Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Wednesday, 11 July 2018

Beli Baju Renang Kanak-kanak Online


Assalamualaikum

Sebelum raya hari tu, selain mencari baju raya, akak dan cik abang sambil tu mencari-cari juga baju renang untuk anak-anak. Baju renang yang lama tu dah ketat sangat, kain dia pun macam dah nak rosak. Maklumlah, dah bertahun-tahun dah baju tu berjasa.

Baju Renang Muslimah

Merata juga la kami mencari, tapi takde yang berkenan di hati. Tiba-tiba, teringat yang dulu akak pernah beli online baju renang untuk diri sendiri. Akak beli dekat Haleema Swimwear


Ada banyak design baju renang muslimah yang cantik-cantik kat sini. Akak pilih yang macam dalam gambar kat atas ni, simple je. Harganya tak silap akak RM 170. Dah 2@3 tahun kut akak beli ni, so harga tak sure masih sama atau tak.

Baju renang ni ada baju, seluar dan tudung. Baju dan seluar tu tak bersambung terus, tapi ada tali untuk ikat baju tu kat seluar supaya waktu berenang tu baju tak terangkat nampak badan. Baju renang ni selesa sangat. Kain dia sama je macam baju renang yang ada kat pasaran. Potongan dia jenis lurus dan longgar, tak ketat. 

Baju Renang Kanak-kanak Online

Service pun bagus kedai ni. Kita boleh contact untuk tanya lebih detail tentang size dan sebagainya. Akak order baju renang untuk anak-anak minggu lepas. Lepas 2 hari close deal, terus sampai kat depan pintu rumah.


Yang ni baju renang untuk Irfan. Harganya RM 125. Harga ni berbeza ikut size. Macam yang Irfan punya ni, size 11 tahun sebab walaupun Irfan baru 9 tahun, tapi badan sado sikit. Kena beli size yang besar ikut badan. Design lebih kurang yang mama dia punya je. Irfan yang pilih sendiri, minat design ni. 

Alhamdulillah kain selesa, potongan pun lurus dan longgar sikit. Tak terlalu ketat. Untuk baju renang kanak-kanak lelaki ni, baju dan seluar tak bersambung. Akak beli yang lengan dan seluar pendek. Ada juga set seluar dan lengan panjang.


Yang comel ni, baju renang kakak Aina. Harganya RM 130. Kakak Aina badan kecil molek macam mama je, so pakai size yang sama dengan umur, size 10 tahun. 

Baju renang kanak-kanak perempuan ni ada baju, seluar, tudung dan cap. Baju dan seluar bersambung terus. Senang kan, baju tak terangkat waktu tengah berenang. Maklumlah, budak perempuan kan, Mestilah segan kalau baju terangkat nampak badan.


First time rasmi baju renang baru. Gambar sebelum nak pergi swimmming class ni. Alhamdulillah, kakak Aina and Irfan dah makin pandai swimming dah. Cuma free style tu je macam susah sikit. Swimming class pun dah nak habis dah. Tinggal lagi 2 sesi kut tak silap.

So, korang yang mencari-cari juga baju renang muslimah atau baju renang kanak-kanak yang affordable, berkualiti, cantik dan selesa, boleha la survey tengok dekat Haleema Swimwear tu ya.

Thanks for reading!


Thursday, 23 January 2014

[Tip Kecantikan] Makeup Remover Terbaik untuk Kulit Sensitif


Dah lama rasanya saya tak berkongsi tips kecantikan kan. Walaupun saya bukan jenis kaki makeup, tapi nak share jugakla tips ni kat sini. Mana tau ramai yang ada masalah macam saya ni, mungkin membantu. Maklumlah, kulit jenis sensitif ni kena hati-hati, salah guna produk, tak pasal-pasal habis muka merah-merah tak pun bertempek-tempek jerawat.

Penat menggodek cari gambar saya pakai makeup. Ni salah satu, macam tak makeup pun kan:) Yang ni saya cuma pakai compact powder, lipstick, blusher dan mascara. Memang itu jerla yang saya boleh dan tahu pakai. Kadang-kadang pakai sedikit eyeliner.

Kalau bukan kerana sebab-sebab di bawah ni, rasanya pantang keluar jer mesti saya makeup sakan.
Sebab kenapa saya jarang pakai make-up :
  • tak pandai makeup especially bahagian mata sebab mata saya sepet
  • kulit saya jenis sensitif, jadi bukan boleh sebarangan guna barang makeup especially foundation
  • leceh bagi saya sebab kalau keluar lama, nanti bila nak sembahyahyang, makan masa kalau nak cuci bagai
  • segan kalau kena perli dengan cik abang, tiba-tiba buang tabiat makeup beriya. Dia pun takde masa nak tunggu bersiap :)

Ok, tips kali ni adalah mengenai makeup remover. Bila dah makeup ni, wajib cuci bersih-bersih makeup tu yer, jangan sesekali tidur bersama makeup. Ada sesetengah pencuci muka sahaja tak mencukupi, tak cukup bersih muka kita. Makeup bahagian mata lebih-lebih lagi, takkan nak guna sabun cuci muka tu cuci bahagian mata kan.

Jadi, nak guna apa yer?

Untuk Muka

Kalau makeup sendiri ni atau hari-hari biasa, saya pakai compact powder je. Jadi pencuci muka sekarang pun dah cukup untuk saya,. Selepas cuci muka, jangan lupa pakai toner untuk buang sisa-sia yang tertinggal dan supaya kulit lebih bersih. Tapi, kalau guna foundation, memang perlu cuci extra sebelum cuci dengan pencuci muka biasa tu.

Dulu time makeup bertunang dan kahwin, saya gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser sebagai makeup remover saya. Cetaphil Cleanser ni sangat lembut, bayi pun boleh pakai. Boleh dapatkan di mana-mana farmasi berdekatan. Dulu, harganya kalau tak silap RM 17. Sekarang mungkin lebih sedikit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Untuk Mata

Untuk bahagian mata paling senang nak dapat dan murah. Guna apa sahaja jenis minyak yang ada di rumah kecuali minyak masak. Contoh minyak yang boleh digunakan seperti minyak bayi, minyak zaitun dan minyak kepala dara. Buat masa ni, saya menggunakan minyak kelapa dara sebab minyak ni ada sebotol besar di rumah saya. Tujuan mula-mula beli minyak kelapa dara ni nak sapu ke muka, tapi sekarang kan ada Vitamin E Shaklee untuk saya buat masker :)

Minyak Kelapa Dara

Sekian perkongsian tips kecantikan kali ni. Semoga membantu ye :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Friday, 25 January 2013

Fashion : Suka sangat shopping dress kat Poplook :)

Wahhh.. sekarang ni rajin pulak aku dok update blog ni. semangat sudah mari :)

okla, kali ni nak bercerita pasal fashion pulak. sekarang ni peplum saaaangat la in kan. aku pun ada jugak blouse peplum ni, tapi kali ni aku bukan nak share pasal peplum, tapi pasal Poplook. aku start terjebak dengan Poplook ni since last year time bulan puasa hari tu. lambat sikitla kan compare dengan orang lain, sebab sebelum tu tak terasa nak beli pun, usya jer. tapi ntah tiba2 angin apa ntah, hari raya lepas, teringin nak pakai maxi dress time raya.

google punya google, banyak online boutique yang ada jual, tapi mata aku ni berkenan betul dengan design kat Poplook, simple and sweet. target aku nak pakai plain maxi dress.

first dress yang aku beli sleeveless Penny Maxi Dress in blush. ada yang sleeveless je, tapi aku beli jugak sebab aku suka colour dia. tapi tak sesuai la kan pakai time raya maxi dress dengan cardigan. so, time tu aku harap sangat Poplook keluarkan yang long sleeve. Alhamdulillah, dah dekat2 nak raya tu, Poplook keluarkan Lucy Maxi Dress. apalagi, cepat2 aku grab sebelum sold out.

first time pakai maxi dress
Lucy Maxi Dress from Poplook

first dress yang aku mula2 beli kat Poplook
Penny Maxi Dress in blush

maxi dress Poplook ni sangat-sangat selesa. harga pun ok, free pos pulak tu. disebabkan tu la, aku terjebak beli lagi satu maxi dress. dah alang2 beli maxi dress tu, aku try la beli satu blouse kat situ sebab tengah SALE time tu. murah jer aku beli:) by the way, semua baju yang aku beli semua size S. yang maxi dress tu labuh jugak, tapi bila aku keluar jalan2 pakai wedges, ok jer:)

3rd maxi dress from Poplook
my first Poplook blouse yang beli time SALE
So, Poplook anyone?
aku baru jer beli selai lagi blouse hari ni kat Poplook:)

Thursday, 12 April 2012

Sinopsis Amukan Pocong Slot Seram TV3

ishhhhhh....seram la pulak aku dok layan Amukan Pocong ni. actually aku memang minat tengok citer seram ni, tapi tak berani nak tengok sorang2. tapi disebabkan citer ni macam menarik tertarik de bomb, aku gagahkan jugakla tengok aka jeling2 tv tu.  terpaksala tengok sorang2, sebab cik abang tak suka tengok citer hantu.

ni dah second week aku layan. kesimpulannya, aku memang blur la, tak ketahuan apa cerita dia. maklumla, tak tengok dari awal. jadinya, terpaksala aku carik sinopsis citer ni. meh kita baca sikit meh


Mengisahkan Long Husin (Azhan Rani), seorang kaki judi dan dua orang rakannya sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangkan syariat Islam dengan memuja kubur dan menggunakan khidmat bomoh Siam untuk mendapatkan gambaran mengenai nombor ekor bagi menangi wang dengan cara mudah.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah ‘memakan diri’ menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehingga menjadi pocong dan digeruni semua penduduk kampung.
Maka bermulalah kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan.

Friday, 16 December 2011

Makeup Review : NEW Pixy Ultimate Makeup Cake vs OLD Pixy UV Whitening 2 Way Cake

aku tak sure since bila aku start pakai Pixy UV Whitening 2 Way Cake ni. tapi since the first day aku pakai, aku dah deeply in love dengan ini bedak. mula2 takut gak nak try, sebab kulit aku ni jenis yang mengada2 sikit. kang salah2 pakai kang, naikla segala mak nenek jerawat semua tu. seb baik bila try ok. bukan setakat ok, tapi SUPERB!

aku tau product ni sebab terbaca kat satu forum, ramai orang cakap best. so aku yang senang terpengaruh ni pun tergoda la nak try. banyak gak orang jual bedak ni online. tapi aku beli kat Watson jer.

last 2 weeks aku g Watson nak beli refill Pixy UV Whitening 2 Way Cake tu. sekali ternampak kat sebelah bedak tu, ada new version. aku pun tak sure la new version ker apa, tapi nama and colour kotak dia lain. ingredient pun ada lain sikit. yang baru tu nama dia Pixy Ultimate Makeup Cake. pk punya pk, aku pun angkat la yang baru tu. saja nak try.
Pixy UV Whitening 2 Way Cake
aku pakai Natural White


Pixy Ultimate Makeup Cake
aku beli Natural Buff, sebab tu jer yang ada jual kat situ

Pixy UV Whitening 2 Way Cake vs Pixy Ultimate Makeup Cake

- dua2 murah giler. Pixy UV Whitening 2 Way Cake RM 16, refill RM 10. Pixy Ultimate Makeup Cake RM 20+, refill RM 15 jer
- Pixy UV Whitening 2 Way Cake ada SPF 15, Pixy Ultimate Makeup Cake ada SPF 20
- dua2 sangat best! texture halus and ringan, tak rasa heavy bila apply
- kalau pakai span kering, jadi compact powder biasa. kalau pakai span basah, jadi mcm foundation. tapi aku tak pernah try pakai span basah, pakai span kering pun dah cantik:)
- tak perlu pakai concealer or foundation. pakai ni jer pun dah nampak flawless, glowing & fresh (yang ni F'iena BEAUTY paling banyak membantu:)
- tak bercapuk or macam pakai tepung gomak
- senang nak cuci. just guna air ngan pencuci muka jer
- paling penting tak menyebabkan jerawat or apa2 alahan lain, sebab kulit aku ni kan mengada2 sikit

Rating : 5 STARS. highly recommended!

first time pakai Pixy Ultimate Makeup Cake
ini hasil selepas beberapa minit pakai 

ini pulak selepas lebih kurang 4 jam. 
nampak makin glowing sebab bedak tu dah betul2 blend kat kulit

Note : Stok baru F'iena BEAUTY dah sampai. Alhamdulillah dah makin ramai yang mencuba product ni, dan yang paling penting semuanya puas hati. if nak order, contact cik jatt ok. jom cantik sempena tahun baru!

Tuesday, 11 October 2011

Testimonial 1 : Catalyst Virgin Coconut Oil Softgel - produk yang memang kucari-cari selama ini

selain penjagaan luaran, penjagaan dalaman juga amat penting untuk memastikan kita mendapat kulit yang cantik dan berseri. kulit aku takla cantik mana pun, tapi, Alhamdulillah, hasil penggunaan dan pengambilan produk yang bagus, kulit aku dah sangat-sangat improve berbanding dulu.

untuk penjagaan luaran, aku menggunakan produk yang berasaskan susu beras iaitu F'iena Beauty. produk ini sangat berkesan dan membantu menghilangkan masalah jerawat dan kulit kusam aku.

tapi, bila datang period, cik jerawat datang gak menyinggah kat muka aku nih. bukan setakat sebijik dua, banyak gakla kadang2, besar2 lak tu. kadang2 tu, naik merah2 kat muka. hormon punya pasal. memang macam tu pun dari dulu. asal period jer, habis jerawat datang. nasib baik ada Night Cream F'iena Beauty, cepat jer kecut jerawat, pastu takdela tinggal parut-parut hitam.

tapi, tetap tak syok gak kan, so surf punya surf kat internet, terjumpa produk Virgin Coconut Oil Softgel by Catalyst. banyak review bagus pasal produk ni, dan harga pun tak mahal. aku pun tryla beli sekotak.

tapi selalu aku lupa makan. so, tak rasa macam ada kesan pun, bila period, still ada PMS and cik jerawat.

start bulan lepas, baru aku nekad makan betul2, hari2 tak miss. setakat ni, kesan yang aku dapat:

* sebelum ni, kalau period, macam nak pitam jer, sebab pening kepala yang amat. bulan ni, Alhamdulillah, aku sakit kepala sikit jer sehari sebelum datang period. lepas tu dah ok. tak perlu makan Panadol ActiFast dah
* badan rasa cergas sikit berbanding dulu
* member cakap sekarang dah makin berseri-seri. aku rasa ni dua2 membantu, F'iena Beauty and VCO Softgel
* yang paling best........ jerawat naik sebijik jer, time period hari tu!

Face : F'iena Beauty Day Cream and PIXY Compact Powder
kulit aku takla cantik mana, tapi Alhamdulillah dah banyak improved compare dulu
jerawat naik sebijik jer time period baru nih, kat sebelah mulut tu:)

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk VCO Softgel by Catalyst, klik sini

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

Friday, 7 October 2011

Recommended Parenting Books : Smart Parents Brighter Kids by Zaid Mohamad and Cool Mum Super Dad by Jamilah Samian

semalam sembang2 dengan member kat tempat kerja, anak dia ambik PMR tahun nih, last paper next week Monday tak silap aku. dia membebel pasal anak dia sehari sebelum exam pun, dok sibuk suruh dia belikan buku latihan. if tak beli, bila dapat result teruk, mak jugak yang kena kang, alasan, sebab mak tak beli buku latihan.

then kitorang borak2 pasal sistem pendidikan kat Malaysia sekarang. rasanya terlalu exam oriented. tuisyen sana, tuisyen sini, dengan buku latihan tebal berlambak2. macam pressure pulak, tapi if kita tak ikut rentak tu, nanti anak2 kita ketinggalan pulak. ini antara komen2 yang aku dengar dari mak2 yang anaknya tengah bersekolah la.

tu baru pasal pendidikan. belum lagi masuk bab bergayut kat tepon, main internet ngan game 24 jam, dengan Facebook la, You Tube la, bab berkawan dengan siapala. risau pulak aku pikir semua nih, mengenangkan anak2 yang semakin membesar. zaman sekarang ni mencabar betul nak mendidik anak2 nih. sebagai ibu bapa nih, tak boleh main redah jer. aku pun dalam proses belajar lagi. selain tanya orang yang lebih berpengalaman, aku selalu gak baca pasal parenting kat internet.

parenting book pun aku beli gak, normally aku baca review dulu sebelum beli. antara buku yang paling aku suka, Smart Parents Brighter Kids by Zaid Mohamad and Cool Mum Super Dad by Jamilah Samian.



aku sangat2 suka and sangat thankful to both authors sebab buku2 ni dah banyak bagi guidance and motivation kat aku not only how to become a better parent, but also how to become a better person. cara penulisan yang sangat santai, sampai bila kita baca, it feels so close to our heart. mungkin jugak sebab orang kita sendiri yang tulis kan, so segala tips and guidance tu rasa senang nak absorb and practice.

kat mana2 bookstore, macam MPH, Borders tu ada jual. tapi aku beli online jer kat BookPlanet.

so if korang tengah tercari2 parenting book yang bagus, these books are highly recommended!

Friday, 30 September 2011

Testimonial 2 Part 2 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman cik jatt.

bersambung dari entry Part 1 ni

penat aku dok menggodek balik gambar-gambar lama nak cari gambar semasa zaman gelapku dulu, time tengah suffer dengan masalah jerawat tu. tapi gambar-gambar lama kebanyakannya ada dalam external harddisk cik abang and harddisk tu  macam ada problem. jumpa satu jer gambar dalam laptop ni yang aku rasa boleh nampak la jugak masalah kulit aku dulu.

sebelum menggunakan F'iena Beauty


teruk kan muka aku dulu. jerawat memang banyak, yang kecik yang besar semua ada. parut jerawat pun banyak kat pipi, kulit kusam je. gambar ni tahun 2010, tak pasti bulan berapa. time ni, macam-macam produk aku try, tapi semua tak berkesan. sampai dah fed up, memang rasa down giler.

satu hari tu, kakak aku ada cakapla dia try satu produk baru, member dia punya. aku tengok memang kulit kakak aku cun time tu. then, aku pun suruh kakak aku tolong beli satu set, just try, mana tau berkesan. mula2 tu takut gak nak try, tapi aku confident sikit nak try sebab aku tau produk ni tak strong sebab takde proses pengelupasan. tu yang berani nak try tu.

lepas seminggu pakai, Alhamdulillah, jerawat-jerawat kat muka aku mula hilang. takde lagi jerawat-jerawat besar naik. sampai sekarang, kalau ada pun yang kecik2 jer time nak datang bulan.

aku bersyukur sangat dengan perubahan kat kulit aku sekarang. macam tak percaya pun ada jugak. nak kata perfect tu takla kan, takla gebu mana. tapi yang pasti, aku tak risau lagi dengan masalah jerawat dan kulit berminyak. kulit pun makin cerah, naturally, bukan terlebih putih macam pakai Clorox ok. parut jerawat yang lama-lama tu pun dah makin pudar. 

dah lebih kurang setahun aku pakai produk ni, dan sampai sekarang aku sangat puas hati dengan produk ni. member2 and family aku pun ada try, Alhamdulillah setakat ni semua puas hati. seronok dapat berkongsi product yang bagus dengan orang lain, especially yang kulit bermasalah supaya mendapat kulit yang diidam-idamkan. kalau tak cuba tak tau kan:)

selepas menggunakan F'iena Beauty


ni latest gambar aku, muka tanpa sebarang make-up. just pakai F'iena Beauty Day Cream. gambar pun takde edit-edit ok


ni pulak gambar pakai compact powder sikit. pun takde edit-edit

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

Your Beauty Is Our Priority!

Testimonial 2 Part 1 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman cik jatt. Susahnya nak cari produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka sensitif dan berjerawat ni

tak semua orang dilahirkan dengan kulit yang cantik dan halus mulus tanpa sebarang benda2 yang tak diingini kat muka. pastu, pakai apa pun it’s ok it’s alright, maintain jer. memang bertuah betul golongan yang macam ni kan. yang pasti, aku tak termasuk dalam golongan tu:(

orang cakap zaman remaja time sekolah tu la kulit banyak naik jerawat. aku ni, tak pulak. time sekolah kulit licin jer, satu hapa pun tak naik kat muka. time tu apa pun tak pakai, just pakai bedak sejuk yang mak tok aku buat. tapi bila dah dekat2 nak SPM tu, mula la cik jerawat datang bertapak kat muka aku. apa lagi, mula la aku gelabah mintak mak aku beli pencuci muka kat aku. saat tu, bermula la kisah suka duka aku menjahanamkan kulit muka aku sendiri. huhuhu..

macam2 pengalaman aku try produk2 kecantikan yang berlambak2 jual tu. ada yang manis, ada yang pahit. erkkk. ada ker yang manis, yang aku ingat semuanya pahit la.
Clean and Clear
first product yang aku try, time sekolah2 dulu (ingat tuh)
Kesan : tak jalan produk ni kat kulit aku. jerawat maintain, then muka naik bintik2 merah

sambil2 tu, mula la gatal2 belek majalah Mingguan Wanita. tergoda ngan satu produk ni yang sangatla femes sebab dah mencantikkan dan memutihkan ramai orang. aku pun apa lagi, beli satu set, try. satu set tuu..! dahla bapak mahal. sungguh perabih duit mak aku. bila pakai, terus jerawat aku hilang. muka pun jadi putih, sampai putih terlebih, langsung tak natural. makin lama, aku rasa kulit aku dah makin menipis, bila kena panas dah macam udang terbakar. then kawan aku cakap aku macam pakai Clorox kat muka aku. uhhh.. kata2 tu lagi pedih dari kulit aku yang pedih di saat tu. jerawat pun dah mula naik balik. lagi banyak pulak tu, merah2 lagi. arrgggghhh….tension. STOP guna sebelum fly g German.

kat german, try gakla macam2 produk. bio tak bio, semua try. hampess.. ada la yang ok, tapi sekejap jer, 2 or 3 bulan. pastu ko balik, naik balik jerawat kat muka aku. kulit pun kusam jer:( siap jumpa doktor kulit lagi, sekali alergik pulak ngan ubat doktor. cesss.. habis naik bintik2 merah penuh kat muka aku. seminggu aku tak keluar rumah. seb baik tengah semester break.

dah balik Malaysia pun try gakla carik yang sesuai. bak kata omputeh, try and error. yang murah, yang mahal, yang local, yang import semua aku try. macam tu jugak. bila try yang tak ok, makin teruk muka aku. tension giler la. time kawen pun muka aku horror sebab g buat facial. kunun nak bagi berseri la kunun.

haishhh. jeles gile tengok kulit member yang cantik2 time tu.

ada gak orang cakap, try tak pakai apa-apa tengok. ada gakla aku try, tapi lagi hancus kut aku rasa. petua ni boleh apply untuk orang yang takde masalah kulit jer.

tapi, Alhamdulillah. sekarang aku dah jumpa produk yang betul2 sesuai dan berkesan kat kulit aku. bukan senang weh nak jumpa yang sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat macam aku nih.

aku start guna bulan 8 last year, so dah setahun aku pakai produk ni. setakat ni sangat puas hati, dan semestinya aku akan terus setia ngan produk nih:)

setelah lebih kurang 12 tahun, baru aku jumpa produk yang sesuai dengan kulit aku. can u imagine that!!
nanti aku sambung part 2, tengah korek balik gambar2 lama, nak tunjuk sebelum dan selepas.

KLIK SINI PART 2 : Testimonial Cik Jatt

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)
e-mail : cikjattshop@yahoo.com

Your Beauty Is Our Priority!

Thursday, 29 September 2011

Testimonial 1 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman pengasas produk sendiri

seperti yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu, meh aku share Testimonial Pertama. ini pengalaman sebenar pengasas produk F'iena Beauty sendiri, iaitu Kak Ina.

sebelum menggunakan produk F'iena Beauty

Kak Ina yang bertudung hitam

Sebelum ini kulit saya kusam dan berminyak. Pelbagai produk telah saya gunakan sehingga mendatangkan kesan negatif terutama bila terkena cahaya matahari, kulit saya akan terasa pedih. Tetapi, tidak lagi setelah menggunakan produk ini. Alhamdulillah, kini ramai yang menegur perubahan kulit saya yang ketara tiada jerawat dan cerah berseri.

selepas menggunakan F'iena Beauty



Note : Aku dulu, tengok jer gambar Kak Ina yang glowing, cun, dan gebu nih, terus tak teragak-agak try. nanti aku share experience aku lak lepas nih.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)
e-mail : cikjattshop@yahoo.com

Your Beauty Is Our Priority!

Wednesday, 28 September 2011

Nak start buat online business - jual produk kecantikan

aku ni memang cepat terpengaruh, tengok ramai orang buat online business, aku pun tergedik-gedik gak nak buat. padahal tak tau pun nak jual apa.

tapi sekarang ni aku dah tau aku nak jual apa. sebab actually aku memang dah ada buat offline business dah pun sikit-sikit. so sekarang ni, aku just transfer jadik online business pulak. nak kata business sangat tu tak sangat la kut, lebih kepada tolong2 member and family.

jadinya, aku nak start buat online business ni, di samping nak ada pendapatan sampingan, of course la nak tolong golongan2 macam aku yang mempunyai masalah kulit muka seperti jerawat, sensitif, berminyak, kusam, banyak parut jerawat dan sewaktu dengannya. betul korang, tak tipu, dulu muka aku teruk. sekarang, Alhamdulillah, banyak perubahan positive kat kulit muka aku yang membuatkan aku pun macam tak percaya. eceh.

ramai yang perasan perubahan aku, risik2 aku pakai apa, pun dah try gak product nih. so far, Alhamdulillah, semua bagi komen positif. product ni memang korang takkan jumpa kat mana2, sebab baru nak berkembang, setakat ni akak pengasas tu jual kecil-kecilan. dekat kenalan dia jer, kebetulan akak ni kawan kakak aku. kira aku tolong up kan business dia gakla nih.

meh aku letak gambar dulu:)

Fiena Beauty - Your Beauty Is Our Priority
product ni takde proses pengelupasan yer sebab takde Hidrokuinon. selamat digunakan:)

Note : Alhamdulillah. hari ni bertambah lagi pengguna product nih. 3 orang member kat tempat kerja beli sorang satu set. harap2 semua dapat result positive:)

entry2 berkenaan product ni akan menyusul kemudian. stay tuned!

Thursday, 15 September 2011

Plan jalan-jalan makan angin di Langkawi

macam yang aku war2kan kat entry nih, insyaAllah aku sekeluarga akan bercuti kat Langkawi esok. yela, esok kan cuti sempena Hari Malaysia, 16 September. actually, planning last minute nih. time mak aku datang rumah aku hari tu, mak aku cakap, kakak ngan abang ipar aku nak g Langkawi. then mak aku terpk lak satu idea yang membuatkan aku sangat teruja, which is kita join ramai2. aku on jer, on sangat-sangat:)

aku ni nama ja orang Kedah, tapi g Langkawi baru sekali. tu pun time honeymoon ngan cik abang dulu:)

gambo time honeymoon kat Langkawi cilok dari Facebook
gambo2 lain kat kompite rumah mak aku. harap2la kompite tu tak kong lagi. banyak gambo dalam tu

so, aku ngan cik abang ditugaskan untuk cari resort/hotel. punyala kitorang call merata resort yang ok area Pantai Cenang, semua bilik yang kitorang nak fully booked, maklumla time cuti. kitorang memang nak duduk area Pantai Cenang sebab pantai tu yang paling cantik and happening kat Langkawi. tak nak duduk kat area pekan.

then try carik pulak online kat AGODA, Alhamdulillah ada lagi bilik yang kosong area Pantai Cenang. baca review hotel yang macam ok, so kitorang terus amik 3 bilik. ni 2nd time aku amik hotel tru AGODA, first time dulu time aku g Kuantan, cite kat entry ni. sangat recommended, sebab diorang offer price yang cheaper than beli direct kat hotel. ok, settle bab hotel.

tiket feri mak aku dah g beli. kereta untuk jalan2 kat sana, kakak aku dah call agent sewa. settle.

hari ni aku amik half day. nak g beli apa yang patut untuk bawak.

mudah-mudahan la tak hujan esok. off to Langkawi:)

Thursday, 11 August 2011

Make up Review : Beli Make-up online - NYX Round Lipstick

nak dekat raya nih, kita citer bab mekap sikitla:)

korang pernah beli barang make-up online tak? aku baru try beli sekali, sebab brand ni dari US and ada jual online jer. baca review macam best, semua cakap murah tapi cantik, especially lipstick dia.

so aku pun usya la kat Lowyat, memang banyak orang jual brand ni kat situ. ada yang ready stock, ada yang pre-order. pilih jer. harga pun lebih kurang. so, memandangkan aku ni jenis yang tak boleh sabar sikit, aku carik yang ready stock la. if amik yang pre-order, rasanya dalam 2 to 3 weeks kut baru boleh dapat. tak sanggup mak nak tunggu.

aku beli tak banyak pun. 2 lipscticks and 1 lipg loss, only for RM 27!!! murah giler hokeyy. mana nak dapat beb. cerita punya panjang, tak cakap pun brand apa:) aku beli NYX. rasanya ramai yang tau kut pasal brand nih. berlambak dalam internet review pasal make-up nih, especially on lipsticks.

ni la yang aku beli...

2 NYX Round Lipstick - Tea Rose & Strawberry Milk -
1 NYX Round Lip Gloss - Sorbet -

komen aku, saaaaaangat suka the texture. the lipstick is very smooth and moisturizing. tak boleh la nak compare dengan brand yang mahal2 tuh, tapi aku rasa it's worth to buy.

The Tea Rose Lipstick punya colour sangat cantik, it's a very pretty cool rose colour. suka giler pakai nih. lips aku nampak full bila pakai ni. hahaha

colour lipstick tu nampak tak clear sangat. just aku nak tunjuk yang colour dia still cantik, even after lebih kurang 4 hours aku pakai. not bad la. tapi aku tak makan apa2 lagi, so tak kacau lagi lipstick tu:)
The Strawberry Milk Lipstick pulak, colour dia macam milky pink. aku rasa macam nak bagi kat orang jer yang nih. sebab berapa banyak kali aku try pun, the result still macam tu jugak, which is sangat huduh on me. pale giler, macam orang sakit. tak suka. menyesal amik this colour. oleh itu, aku takde gambar untuk nih. ngeri. huhuhu...

last but not least, the Sorbet Lip Gloss. bila aku pakai ni, nampak macam tak pakai apa2. just nampak glossy and glitter sikit. tapi, takde hal. sebab aku pakai ni pun on top of lipstick. the texture is very nice. tak melekit.

will definitely repurchase! Tea Rose for sure, and maybe nak try colour lain pulak

Friday, 29 July 2011

Make up Review : Makeup? YES or NO....

YES, aku suka tengok orang pakai makeup (janji jangan tebal sangatla)
YES, aku suka tengok orang yang pandai bab makeup makeup nih
YES, aku suka usha barang-barang makeup kat kedai
YES, aku suka baca review pasal make-up
YES, aku suka tengok tutorial cara-cara makeup

NO, aku tak pandai make-up
NO, aku tak banyak pun alat-alat untuk make-up
NO, aku tak selalu pakai mekap. jaaaaaraaang giler aku pakai. (sekali jer la aku pakai make-up yang betul-betul complete, which is time aku kawen)
NO, aku tak suka make-up tebal2 sebab kulit aku ni sensitip aka mengada-ngada
NO, aku tak perabih duit gaji aku untuk beli make-up. hehehe

sekarang ni, yang ada jadi perhiasan kat atas meja solek aku tu:
2 Lipsticks & 1 Lip Gloss (nanti entry lain aku citer pasal ni, nak kasik review sikit)
1 Eyeliner
1 Blusher + brush
itu saja.... lain2 tarak
eyeshadow, memang sejak azali aku tak beli, sebab aku tau memang aku tak akan pakai.
benda2 kat atas ni pun, aku pakai ada kut 2 or 3 times sebulan... so bayangkanla bape tahun boleh tahan:)

ada 2 benda jer yang hari2 aku pakai dan yang ni je la aku selalu repeat purchase. aku rasa 2 benda ni je yang sesuai tepek kat muka aku nih, kalau tepek lain yang extra, muka aku jadi pelik semacam. hehehe........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Lip Ice Sheer Colour and PIXY Compact Powder. sayang giler aku kat 2 benda ni....... (sorry, gambar agak blur)

korang pun mesti ada barang makeup yang jadik kesayangan korang kan. share la kat sini:)

Sunday, 17 July 2011

Penat layan KL Gangster, tapi BEST!!!

fuhhh..baru habih layan KL Gangster ngan cik abang n anak2. tgk DVD tuttt jer. penat tu bukan apa,  sebab filem nih memang penuh dengan action. lawan sana, lawan sini. sampai Qistina pun asyik cakap

'Mama mama, uncle tu suka gaduh-gaduh. no good. Tuhan marah kan. nanti polis tangkap, masuk jail'.

hehehe. mama iyekan jer:)

komen aku, citer ni BESTTTT!! sangat recommended.
ni antara filem yang aku rasa puas dan tak menyesal tengok sampai habis.
kadang-kadang bila tgk filem, mesti kita akan cakap macam ni bila habis
                          
'Laaa. Habis dah? Macam ni jer? Buang masa aku je tengok....'

tapi citer ni, bila habis, korang akan rasa macam

'I want more! I want more!'

citer ni ala-ala macam Young and Dangerous pulak. ohh, i love that movie!! tgk Aaron Aziz, teringat pulak watak Chan Ho Nam, yang Ekin Cheng berlakon tu dalam movie Young and Dangerous. cool gilerla mamat nih. tergoda mak. series. perasaan aku tengok watak Aaron Aziz dalam citer ni sama macam perasaan aku tgk watak Ekin Cheng dalam Young and Dangerous. tgk 'Seth Tan' pun tak tergoda macam nih. hehehe....

sangat minat mamat ini suatu ketika dulu ketika zaman sebelum jadi mak budak:)