Showing posts with label HERB-LAX. Show all posts
Showing posts with label HERB-LAX. Show all posts

Monday, 23 May 2016

6 Punca 'Pelik' Berat Badan Naik Yang Korang Memang Tak Sangka

"Akak. Takut la nak makan vitamin ni. Takut gemuk."

Ni dah salah konsep ni dik. Ajaran sesat mana pulak ni yang kononnya makan vitamin boleh jadi gemuk. Makan McD or KFC tak takut pulak ye :)

Berat badan naik adalah disebabkan oleh kalori berlebihan. Kalori berlebihan ni bahasa mudahnya, makan banyak la. Kalori berlebihan yang tak digunakan atau dibakar ni, akan bertukar menjadi lemak di dalam badan yang akan menyebabkan berat atau size badan mula bertambah.

Vitamin tidak mengandungi kalori, jadi ia tak akan menyebabkan anda menjadi gemuk. So, jangan risau k. Bila makan vitamin ni, jadi makin slim and cantik lagi ada la.

6 Punca Berat Badan Naik Yang Korang Memang Tak Sangka

Cerita bab gemuk atau berat badan naik ni kan, ada sesetengah orang yang walaupun dah diet bersungguh-sungguh, dengan bersenam lagi, tapi berat badan tetap juga naik. Hah, yang ni kena risau, entah-entah kurang vitamin kut.

Berat badan naik sebab kekurangan vitamin?
Biar betul.

Ok, macam ni. Berat badan ni meningkat bukan hanya kerana makan banyak atau kurang bersenam saja. Bahkan ada juga faktor-faktor pelik yang kadang-kadang tu tidak pernah terlintas di fikiran kita pun.

So, cuba semak checklist ni k... mungkin ini antara penyebab berat badan anda semakin naik. Maklumlah, dah nak dekat raya ni. Misi untuk kurus di pagi raya kan dah sinonim dengan kaum wanita ni :)

1. Sukar ke tandas

Jika anda mempunyai masalah penghadaman, memang berat badan boleh naik. Secara idealnya, anda harus ke tandas selepas satu atau beberapa jam makan. Ke tandas sekali atau dua kali sehari sangat bagus. Itu menunjukkan proses penghadaman berjalan lancar. Tetapi seandainya anda jenis sukar ke tandas, kekurangan air atau kurang pengambilan serat, maknanya sistem penghadaman anda bermasalah. Sebab itulah, berat badan meningkat.

Saya pun actually mempunyai masalah penghadaman ni, sampai kadang-kadang tu jadi sembelit. Nasib baik belum sampai tahap jadi buasir dan berdarah. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah ok. Selain amalkan minum banyak air masak, saya juga amalkan Ostematrix dan Herblax. Dua2 ni memang best sangat. Penghadaman jadi lancar, badan rasa ringan dan perut pun feeling kempis.

2. Kurang vitamin dalam badan

Orang kurus, tak semestinya kurang vitamin. Orang yang gemuk pula, tak semestinya cukup atau terlebihan vitamin.
Kurus atau gemuk tak menunjukkan tahap kesihatan dalaman kita, tapi biasanya gemuk atau berlebihan berat badan ni berkait rapat dengan pelbagai penyakit merbahaya termasuk kekurangan zat tertentu.

Jika badan anda kekurangan nutrien vitamin D, magnesium atau zat besi, akan menggangu kadar metabolisme anda. Bukan sahaja anda menjadi mudah lesu, bahkan kekurangan semua vitamin ini akan menyebabkan gangguan pada sistem penghadaman anda yang membawa kepada peningkatan berat badan.

3. Semakin berusia

Faktor ini tidak boleh dielakkan. Sewaktu usia mencecah 30 tahun, kadar metabolisme sudah tidak sehebat ketika umur 20 tahun.  

Kalau zaman muda-muda dulu, melantak macam naga pun badan maintain jer. Tapi bila dah kahwin, dah beranak, makan sikit pun badan naik macam hape. Masalah yang sangat biasa di kalangan kaum wanita ni.

Kena jaga-jaga sikit la. Senaman yang banyak membantu pada waktu ini. Jaga pemakanan dan elakkan makanan yang tidak sihat. Hanya dua cara ini yang boleh membantu metabolisme kita untuk terus ‘bergerak’. 

4. Kemurungan

Kebanyakan ubat anti kemurungan boleh menyebabkan berat badan naik. Menurut Dr. Hedaya, pengasas National Center for Whole Psychiatry di Chevy Chase, MD., mengambil ubat-ubatan ini boleh menyebabkan berat badan naik antara lima ke 15 paun dalam masa setahun. Walaupun anda tidak makan ubat, depresi tetap menyebabkan masalah ini.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Public Health, menunjukkan bahawa mereka yang sering berasa sedih atau kesunyian akan naik berat badan dengan mudah. Kata Belinda Needham, PhD, pembantu profesor di jabatan sosiologi di UAB, golongan depresi cenderung untuk mengambil makanan tinggi kandungan kalori dan lemak atau mengurangkan aktiviti senaman mereka.

So, jangan stress2 ok. Ceria dan senyum2 lah selalu!

5. Pengambilan ubat

Ada senarai panjang ubat-ubatan yang boleh meningkatkan berat badan. Katakan anda ambil pil perancang keluarga, pil hormon, steroid, ubat untuk penghidap sakit jantung dan masalah tekanan darah, mahupun ubat untuk merawat kanser payudara, anda akan perasan ada perubahan pada bentuk badan anda. Selain itu, ubat migrain pun boleh menyebabkan berat badan anda naik.

Wah, biar betul? Ya, perkara ini betul. Pengambilan ubat-ubat ini boleh memberi kesan kepada selera makan atau tahap metabolisme anda.

6. Sakit tumit

Pernahkah anda terfikir, sakit tumit juga menjadi punca peningkatn berat badan? Selain itu, penyakit osteoarthritis (masalah tulang rawan haus) atau sakit lutut dan pinggul juga mendorong ke arah itu. Menurut Donald Bohay, Md,. dari American Orthopaedic Food & Ankle Society, sakit tumit akan menyebabkan seseorang itu untuk menjadi malas untuk bergerak aktif sekali gus menjadikan berat badan meningkat.

Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)

Thursday, 25 February 2016

3 Cara Mudah Saya Kempiskan Perut Dan Bakar Lemak Dengan Cepat

Assalamualaikum :)

Bulan February sentiasa menjadi bulan yang istimewa buat saya. Selain bulan anniversary saya dan cik abang, bulan ni juga merupakan bulan kelahiran puteri sulung kami iaitu kakak Aina Qistina, dan bulan kelahiran ibu saya.

Mama and kakak Aina yang dah genap 8 tahun :)

Memang kitorang takde plan nak buat majlis apa pun, cuma plan nak potong kek dan makan-makan dengan family jer.

Kek simple jer, tak sempat nak tempah2, beli dekat Secret Recipe...

 My favourite, Chocolate Indulgence Cake

Kebetulan pulak weekend baru ni kami balik Alor Setar rumah my parents, so alang-alang terus buat double celebration for kakak Aina dengan my mom. Sambut awal sikit la, hari lahir kakak Aina 24 February, and my mom pulak 26 February.

Me and my beloved mom

Tajuk pasal nak kurus, tapi cerita pasal birthday pulak

Ok, kisahnya begini..
Korang imagine la Chocolate Indulgence Cake tu, punya la besar, dah la tebal pulak tu.
Sekali kakak Aina cakap dia tak suka, padahal sebelum-sebelum ni pernah makan ok jer.
Irfan and cik abang pulak, memang perut nasi. Kek-kek ni kureng sikit.
Mak dengan ayah saya ada la makan jugak.

So, balik Penang tu, saya hangkut la balik sekali kek tu. Tinggal sikit je kat my parents sebab my parents cakap, takut tak habis.

Saya ni pulak hantu kek. Memang pantang tengok kek.

Ada dekat separuh kek tu saya bawak balik Penang, and saya sorang je makan.
Perut rasa buncit giler, dah rasa macam dok ternak lemak. Series!

Just imagine, dalam masa 2 hari jer saya habiskan kek tu. Pagi ni pun saya breakfast dengan kek ni.

Kalau dah makan sampai tahap macam tu, of course la kena buang apa yang patut, bakar lelemaks intensive sikit kan.

Cara Saya Kempiskan Perut Dan Bakar Lemak Dengan Cepat

1. Tak skip makan

Rules paling penting nak kurus, jangan skip meal. Walaupun dah beratus-ratus kalori yang dah saya telan dari kek tu, saya tetap juga kena makan benda lain. Contohnya, if pagi tadi saya dah beriya makan kek tu, so waktu lunch memang tekak dan perut saya tak dapat terima dah nasi. Nak kata kenyang sangat tu tak juga, sebab benda-benda macam tu kenyangnya sekejap je, tapi perut rasa buncit dan sengkak semacam. So, saya pilih minum ESP je untuk lunch.

Sebab penting kenapa kita tak boleh skip makan, adalah untuk pastikan metabolisma badan tak drop dan juga untuk bantu kawal selera makan.

ESP ni saya biasanya minum as breakfast. Selain bagi rasa kenyang, ESP ni juga bantu bagi tenaga. Yang penting, low fat, low calorie and zero cholestrol. Dan yang lagi best, if konsisten minum ESP ni, kulit memang akan makin cerah dan bersih, parut cepat hilang, jerawat pun malas muncul.

2. Bakar lemak supaya tak mendap dalam badan

Kalori yang diambil secara berlebihan, jika tak digunakan atau dibakar, akan menjadi lemak-lemak yang mendap dan disimpan dalam badan.

Salah satu cara untuk pecahkan dan bakar lemak-lemak ni adalah dengan pengambilan Omega Guard dan Lecithin. Kedua-dua supplements ni juga untuk bantu kawal kolestrol dalam badan.

Actually, kedua-dua ni saya tak ambil hari-hari, sebab saya lebih konsten ambil supplements Shaklee yang untuk cantikkan kulit. Tetapi sesekali saya akan ambil ni juga untuk maintain badan dan bila saya rasa time makan terover the limit, memang saya akan konsisten ambil ni.

So untuk korang yang memang dalam usaha tengah nak kurangkan berat badan tu, konsisten ambil tau, jangan culas k.

Selain Lecithin dan Omega Guard, saya juga ambil Herblax. Herblax ni memang salah satu supplements rutin saya. Cuma saya tak ambil la hari-hari. Herblax ni weekly detox saya.

Tahukah anda, selain lemak yang banyak di bahagian perut, perut juga buncit kerana sistem penghadaman yang tidak sempurna, sisa buangan di dalam usus tidak keluar sepenuhnya.

Dengan Herblax, masalah ni settle!

Bila ambil Herblax ni, sistem penghadaman lancar sangat, keluar habis sisa-sia yang mana tak habis keluar tu, badan rasa ringan, yang sengkak-sengkak tu hilang, perut pun makin kempis. Sebab tu Herblax ni memang sentiasa kena ada kat rumah saya.

3. Senaman

Pengakuan ikhlas, saya memang jarang sangat senaman. Nasib baik la sibuk buat kerja rumah, ambil dan hantar anak-anak sekolah & kelas petang, so yang ni pun kira senaman juga la kan.

Ada la basikal untuk cycling kat dalam rumah ni, cik abang punya. Tapi tak tau la kenapa takde feel nak cycling. Nak kena jalan-jalan, jogging kat park baru ada feel. Alasan. Hihihi..
Weekend ni nak ajakla cik abang pergi park. Sambil anak-anak main, maknya ni pun nak bakar lemak la jugak..

 Lepas jogging join anak-anak makan aice cream aci tak. Hihi
Jangan tiru aksi ini kalau jogging tak seberapa

Itula serba sedikit perkongsian saya :)
Zaman muda remaja dulu-dulu, saya ni kategori kurus la jugak. Tapi bila dah beranak, dah meningkat usia ni, metabolisma badan tu dah makin slow. Kalau makan banyak tu, memang cepat jer badan naik, perut pun buncit semacam. Tapi takkan nak biar lama-lama kan. Kang dibiarkan, makin lama makin gemuk, bukan senang tau nak kurus balik, menyesal tak sudah. 

So, kalau rasa badan tu dah mula naik, kena usaha tau, jangan buat endah tak endah. Kalau perlu kurangkan, kurangkan atau at least bagi maintain berat badan yang kita selesa.

Kurus ni actually bukan untuk cantik jer. Yang lebih penting sekali untuk sihat, supaya kita nak buat aktiviti seharian pun senang, takde la asyik mengah la, sakit lutut la, badan rasa berat la, malas nak bergerak la. Nak buat amal ibadat pun mudah, betul tak. Lagipun, berat badan yang berlebihan ni meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang kritikal seperti darah tinggi, jantung, strok, kencing manis dan sebagainya.

Sayangi diri, jaga kesihatan ya semua :)

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Tuesday, 8 July 2014

Bahaya Toksin Berlebihan Dan Cara Detoks Semulajadi

Semakin ramai yang mula menyedari akan kepentingan untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Tetapi, persoalannya sekarang, berapa ramai yang sudah ambil tindakan?

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai customer saya dari kaum lelaki. Ada yang membeli supplement untuk isteri dan kawan, dan ada juga untuk diri sendiri. Antara favourite supplement untuk diri sediri dari kaum lelaki ni, adalah set detoks. Bukan kaum wanita jer yang pentingkan kesihatan tau, lelaki pun dah semakin ramai yang prihatin. Tahniah saya ucapkan.

Punca dan Risiko Toksin Berlebihan

Zaman sekarang bukan macam zaman datuk nenek kita dahulu. Zaman dulu, makan pun ayam kampung, sayur semua tanam sendiri. Mana ada makan makanan segera yang penuh dengan perasa, pengawet, pewarna tiruan. Tu baru cerita bab makanan, belum masuk bab-bab penggunaan bahan kimia, pencemaran udara, air dan sebagainya.

Dari situlah datangnya toksin, yang masuk ke badan kita, samada secara sedar atau tidak.

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya

Tanda-tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan

Jom tengok adakah anda mempunyai tanda-tanda ni...
  • Sering letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
  • Sering alami sembelit dan cirit-birit
  • Masalah jerawat dan bintik hitam
  • Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
  • Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
  • Cepat marah dan mudah murung
  • Kitaran haid tidak normal
  • Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi

Detoks Secara Selamat dan Semulajadi dengan Shaklee

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.
Sebelum saya mengenali Shaklee, memang saya tak pernah detoks. Bayangkan la, 30 tahun lebih segala toksin dalam badan terkumpul. Seram nak bayangkan. Patutla jerawat penuh muka, sembelit, selalu sakit kepala :) Alhamdulillah bertemu Shaklee. Baru pulun nak buang segala toksin berbahaya dalam badan. Alfafa adalah daily detox saya, dan Herblax adalah weekly detox saya.

1. Herblax

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

2. Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.

Best kan detox dengan Herblax dan Alfafa ni. Bukan sahaja detox, malah banyak betul faedah lain yang boleh kita dapat untuk kesihatan dan kecantikan.

JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA!

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

Tuesday, 15 April 2014

Cara Kempiskan Perut Buncit

Saya terjumpa satu fakta menarik mengenai sebab utama perut buncit. Menarik fakta ni. Jom kita baca sama-sama ok..

Sebab Utama Perut Buncit

"Kenaikan berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Ahli naturopathi serta homeopathi tidak menyangkal hakikat ramai di antara kita yang memikul beban sekurang-kurangnya tiga kilo di dalam usus besar tanpa disedari. Pakar pemakanan turut berpendapat individu-individu yang memiliki usus besar yang bermasalah tidak dapat menyerap khasiat dari makanan yang diambil seterusnya menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih dari sepatutnya."

Kesimpulannya, atau dengan bahasa mudahnya, jom detoks usus untuk kempiskan perut! Bukan jer untuk slim semata-mata, malah detoks juga penting untuk membuang sisa-sisa toksin berlebihan yang merbahaya untuk badan.

Cadangan supplement Shaklee untuk detoks usus adalah Herblax. Saya sendiri pun amalkan Herblax ni, dan seriously memang rasa kempis perut. Lagipun, saya ni ada masalah sembelit sikit, jadi Herblax ni sangat membantu untuk masalah penghadaman saya.

 Herblax

Herblax ni adalah salah satu cadangan supplement dari Shaklee untuk kurangkan berat badan dan kurus secara sihat dan semulajadi. Selain Herblax, berikut adalah antara supplement yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee:
  • Alfafa - detoks seluruh badan, mengurangkan retensi air dan mengangkut lemak keluar dari badan
  • Lecithin - pecahkan lemak
  • Omega Guard - bakar lemak-lemak yang mendap dan membantu mengawal selera makan
  • ESP/Cinch Shake - memberi rasa kenyang yang lama untuk mengelakkan dari makan secara berlebihan, menjadikan badan fit
  • Cinch Energy Tea Mix - memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma sehingga 4 kali ganda
Senarai di atas adalah set lengkap. Jangan risau, tak semestinya anda mengambil set lengkap. Anda boleh mengambil mengikut budget anda ya.

Hubungi saya untuk konsultasi mengenai produk yang sesuai dengan budget anda dan juga konsultasi exclusive selepas pembelian, mengenai cara dan pengambilan yang betul untuk anda. Penting ya konsultasi yang betul selepas pembelian. Pastikan anda membeli dari pengedar yang boleh memberi konsultasi terbaik untuk anda supaya tak sia-sia nanti wang yang anda laburkan untuk mendapatkan berat badan yang anda diidam-idamkan :)

Jom! Kurus secara sihat dan semulajadi dengan Shaklee!

Klik sini untuk Testimoni Set Kurus Shaklee

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 13 December 2013

[Detoks] Bahaya Toksin Dalam Badan

TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.

Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan.

Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi, faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis sesuatu penyakit ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan.

“Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

“Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser atau migrain.

“Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya,” katanya.

Kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG) mendapati, terdapat 91 unsur pencemaran kimia daripada sumber industri dan pelbagai unsur kimia yang lain di dalam sampel darah dan air kencing sembilan sukarelawan dari lima bandar raya berlainan.

Jumlah keseluruhan toksin yang dijumpai pula sebanyak 167. Seperti kebanyakan kita, sembilan sukarelawan berkenaan tidak langsung bekerja di persekitaran yang terdedah atau dicemari industri kimia.

Menerusi 167 toksin yang ditemui itu, 76 dikenal pasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh menyebabkan kecacatan janin.

Dr Syid Ayob berkata, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan.

Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak turut mempengaruhi.

“Semua bahan ini masuk ke dalam usus lalu meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin itu akan diserap dan melekat dalam darah lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti radang usus.

“Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah dua kali sehari. Tetapi, jika seseorang tidak membuang air dengan kadar sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus, seterusnya menjadi toksin dalam tubuh,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu hamil atau sedang menyusukan bayi tidak sesuai untuk membuang toksin melalui bahan makanan tambahan.

Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus.

Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran di dalamnya. Jika mahu melakukannya, pastikan mendapatkan khidmat doktor bertauliah.

Walaupun tubuh manusia memiliki keupayaan semula jadi iaitu menggunakan hati dan usus untuk menyahtoksin, kita juga mampu mencari alternatif lain untuk meringankan bebannya.

“Dengan mengamalkan sokongan makanan tambahan yang melancarkan proses penyahtoksin, ia mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri daripada sisa toksin."

Credit : Metro 

Detoks Secara Selamat dan Semulajadi dengan Shaklee

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.
Sebelum saya mengenali Shaklee, memang saya tak pernah detoks. Bayangkan la, 30 tahun lebih segala toksin dalam badan terkumpul. Seram nak bayangkan. Patutla jerawat penuh muka, sembelit, selalu sakit kepala :) Alhamdulillah bertemu Shaklee. Baru pulun nak buang segala toksin berbahaya dalam badan. Alfafa adalah daily detox saya, dan Herblax adalah weekly detox saya.

1. Herblax

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

2. Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.

Best kan detox dengan Herblax dan Alfafa ni. Bukan sahaja detox, malah banyak betul faedah lain yang boleh kita dapat untuk kesihatan dan kecantikan.

JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA!

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

Tuesday, 26 March 2013

[Testimoni Set Kurus] Selepas 2 Minggu : Berat Badan Turun, Kulit Semakin Lembut dan Halus, Badan pun Semakin Cergas

Panjang betul tajuk entry kali ni, punyala teruja nak update perubahan yang dialami oleh salah seorang pennguna Set Kurus Shaklee. Mau tak teruja, baru 2 minggu sahaja beliau amalkan produk Shaklee, kesan yang dialami sangat-sangat meletup:)

Jom kita tengok testimoni beliau:

Selepas 2 minggu amalkan Herblax, Lecithin dan ESP, kesan yang beliau dapati adalah:
  • Berat badan semakin kurang
  • Kulit semakin lembut dan halus
  • Bekas-bekas jerawat semakin hilang
  • Rasa penat sudah tiada dan badan menjadi cergas
Teruja?
Inginkan perubahan yang sama atau lebih lagi?
Ingin tahu produk yang sesuai untuk anda?

Contact saya laju-laju!

Ramai yang dah berjaya, anda bila lagi:)
Jom berubah bersama Shaklee!

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Set Kurus Shaklee : Kurus Secara Selamat, Semulajadi dan Terbukti Berkesan

Assalamualaikum, Salam Sihat dan Cantik kepada semua:)

Ada tak yang berazam nak kuruskan badan sebelum raya ni? Ada lebih kurang 4 bulan lagi ni, target nak turunkan berapa kilo sebulan, 1 kg, 2 kg, 5 kg, 20 kg? Bila berat dah turun, barula boleh melaram cantik-cantik kan. Jom buat target anda sekarang, contohnya "TURUN 20 KG SEBELUM RAYA". Dengar macam mustahil, tapi percayalah, tak mustahil langsung sebab ramai yang dah berjaya, malah ada yang lebih berjaya dari tu. Hahhh, bila dah ada target, kenala bertindak dari sekarang dan fokus yer:)

Kuruskan Badan Secara Sihat dan Semulajadi tanpa Berlapar

Macam mana nak buat, nak kena ikat perut dan berlapar ke semata-mata nak kurus? Berlapar bukan caranya yer.

" Bila kita skip waktu makan kita atau berlapar, metabolisma kita jadi rendah dan badan kita tak membakar pun kalori yang sepatutnya kita bakar. Lagipun, bila kita lapar contohnya kalau kita skip lunch, confirm malam kita makan banyak kan, macam mana nak turun berat badan kalau macam tu :) "

Jadi, pengambilan Set Kurus Shaklee amat disarankan untuk membantu anda merealisasikan dan mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan secara sihat dan semulajadi tanpa perlu berlapar. Di samping itu, ia seharusnya disertai dengan tabiat pemakanan yang seimbang dan terkawal serta sedikit senaman, jalan laju, buat kerja rumah, naik tangga, turun tangga pun dikira bersenam tau.

Jika anda disiplin dan konsisten dalam mengamalkan supplemen Shaklee, kawal pemakanan serta sedikit senaman, tiada alasan untuk anda tidak berjaya, anda PASTI BERJAYA

Set Kurus Shaklee

Basically, set kurus Shaklee bertindak melalui tiga cara iaitu:
  1. Detox
  2. Bakar atau pecahkan lemak
  3. Bina otot dan tingkatkan metabolisma
Jom kita tengok apa pula produk yang terdapat dalam set ini dan bagaimana ianya membantu anda untuk mengurangkan berat badan anda secara selamat dan semulajadi.
* Bonus : Set ini bukan sahaja membantu anda mencapai impian anda untuk kuruskan badan, malah ada yang memberi feedback yang ianya sekaligus telah menjadikan kulit wajah mereka lebih sihat dan berseri, serta meningkatkan tenaga dan kesihatan mereka. WOW, TERBAIK :)

Detox
  • Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 
  • Alfafa -  bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega
Bakar atau pecahkan lemak
  • Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh. 
  • Omega Guard - membantu proses memecahkan lemak dan membantu mengawal selera makan
Membina otot dan tingkatkan metabolisma
  • Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan café latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan anda tak menggeleber setelah berat badan turun nanti. 
  • ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan

Pilihan Set Kurus Mengikut Budget

Sweet Mom Vitamin Shop bersedia membantu anda memilih rangkaian produk yang bersesuaian dengan budget dan kehendak anda.

Herblax + Alfafa + Lecithin

* Boleh dipilih mengikut budget
Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma

* Boleh dipilih mengikut budget
Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma

Kalau anda mempunyai budget yang terhad, tak perlu la beli semua yang dalam Set Advance tu eh. Jangan la sebab nak cantik dan kurus, anda terpaksa pula bergolok gadai kan:) Tak tau nak pilih yang mana satu, jangan risau, saya sedia membantu anda. Hubungi saya ok, konsultasi PERCUMA jer dari saya, khas untuk anda yang ingin tampil cantik, sihat dan menawan:)
 
" JOM BERUBAH SEKARANG. SIHAT DAN CANTIK DENGAN SHAKLEE "

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 12 March 2013

Detox Secara Selamat dan Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa Shaklee

Tanda-tanda Toksin Berlebihan

Adakah anda mempunyai tanda-tanda berikut:
  • Sering letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
  • Sering alami sembelit atau cirit-birit
  • Timbulnya jerawat dan bintik hitam
  • Berat badan naik
  • Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
  • Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
  • Cepat marah dan mudah murung
  • Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi
Simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, anda digalakkan untuk melakukan proses DETOX. Selain daripada simpton-simpton di atas, saya juga sarankan kepada sesiapa sahaja yang baru mahu memulakan program pemakanan kesihatan bersama suplemen Shaklee atau mana-mana supplemen, pastikan anda DETOX terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa itu Detox dan Mengapa Detox Penting

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita. 
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus). 
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi. 
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air. 
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 

Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik

Dari Manakah Datangnya Benda-benda Toksin Ini?

Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

Detox Secara Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa : Shaklee

Sekarang ni memang banyak betul pilihan produk untuk detox ni. Kalau pergi Watson atau mana-mana kedai jual produk kecantikan, berderet-deret segala macam jenis produk dijual untuk detox, sedia duit jer:)

Namun, tahukah anda bahawa kita boleh menjalani detoks secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.

1. Herblax

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

[TESTIMONIAL HERBLAX]
Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...
" Sebenarnya sebelum saya mengenali Shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herblax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan"

2. Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.

Best kan detox dengan Herblax dan Alfafa ni. Bukan sahaja detox, malah banyak betul faedah lain yang boleh kita dapat untuk kesihatan dan kecantikan.

JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA!

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 10 March 2013

Tips Mudah Turunkan Berat Badan : Tip Diet dan Senaman + SET KURUS SHAKLEE

"Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan"

Rutin harian yang hanya duduk di pejabat dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan.

Sebaiknya, elakkan makan makanan yang banyak lemak dan berminyak di samping mengamalkan pemakanan seimbang.

Ini kerana, berat badan yang berlebihan atau obesiti tanpa disedari akan meningkatkan risiko kesihatan dan masalah lain seperti penyakit angin ahmar (strok), tekanan darah tinggi, sesak nafas, kencing manis, rasa rendah diri dan radang sendi tulang.

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan.

Berikut tip yang ingin saya kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan:

Tip Diet dan Pemakanan
  • Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam)
  • Kenali keperluan kalori seharian
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun
  • Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan
  • Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat
  • Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat
Tip Senaman
  • Tukarkan gaya hidup pasif kepada gaya hidup aktif. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
  • Berjalan kaki, menaiki tangga, melakukan kerja rumah, skipping adalah contoh senaman yang mudah:)
  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga
  • Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak
  • Sauna dan bilik berwap membantu membakar kalori dan proses pencernaan.
  • Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres (ooppss, yang ni untuk yang dah berkahwin je ok) 
Jika Digabungkan dengan Senaman dan Diet yang Betul, Pengambilan Makanan Tambahan dapat Membantu Mempercepatkan Usaha Anda Mengurangkan Berat Badan
  • Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, ya, kerana dengan pembakaran kalori berlebihan ini, anda dapat mengurangkan berat badan
  • Makanan tambahan protein adalah pilihan yang baik sebagai snek. Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah
  • Dapatkan multivitamin yang baik. Kekurangan mikro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik.
Set Kurus Shaklee

Di Shaklee, kami mempunyai beberapa produk yang dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
Di bawah, saya senaraikan secara ringkas produk di dalam Set Kurus Shaklee serta fungsi-fungsinya..

VITALEA
Ia adalah multivitamin with iron formula, mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral. Digalakkan makan supaya anda rasa bertenaga, sihat dan rasa kenyang walaupun anda sedang berdiet. Jangan nanti berdiet sehingga kita kekurangan zat pula ye

HERBLAX
Berfungsi sebagai detoks. Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.
** Tidak digalakkan untuk ibu menyusu

ALFAFA
Ia adalah sejenis tumbuhan herba dan juga bersifat fiber di mana ia akan mengankut segala lemak-lemak jahat melalui proses pembuangan air besar, maknanya perut kita akan lawas.

LECITHIN
Ia berfungsi sebagai fat emulsifier iaitu memecahkan lemak di dalam badan
** Boleh digantikan atau digabungkan dengan Omega Guard kerana Omega Guard bertindak lebih cepat dalam membakar lemak

CINCH SHAKE
Protein penting untuk memelihara otot dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber)? Orang yang macam ni, yang turun itu bukan berat tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab itu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet. Cinch Shake juga membuatkan perut kita sentisa kenyang.
** Untuk ibu menyusu, disarankan pengambilan menggantikan Cinch Shake dengan ESP

Testimoni Set Kurus Shaklee

Setiap produk di dalam Set Kurus Shaklee bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan, malah produk-produk ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat lain yang boleh membantu anda meningkatkan tahap kesihatan badan. Disebabkan itulah, Set Kurus Shaklee telah menjadi pilihan ramai dan keberkesanannya juga telah diakui. Jom kita lihat testimonial dari pengguna yang telah mencuba set ini:

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk kembali kurus dan langsing dengan Set Kurus Shaklee. Bukan sahaja anda semakin kurus, malah kesihatan pun terjaim. Jangan tak tau, dengan set ini, kulit anda pun akan menjadi semakin cantik tau:)

Jika anda mempunyai limited budget, jangan risau, anda masih boleh mencuba dan berjaya kurus dan cantik dengan Shaklee. Anda boleh hubungi saya,dan saya akan tunjukkan caranya.

Ramai yang dah berjaya kurus, langsing dan cantik dengan Shaklee. Rugi jika anda tak cuba tau.
Contact saya laju-laju ok:)