Thursday 3 October 2013

[Online Business - WAHM] Bagaimana Saya Memulakan Online Business dan Menjadi WAHM


Gara-gara entry berkenaan saya berhenti kerja untuk menjadi WAHM ni, ramai yang ingat saya dah start jadi WAHM. Kalau betul, alangkah bestnya :)

Kalau nak diikutkan, memang sepatutnya bulan lepas adalah bulan terakhir saya bekerja di company saya tu, sebab saya dah hantar notis bulan July. Notis 3 bulan, jadinya sampai bulan September la kan. Tapi atas permintaan ramai yang suruh saya delay sikit last day saya, jadi saya pun lanjutkan la sikit sampai awal bulan December.

Bila dah hantar surat ni, tersebarla satu company cerita saya nak berhenti kerja. Sekarang ni, ni la dua soalan yang paling famous yang saya dapat

"U nak berhenti kerja ke"
"U dah nak resign ke"

Jawapannya, YES. Tapi, bukannya saya berhenti kerja goyang kaki duduk rumah. Saya cuma berhenti kerja dari company sekarang, dan bekerja sendiri di rumah. Jadi, maksudnya saya BERTUKAR KERJA dan BERTUKAR TEMPAT KERJA ye..

Tak sabar rasanya nak jadi fulltime WAHM.
Ramai yang bertanya saya, bagaimana saya boleh nekad membuat keputusan untuk menjadi WAHM.

Meh saya cerita sejarah sikit :)

Tahun 2008

Semenjak saya melahirkan puteri pertama saya, Aina Qistina, pada tahun 2008, saya dah mula teringin untuk bekerja dari rumah. Berat rasanya hati tinggalkan anak dengan orang lain, kalau boleh nak 24 jer dengan anak, nak tengok anak membesar depan mata. Tapi, takde idea pun nak buat apa time tu, nak buat business jauh sekali la, sebab tak reti nak berbisness ni, nak jual apa pun tak tau. Tau makan gaji jer.

Tahun 2009

Hujung tahun 2009, lahir pulak hero Armin Irfan. Time ni, makin berkobar-kobar rasa nak berhenti kerja. Tapi idea masih takde.

Tahun 2010

Sepanjang tahun 2010, makan gaji jer la jawabnya. Tapi time ni saya dah mula bagi hint-hint kat cik abang pasal nak berhenti kerja. Sebelum tu tak berani cakap, sebab tau dah confirm tak dilayan punya. Dah lama-lama tu barula berani sikit:)

Selepas balik kerja, on the way nak ambil anak-anak kat nursery, saya selalu cakap kat cik abang yang saya rasa saya nak buat something yang lain selain dari makan gaji. Tak sanggup dah rasanya nak makan gaji jer sampai ke tua. Kami ni dua-dua kerja Engineer, kerja memang stress. Time tu pulak rumah jauh dari kilang, sebelum pukul 6.40 pagi dah keluar rumah, habis kerja, pukul 7.00 petang baru sampai rumah,. 

Balik rumah, nak settle kerja-kerja rumah lagi, anak-anak lagi, memang flat sangat. Rasa macam bosan pun ada dengan rutin yang sama macam tu setiap hari. Saya selalu fikir, macam mana la keadaan bila anak dah masuk sekolah nanti.

Saya nekad. Saya perlu buat plan pasal nak berhenti kerja ni. Anak-anak semakin membesar dan perlukan perhatian saya.
Walaupun saya tak berpeluang menjaga anak-anak ketika anak-anak masih bayi, saya nekad untuk memberi perhatian sepenuhnya sekurang-kurangnya apabila anak saya masuk Tahun 1.

Target saya : Berhenti kerja tahun 2015, apabila Aina Qistina masuk Tahun 1

Tahun 2011

Saya dah mula plan nak buat online business. Otak semakin ligat fikir plan nak jual apa. Produk pertama yang saya jual, Fiena Beauty.

Disebabkan fokus saya online business, jadi medium yang saya gunakan ketika tu adalah blog dan Facebook. Offline pun ada juga orang beli, cumanya member terdekat dan family. Nak luaskan lagi market, online medium is the best.

Aktiviti saya hari-hari, Google merata cari info dan ilmu mengenai online marketing.

Tahun 2012

Online business masih diteruskan seperti biasa, hari-hari ligat mencari idea untuk promosi dan godek segala ilmu yang berkaitan. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mengenali blog saya.

Tapi, target saya nak berhenti kerja kan. Jual satu produk tu jer rasa macam tak cukup pulak. Macam-macam fikir time tu. Nak jual tudung la, baju la, buat kek la, barangan kanak-kanak la. Tapi, bila fikir-fikir balik, produk macam tu, kena cari supplier, kena ada modal yang besar, kena ada model nak gayakan tudung dan baju-baju tu. Hmmmm…

Fikir punya fikir, saya dah tau nak fokus apa. Disebabkan saya ni jenis yang health and beauty concoius, minat pun ke arah situ, saya decide nak focus produk yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan sahaja.

Tahun 2013

Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee. Dengan Shaklee, saya bukan sahaja telah berjaya mencapai impian saya untuk menjadi seorang WAHM, malah Shaklee juga telah membantu meningkatkan tahap kesihatan kami sekeluarga dan membuatkan saya mengenali ramai orang yang hebat-hebat yang membuatkan saya sentiasa dikelilingi cas-cas positif. Dengan hanya bermodalkan RM75, kini saya dah mampu menggenggam pendapatan 4 angka dengan Shaklee.

Tahun 2010, saya set target nak jadi WAHM pada tahun 2015 kan.
Tapi, bila buat Shaklee, kerana yakin dengan produk, syarikat dan business plan Shaklee, saya ubah target saya.
Target baru : WAHM pada July 2013

Target ni saya tulis besar-besar dan tampal di SOHO saya.
Dan, July 2013, saya hantar surat resign :) Target achieved!


Jadi, niat saya untuk menjadi WAHM ni bukan sekadar sebulan dua. Impian ni saya dah tanam sejak 4 tahun lepas. Impian yang bukan sekadar angan-angan, tapi impian yang mempunyai target, fokus dan strategi yang jelas. Saya sentiasa bayangkan diri saya mempunyai lebih banyak quality time bersama keluarga, menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami, menghantar anak-anak ke sekolah, ajar anak-anak buat homework. Saya sentiasa bayangkan, dan saya PERCAYA yang satu hari nanti semuanya akan jadi realiti.


Nasihat saya kepada semua ibu-ibu di luar sana, jangan takut untuk mempunyai impian. Yang penting, apa yang kita buat untuk mencapai impian kita. Everything is possible!
Kalau bukan kita sendiri yang merubah nasib kita dan keluarga kita, siapa lagi.

Anak-anak dan suami adalah PUSH FACTOR saya selama ini…

Jika anda semua ingin sama-sama menggapai impian anda bersama team saya, bersama Shaklee, jangan ragu-ragu atau malu-malu untuk contact saya ya.

Peluang sudah ada depan mata, U DECIDE!


Jom semua. Kejar impian anda! Go For It and Just Do It !!!
Fast Action, Fast Result

Anda berminat?
Hubungi saya Cik Jatt @ 013-4894037 / cikjattshop@yahoo.com


***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

2 comments:

Unknown said...

gd luck momy..jie doakan smoga impian momy berjaya..amin..

Unknown said...

tabik spring kat jatt....