Assalamualaikum & Salam Ramadhan semua :)
Harap masih belum terlambat ya untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Semoga ibadah kita tahun ini akan mendapat berkatNya dan kita lakukan yang terbaik dan lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah.
Bulan puasa tahun ni adalah yang pertama saya berpuasa sebagai seorang working at home mother. Berdebar-debar pun ada, maklumlah nak kena masak sendiri dengan skill yang tak seberapa ni. Teringat dulu time full time working, balik dari kerja, sampai rumah hanya sempat masak nasi jer. Penat pun tak hilang lagi dah kena ready nak berbuka. Lauk-pauk biasanya saya beli kat cafe company jer. Bila weekend jer, cabut balik kampung berbuka dengan parents and parents in law.
Tahun ni, rutin balik kampung setiap kali weekend masih lagi diteruskan. Cuma rutin harian jer la yang dah berubah, no more lauk kantin. So far so good, mendapat pujian dari cik abang dan anak-anak. Ni yang bertambah semangat nak masak ni. Eceh. Paling penting, masak sendiri lebih terjamin dari segi tahap kebersihan dan kesihatan. Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan peluang yang Allah berikan.
Kekal Bertenaga di Bulan Puasa
Bulan puasa ni walaupun kita tak makan dan minum sepanjang hari, tapi bukan bermakna kita melepek jer kan sepanjang hari, buat kerja ala kadar. Jangan jadikan bulan puasa sebagai bulan atau fasa untuk kita beralasan untuk tidak melakukan atau mengangguhkan kerja kononnya kekurangan tenaga untuk bekerja dan bergiat aktif. Kerja masih diteruskan seperti biasa, malah di bulan yang mulia ni, rebutlah peluang keemasan yang Allah S.W.T. tawarkan untuk kita dengan mengambil peluang untuk meningkatkan amalan ibadah.
Camne nak kekalkan tenaga tu?
InsyaAllah boleh. Yang penting, sahur yer. Pahala pun dapat :)
Sahur kali ni, Ahamdulillah setakat ni belum pernah miss lagi. Belum pernah miss bangun makan, dan belum pernah miss masak untuk cik abang. Favourite cik abang waktu sahur, nasi goreng dan telur goreng. Saya pulak, of course la ESP, kadang-kadang makan juga nasi goreng if ada balance, tak nak membazir katanya. Then, saya akan bancuh Performance Drink for both of us.
Bersahur dengan ESP dan Performance Drink, Mengenyangkan dan Bertenaga
Pernah dengar Set Mighty 3 Gems dari Shaklee?
Ok, set ni terdiri dari Mealshakes, ESP dan Performance Drink.
Set Mighty 3 Gems ini membantu agar anda dapat memulakan hari anda
dengan sahur yang lazat dan berkhasiat. Sangat sesuai buat anda yang
sentiasa kesuntukan masa untuk bersahur dan tidak sempat menjamah
makanan. Juga sesuai buat anda yang tidak lalu atau tiada selera untuk
menjamah makanan di waktu awal pagi, yang selalu merasa letih dan lapar walaupun baru pukul 1.00 petang :) Sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak, ibu hamil dan menyusu.
Antara kebaikannya :
- Mampu memberi tenaga sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Mengurangkan rasa letih, lapar dan dahaga
- Membantu ibu-ibu menyusu yang mempunyai masalah susu drop ketika berpuasa
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh
- Bonus, persediaan untuk mendapatkan kulit cantik berseri raya nanti :)
Ianya juga boleh diambil selepas berbuka puasa terutamanya Performance
Drink agar anda bertenaga dan tidak mengantuk semasa mengerjakan
terawih. Minuman isotonik Performance Drink memastikan agar tubuh badan
anda yang kekurangan bendalir di siang hari akan kembali mendapatnya
semula.
Ketiga-tiga ni boleh dicampur bersama, atau anda boleh juga bancuh Performance Drink separately.
My cik abang pun suka sangat minum Performance Drink sejuk-sejuk. Kurang rasa letih, kurang rasa mengantuk, kurang rasa lapar katanya. Betenaga gitu, eceh. Sebab tu la, puasa-puasa ni pun, maintain jer cik abang tolong saya COD and pos barang customer waktu lunch break and after working hours.
This is for me. Untuk kulit cantik juga ni :)
This is for both of us, me and my husband..
Rasanya pun series sedap :)
Testimoni Set Mighty 3 Gems Shaklee
No comments:
Post a Comment