Showing posts with label BUSINESS SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label BUSINESS SHAKLEE. Show all posts

Thursday, 8 October 2015

Waktu Operasi Poslaju Sabtu Dan Ahad


Angkut banyak-banyak barang untuk dipos, sekali poslaju tutup. Tapi takpe, belajar dari pengalaman. Kicik punya hal.

Ini kisah weekend baru ni actually. Dari pengalaman nilah baru ku tahu waktu bila boleh pos dekat Poslaju yang dekat mall tu.

Saya biasanya pos barang customer ikut waktu poslaju biasa je, dari hari Isnin sampai hari Sabtu, kecuali Sabtu minggu pertama, sebab Sabtu minggu pertama dan hari Ahad poslaju tutup kan. And selalunya memang pos dekat branch poslaju yang biasa je. Jarang sangat la pos dekat branch yang dekat mall macam yang ada dekat Tesco tu, boleh bilang dengan jari je.

Tapi weekend baru ni, dah alang-alang memang pergi Shaklee pastu nak pergi beli barang dekat Aeon Big Seberang Perai tu, ingat boleh la pos sekali. Dekat situ ada juga branch poslaju. Memang dah siap check dah waktu operasi poslaju dekat situ.

 Yang kat atas ni waktu operasi ni untuk area Kedah dan Pulau Pinang. Untuk negeri-negeri lain, korang boleh refer sini ok. 

Biasanya branch Poslaju yang dekat mall ni buka je hari-hari, so sebab dah memang dah buka kan, ingatkan Sabtu minggu pertama pun boleh pos.

Beriya ni dah lepas memborong stok dekat Shaklee, pack semua order customers dekat bonet kereta. 

Sekali angkut ke poslaju, tengok-tengok tak boleh pos. Sabtu minggu pertama memang tak boleh pos, urusan-urasan lain boleh buat, cuma pos je tak boleh. Confident jer. Hihi..

Shopping barang rumah la jawabnya kat situ. Memang weekend lepas ni tak pergi mana-mana pun kecuali shooping barang rumah, maklumlah jerebu teruk sangat.

Jerebu punya tebal. Dari atas Penang Bridge ni, tak nampak apa dah kat pulau tu.....

Dah penat ke sana ke mari, mengangkut barang segala, masa untuk isi perut :)

Pengajarannya kat sini, pos office memang buka je hari-hari kat outlets yang macam dekat Tesco tu, cuma Sabtu minggu pertama, memang tak boleh pos. Nak buat urusan lain, ok je. Senang la untuk sesape yang hari-hari kerja office hour kan, weekend tu bole la nak settle apa-apa hal... :)

Tuesday, 4 August 2015

Kelebihan Dan Seronoknya Bekerja Dari Rumah (WAHM)


"Sayang nak hadiah apa untuk birthday?"
Tiba-tiba cik abang tanya hari tu.
Jawapan saya... "Hmm, abang belanja makan jer la nanti, sayang dengan anak-anak."

Honestly, saya takde apa-apa pun nak minta. Takde apa yang saya rasa saya perlu buat masa ni, so buat apa nak membazir kan.
Cik abang saya pun bukannya jenis yang suka buat surprise macam kisah balut handphone dalam bungkus nasi lemak tu. Hihihi.
Takpe, cik abang baru jer belikan saya handphone baru hari tu, so kira advanced birthday present la kan.

By the way, 24 July 2015 yang lepas, genaplah usia saya 34 tahun. Yerrr, akak dah 34 tahun dik, siapa cakap akak 24 tahun. Ecehh..

Alhamdulillah, pada usia 34 tahun, saya berpeluang menjadi sorang ibu yang bekerja dari rumah, yang menjalankan online business secara full time. Suatu perkara yang dulunya tak pernah saya jangka saya akan buat sebenarnya. Betapa indahnya aturan Allah, inilah jalan yang saya pilih sekarang, jalan yang sentiasa saya impikan setelah bergelar seorang ibu dan saya yakin inilah jalan yang terbaik untuk saya sekeluarga.

Dah lebih kurang setahun setengah rupanya saya menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah, atau istilah yang glamour sekarang, WAHM (work at home mother). Boleh baca di sini ya bagaimana perjalanan saya dari seorang Senior Engineer di salah sebuah multinational company, kini menjadi seorang work at home mother (WAHM).

Tak dinafikan, bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabarannya yang tersendiri kerana di samping menguruskan business, saya juga perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak dalam masa yang sama. Jadi, kena pandai-pandai bahagikan masa. If nak compare kan, saya rasa bekerja dari rumah ni lebih penat dan sibuk sebenarnya berbanding waktu saya bekerja makan gaji dulu. Hihihi...


Tapi, kalau tanya saya, best tak jadi WAHM, mesti la saya jawab BEST SANGAT!
Banyak sangat kelebihannya bekerja dari rumah ni. Meh saya kongsi sikit apa yang best sangat tu:)

1. Seronok dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak

Sebab utama kenapa saya nak sangat bekerja dari rumah adalah supaya saya dapat sentiasa bersama anak-anak dan dapat meluangkan lebih masa yang berkualiti dengan anak-anak. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai, dan kalau boleh, saya tak nak rasa ralat bila sedar-sedar anak-anak dah besar, padahal tak banyak masa yang saya luangkan dengan anak-anak, dan saya mungkin akan terlepas banyak momen yang penting ketika anak-anak membesar.

Kalau difikirkan balik, dulu, seawal 6.40 pagi kami dah terpaksa keluar rumah untuk hantar anak-anak ke nursery, lepas tu, hampir pukul 7 malam baru sampai rumah dengan anak-anak. Balik rumah dah penat, paling lewat pun, pukul 10 malam anak-anak dah kena tidur. Bayangkan, hanya 3 jam sehari saya dapat bersama dengan anak-anak. Sedih sangat rasa.

Sekarang ni, pagi jer Irfan kat kindy, kakak pula dekat sekolah. Petang dah balik school, macam-macam aktiviti boleh buat sama-sama. Boleh sembang-sembang apa yang kakak dengan Irfan buat dekat school, cerita tentang kawan-kawan dan sebagainya. Bagi saya, ini amat bermakna dan lebih bernilai dari segala-galanya. Saya tak mungkin peluang macam ni jika saya masih bekerja makan gaji dulu.

Sambil mama buat kerja, sambil anak-anak belajar

2. Dapat masak sendiri hari-hari dan makan bersama

Dulu time bekerja makan gaji, memang jarang sangat masak sendiri. Hari bekerja memang tak la. Balik kerja pun dah lewat. Asyik beli jer la kerjanya. Bukannya sedap mana pun, tapi dah lewat tu kadang malas pulak nak masak. Lagipun anak-anak dah kenyang makan kat nursery, saya dengan cik abang jer la kadang-kadang rasa nak makan. So macam leceh pulak rasa nak masak kalau setakat 2 orang makan. Weekend kadang-kadang masak, kadang-kadang makan luar. Memang suci jer dapur tak berasap. Hihihi.

Sekarang ni, hahh, hari-hari bersilat kat dapur. Lunch pun cik abang balik makan kat rumah sama-sama. Aktiviti makan kat luar time weekend pun dah jarang sangat sekarang. Rasa syok pulak bila masak sendiri. Lagipun cik abang saya ni memang tak suka sangat makan kat luar sebenarnya, walau sesimple mana pun saya masak, dia prefer makan kat rumah.

Masak kat rumah ni, lagi puas hati sebenarnya. Kebersihan terjamin, pastu kita yang masak kan, jadi kita boleh control apa yang kita nak guna. Kalau makan kat luar, kebersihan belum tentu terjamin, kat dalam tu, entah apa-apa bahan tambahan atau perasa yang dia letak pun kita tak tau kan. Lagi satu, bila dah masak sendiri ni, jimat pun jimat. Yang penting, air tangan sendiri, kasih sayang sesama keluarga pun bertambah erat. Cik abang siap cakap, sekarang ni kalau masak bagi orang makan pun tak malu la. Adehh, sadis betul. Nampak sangat dulu masak tak sedap. Hihihi.
 Hari-hari, memang tak miss la masak untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Kadang-kadang simple jer, sandwich jer pun. 
Takpe, yang penting, kita buat sendiri untuk anak-anak bawa ke sekolah

3. Masa yang fleksibel

Nama pun bekerja sendiri kan, tak perlu nak minta cuti kalau ada apa-apa hal. Nak pergi ke mana-mana pun senang. Tak perlu nak pening-pening fikir cuti tak cukup ke, terpaksa ambil cuti tanpa gaji ke, cuti tak approve ke. If ada emergency tiba-tiba, tak perlu susah-susah nak minta time off ke apa ke nak minta keluar.

Dan lagi satu the beauty of online business ni, bercuti pun business tetap jalan. Kedai tak pernah tutup, semuanya di hujung jari jer :)

 Petang-petang, boleh bawa anak-anak exercise sekejap kat playground :)

4. Bebas

Tak terikat dengan bos..
Tak terikat dengan peraturan syarikat..
Tak terikat dengan waktu bekerja yang tetap.
Nama pun bekerja di rumah, nak pakai apa pun boleh. Sambil tempek bedak sejuk kat muka pun boleh buat kerja. Sambil masak pun boleh consult cutomer.
Sambil ajar anak buat homework pun boleh update blog.
Sambil kemas rumah pun boleh selit-selit reply customer.
Bebas! Kita yang tentukan cara kita bekerja, bila kita nak bekerja dan bagaimana kita nak bekerja.

Orang lain sibuk bekerja, mak budak ni sibuk bawak anak-anak berjalan
Sambil berjalan pun macam biasa la, business on jugak, kata online :)

Best best juga.
Tapi, jangan pula bayangkan, menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah ni duduk rumah goyang kaki, jaga anak, duit masuk berkepuk-kepuk.
Perlu disiplin dan fokus ya, jangan sampai tersasar dari matlamat sebenar.

Pasti ramai ibu di luar sana yang juga impikan untuk bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak.
Saya doakan anda juga berjaya suatu hari nanti.
Impian dah ada, yang penting mulakan and GO FOR it.
If u dream for it, believe it and achieve it!
Jika ada yang berminat untuk sama-sama berjaya dalam online business Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya ya. InsyaAllah saya akan tunjukkan jalannya. Yang penting adalah semangat dan usaha anda :)

Tuesday, 9 June 2015

Percutian 6 Bintang PERCUMA Dari Shaklee Di Palace Of Golden Horse!


Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya baru jer balik dari KL ni sebenarnya. Sepanjang 3 hari 2 malam berkampung di Palace Of Golden Horse Hotel secara PERCUMA, percutian 6 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Percutian ni adalah salah satu peluang yang ditawarkan oleh Shaklee selain bonus dan car bonus, kepada pengedar-pengedar yang layak.

Percutian ini juga actually sempena National Conference Shaklee yang diadakan sekali setahun untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada pengedar Shaklee yang telah berjaya sepanjang setahun yang lepas. National Conference Shaklee kali ni diadakan di MIECC The Mines. Tahun ni adalah kali kedua saya mendapat trip percuma dari Shaklee, dan seperti tahun lepas, tahun ni juga adalah tahun kedua saya menjadi salah seorang penerima awards dari Shaklee.

Selain daripada awards dan hadiah-hadiah yang diberi Shaklee, apa yang membuatkan saya amat teruja sepanjang menghadiri convention ni adalah saya dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai kenalan yang jarang-jarang berjumpa dan juga yang baru, semuanya dari kalangan mereka yang sentiasa positif dan bersemangat. Walaupun hanya berjumpa sesekali dan baru kenal, tapi ukhuwah yang terjalin tu, mesra macam dah kenal lama. Kalau nak diikutkan tu, kami ni semuanya menjalankan perniagaan yang sama, tapi masing-masing langsung tak lokek berkongsi ilmu.

Shaklee juga ada menjemput beberapa Master Shaklee yang telah berjaya untuk berkongsi pengalaman dan tips mereka. Semangat dan aura sepanjang National Conference Shaklee ni, fuhhh, jangan cakaplah. Syukur sangat dipertemukan dengan business Shaklee ni, yang sememangnya telah banyak mengubah diri dan pemikiran saya.

Jom kita layan gambar sikit jom :)

 Sampai-sampai jer, terus disambut dengan kalungan bunga oleh 
Mr Victor Lim, President of Shaklee Malaysia

 Selfie dulu seround sebelum nak register and check in

 Dah check in. Besar biliknya, cantik, selesa.
Trademark kuda semuanya, dengan lampunya, shower gel, lotion, shampoo. 
Semuanya bentuk kuda, unik :)

Welcome lunch dari Shaklee
Kena isi perut dulu, sebab lepas tu Shaklee nak bawak g jalan-jalan

 Shaklee bawak ronda-ronda Kuala Lumpur
Rombongan cik kiah ke Muzium Diraja, Central Market dan Aquaria KLCC

 Dah penat-penat berjalan, malamnya dinner di Grand Hyatt Hotel
Welcome Dinner yang bertemakan Fun Fair Nite dari Shaklee, sambil dihiburkan oleh pelawak terkenal Douglas Lim

 Balik jer bilik kat hotel, ada surprise gift dari Shaklee atas katil
1 kotak Shaklee Collagen Powder uuu.. terharu aii :)

 Suasana National Conference Shaklee di MIECC The Mines yang sangat meriah dan penuh dengan aura yang positif dan bersemangat!

 Balik ke bilik untuk siap-siap ke Gala Dinner, ada pulak lagi surprise gift dari Shaklee.
Kali ni pashmina exclusive, design macam brand yang terkenal Burberry tu kan.
Maklumlah, CEO Shaklee Mr Roger Barnett tu kan owner Burberry :)

Tema Gala Dinner kali ni Majestic Nite
Serius ku blur tak tau nak pakai baju apa and malas nak beli baju baru.
Jadinya, pinjam jubah mak yang beli kat Mekah tu je.
Kira ok la kan, janji kenyang :)

 Ini sebahagian hadiah dari Shaklee selama 3 hari 2 malam
Berat beg nak mengangkut, tapi i LIKE :)
Siap dapat meal allowance RM 100 lagi tu... best ke best!

 Geng yang baru bertemu dan berkenalan di sini.
Geng selfie, geng sembang, geng gelak, geng makan, geng share ilmu.
Baru je kenal tapi mesra macam dah kenal lama.
Zana, Nuyun, Hanny and me Cik Jatt. 
By the way, Hanny tu kakak Irine Nadia Marcello blogger yang terkenal tu, 
patutla waktu first time tengok tu nampak macam familiar
Kenal kat sini terus jadi geng kamceng :)

I am Star Achiever Award!

Alhamdulillah atas pengalaman ini.
Alhamdulillah dapat merasa percutian 6 bintang secara percuma yang cukup eksklusif ini.

Terima kasih Shaklee, Terima kasih Allah S.W.T.

Friday, 3 April 2015

Percutian Percuma Shaklee Di Sri Intan Resort, Port Dickson


Team Building?
Eh eh, suri rumah pun ada Team Building? Bukan sebarang suri rumah ni, suri rumah yang duduk rumah jaga anak-anak sambil buat duit la katakan.

Kalau dulu, time bekerja makan gaji, Team Building pergi sorang diri, itupun area Penang je. Company nak control budget la kan. Tapi kali ni, Team Building bawa anak-anak dan suami sekali. Ke Port Dickson pulak tu. Everything sponsored! Bawa diri je, and of course bawa baju la:)

Terima kasih kepada my Shaklee mentor aka my mami, Master Hadhatina dan Master Kamarul, yang telah menaja sepenuhnya Team Building ni. Seramai 16 buah keluarga kalau tak silap saya, yang menyertai Team Building ni, dan keluarga saya salah satu daripadanya. Tak sangka terpilih sebenarnya, syukur Alhamdulillah.

Team Building ni diadakan di Sri Intan Resort, Port Dickson, tempat yang sangat best dan selesa. Betul-betul sebelah Pantai Telok Kemang, Port Dickson tu, anak-anak saya memang suka sangat. Siap nak ajak pergi every weekend.

Sepanjang dua hari Team Building tu, banyak aktiviti yang telah diadakan untuk semua peserta, indoor and outdoor. Malamnya pula ada BBQ Dinner dan pertandingan karaoke. Jangan tak tau, saya siap duet lagi dengan cik abang masuk petandingan karaoke tu. Bila lagi kan nak lepas gian.

Selain dapat meluangkan masa dengan family, banyak ilmu yang kami dapat sepanjang dua hari di situ. Dapat berkenalan dan mengeratkan ukhuwah dengan rakan-rakan business yang lain, dan dapat juga bertukar-tukar pandangan. Terasa betul auranya, aura yang bersemangat dan positif!

 Pemandangan dari bilik. Irfan dah superexcited bila namapak Pantai Telok Kemang tu

After check in, masuk class tuntut ilmu jap
Kakak and Irfan temankan mama jap ye. Ayah rest kat bilik time ni sebab letih drive jauh

Business Shaklee dan anak-anak memang tak dapat dipisahkan
Anak-anak adalah semangat kami!

Aktiviti bebas waktu petang.
Apa lagi, terjun swimming pool ler...

Sekejap swimming pool, sekejap pantai.
Maklumlah, sebelah-sebelah je. Best sangat tau!

BBQ Dinner & Malam Akustik
Pengacara majlis, Cik Ayu yang comel dan ayu dari team Supermom Office

Ehem ehem..
Mulanya karok sorang je, sekali dah tengah-tengah lagu, cik abang tiba-tiba join sekaki pulak.
Layannnnn.
Ok irfan, kasi can mama and ayah yer :)

Dapat jugak hadiah
Vokal Terbaik pulak tu. Eceh

Day 2
Pagi dimulakan dengan aktiviti telematch.
Keluar peluh sikit sambil eratkan ukhuwah

Anak-anak pun ada game jugak
Cari irfan cari

Yang ni last match
Khas untuk kaum-kaum bapa aje
Kaum-kaum ibu jadi tukang sorak je kat tepi

Rindu pulak rasa bila tengok gambar ni:)

We are SUPERMOM & SUPERDAD!


Best kan group kami..
Syukur sangat dipertemukan dengan group Shaklee ni.
Ukhuwah, ilmu dan segalanya tak ternilai dengan wang ringgit. Thank you Allah :)

Monday, 15 December 2014

Belajar dan Berkongsi Tips Rahsia Online Business Shaklee


Apa saja yang kita nak lakukan perlu ada ilmu. Begitulah juga jika nak buat business, perlu ada ilmu. Jika nak berjaya dunia perlu ada ilmu, nak berjaya akhirat juga perlu ada ilmu dan kalau nak berjaya kedua-duanya juga perlu ada ilmu.

Orang cakap, kalau nak berjaya, belajar dari orang yang dah berjaya, dan ikut apa yang dia buat. Pernah dengar kan.

Dalam business Shaklee ni, segala ilmu sebenarnya dah tersedia, rahsia dan amalan-amalan magik yang diamalkan oleh mereka yang telah berjaya. Untung kan. Tinggal lagi, nak apply je. Nak belajar online boleh, offline pun boleh.

Baru-baru ni, saya dan salah seorang rakan sideline saya di dalam business Shaklee ni, telah menganjurkan satu kelas di Manjung, Perak. Hah, dengan sideline tau. Walaupun, kalau nak diikutkan tu, kiranya kami ni bersaing la kan di daam business Shaklee ni. Tapi, takde la istilah macam tu di dalam group kami. Ukhuwah yang terjalin tu dah seperti keluarga, dan masing-masing tak lokek berkongsi ilmu dan saling memberi semangat sesama sendiri untuk sama-sama berjaya di dalam business ni.

Kebanyakan perkongsian kumpulan kami sebenarnya lebih kepada online, belajar dari rumah je. Tetapi, kadang-kadang, kami adakan juga kelas-kelas perjumpaan seperti ni. Sesekali berjumpa tu, auranya lain macam, dan kemesraan pun akan lebih lagi kan.

Alhamdulillah. Kelas yang kami anjurkan pada hari Sabtu 13 December 2014 di Manjung Perak ni berjalan dengan lancar. Setiap kali pergi kelas ilmu macam ni, percayalah kita akan belajar banyak benda-benda baru yang kita tak tahu. Seronok sangat dapat bertemu dengan kenalan-kenalan baru, sama-sama berkongsi pengalaman dan menyedut aura positif. Dalam kelas ni juga, saya pertama kali bertemu dengan anak Shaklee saya Aida selepas setahun lebih berkenalan dan berhubung melalui alam maya. Alhamdulillah:)

Penganjur kelas untuk hari tu, me and my partner Nadia

Sharing dari Dr Nurul tentang masalah sakit sendi
Perkongsian yang sangat menarik dan informatif. 
Hah, kami ni bukan sekadar jual produk semata-mata tau. 
Nak bagi cadangan supplements Shaklee yang sesuai untuk customers pun perlu ada ilmu. 
Bukan main jual je

Saya tengah prepare untuk my sharing pulak.
My sharing hari tu tentang rahsia teknik selling yang berkesan.
Pernah dengar pre sell, up sell, cros sell?
Hah, penting ni. 
Tu baru sikit tu, nak tau lebih lanjut tentang ni and tips rahsia lain, kena la join group saya :)

 Next sharing tentang blog.
Blog ni salah satu medium online marketing yang sangat penting.
Tapi, tulis blog pun ada tekniknya.
Kalau nak jana wang dari blog ni, ada tekniknya. Bukan main hentam tulis je.

Ni pula anak Shaklee saya, Aida tengah beraksi.
Sharing yang amat mantap tentang produk yang tengah promo sekarang, Vitamin C.
By the way, sesiapa yang nak COD area Manjung, Ipoh Perak tu, boleh terus contact Aida ni

Majlis penyampaian sijil dan T-shirt exclusive.
Saya bersama mentor saya, aka mak Shaklee saya

Sesi bergambar sebelum pulang.
Kalau majlis ilmu dan gather-gather ni, kalau takde anak-anak, riuh rendah dengan anak-anak, tak Shaklee namanya tu.
Anak-anak pun belajar sama-sama dalam kelas.
Anak-anak adalah semangat dan kekuatan kami.

Business Shaklee ni sesuai untuk semua. Tak kiralah anda suri rumah ke, pelajar ke, guru ke, pekerja swasta ke, jurutera ke atau apa saja..
Yang penting adalah usaha dan semangat anda yang tak pernah putus.
Semangat untuk belajar, semangat untuk membantu orang lain, semangat untuk mengubah taraf kehidupan keluarga, semangat untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Sekiranya anda sudah lama menyimpan niat untuk menjana wang dari rumah, memulakan online business anda sendiri, Shaklee juga adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Yang penting, anda mulakan.
Antara salah satu ciri orang yang berjaya adalah cepat bertindak. Fast action, fast result!

Semoga pengakhiran tahun 2014 ni meninggalkan kenangan yang paling manis dan bermakna untuk kita semua dan tahun baru, tahun 2015 akan bermula dengan sesuatu yang lebh baik untuk kita semua.

Tuesday, 18 November 2014

Tawaran Bekerja Semula Jadi Manager?


Eceh, tajuk tak hingat.

Kisahnya begini...

Last weekend, saya dan cik abang bawa anak-anak pergi ke Queensbay Mall, misi mencari hadiah untuk teachers kat kindy Maklumlah, next week kan dah start school holiday.

Tengah jalan-jalan dekat Queensbay Mall tu, tiba-tiba cik abang stop. Rupanya, terserempak dengan kawan lama dia. And it turns out, kawan lama dia tu HR Manager dekat company yang saya kerja dulu. Saya takdelah stop sembang sama, terus je jalan dengan anak-anak, singgah outlets kat tepi-tepi tu.

Dah habis borak dengan member dia tu, then tiba-tiba cik abang pun dengan excitednya tanya saya:

Cik Abang : Sayang kenal tak kawan abang tadi tu. HR Manager kilang sayang dulu...

Me : Kenal. Saja ja buat-buat tak kenal tadi. Hihi. Dia ingat sayang lagi ke?

Cik Abang : Mestilah dia ingat. Dia cakap nama sayang naik dalam big boss punya meeting

Me : (Dengan muka cuak giler) Aik, awat pulak?

Cik Abang : Ada audit hari tu, kantoi takde orang boleh jawab. General Manager tu mention nama sayang. Dia cakap 'We need Siti Hajar at this time'. Hebat gak sayang.

Me : Aikk, baru tau ke bini abang ni hebat. Hihi

Cik Abang : Abang cakap kat member abang tu, nak hire dia balik ka. Kalau offer jadi Manager, abang akan pujuk sayang kerja balik

Me : Ishh, tak mau la. Bukan pangkat yang ku kejar. 

Man man la cik abang ku ni pun. Bini dia dulu pun baru Senior Engineer takkan company nak offer terus jadi Manager kut. Hihi

Kalau takde rasa cinta kat pekerjaan yang kita buat tu pun susah jugak. I love what i'm doing now, working at home, doing online business. Lagi hebat kan :)

Sempat sefie seound dengan irfan.
Irfan ni kan, ada-ada aje tau aksi dia.
Cheeky boy ni :)

Monday, 20 October 2014

Bincang Projek Business Di Old Town, Queensbay Mall


Salam Isnin semua...

So, how's your weekend. Hopefully semuanya happy ya, spending quality time with family and friends.

My weekend, quite full juga. COD barang customers, pos barang customers, shopping barang-barang rumah, kemas rumah, main dengan anak-anak:) And yesterday, paling best, sebab dapat jumpa 'mak' Shaklee saya, Hadhatina Mkb yang kebetulan ada business tour sebelah utara ni.

Kitorang jumpa dekat Old Town White Coffee, Queensbay Mall. Selain sembang-sembang santai, meet up ni juga actually untuk discuss tentang project baru our team untuk lebih berkembang lagi dalam business Shaklee ni. The first briefing hari tu dah buat dekat KL, untuk yang jauh macam saya ni, tak dapat pergi, so just tengok rakaman video briefing tu. Tapi, ni dah alang-alang mak Shaklee saya datang sini, tu yang terus jumpa sekali tu.

Alhamdulillah, banyak sangat tips yang dikongsikan, and i'm so excited to start this for my team. It's not only for me, but for my team especially, anak cucu Shaklee saya yang benar-benar serius dan komited ingin berjaya dalam Shaklee. Saya nak bantu mereka grow, dan lihat mereka juga berjaya di dalam Shaklee, capai apa yang mereka impikan. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkanNya nanti. Korang pun doakan k.. :)

So, here's some picture semalam...

