Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts

Tuesday, 17 July 2018

Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin Dan Semasa Berpantang


Antara perkara yang paling digeruni dan bakal menjadi mimpi ngeri untuk ibu yang baru bersalin adalah masalah sembelit semasa dalam pantang.

Bayangkan dengan sakit dan luka bersalin pun belum sembuh lagi, terpaksa pula 'double' sakit setiap kali buang air besar akibat masalah sembelit. Ada yang lebih kronik, hingga jadi masalah buasir.

Begitulah yang terpaksa dilalui oleh Puan Aida Azwani, di mana beliau menjadi fobia dan menangis setiap kali hendak buang air besar akibat masalah sembelit beliau selepas bersalinkan anak kedua. Namun, selepas bersalinkan anak ketiga, tiada lagi masalah sembelit dan proses berpantang beliau juga menjadi lancar.

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh beliau. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada ibu-ibu yang juga mengalami masalah yang sama.

Tiada Lagi Masalah Sembelit Terutamanya Ketika Dalam Pantang


Assalamualaikum..

Saya Aida Azwani Bin Agus Azhar, berusia 33 thn , seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak. Saya adalah seorang ibu bekerja. Saya suka gelarkan diri saya Aida.
Semua wanita yang pernah melahirkan anak pasti ada kenangan kan, ada yang kenangannya manis dan bahagia. Ada yang pahit. Ada yang ngeri macam saya.

Pengalaman saya melahirkan anak kedua memang sangat manis. Yelah...cahaya mata kedua perempuan pula tu. Siapa tak Happy kan. Proses bersalin saya pun mudah je. Masuk2 labour room, tak sampai 30 minit dah selesai bersalin. Anak saya pun kecik je 2.6 kg. So tak de la susah sangat nak teran. Rasa macam nak membuang air besar je..tup2 tengok baby dah keluar. Alhamdulillah.segala urusan di permudahkan lagi dengan adanya suami di sisi sepanjang proses bersalin.

Tapi....lepas tu yang saya alami pengalaman yang sangat ngeri. Sejak sebelum kahwin lagi memang saya ada sembelit. Kadang-kadang seminggu sekali baru membuang. Tapi tak teruk. Lepas Minum orange atau buah pisang, mesti lawas punya. Anak pertama anak lelaki sembelit juga tapi tak kritikal. Tapi lepas bersalin anak no 2, sembelit saya jadi teruk sangat.

Hari ketiga baru nak pergi membuang. Belum buang lagi saya dah menangis sbb sangat sakit dan takut nak membuang.

Sekali tu, saya pegi ke tandas nak buang air besar. Lepas membuang, mangkuk tandas tu dah tukar jadi warna merah. Penuh dgn darah!! Seram sangat. Dah la kita ni baru lepas bersalin. Hilang banyak darah. Tambah pulak dengan sembelit. Memang seksa sangat.

Alhamdulillah Allah S.W.T kurniakan saya anak ketiga selepas 6 tahun
Masa berpantang anak nombor 3, saya tak alami masalah ni langsung. Masa tu saya ambil SET SEMBELIT SHAKLEE : VITAMIN C + OSTEMATRIX + LECITHIN



Yang best sekali saya tiada bengkak susu sebab apa sbb lechitin tu..wow amazing kan.
Macam-macam Shaklee effect saya dapat kan

Takde apa-apa masalah pun. Saya recover lagi cepat dari berpantang anak no 2. Yang paling best, NO SEMBELIT AT ALL!!! Memang saya happy dan teruja sangat. So saya pun tanya dan belajar dari pembacaan dan Mr google , kenapa saya dah tak sembelit selepas ambil Shaklee. Baca punya baca...rupanya sebab OSTEMATRIX.

KENAPA OSTEMATRIX KALSIUM ATASI SEMBELIT???

Bagi yang tak tahu apa tu OSTEMATRIX, ia merupakan vitamin yang mengandungi KALSIUM + MAGNESIUM + VITAMIN D. Sebab ni la, pill kalsium shaklee ni YANG TERBAIK BERBANDING PIL-PIL KALSIUM KAT FARMASI. Kandungan Vitamin D dalam Ostematrix ni membantu penyerapan maksimum kalsium dan membantu menyingkirkan kalsium2 yang terlebih.

Ingat! Kalsium tak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan tau...nanti rosak buah pinggang. Sebab tu penting ada Vitamin D sama. Manakala, MAGNESIUM pulak berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan meyerap air dalam badan. Ia juga merangsang pergerakan otot.
Usus juga merupakan otot terpanjang dalam tubuh kita. So, bila usus digerakkan, sembelit tak berlaku la...
 


Haa..best kan ostematrix ni. Sekarang anak no 3 saya dah hampir 2 tahun. tapi saya still lagi amalkan ambil Ostematrix. Selain dari atasi sembelit, Ostematrix jugak baaaaanyak manfaat lain. Especially untuk kaum wanita. Macam saya yang selalu salah urat kejang kaki. Ostematrix dan sah sebahagian hidup saya tak lengkap tanpa ostematrix ni.

Thanks SHAKLEE


Betul Ke Set Sembelit Shaklee Ni Bagus ?

Shaklee ni bukanlah ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kesihatan badan untuk berfungsi secara optimum. Tiada kesan sampingan yang negatif, dijamin selamat dan semulajadi. Malahan semua produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian yang teliti dari para saintis Shaklee untuk memastikan kualiti produk sentiasa yang terbaik.

Untuk testimoni mereka yang pernah mengamalkan produk Shaklee untuk masalah sembelit dan sukar buang air besar
>> Vitamin Untuk Sembelit

Bagaimana Nak Dapatkan Set Sembelit Shaklee ?

Jangan biarkan masalah sembelit anda melarat sehingga mengganggu aktiviti harian anda dan juga tahap kesihatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Wednesday, 31 January 2018

Tiada Lagi Masalah Gastrik Yang Kronik


Saya seorang ibu kepada 4 orang anak yg berumur daripada 10 hingga 4 tahun. Saya juga seorang guru yang berumur 42 tahun. Dan ini adalah kisah testimoni saya yang konsisten amalkan ESP, Vitamin B Complex, Vitamin C dan juga Alfalfa.


Diserang Gastrik Yang Kronik

Saya mula-mula kena gastric semasa saya mengandung anak sulung (2007). Dan, gastric saya hanya menyerang jika saya ada makan udang. Sebelum kahwin saya takde masalah pun jika makan udang. Malahan, udang adalah makanan favorite saya, terutamanya udang sungai. Mungkin perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan badan saya tak boleh nak terima udang. So, pendek kan cerita, saya terpaksa berpantang makan udang.

Selepas melahirkan anak sulung, kira2 umur anak sudah lebih 6 bulan, saya cuba lagi makan udang. Sekali lagi saya diserang gastric yang teruk. Yang mana jika saya telan Trisilox pun tak jalan.

Mengerekot la saya kat tilam sepanjang hari. Last2 saya telan 2 biji panadol dan 2 biji Trisilok, barulah lega sikit sakit perut tu. Tetapi, dalam masa 2 hingga ke 3 hari tu, memang saya langsung tak boleh silap makan.

Contohnya, saya kena makan bubur..tak boleh makan nasi biasa. Itupun dlm kuantiti yg sedikit. Tak boleh juga makan makanan yg pedas dan juga berminyak. Kalo over makan atau tersalah makan, maka gastric akan kembali datang menyerang.

Oleh kerana sudah berasa serik dengan kesakitan gastric, maka saya lebih rela untuk berpantang daripada makan udang sampai bila2. 


Tiada Lagi Masalah Gastrik
 

Semasa hamil anak ke 4 (2012), saya mula mengamalkan vitamin Shaklee. Antara yg saya amalkan masa tu adalah ESP, Vitamin C dan Vitamin B. Selepas bersalin hingga tamat berpantang, saya amalkan Alfalfa selain daripada vitamin 2 yg saya amalkan sebelum ini.

Apabila anak saya berumur 2 tahun, sekali lagi saya cuba untuk makan balik makanan kegemaran saya sejak dari zaman anak dara lagi. Dan, saya terkejut bila selepas makan tu perut saya okey je. Takde tanda2 diserang gastrik.

Selang seminggu kemudian, saya cuba lagi makan udang, pun masih sama, tiada lagi diserang gastric. So, dari situlah saya sedar yang vitamin Shaklee yang saya amalkan itu telah menyebabkan gastric saya sembuh walaupun pada awalnya niat saya utk amalkan Shaklee adalah utk breastfeeding.

Jadi, sampai hari ini, setelah anak no. 4 saya berumur 4 tahun, saya masih amalkan Shaklee. Dan, kepelbagaian vitamin yg saya dah cuba pun makin bertambah. Hampir semua vitamin Shaklee sudah saya cuba.

Malahan, anak2 dan suami pun saya suruh dorang amalkan vitamin Shaklee setiap hari. Dan, sehingga ke hari ini saya amat yakin dengan kualiti vitamin Shaklee. Terima kasih Shaklee.



Betul Ke Set Gastrik Shaklee Ni Bagus ?

Shaklee ni bukanlah ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kesihatan badan untuk berfungsi secara optimum. Tiada kesan sampingan yang negatif, dijamin selamat dan semulajadi. Malahan semua produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian yang teliti dari para saintis Shaklee untuk memastikan kualiti produk sentiasa yang terbaik.

Untuk testimoni mereka yang pernah mengamalkan produk Shaklee untuk masalah gastrik
>> Vitamin Untuk Gastrik

Bagaimana Nak Dapatkan Set Gastrik Shaklee ?

Jangan biarkan masalah gastrik anda melarat sehingga mengganggu aktiviti harian anda dan juga tahap kesihatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 28 July 2017

Ubat Resdung Mujarab. Tiada Lagi Masalah Selalu Bersin, Selsema Dan Gatal Mata


Siapa ada masalah resdung?

Resdung ni ramai orang ada sebenarnya, bezanya sama ada yang teruk atau yang ringan sahaja.
Kira-kira 90% penduduk Malaysia yang mengalami masalah resdung pada ketika tertentu dalam hidup mereka.

Siapa yang ada masalah resdung ni je yang tau betapa seksanya rasa.
Tiap-tiap hari tak berhenti bersin dan selsema. Malah ada yang sampai tahap terpaksa menganggung sakit di bahagian muka dan telinga.

Apa Tu Resdung?

Resdung ialah keradangan pada rongga sinus mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman atau terdedah kepada bahan yang menyebabkan alahan. Awal-awal mungkin penghidapnya mengalamai selsema, iaitu keradangan pada lapisan dalam hidung, apabila jangkitan ini sudah merebak ke rongga sinus, ketika itulah sinusitis atau resdung berlaku.

Apabila berlaku keradangan sistem pertahanan badan akan berkumpul untuk melawan alergen atau kuman dan menghasilkan mukus atau hingus yang banyak. Terdapat penyapu-penyapu kecil pada ruang sinus (silia) yang akan menolak hingus ini keluar, namun jika hingus terlalu banyak dan pekat fungsi silia mungkin terjejas dan menyebabkan hingus tidak dapat keluar dan menyebabkan kesakitan.

Sinusitis atau resdung terbahagi kepada 2 keadaan, iaitu akut dan kronik. Keadaan akut adalah apabila rongga sinus terdedah kepada alergen atau virus yang menyebabkan keadaan seperti diatas yang biasanya mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Sinusitis kronik pula ialah apabila sinusitis yang menyerang dalam jangka masa yang lama, biasanya 6 bulan atau mungkin bertahun-tahun.


Tanda-tanda Dan Gejala Resdung

Pada awalnya pesakit mungkin mengalami selsema dan sering bersin.

Apabila terlalu banyak hingus berkumpul di rongga sinus ini yang menyebabkan masalah seperti tekanan atau kesakitan pada sekitar kepala, mata, pipi dan gigi (kedudukan sinus). Sakit kepala sinus adalah berdenyut-denyut dan bertambah kuat jika membongkok.

Apabila kuman atau alergen tidak dapat dibendung lagi, jangkitan mungkin merebak ke kawasan sekitar, termasuk otak, tulang muka, telinga dan tonsil.

Selain itu, jika seseorang turut mengalami masalah asma, keadaan mungkin akan lebih teruk jika dia mendapat jangkitan sinus. Mereka ini berkemungkinan mempunyai masalah dengkur yang kronik dan juga sering dijangkiti selsema dan melarat.

Rawatan Terbaik Resdung

Resdung hanya menunjukkan simptom apabila seseorang terkena alahan atau jangkitan.

Untuk simptom yang ringan seperti selsema atau bersin, kebanyakan pesakit resdung yang tidak dirawat akan berasa lebih baik dalam 2 minggu.

Sekiranya mengalami simptom yang lebih teruk seperti sakit kepala, demam, bengkak atau sakit sekeliling mata, ataupun jika simptom berlanjutan sehingga hari ke 10-14, sepatutnya antibiotik akan dimulakan dan biasanya mereka akan berasa lebih lega dengan antibiotik.

Simptom-simptom resdung juga dapat dikurangkan melalui ubat selsema, pemecah kahak atau hingus melalui hidung sama ada pil ataupun spray.

Mungkin ramai yang lebih senang dengan ubat selsema atau antibiotik, namun harus diingatkan juga pengambilan ubat-ubatan akan memberi kesan sampingan kepada badan.

Cara paling penting untuk mengekalkan sinus yang sihat ialah dengan mengelakkan selsema. Apa yang paling penting ialah, sistem imun perlu ditingkatkan dan dikukuhkkan.

Sistem imun kita memerlukan makanan berkhasiat dan berzat, tidur dan rehat yang cukup, udara yang bersih dan segar, senaman yang sederhana, vitamin/nutrisi yang sepatutnya dan pengawalan tekanan emosi yang betul.

Testimoni : Bertahun-tahun Dihantui Masalah Resdung Kronik, Kini Sembuh

Pengambilan vitamin atau supplements adalah cara yang semulajadi dan berkesan dalam membantu mengatasi masalah resdung.

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Puan Nurhafizah, bagaimana beliau sebelum ini bertahun-tahun mengalami masalah resdung yang kronik. Setelah mengamalkan supplements Shaklee, Alhamdulillah beliau kini semakin sembuh dan boleh menjalani hidup seperti biasa dengan ceria.


 "Nama saya Nurhafizah Zamri .saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak menganggu setiap pagi hari2 saya sejak dari sekolah lagi. 

Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupon tempat kerja saya bersin setiap pagi ..arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan. 

Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan. Bukan pada makanan laut seperti sotong udang dan ketam sahaja malah pada semua makanan seperti ayam dan ikan yang tidak fresh juga akan menyebabkan saya mengalami kegatalan pada hidung dan mata. Yang lagi teruk mata saya akan membengkak, berair dan gatal kemerahan dengan teruknya. 

Boleh bayangkan tak saya juga tidak boleh membeli ayam di Tesco kerana ayam-ayam disana sudah tidak segar lagi. Pasar malam adalah hanya tempat saya membeli makanan basah . 

Oleh kerana takutkan kehilangan hidung yang sering diperkataan saya mula cuba mencari penawar untuk permasalahan saya. 

Untuk permulaan saya hanya mengamalkan vitamin C sahaja dah sebulan kemudian baru lah menambah Alfalfa sebagai 1 set resdung.  

Saya konsisten makan dalam sebulan dan telah menunjukan tidak balas bahawa saya tidak lagi bersin diwaktu pagi dan mengalami kegatalan pada mata dan hidung saya. Saya juga boleh makan makanan laut tanpa berpantang lagi seperti selalu. Alhamdulillah ..akhirnya saya keluar dari masalah saya yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sejak dari sekolah lagi . 

Terima kasih Allah.. 

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee ini kerana ia sangat berkesan. Saya yakin ia juga berkesan pada anda."

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Pesakit Resdung

Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk masalah resdung:


Vivix

Tonik anti penuaan yang memberi impak kepada 4 mekasnisme utama penuaan daripada peringkat sel. Menjaga kesihatan seluruh tubuh dengan antioksida yang kuat, tapi sayangnya suami saya tak sukakan rasa Vivix yang kelat, manis dan sedikit masam. Cuma kadang-kadang buat minuman.

Nutriferon

Untuk meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengawal sebarang penyakit. 

Vitamin C 

Agen antioksida paling banyak di paru-paru. Alergen atau jangkitan kuman akan menghasilkan banyak radikal bebas, jadi tugas vitamin C ialah untuk meneutralkan radikal bebas ini.

Alfalfa 

Klorofil dalam alfalfa dapat mengurangkan keradangan yang terjadi apabila berlakunya sinusitis dan alfalfa juga dikatakan beruapaya menyerap banyak air, jadi secara tak langsung alfalfa akan membantu mengeringkan hingus dan kahak. Selain itu alfalfa juga berfungsi untuk membuang toksin dari badan, jadi kekotoran yang dihasilkan dalam sinus akan dikeluarkan oleh alfalfa.

Betul Ke Set Resdung Shaklee Ni Berkesan ?

Shaklee ni bukan ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu merawat dan membaiki sel-sel badan kita yang rosak, melindungi sel badan, meningkatkan sistem immunne.

Dijamin halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Ramai yang telah mencuba, dan Alhamdulillah masalah resdung semakin sembuh tanpa perlu bergantung kepada ubat.
Suami saya sendiri pernah mengalami masalah resdung yang agak kronik dahulu, terlalu kerap mengambil ubat. Alhamdulillah kini dah semakin sembuh, dah tak perlu lagi bergantung kepada ubat. Dan ya, suami saya pun amalkan supplement Shaklee.

Untuk testimoni lain mereka yang telah sembuh dari masalah resdung, boleh klik
>> Rawatan Terbaik Untuk Resdung

Bagaimana Nak Dapatkan Set Resdung Shaklee ?

Ikhtiar dengan supplement semulajadi Shaklee adalah cara yang terbaik, selamat dan berkesan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Monday, 24 July 2017

Cara Hilangkan Parut Demam Campak Dengan Cepat


Pernah kena demam campak? Boleh dikatakan semua orang pasti pernah kena demam campak sekurang-kurangnya sekali. Ada yang waktu kecil dah kena, ada juga yang bila dewasa baru kena.

Yang memeningkan kalau kena demam campak ni, bila demam dah reda, muka dan badan pula penuh dengan parut. Biasanya, parut demam campak orang dewasa lebih susah nak hilang. Tapi, parut demam campak waktu kanak-kanak atau remaja, kalau tak betul-betul jaga, pun susah nak hilang juga.

Kalau tak ikhtiar dari awal untuk hilangkan parut demam campak ni, ada harapan la parut tu kekal seumur hidup.


Cara Hilangkan Parut Demam Campak Dengan Cepat

Orang tua-tua cakap, bila kena demam campak, jangan makan kicap. Nanti parut jadi hitam. Ada juga yang bagi petua, boleh guna madu, daun lidah buaya (aloe vera), air kelapa, untuk hilangkan parut demam campak. 

Tapi ye la kan. Petua-petua macam ni memang memerlukan tahap kesabaran dan kerajinan yang sangat tinggi. Memang kena betul-betul konsisten dan mungkin akan ambil masa yang agak lama.

Jadi, sebagai alternatif, cara mudah untuk hilangkan parut demam campak dengan cepat, anda boleh amalkan pengambilan vitamin semulajadi Shaklee.

Parut Demam Campak Hilang 100% Hanya Dalam 1 Bulan

Seperti yang dikongsikan sendiri oleh Donny Reyn ni, setelah mengamalkan vitamin Shaklee, parut demam campak beliau hilang 100% hanya dalam masa sebulan



Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Hilangkan Parut

Vitamin atau supplements ni bertindak merawat kulit kita dari dalam. Ia membantu membaiki sel kulit yang rosak, membina sel kulit yang sihat dan menggantikan sel kulit mati seperti parut.


Betul Ke Vitamin Shaklee Berkesan Hilangkan Parut?

Sememangnya dah ramai yang amalkan vitamin Shaklee ni, dan dah berjaya hilangkan sepenuhnya parut demam campak.

Untuk info lanjut dan testimoni pengguna, klik sini:
>> Hilangkan Parut Demam Campak Dengan Vitamin Shaklee

Selain itu, vitamin Shaklee ni juga sangat membantu untuk hilangkan parut-parut lain seperti parut jerawat, parut luka dan sebagainya. Dan, juga memabantu untuk masalah jerawat, jeragat, sunburn dan kulit kusam.

Untuk info lanjut dan testimoni pengguna, klik sini:
>> Kulit Cantik Dengan Vitamin Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

4 Tips Kulit Cantik Dan Awet Muda Dari Doktor Pakar


Kulit yang sihat akan terpancar sebagai kulit yang cantik dan awet muda. Ia menjadi idaman kita semua untuk mempunyai kulit yang sentiasa tegang dan anjal tanpa cela dan kedutan. Jeragat, kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan.

Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekpresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan kasar.

Pendedahan kepada cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon dan merokok boleh menjadikan kulit cepat tua dan mudah berkedut dan juga menyebabkan masalah pigmentasi dan jeragat.


4 Tips Kulit Cantik Dan Awet Muda

Untuk mengekalkan kulit awet muda beberapa tips boleh diamalkan.

1. Minum air masak secukupnya

Air adalah satu faktor yang amat penting. Apabila semakin meningkat usia kita akan mengalami masalah kekurangan air di dalam badan. D isamping itu, sesetengah dari kita (terutamanya kaum wanita) amat kurang minum air kerana tidak suka untuk buang air kecil secara kerap.

Bagi pekerja pejabat yang duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, kehilangan air juga adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Suasana yang sejuk dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air.

Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta masalah jeragat juga.

Minumlah air kosong atau air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan minuman manis, air bersoda dan jus manis. Pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering kerana minuman ini menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

Kurangkan penggunaan gula dan makanan dan minuman kerana gula yang berlebihan akan menyebabkan kulit cepat berkedut dan cepat tua. Ini adalah kerana gula berlebihan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.


2. Perlindungan dari cahaya matahari 

Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.

Oleh kerana itu, perlindungan dari cahaya matahari amat penting.

Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas.

Anda juga boleh menggunakan produk yang mempunyai RSF iaitu ‘Radical Sun Factor’ yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas daripada matahari. Contoh produk yang mengandungi RSF yang baik adalah produk yang mengandungi Vitamin E jenis tokotrienol.

Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. Elakkan keluar dibawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu diantara pukul 10am ke 3pm waktu Malaysia. Kesan sinaran ultra ungu tetap memberikan kesan kepada kulit pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, tudung dan sebagainya.


3. Makan lemak sihat (Omega 3)

Ikan amat kaya dengan Omega 3.

Makanan yang kaya dengan omega 3 boleh membantu mencantikkan kulit dan mengurangkan masalah kedutan kulit.

Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan Omega 6 dan Omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut.

Pengambilan pil suplemen Omega 3 juga boleh membantu jika kita kurang makan ikan dan sumber asli Omega 3 yang lain. Omega 3 juga membantu mengelakkan kulit menjadi kering kerana ia lemak sihat yang bersifat anti keradangan. Lemak sihat yang boleh diamalkan juga adalah minyak zaitun dan minyak kelapa.

Amalkan lemak sihat untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.


4. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen

Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren, sayur-sayuran dan sebagainya sangat bagus kerana Vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit.

Pengambilan pil suplemen Vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Suplemen Vitamin E dengan kedua-dua variannya iaitu tokotrienol dan tokoferol adalah sangat penting untuk kesihatan kulit kita.

Vitamin A juga penting untuk kesihatan kulit dan cara mengambil bahan pro Vitamin A adalah lebih mudah iaitu dengan mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan beta karotin seperti lobak merah, tomato, tembikai dan sebagainya.

Pengambilan makanan yang kaya dengan anti oksidan boleh membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit. Anti oksidan membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari.

Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat. Kerana itu terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan anti oksidan seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E, piknogenol, anthosianidin dan fitonutrien.


Amalkan pemakanan sihat, bersenam, suplemen dan anti oksidan yang secukupnya disamping minum air yang secukupnya setiap hari boleh membantu mengekalkan awet muda pada kulit terutama pada wajah seseorang.

Hidup beragama, stress terkawal dan sikap positif dalam menghadapi cabaran hidup juga amat membantu. Insyaallah.
 
Credit

Tuesday, 11 April 2017

Cara Mudah Hilangkan Ulser Yang Pedih Dan Menyakitkan


Ulser di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.

Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan. 

Kalau sesekali tu boleh la, tapi kalau dah terlalu kerap. Tak sanggup nak tanggung seksa pedih tu kan.


Punca Terjadinya Ulser
  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya. 
  • Daya menahan sakit yang lemah. 
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi. 
  • Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir. 
  • Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya. 
  • Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman. 
  • Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering. 
  • Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bila Ada Ulser
  • Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah. 
  • Kurangkan air berasid.
  • Gunakan antiseptik untuk berkumur. 
  • Letak gel untuk ulser di tempat yang dijangkiti. 
  • Letak sedikit ais di tempat yang dijangkiti untuk melegakan sakit. 
  • Minum air masak dengan kuantiti yang banyak. 
  • Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil Vitamin B Kompleks  
  • Mengambil mineral zink,zat besi,Asid Folik,Vitamin B 12. Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut. 
  • Untuk meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit), anda digalakkan untuk mengambil lebih Vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. 
Selain itu, anda juga boleh mencuba petua-petua seperti berkumur dengan air garam serta menyapu marjerin atau madu di ulser tersebut sebagai ikhtiar untuk ulser anda sembuh dengan cepat. Tapi yang berkumur dengan air garam tu, anda perlu menahan sakit sikit sebab agak pedih juga waktu berkumur tu.

Terlalu kerap kena ulser dan takut kena barah, wanita ini berkongsi bagaimana akhirnya beliau sembuh dari gangguan ulser

 
"Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee. 

Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa. 

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala. 

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.

Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak. 

Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.

Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit. 

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi. 

Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah. 

Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya. 

Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu. 

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga. 

Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati."

Bagaimana nak dapatkan vitamin Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 7 March 2017

Cara Merawat Buasir Tanpa Pembedahan Sebelum Menjadi Lebih Kronik


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, perit, gatal, sakit dan berdarah semasa membuang.

Ramai sebenarnya yang ada masalah buasir ni.

Tapi, kebanyakannya malu untuk berjumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan lanjut sehingga akhirnya sudah sampai ke tahap yang kronik.


Faktor-Faktor Penyebab Buasir
  • Masalah sembelit atau cirit-birit
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa terlalu lama
  • Berat badan berlebihan
  • Hamil
Peringkat-peringkat Buasir 

Penyakit buasir mempunyai empat peringkat,

Tahap 1 : Berlaku pendarahan tetapi tiada tanda bengkak menonjol atau sakit semasa buang air besar.

Tahap 2 : Disebabkan pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dalam dubur.

Tahap 3 : Keadaan sama seperti tahap dua, tetapi bengkak akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, pesakit perlu tolak menggunakan jari.

Tahap 4 : Darah pekat keluar, menyebabkan sakit dan susah meneran. Buasir berada di luar kawasan dubur.


Cara Terbaik Mengatasi Masalah Buasir

Bagi buasir tahap satu, pesakit hanya memerlukan ubat dan perubahan kepada diet.

Tetapi tahap dua hingga empat biasanya memerlukan pembedahan. Sangat mengerikan.

Walaupun setelah menjalani pembedahan, penyakit buasir ni tetap ada risiko untuk berulang.

Jadi, apa cara terbaik untuk atasi masalah buasir ni selain daripada terpaksa bergantung kepada ubat atau menjalani pembedahan yang berulang?

Caranya adalah dengan mengambil vitamin atau supplement semulajadi.

Kombinasi supplement Shaklee untuk membantu masalah buasir adalah Vivix atau set yang terdiri daripada Omega Guard, Ostematrix dan Zink atau Vitamin C.


Vivix

Ini adalah supplement anti-radang yang terbaik. Membantu memulihkan luka dalaman dan luaran dengan cepat, membantu mengecutkan bengkak serta melancarkan penghadaman.

Ostematrix

Mengandungi Kalsium, Magnesium dan vitamin D iaitu untuk melembutkan najis seterusnya melancarkan pembuangan.


Omega Guard

Bertindak untuk mengecutkan otot-otot yang bengkak. Omega guard juga bertindak untuk melancarkan proses pembuangan air besar.

Zink atau Vitamin C

Amat disarankan ambil bagi mereka yang mengalami buasir pada tahap berdarah. Ia bertindak untuk pulihkan luka-luka disekeliling dubur dengan cepat.

Apa Kata Mereka Yang Amalkan Shaklee Untuk Masalah Buasir

Testimoni 1

Derita buasir selepas bersalin berakhir dengan Vivix


Testimoni 2

Tiada lagi masalah buasir dan berdarah semasa membuang


Testimoni 3

Masalah buasir sembuh sepenuhnya


Alhamdulillah, ramai yang dah mencuba dan mendapat manfaat dari supplement semulajadi Shaklee ni.  Supplement Shaklee ni adalah dari bahan semulajadi, tanpa bahan kimia berbahaya. Dah berada dalam pasaran selama lebih 50 tahun, terbukti secara klinikal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Saya rasa sebenarnya ramai yang dah lama rasa terseksa dengan masalah buasir ni. Cuma, nak berjumpa doktor tu mungkin agak malu kan. Tapi, nak dibiarkan pun tak boleh juga. Kalau dibiarkan, nanti risikonya akan menjadi bertambah kronik dan masalah-masalah kesihatan lain pun akan muncul.

Bagi yang ingin mencuba supplement Shaklee untuk masalah buasir, boleh hubungi saya ya.
Cik Jatt 013-4894037.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 2 December 2016

Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Yang Menghantui Diri


Masalah jerawat sememangnya bukan suatu masalah penyakit yang kronik atau merbahaya.

Tetapi, jika masalah jerawat ni tidak dirawat, kesannya bukan sahaja menjejaskan fizikal atau ketrampilan seseorang, malah juga menganggu emosi seseorang itu.

Yelah, siapa yang tak sedih kan kalau muka penuh jerawat. Bukan jerawat biasa pulak tu. Tetapi jerawat kronik yang besar-besar dan bernanah lagi. Malu, rendah diri, kurang keyakinan diri, hilang semangat... sampai rasa tak nak keluar rumah pun ada.

Selain tu, masalah berkaitan dengan jerawat ni juga menandakan seseorang itu mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu atau sesuatu yang tak kena dengan dalaman kita. 

Jadi, entry saya kali ni adalah khas untuk membantu anda hilangkan masalah jerawat yang besar dan bernanah ni.


Kenapa Jerawat Besar Dan Bernanah Susah Nak Hilang?

Saya pasti, semua yang mengalami masalah jerawat bernanah ni bukannya tak usaha langsung untuk selesaikan masalah tu.

Pelbagai produk dah dicuba, duit pun dah banyak berhabis, tapi masalah tetap juga tak selesai, malah mungkin ada yang jadi lebih teruk lagi.

Kenapa ?

Sebab, puncanya tak dirawat. Bila puncanya tidak dirawat, bagaimana masalah nak selesai, betul tak.

Mereka yang mengalami masalah kulit jerawat bernanah ni, pada asalnya juga mempunyai kulit yang licin, sihat dan cerah. Betul?

Tapi disebabkan beberapa faktor, kulit yang takde masalah tu tiba-tiba diserang masalah jerawat yang kronik.
Antara punca utama masalah jerawat bernanah ni adalah:
  • Penggunaan skincare yang salah terutamanya produk-produk yang mengandungi bahan terlarang
  • Masalah dalaman seperti hormon yang tak stabil, toksin berlebihan, penghadaman, pengambilan ubat tertentu, allergy
Jadi, pokok pangkalnya, pertama sekali hati-hati menggunakan sebarang produk kecantikan contohnya produk pemutih yang menjanjikan kulit putih, licin dan gebu dengan cepat tu. Produk-produk sebegini biasanya mengandungi bahan-bahan terlarang yang merbahaya atau yang belum terjamin keselamatannya.  Jadi, selidik betul-betul ya. Buat apa cantik sekejap jer, tapi selepas tu menanggung seksa nak rawat kulit yang rosak pula.


Kedua, tak dinafikan, pengambilan supplements atau vitamin amat penting untuk merawat kulit dari dalam. Tapi, pun kena hati-hati dan selidik betul-betul juga, benda yang masuk ke dalam badan kita ni tak boleh ambil ringan. Pastikan yang bettul-betul selamat sahaja supaya tak menyesal di kemudian hari. Ingat, apa sahaja kesan-kesan yang membahayakan kesihatan mungkin kita tak nampak sekarang, tapi kesannya akan timbul selepas 10-15 tahun kemudian.


Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Yang Menghantui Diri

Rawat dari dalam. Baiki semual sel-sel kulit yang rosak dengan nutrisi tambahan dari vitamin atau supplement semulajadi

Paling penting, ambil produk yang betul.

Yang ada kajian klinikal, yang terbukti selamat dan berkesan bertahun-tahun. Yang mempunyai 3 ciri yang saya mention kat atas.
Dan ciri-ciri ni ada pada vitamin nombor 1 di pasaran iaitu vitamin Shaklee. Keberkesanan product Shaklee memang terbukti bukan sahaja oleh ribuan pengguna seluruh dunia tapi juga terbukti berkesan melalui pelbagai kajian serta ujian klinikal.

Vitamin Shaklee ni banyak sebenarnya.
Tapi, top 4 yang terbaik untuk hilangkan masalah jerawat bernanah ni adalah Vivix, Vitamin C, GLA Complex dan ESP.


Vivix - merawat kerosakan di peringkat selular. Vivix meliputi keseluruhan perlindungan kesihtan dan kecantikan. Juga bertindak sebagai detox. Produk terbaik dan paling power ekslusif hanya dari Shaklee

Vitamin C - bertindak sebagai anti acne dan tingkatkan sistem pertahanan badan. Juga untuk baikpulih sel-sel akibat penggunaan bahan kimia pada produk kosmetik. Vitamin C juga membantu untuk hilangkan parut dan mencerahkan kulit. Vitamin yang memang terkenal untuk kecantikan kulit

GLA Complex - GLA membantu kawal selia hormon. Adakalanya jerawat bernanah ni juga disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang. Mengandungi ekstrak Vitamin E bagi membantu dalam rawatan kulit rosak

ESP - ESP adalah protein tambahan terbaik dari non gmo soy. Fungsinya adalah untuk membaiki sel-sel rosak dan menggantikannya dengan sel-sel baru yang lebih sihat dan segar. Dan kesannya bukan setakat untuk kulit tapi juga untuk keseluruhan badan. Juga memberi tenaga kepada badan.

Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba

Ramai yang dah berjaya hilangkan masalah jerawat bernanah dengan vitamin Shaklee.
Berikut saya kongsikan antara pengalaman mereka...

Testimoni 1

Tiada lagi rasa benci pada diri dan rasa rendah diri


Testimoni 2

Saya amat berpuashati dengan kesan pengambilan vitamin dari Shaklee


Testimoni 3

Setelah cuba pelbagai produk, akhirnya jerawat bernanah hilang dengan vitamin Shaklee


Testimoni 4

Jerawat bernanah akibat salah guna produk akhirnya hilang 


Untuk pesanan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ya. Cik Jatt 013-4894037

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit