Semakin ramai yang mula menyedari akan kepentingan untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Tetapi, persoalannya sekarang, berapa ramai yang sudah ambil tindakan?
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai customer saya dari kaum lelaki. Ada yang membeli supplement untuk isteri dan kawan, dan ada juga untuk diri sendiri. Antara favourite supplement untuk diri sediri dari kaum lelaki ni, adalah set detoks. Bukan kaum wanita jer yang pentingkan kesihatan tau, lelaki pun dah semakin ramai yang prihatin. Tahniah saya ucapkan.
Punca dan Risiko Toksin Berlebihan
Zaman sekarang bukan macam zaman datuk nenek kita dahulu. Zaman dulu, makan pun ayam kampung, sayur semua tanam sendiri. Mana ada makan makanan segera yang penuh dengan perasa, pengawet, pewarna tiruan. Tu baru cerita bab makanan, belum masuk bab-bab penggunaan bahan kimia, pencemaran udara, air dan sebagainya.
Dari situlah datangnya toksin, yang masuk ke badan kita, samada secara sedar atau tidak.
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.
Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya
Tanda-tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan
Jom tengok adakah anda mempunyai tanda-tanda ni...
- Sering letih dan lesu
- Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
- Sering alami sembelit dan cirit-birit
- Masalah jerawat dan bintik hitam
- Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
- Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
- Cepat marah dan mudah murung
- Kitaran haid tidak normal
- Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi
Detoks Secara Selamat dan Semulajadi dengan Shaklee
Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.
Sebelum saya mengenali Shaklee, memang saya tak pernah detoks. Bayangkan la, 30 tahun lebih segala toksin dalam badan terkumpul. Seram nak bayangkan. Patutla jerawat penuh muka, sembelit, selalu sakit kepala :) Alhamdulillah bertemu Shaklee. Baru pulun nak buang segala toksin berbahaya dalam badan. Alfafa adalah daily detox saya, dan Herblax adalah weekly detox saya.
1. Herblax
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.
2. Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.
Best kan detox dengan Herblax dan Alfafa ni. Bukan sahaja detox, malah banyak betul faedah lain yang boleh kita dapat untuk kesihatan dan kecantikan.
JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA!
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit
No comments:
Post a Comment