 Old Town White Coffe, Queensbay Mall

 Ayah jaga anak-anak sat noo..
Mama ada project juta-juta nak discuss ni:)

We are Working At Home Mother!
Ye, we are proud of it. 
Duduk rumah, sambil jaga anak-anak, kami jana wang dari rumah.
Let's be part of our team.
Who know's you are NEXT..
Just DREAM IT, BELIEVE IT and ACHIEVE IT!

Monday, 22 September 2014

Jatuh Cinta Dengan Shaklee Collagen Powder, Boleh :)


Salam semua..

Macam mana ye weekend korang. Hopefully semua happy, spending time with friends, family or having your own sweet time after the whole week was busy working kan.

My weekend baru ni, quite busy jugak..

Beramah mesra dan berkongsi ilmu dengan my new anak Shaklee yang nak buat business, pergi kenduri my neighbour kat kampung, COD supplement Shaklee area Penang sampaila ke Alor Setar.
And the most happy moment bila my kids, kakak and Irfan dah boleh naik bicycle. Yeyyy!
So, kakak at 6 years and Irfan at 5 years dah boleh dah. Bagus anak-anak mama ni, bukannya susah mana pun kan, just need to conquer your fear.

Tajuk macam takde kaitan pulak, tajuk Shaklee Collagen Powder tapi cerita pasal weekend.

But, seriously, i'm falling in love dengan Shaklee Collagen Powder ni. Bestnya lahai rasa kulit, over tak kalau i nak cakap tak pernah rasa kulit selembut ni. Jerawat pun dah segan nak tumbuh. Ada hari tu, ada seketul biji apa ntah kat pipi ni, lama betul kat situ tak kecut-kecut. Makin obvious lagi ada la. Tapi bila dah makan collagen ni, hilang uuu.

Semalam jumpa my friend, COD supplement Shaklee, my friend pun tegur my skin nampak cantik. Collagen ke dia tanya :)

And pagi ni, my husband cakap muka nampak glowing dan makin cerah.
Itupun selepas tanya la, ada nampak improvement tak kat my skin. Jangan mimpila cik abang nak puji tetiba macam tu...

Tak sampai sekotak pun lagi makan ni, kesan dah best macam ni.
So korang yang nak kesan yang best dan cepat, u should try Shaklee Collagen Powder ni. Since bulan ni ada promosi, ambik peluang try bulan ni. Setahun sekali jer kut Shaklee buat promosi ni.
Highly recommended untuk yang nak cepat hilangkan sunburn, hilangkan jeragat, hilangkan parut, cerahkan kulit, hilangkan eye bag, hilangkan garis-garis halus kulit aka kedut ler tu, tegangkan kulit, kecilkan pori-pori terbuka, and of course la untuk kulit sihat dan berseri.

 Yeyyy! Laju kakak laju..

Ini waktu mula-mula nak practice.
Lepas tu lagi laju dari kakak dah. Asyik nak depan kakak je.
Pink pun pink la ipan. Basikal warisan kakak ni, kakak kan dah upgrade level.
Ipan dari kecik, semua dapat bicycle warisan kakak je.
Level by level :)

Bila dah balik rumah my mom ni, memang asyik makan jer la kerjanya.
Dengan laksanya, kuih nya.. 
Lauk yang sangat mengancam.
Memang tak mamu nak tolak. Cik abang ku memang tau dah,  
Lecithin wajib angkut bawa balik. Tak nak ternak lemak katanya :)
Ni junior masterchef tengah tolong mak tok buat donut yang gebu..

 Dengan kenduri lagi..
Fuhh, memang makan sungguh..

 With my mom yang awet muda :)
 
 Produk yang paling hot bulan ni, Shaklee Collagen Powder.
COD ada, pack untuk pos pun ada.
Ada yang grab 6 box terus, dapat free 1 box.
Ada yang grab 2 kotak, ada yang grab sekotak.
Rugi tau if tak grab bulan ni.
Nak tau special price bulan ni, meh PM i k :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit