Thursday, 17 October 2013

[Tip Kecantikan] Mask Terbaik, Murah dan Berkesan untuk Kulit Berjerawat, Berparut dan Kusam


Ok, hari ni saya nak share tips kecantikan pulak yer. Nak kata kulit saya cantik sangat tu, takdela. Tapi sangat-sangat improve compare dengan zaman jajahan jerawat dan parut dulu :) Penuh satu muka uuu…

Kulit jenis sensitif dan berjerawat ni perlukan penjagaan yang lebih sikit, produk kecantikan pun tak boleh main pakai jer. Salah pakai, habislah muka. Kalau setakat merah satu muka ok lagi, takla makan masa sangat nak hilang. Ini kalau naik segala mak nenek jerawat, ruam, bintik-bintik kat muka, memang berzaman la nak pulih balik. Percayalah, saya dah pernah melalui semua nightmare tu.

Sejak dulu, saya hanya mengamalkan 3 basic steps untuk penjagaan kulit wajah iaitu menggunakan pencuci muka, penyegar dan pelembap/krim. 3 basic steps untuk siang dan malam. Serum la, scrub la, mask la, yang berlambak-lambak jual tu, jangan mimpila nak guna sebab takut tak sesuai. Kulit jenis sensitif ni, tak berani sangat nak mencuba, jadi saya pakai mask dari bahan semulajadi je.

Meh saya share mask semulajadi apa yang pernah saya guna. InsyaAllah sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat…

1) Mask Telur Putih

Bahan-bahan:
1 biji telur putih
2 helai facial cotton

Cara-cara:
- ceraikan facial cotton nipis-nipis (koyak seperti gambar di bawah). Boleh bahagikan kepada 2 atau 3 keping yang nipis

- sapukan putih telur ke seluruh muka
- celup cotton tadi ke dalam putih telur dan tempek ke muka
- biar sehingga kering. Tarik perlahan-lahan tisu yang kering dan cuci muka seperti biasa.

Hasil :
Maka tercabutlah keluar segala white head dan black head sebab ditarik oleh cotton yang kering kat muka tu. Muka pun rasa firm, tegang dan bersih.

2) Mask Tomato

Bahan-bahan:
½ biji tomato
1 sudu susu tepung  
2 helai facial cotton

Cara-cara:
- lenyekkan tomato dan campurkan dengan 1 sudu susu tepung
- ceraikan facial cotton nipis-nipis seperti di atas
- sapu bancuhan tomato dan susu tepung tadi ke seluruh muka
- celup cotton tadi ke dalam bancuhan dan tempek ke muka
- biar sehingga kering. Tarik perlahan-lahan tisu yang kering dan cuci muka seperti biasa

Hasil:
Wajah semakin cerah merah-merah gitu, parut semakin pudar, nampak glowing..

Ok, kedua-dua cara ni memerlukan tahap kerajinan yang lebih sikit. Sekali buat pun dah boleh nampak kesan tau, cubalah. Tapi kalau konsisten, kesan memang meletoplah. Saya dulu time rajin, tiap-tiap hari buat, selang-seli :)

Tapi sekarang ni, tak sempat dah nak buat mask macam ni. Dengan anak-anak lagi, mana nak tunggu masker kering lagi, takdenyelah.

Tapi kecantikan nak kena jaga juga kan. Nasib baikla ada Vitamin E, bukan saja boleh makan, nak buat mask pun boleh. Mask paling senang dan hasilnya pun tersangatlah best. Vitamin E Shaklee lah, Vitamin E lain saya tak sure yer :)

3) Mask Vitamin E

Bahan-bahan:
1 biji Vitamin E Shaklee

Cara-cara:
- cucuk 1 biji Vitamin E dengan menggunakan jarum
- picit perlahan-lahan Vitamin E dan sapu ke muka. If tak nak sapu ke seluruh muka, boleh sapu ke jerawat dan parut jerawat. If ada balance, boleh simpan dan guna untuk esoknya pula. Saya biasa telan jer yang balance tu :)
- tidur
- bangun tidur, cuci muka seperti biasa

Hasil:
Jerawat cepat kecut, parut semakin pudar, kulit semakin cerah, lembap

Testimoni Mask Vitamin E Shaklee







Ok, itulah mask cara saya. Ini jerla yang saya berani cuba sebab kulit saya ni sensitif sikit.
Saya pernah cuba juga mask ESP + yogurt + Vitamin E.
Yang tu, next time saya share k…

Diharap perkongsian saya kali ni dapat membantu anda yang sedang tercari-cari masker yang sesuai, tapi tak berani mencuba masker yang dijual. Guna bahan semulajadi pun boleh, hasilnya pun terbaik, selamat pun selamat. 

Selamat mencuba!!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: