Friday, 18 July 2014

6 Tips Kurus dan Elak Gemuk Ketika Raya


Hanya tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga serta kurangnya aktiviti fizikal yang dibuat, gaya hidup seharian mungkin akan mengalami sedikit perubahan. Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.

Ketupat, rendang, lemang, lontong, kuih-muih.... Fuh, memang la sedap, takkan tak nak makan kut. Bila dah makan, sedar tak sedar, over limit pulak ye. Mengaku jer la, memang susah nak control kan :)


Semua makanan ni mempunyai kalori yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Bulan puasa, sebulan diet nak turun 4-5 kg, baju semua pun longgar, tapi bila time raya, dalam masa satu hari jer naik balik, baju pun dah ketat balik. Tak ke rugi tu. Itu yang nampak, yang tak nampak, segala kolestrol dan lemak yang menyerap dalam badan tu... Acaner tu..

6 Tips Kurus dan Elak Gemuk Ketika Raya

Jom saya kongsikan 6 tips yang boleh membantu anda untuk kekal slim dan sihat semasa hari raya Aidilfitri:

1. Kawal nafsu makan

Kebiasaannya pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendah, dan 1001 macam jenis kuih raya. Anda dinasihatkan mengawal nafsu semasa melihat makanan yang terhidang. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan. Dengan cara ini, boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Seterusnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal, ia akan memberi peluang kepada system penghadaman badan anda untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri nanti.

2. Minum air masak dan ambil makanan yang kaya fiber secukupnya

Dalam keghairahan untuk mencuba semua jenis hidangan hari raya yang tersedia, anda dinasihatkan untuk tidak lupa minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit semasa hari raya. Tentu tidak seronok, bukan? Orang lain bergembira bertemu sanak saudara di hari raya, tetapi anda ter’perangkap’ di dalam tandas sepanjang hari.

3. Kurangkan pengambilan gula, lemak, garam & kafein

Semua pun sedia maklum, hidangan di hari raya ini kebanyakannya terdiri dari makanan yang manis, berlemak, dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan seperti ini. Selain itu, tidak kurang juga hidangan minuman bikarbonat seperti coca-cola merupakan minuman yang popular di hari raya. Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga. Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, lemak, garam, dan kafein boleh menyebabkan masalah seperti makanan tidak hadam dan sembelit.

4. Ambil makanan ringan sebelum menjamah juadah raya

Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah sangat digalakkan. Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang.

5. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran

Untuk makan tengahari dan makan malam, saya pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain. Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Ini kerana saya dapati pada hari raya amat sukar sekali kita lihat makanan yang tersedia yang boleh dihidang bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.

Macam mana dengan 5 tips di atas?
Agak-agak, boleh ikut tak. InsyaAllah boleh kalau betul-betul nak.
Tetapi, ramai yang kecundang sebenarnya, tak mampu nak betul-betul control pemakanan di hari raya. Itu yang ramai ada masalah tu, berat badan naik la, baju ketat la, sembelit la, perut tak selesa la.

Ini tips terakhir yang saya nak kongsikan, iaitu pengambilan supplement. Macam saya, saya mengaku saya susah sikit nak control makan time raya ni. Saya tak risau sangat berat badan naik, sebab metabolisma badan saya ni agak tinggi la, berat badan cepat turun. Cuma saya risaukan perut buncit, risau kolestrol tinggi (orang kurus pun banyak yang kolestrol tinggi tau), saya risau kena sembelit, masalah penghadaman. 

6. Pengambilan supplement

Antara cadangan supplement yang dapat membantu anda untuk kekal slim dan sihat raya ni adalah:

  • Herblax - mencuci usus, membantu masalah sembelit
  • Alfafa - mencuci seluruh badan, mengurangkan retensi air dan sebagai fiber untuk mengangkut keluar lemak dari badan
  • Lecithin dan Omega Guard - memecah dan membakar lemak
  • ESP dan Cinch Shake - memberi rasa kenyang untuk mengelakkan makan secara berlebihan
Saya memang sentiasa ready jer supplements ni, nanti wajib letak dalam beg bawa balik kampung. Anda bagaimana?

Diharap panduan yang dikongsikan sedikit sebanyak ni dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan makanan di hari raya nanti. Tubuh badan kita ini bukan untuk kita pakai sehari dua je, tetapi sepanjang hidup kita! So, sayangilah badan dan kesihatan anda ok.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Nad Zaim said...

nak kurus selepas raya memang memerlukan komitmen yang sangat tinggi....