baru ini, salah seorang customer saya ada bertanyakan, bagaimana nak tahu samada metabolisma dia rendah atau sebaliknya.
Ok, jom saya kongsikan serba sedikit info tentang metabolisma ni. Semoga membantu anda juga yang masih belum jelas tentang metabolisma ni. Penting ni, salah satu kunci dalam usaha untuk mengurangkan berat badan ni :)

Apa Itu Metabolisma Badan

Semua sedia maklum, benda yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga ini dikenali sebagai Metabolisma.

Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor iaitu Basal Metabolic, aktiviti fizikal seharian, dan kesan thermic makanan.

65% kalori yang kita ambil akan digunakan untuk Basal Metabolic (dipengaruhi faktor fizikal dan genetik) bertujuan untuk menyokong proses biologi dalam badan. Ini termasuklah pernafasan, perkumuhan, dan proses pengepaman darah oleh jantung. 25% kalori yang kita ambil pula akan digunakan untuk aktiviti fizikal seharian, seperti berjalan, bersukan, dan sebagainya. Manakala 10% daripada kalori yang kita makan pula akan digunakan untuk memproses makanan.

Metabolisma Tinggi Atau Rendah?

Setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza. Sebab tu kadang kita tengok, ada yang jenis makan banyak, tapi badan maintain kurus je. Ada pula yang makan diet memanjang, tapi berat badan tetap susah nak turun.

Mereka yang makan dengan banyak tetapi agak sukar untuk naik berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi. Manakala mereka yang makan sedikit tetapi sudah cepat naik berat badan, adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.

Apakah simptom jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah? 

1. Cepat naik berat badan
2. Perubahan otot dimana otot menjadi lemah, kaku dan sakit
3. Penat/ lesu
4. Tahap kesihatan rendah contohnya sering pucat, rambut rapuh dan muka sembap
5. Individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah disebabkan hipotiroidisme biasanya sering mengalami menstruasi yang banyak.

Stress kan, kalau makan sikit, tapi berat badan cepat naik.
Namun tidak bererti mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah tidak boleh untuk turun berat badan selama-lamanya, dan mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi tidak boleh untuk naik berat badan selama-lamanya. Semuanya masih lagi bergantung kepada tunjang yang sama, iaitu KALORI.

Buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, untuk turunkan berat badan, golongan ini perlu menggunakan/membakar lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

9 Cara Mudah untuk Tingkatkan Metabolisme Badan

Berikut merupakan 9 cara mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

1) Bina otot-otot (build Muscle)
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2) Bersenam aerobik atau berjogging
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3) Minum banyak air 
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4) Campurkan ais dalam air 
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5) Makan lebih kerap
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6) Pedaskan masakan anda 
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7) Makan lebih protein 
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8) Minum teh hijau (Green Tea) 
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Pastikan tanpa gula!

9) Elakkan crash diet
Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Bagaimana Shaklee Membantu Tingkatkan Metabolisme Anda

1. Cinch Shake



  • Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis / pencuci mulut
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO

2. Cinch Energy Tea Mix


Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih.
Bahan-bahannya seperti berikut:
  • Taurina
  • Maltodextrin – bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika … dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Green Tea Extract
  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic (anti kanser)
  • anti-inflammatory
  • perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Meningkatkan tenaga &  metabolism (bakar lemak). Boost metabolism sehingga 4 kali ganda!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 4 December 2013

[Cinch Energy Tea Mix] Tingkatkan Tenaga dan Metabolism dengan Berkesan untuk Kurus


Hujung minggu lepas, kakak saya, seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, datang ke rumah saya bersama suaminya dan mak saya. Saja je datang tu, rindukan anak-anak saudaranya la tu :)

Masalah utama saya kulit kan. Kulit saya ni jenis yang sangat bermasalah, tapi kakak saya ni pula, kulitnya tak bermasalah seperti saya, tetapi dia mempunyai masalah berat badan. Itu dulu la, sekarang dah slim uuuu. Cuma biasala, kena jaga-jaga sikit sebab memang yang jenis mudah naik.

Sewaktu bertemu dengan kakak saya minggu lepas, saya expect badan dia akan naik sebab sebelum tu kakak saya ada kursus di Melaka selama 4 hari. Kursus di hotel dan makanan yang sedap memang tidak boleh dipisahkan, betul tak. Kakak saya cakap, makan sehari sampai 6 kali. Macam mana nak diet tu.

Tetapi yang bagusnya, badan kakak saya tak nampak naik. Dulu, kalau dia makan macam tu, siap la badan.
Kakak saya cakap, penyelamat dia adalah Lecithin dan Cinch Energy Tea Mix.

Saya selalu berkongsi di blog saya mengenai Lecithin.
Boleh klik sini untuk info lanjut mengenai Lecithin dan cadangan supplemen lain untuk Set Kurus Shaklee.

Jadi kali ni saya akan berkongsi dengan anda mengenai teh hebat dari Shaklee, Cinch Energy Tea Mix.

Kandungan Cinch Energy Tea Mix


Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih.
Bahan-bahannya seperti berikut:
  • Taurina
  • Maltodextrin – bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika … dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Green Tea Extract
  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
Kalau nak cerita faedahnya memang panjang, jadi cukuplah cerita tentang teh-teh aje kot. Yang lain-lain mungkin saya cerita di lain lembaran.

Manfaat Utama Cinch Energy Tea Mix

Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic (anti kanser)
  • anti-inflammatory
  • perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Meningkatkan tenaga &  metabolism (bakar lemak). Boost metabolism sehingga 4 kali ganda!
Siapa Perlukan Cinch Energy Tea Mix

Sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan dan rasa bertenaga sepanjang hari.
Amat disarankan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan mempunyai metabolisma yang rendah, jarang atau kurang bersenam, kerana Cinch Energy Tea Mix membantu meningkatkan metabolisma untuk pembakaran lemak dan kalori.

Cara Minum Cinch Energy Tea Mix

Boleh diambil ketika minum pagi atau petang.
Cuma bancuh 1 paket Cinch Energy Tea Mix bersama air suam atau sejuk. Lebih sedap, boleh tambah sedikit madu dan lemon. Refreshing, healthy and of course badan pun slim :)

Inilah bekalan harian kakak saya ke sekolah
1 paket Cinch Energy Tea Mix dibacuh dengan 1 tumbler air, untuk diminum sepanjang hari di sekolah sepanjang waktu mengajar.
Memberi tenaga sambil membakar kalori

Testimoni Cinch Energy Tea Mix





KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit