Showing posts with label ZINK. Show all posts
Showing posts with label ZINK. Show all posts

Saturday, 11 June 2016

Resdung Hilang Tanpa Perlu Bergantung Kepada Ubat


Assalamualaikum
Salam Ramadhan :)

Masalah resdung ni adalah satu masalah yang boleh dikatakan kerap berlaku kepada sesiapa sahaja. Hanya mereka yang ada masalah ni je tau betapa terseksanya rasa bila resdung datang menyerang, memang sangat mengganggu aktiviti harian.

Antara simptom biasa resdung ni, adalah seperti kerap bersin, selsema, sakit kepala, gatal di bahagian mata, sakit di bahagian pipi dan telinga. Jalan penyelesaian untuk masalah resdung ni hanya dua, samada bergantung kepada ubat atau jalani pembedahan.

Suami saya sendiri, pernah mengalami masalah resdung yang agak kronik suatu ketika dulu. Bila resdungnya datang menyerang, terpaksa pergi ke klinik dan ambil banyak sangat jenis ubat. Doktor memang sarankan untuk buat pembedahan jer, tapi takde jaminan pun yang resdung tu akan sembuh sepenuhnya walaupun selepas pembedahan.

Tapi, semenjak amalkan supplements Shaklee, masalah resdung suami saya dah ok dah sekarang. Tak perlu lagi bergantung kepada ubat, tak perlu jalani pembedahan. Alhamdulilah. Suami saya pun nampak makin sihat dan cergas sekarang. Makin handsome and awet muda gitu. Hihi

Ok, ni saya kongsikan juga pengalaman Puan Zainah Mukhtar, kisah bagaimana suami beliau yang kini tak perlu lagi bergantung kepada ubat untuk merawat masalah resdung beliau.


Assalamualaikum

Saya nak share testimoni suami saya yang mengamalkan Set Resdung Shaklee. Perkenalan kami dengan vitamin Shaklee bermula dengan Set Resdung ni. Terus kami sekeluarga jatuh cinta dengan vitamin Shaklee sehingga ke saat ini.
.

Suami ada masalah resdung sejak sekian lama dah. Pernah pergi berjumpa doktor dan doktor hanya memberikan ubat titis atau spray ke dalam hidung bagi mengurangkan masalah bersin setiap pagi. Doktor juga suruh suami beli sendiri di farmasi apabila ubat dah habis.
.

Saya nekad mahu suami mencuba Set Resdung Shaklee sebab saya tidak mahu suami bergantung kepada ubat spray tersebut. Ubat tersebut tidak mampu menghilangkan masalah resdung suami saya, ianya sekadar untuk sementara sahaja.
.

Pada penghujung April 2014, suami bersetuju untuk mencuba Set Resdung yang terdiri daripada Alfalfa, vitamin C, B Complex, Garlic dan juga Zinc.
.

Alhamdulillah selepas seminggu konsisten amalkan, bersin ibarat mesingan setiap pagi telah berkurangan. Kami pada mulanya hampir tak perasan yang suami dah kurang bersin. Syukur sangat.Saya dah tak stress dengar suami bersin setiap pagi. Suami pun lebih sihat dan gembira. Tak perlu lagi ubat spray dalam hidung!
.

Selain masalah resdung, suami juga kerap kena sakit kepala atau migrain dan bergantung pada panadol setiap kali ianya datang menyerang. Secara tak sengaja juga masalah sakit kepala suami dah takde dan dah boleh say bye bye pada panadol!
.

Sesekali datang sakit kepala pun bila stress kerana kerja banyak, itu biasa la tapi tak perlukan lagi panadol cukup dengan upkan dose B Complex untuk kawal stress.
.

Kami sangat berpuashati dengan vitamin Shaklee sebab ianya sangat berkesan dan dibuat pula secara semulajadi dan melalui proses R&D yang ketat juga. Jaminan keselamatan dan keberkesanan paling utama bagi kami dalam memilih suplemen. Berbaloi dengan wang ringgit yang kami laburkan pada Shaklee untuk kami tingkatkan tahap kesihatan kami sekeluarga untuk jangkamasa panjang.
.

Saya sangat syorkan kepada anda di luar sana yang ada masalah resdung dan bersin2 setiap pagi untuk cuba amalkan Set Resdung Shaklee ni.
.

Kami sudah. Anda bila lagi?
Inilah Shaklee Effect kami.
Terima kasih Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 19 May 2016

Orang Dewasa Pun Boleh Kena Demam Campak?


Siapa yang tak pernah kena lagi demam campak?

Orang kata, seumur hidup mesti kena sekali, lepas tu dah tak kena dah.
Betul ker? Tapi kalau nak diikutkan, ramai jugak yang kena 2 kali, sebabnya campak tu tak keluar habis dari badan waktu pertama kali kena tu.

Tanda campak keluar habis ialah bila dia muncul di tapak kaki. Itu petanda demam campak tu dah nak berakhir. Mengikut kata pakar perubatan demam campak ni akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Bergantung kepada daya tahan setiap individu.

Biasanya, demam campak ni jadi time kita kanak-kanak. Tapi, orang dewasa pun boleh kena tau. Kalau orang dewasa kena demam campak ni, tahap kroniknya memang lebih teruk berbanding kalau kena waktu kanak-kanak.

Saya kongsikan di bawah ni, seorang pensyarah yang berkongsi bagaimana beliau menghadapi jangkitan demam campak pada tahun lepas, iaitu pada usia beliau 43 tahun.


PARUT DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu. Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.

Saya suka ayat second last tu. Setuju sangat!

Thanks for reading :)

Monday, 29 February 2016

Hari Terakhir Promosi VIVIX Harga Murah Dan Jimat!


Assalamulaikum
Salam Isnin semua :)

Hari yang sangat special ni kalau mengikut kalendar Masihi, 29 Februari, tarikh yang kita akan temui hanya setiap 4 tahun sekali.

Ada tak sesape yang tengah jalan-jalan kat blog cik jatt ni, tarikh lahir dia hari ni ye?
Happy Birthday ya, semoga diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Mesti sambut extra special ni, maklumlah 4 tahun sekali kan. Baru tadi saya ada terbaca kat Facebook ada satu kedai makan offer makan percuma untuk sesiapa yang birthday hari ni.

Ok, seperti yang semua sedia maklum, tiap-tiap bulan Shaklee akan buat promosi kan.
So, promosi untuk bulan ni, akan berakhir hari ni.


1) Nutriferon
  • Buy 2 LESS 5%
  • Buy 6 FREE 1
Nutriferon ni bagus untuk tingkatkan immune system secara semulajadi. Bahan utamanya diekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, biji plantago asiatica dan honeysuckle jepun. Sangat membantu if selalu sakit, selsema, demam, batuk, masalah tonsil, resdung, athma dan sistem imun yang lemah.


2) Vitalea For Children
  • Buy 3 FREE 1
Vitalea ni adalah multivitamin. Dengan rasa manis-manis anggur gitu, memang budak-budak suka. Pening kan tengok anak-anak yang memilih makanan, buah dan sayur tu susah sangat nak makan. Sekarang ni, kita ibu-ibu semua tak perlu risau dah, kesemua zat dan khasiat makanan ni dah boleh ditampung dengan Vitalea For Children ni.

Yang penting, takde perasa, pewarna dan pengawet tiruan. Sihat dan selamat untuk anak-anak kita.
Malah kanak-kanak akan semakin cergas, sihat, fokus, kurang mengantuk dalam kelas dan semakin bijak. Takkan kita sanggup biar anak kita sering sakit, letih dan ketinggalan dalam kelas kan. Mesti kita nak lihat anak-anak kita membesar dengan sihat, bijak dan cergas.


3)  Zinc Complex 
  • Buy 3 FREE 1 
Zinc ni sangat terkenal bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat terutamanya jerawat yang kronik, masalah rambut gugur, untuk bantu sembuhkan luka dalaman dan luaran dengan cepat terutamanya mereka yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan serta zinc juga membantu tingkatkan kesuburan.

Zinc ni special sikit tau. Hari ni adalah hari terakhir untuk dapatkan Zinc. Mulai esok, Zinc bakal takde dalam pasaran buat sementara waktu untuk Shaklee launch new improved formula. Tak sure lagi bila akan ada balik. So, if nak cuba atau nak restock, cepat-cepat yer. Jangan sampai melepas.



4) Vivix
  •  Buy 2 LESS 5% 
Dah beberapa bulan actually Shaklee lancarkan promosi Vivix yang sangat exclusive ni. Entah-entah, bulan ni bulan terakhir offer ni. Rugi sangat tau kalau tak grab sebab offer ni sangat jimat dan terus dapat beberapa lagi benefits yang special.

Harga runcit untuk 2 botol Vivix, RM 805.60

Tetapi dengan EXCLUSIVE OFFER ni, anda akan dapat
* 2 botol Vivix hanya RM 765
* FREE Shaklee membership bernilai RM 69
* FREE Shipping
* BONUS tunai lebih kurang RM 36

Jimat sangat kan offer ni. Sebab tu ramai yang pakat dok grab sementara masih sempat lagi ni.


Vivix ni punya bagus kesannya, sampai orang panggil tonik ajaib. Ajaib bukan sebab ada tok batin jampi-jampi botol tu, tapi kerana ia membantu memulihkan tisu/sistem badan kita daripada tahap DNA lagi. Sebab tu macam2 cerita kita dengar sakit itu ini tapi lepas makan Vivix alhamdulillah keadaan semakin pulih. Antaranya seperti diabetes, stroke, darah tinggi, gout, kanser dan sebagainya

Selain untuk kesihatan dalaman dan membantu pesakit-pesakit kronik, Vivix ni juga highly recommended untuk kecantikan kulit dan kuruskan badan.

Nak amal pun senang sangat, hanya 1 sudu teh je sehari. 


Sekian serba sedikit saya war-warkan tentang promosi Shaklee bulan ni.
Hari terakhir tau ni.
Jangan cakap hakak tak payung :)

So sila lah buat pilihan yang tepat. Nama pun promosi kan, harga confirm JIMAT habis. Bulan ni jer tau, bulan-bulan yang akan datang tak dapat dah harga JIMAT macam ni, harga akan kembali macam biasa balik. Jadilah pengguna yang bijak, beli waktu MURAH :)


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit