Showing posts with label TESTIMONI PERFORMANCE DRINK. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI PERFORMANCE DRINK. Show all posts

Wednesday, 15 July 2015

Petua Dan Cara Sembuhkan Demam Denggi


Semalam tengah tengok TV dengan anak-anak, pastu muncul iklan tentang demam denggi. Ternganga-nganga kakak dengan Irfan tengok. Makanya, bermulalah sesi soalan-soalan cepumas dekat mama, nyamuk boleh bunuh kita ke mama, itu la ini la. Masing-masing sampai terbeliak biji mata lagi.

Sejak kebelangan ni, statistik kes demam denggi di Malaysia ni semakin meningkat dan menjadi-jadi nampaknya. Kerajaan pun dah semakin giat menjalankan pelbagai kempen untuk memberi kesedaran tentang bahaya demam denggi ni.

Seperti yang semua sedia maklum, demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes atau lebih tepat lagi 2 jenis nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus. Virus demam denggi ini berjangkit pada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang biasanya banyak pada sebelah awal pagi dan senja.

Simpton Demam Denggi

Saban hari, ada saja berita yang kita dengar samada kenalan atau saudara kita yang kena demam denggi ni. Baru-baru ni, saya mendapat berita yang kenalan kepada rakan saya telah meninggal dunia akibat denggi berdarah. Ya Allah, terkejut sangat rasa bila dapat berita-berita yang mengejut macam ni. Muda lagi dia. Semoga beliau mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Jom kita kenali simpton-simpton demam denggi:
  • Demam yang tinggi secara tiba-tiba. Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik-bintik merah. Bintik-bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit sendi, otot dan belakang badan. Terasa sengal-sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan di bawah lapisan kulit, hidung dan gusi
So, parents semua, kalau anak-anak atau anda sendiri yang ada simpton-simpton ni, cepat-cepat yer pergi klinik.

Yang paling kita takut, kalau ia termasuk dalam kategori demam denggi berdarah yang boleh membawa kematian.

Cara Sembuhkan Demam Denggi

Tiada ubat sebenarnya untuk menyembuhkan demam denggi ni. Kebiasaannya, sekiranya warded, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi.


Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.

1. Air masak
Minum air suam/ air masak dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih.

2. Jus kiwi
Blend buah kiwi segar dan minum airnya.

3. Sup ketam
Masak sup ketam dan hirup kuahnya.

4. Jus kurma
Blend 11 hingga 21 biji kurma bersama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas petang. Konsisten setiap hari sehingga sembuh.

5. Jus jambu
Minum jus jambu kerana khasiat jus jambu dapat melawan radikal bebas.

6. Jus pegaga
Blend daun pegaga segar dan minum jusnya.

7. Tembikai merah
Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Fungsi utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

8. Jus daun betik
Minum jus daun betik yang matang (tumbuk daunnya dan perah untuk dapatkan jusnya). Rasanya agak pahit.

9. Amalkan vitamin dan supplements
Selain cara di atas, pengambilan vitamin atau supplements juga amat membantu untuk merawat pesakit demam denggi.

Bagaimana supplements Shaklee membantu merawat pesakit demam denggi?

Apa perlu dilakukan jika anda atau saudara dan kenalan anda dijangkiti demam denggi?
Ini saranan dari Nutritionist Shaklee yang ringkas, lengkap dan berinformatif untuk membantu anda.



1. Performance Drink



Performance Drink Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drink ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik.

Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

2. Nutriferon


Pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.

Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda juga sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.




Oleh sebab itu, saya memang sarankan sangat-sangat supaya anda ambil supplemen ini. 

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 10 July 2014

Kekal Bertenaga dengan Performance Drink Shaklee


Salah satu produk yang mendapat sambutan hangat bulan ni adalah Performance Drink. Maklumlah bulan puasa kan, semuanya letih lesu jer, tekak rasa kering, tak sampai tengahari pun lagi, mata dah layu dah.

Pada saya, Performance Drink ni, produk yang MESTI DICUBA dan MESTI ADA kat setiap rumah. Harga pun sangat berpatutan, yer la kan, dari beli minuman manis atau berkarbonat (bergas) tu, baik beli ni. Menyegarkan dan menyihatkan.

Pengalaman Ibu Saya dan Performance Drink

Actually last year saya belikan Performance Drink ni untuk mak saya, waktu bulan puasa, selepas ternampak ada botol 100 plus besar dalam fridge rumah mak. Tak pernah-pernah dalam peti ais tu ada stok air berkarbonat, maklumlah, satu keluarga tak suka minum pun. Biasa air masak jer la kat dalam peti ais tu.

Rupanya, mak saya cakap memang ayah beli, untuk bagi tenaga waktu berpuasa especially time nak pergi sembahyang terawikh dan bangun malam. Tiba-tiba terus saya teringat Performance Drink time tu. Terus saya beli dan bagi kat mak. Kalau dah ada pilihan yang lebih baik, baik pilih yang lebih baik kan, lebih menyihatkan, bebas karbonat dan kurang gula (less sugar). Maklumlah dalam 100 plus tu ntah berapa mangkuk gula ada tu. Banyak side effect yang tak bagus untuk kesihatan.

Alhamdulillah, happy sangat tau tengok mak saya sangat bertenaga, tiap-tiap hari dapat solat terawikh kat masjid, bangun sembahyang malam. Lepas bulan puasa tu, saya tetap belikan Performance Drink kat mak saya, mak saya simpan dalam fridge. Bila rasa terlalu letih atau takde tenaga, mak saya akan minum ni :)


So, korang, bolela cuba yer, untuk diri sendiri ker, anak-anak ker, hadiahkan kepada suami ker, parents ker, satu keluarga boleh minum. My husband pun suka minum Performance Drink ni especially bulan puasa ni, kurang letih, kurang haus dan kurang mengantuk katanya.

Ramai juga sebenarnya yang belum kenal Performance Drink ni. Ok, jom saya kongsikan sedikit info mengenai minuman isotonik yang menyihatkan dan menyegarkan ni.

Kenapa Anda Perlu Pilih Performance Drink Shaklee
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
Siapa yang Memerlukan Performance Drink Shaklee
  • Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Testimoni Performance Drink Shaklee
 




Nak cuba Performance Drink, meh contact saya k.
Apalah sangat nak memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda terus kekal sihat dan aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka, bukannya mahal mana pun.

Renung-renungkan :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

Friday, 7 March 2014

Saranan Vitamin Supplement Shaklee untuk Gout


Apa itu Gout

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.

Punca Gout

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:
  • Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
  • Stress dan tekanan perasaan
  • Pengambilan protein yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan
Saranan Vitamin Supplement untuk Gout

Bagi pesakit gout, mereka disarankan TIDAK mengambil makanan yang berprotin tinggi terutama makanan laut seperti ketam, udang termasuklah ikan bilis. Ikan pula boleh tapi berpada2 juga terutama ikan sardin, memang boleh membuatkan lebih worst keadaan pesakit gout itu. Sayuran kekacang juga perlu dikurangkan. Buahan2 juga seperti pisang cuba dielakkan kerana ada sesetangah pisang memberi impak kepada pesakit gout yang boleh mengakibatkan sendi2 menjadi bengkak.

Makanan lain pula, disarankan pesakit gout mengambil dengan kadar berpada2.

Bagaimana untuk mengurangkan serangan gout kepada pesakit?

Berikut adalah saranan supplement yang dapat membantu mengurangkan kadar urik asid di dalam badan pesakit gout.


1) Alfafa
Detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

2) Performance Drink
Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detix di atas.

3) Omega Guard
Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Testimoni Gout

Testomoni dari  Puan Aula:

Condition gout mama mmg terukk…….Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die… It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry…

So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..

Anak mane yang tak sedih kan?!!!! So looking at the positive effects on me after taking SHAKLEE supplements.. So I try the pack suggested for GOUT by SHAKLEE;

My mum starts consuming it.. And the very next day NO JOKE… die cakap sengal2 dah kurang tapi sakit2 masih ada..

Alhamdulilah with GOD’s will…AFTER 1 WEEK… she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit…. sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..

AFTER 2 weeks… ramai la puji dia ” Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri”. Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!!

Sedih jugak i dengar sebab selama nie saya tahu my mum sakit tapi tak buat ape2.. Sekarang saya bersyukur saya belikan SHAKLEE pack for her.. Dulu kalo she tengok TV, die takleh bersimpuh or seangkatan dengannye and the good news.. “SHE CAN BEND HER KNEES only after TWO WEEKS!!!”

Sumer nie dengan KEBESARANYA dan usaha untuk try other alternatives which is SHAKLEE. It might be small to some but to her sangat bermakna means she can be more active to be with her cucu…

Tapi kalo korang nak tahu hah ade BONUS TAMBAHAN dalam mengambil suplemen di atas… Mulanya I tak perasan then selepas seminggu mama cakap tak cungap2 she can talk calmly and her BREATH dah tak berbau….

Yeap dats right dulu mama ade masalah mulut berbau because of the medication she’s taking due to her asthma… hah panjang la cerita die nie hehe:) PAsal mulut berbau nie nanti I post special entri k!!

SO Itula testimoni mama saya… selepas mengambil nya almost 2 bulan dah ALHAMDULILAH perubahan positif pada mama.

Sebab nilah Aula suka sangat SHAKLEE suplemen, it provides alternative for healing besides prescription drugs. Aula bersyukur sangat

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 10 December 2013

[Testimoni] Testimoni Ibu Saya, Vitalea dan Performance Drink, Kekal Sihat Bertenaga


Asyik share testimoni dari customer je kan, hari ni, saya nak share testiomoni dari customer paling setia saya juga, cumanya customer ni dapat free je supplemen dari saya, sebab customer saya ni sangat istimewa. Siapa lagi kalau bukan ibu kesayangan saya :)

Ibu saya ni seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan. Time saya sekolah dulu, ingat lagi kawan saya pernah cakap yang mak saya nampak macam kakak saya jer. Haruslah kan anak dia ni ikut jejak langkah mak dia, nak jugak nampak macam kakak kepada anak-anak…

 Saya dan ibu kesayangan saya yang sentiasa awet muda :)

Ibu saya pernah jadi 'beauty consultant' saya tau. Maklumlah, anak dia ni dulu kulit teruk sangat. Salah satu tips dari mak saya yang paling saya ingat, sewaktu cuci muka atau sapu krim, jangan sapu dari atas ke bawah. Sapu dari bawah ke atas, barulah muka tegang dan tak sembap.

Itu bab kecantikan. Bab kesihatan pulak, mak saya ni memang seorang yang energetic. Tenaga mengalahkan saya. Lepas bersalin anak sulung saya hari tu, mak saya dah start sound suruh ambil supplemen dah. Ada la keluar hujah-hujah yang time tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Antaranya, ‘dah ada anak ni, dalaman kena jaga, tenaga kena ada, jangan dok letih memanjang, nanti nak jaga anak pun tak larat…..’

Time tu rasa gak nak ambil, tapi tak tau nak ambil produk apa. Takut yang diambil nanti memudaratkan pula. Nak kena buat research dulu. Ibu saya pun sebenarnya at the same time suruh saya survey supplemen untuk dia juga. Dulu-dulu mak saya ambil jamu-jamu kampung je.

Akhirnya timbul gak kesedaran si anak ni nak ambil supplemen, dan Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee. After buat research, saya yakin dengan Shaklee, yakin yang ianya SELAMAT untuk saya sekeluarga. Semuanya semulajadi, 100%.

Vitalea dan Performance Drink Untuk Tambah Tenaga

Memandangkan ibu saya ni seorang yang aktif, supplemen yang paling ibu saya suka buat masa ni adalah Vitalea dan Performance Drink. Ibu saya memang dah jatuh cinta sekarang, tak pernah miss hari-hari. Performance Drink tu mulanya saya cuma bagi ibu saya minum waktu bulan puasa je, sebab ibu saya hari-hari pergi masjid untuk sembahyang terawikh. Dengan Performance Drink, Alhamdulillah, ibu saya dapat menyempurnakan ibadah Terawikh sepanjang bulan puasa dengan sempurna. Ibu saya cakap, makcik-makcik yang lain tu, siap ada yang tertidur sambil berdiri.

Sekarang ni ibu saya dah pencen dah pun. Pencen bekerja kerajaan, sekarang ibu saya berniaga kuih pula. Buat kuih dan pagi-pagi hantar ke kedai.
Setiap petang dah nak kena prepare siap-siap apa yang patut, bangun pagi tu tinggal nak menggoreng dan mengukus sahaja. Bayangkan la kan orang berniaga kuih ni pukul berapa nak kena bangun. Pukul 3.30 pagi dah bangun, sembahyang sunat dan terus sambung kerja-kerja buat kuih. Dengar pun dah macam penat kan, tapi ibu saya maintain jer... :)
Ibu saya cakap, kulit pun dah tak kering macam dulu. Alhamdulillah.

Bahagia rasanya hati anak bila lihat ibu bapa sihat dan bertenaga.
Ini juga merupakan salah satu cara untuk kita membalas jasa ibu bapa yang membesarkan kita hingga menjadi insan yang berjaya.

Jadi, buat anda di luar sana, renung-renungkanlah yer.
Selagi ibu bapa kita masih ada, berikanlah yang terbaik untuk mereka.

Favourite supplemen ibu saya :)

Manfaat Utama Vitalea
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat

Manfaat Utama Performance Drink
  • Meningkatkan daya ketahanan badan 
  • Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal
  • Mencegah penyahhidratan
Klik sini untuk info lanjut mengenai Vitalea

Klik sini untuk info lanjut mengenai Performance Drink

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 11 June 2013

[Performance Drink] Khasiat dan Kebaikan Performance Drink Shaklee


Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir, jom saya kongsikan dengan anda semua antara supplemen yang disyorkan sepanjang anda berpuasa. Salah satu daripadanya adalah Performance Drink. Mari kita baca beberapa fakta mengenai kebaikan dan khasiat Performance Drink ini.


Satu canister mengandungi 539gram serbuk minuman ini.

Rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Rasanya ala-ala macam oren Tang. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badang yang hilang semasa berpuasa.

Khasiat dan Kebaikan

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Testimoni

"Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2" 

 "Saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun." 

Jadi, kepada mereka yang mahu mengelakkan keletihan melampau, dahaga melampau dan dehidrasi, bolehlah mencuba Performance Drink ini. Harga untuk satu canister ialah RM82.50 sahaja untuk kegunaan sebulan setengah.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit