Salah satu produk yang mendapat sambutan hangat bulan ni adalah Performance Drink. Maklumlah bulan puasa kan, semuanya letih lesu jer, tekak rasa kering, tak sampai tengahari pun lagi, mata dah layu dah.
Pada saya, Performance Drink ni, produk yang MESTI DICUBA dan MESTI ADA kat setiap rumah. Harga pun sangat berpatutan, yer la kan, dari beli minuman manis atau berkarbonat (bergas) tu, baik beli ni. Menyegarkan dan menyihatkan.
Pengalaman Ibu Saya dan Performance Drink
Actually last year saya belikan Performance Drink ni untuk mak saya, waktu bulan puasa, selepas ternampak ada botol 100 plus besar dalam fridge rumah mak. Tak pernah-pernah dalam peti ais tu ada stok air berkarbonat, maklumlah, satu keluarga tak suka minum pun. Biasa air masak jer la kat dalam peti ais tu.
Rupanya, mak saya cakap memang ayah beli, untuk bagi tenaga waktu berpuasa especially time nak pergi sembahyang terawikh dan bangun malam. Tiba-tiba terus saya teringat Performance Drink time tu. Terus saya beli dan bagi kat mak. Kalau dah ada pilihan yang lebih baik, baik pilih yang lebih baik kan, lebih menyihatkan, bebas karbonat dan kurang gula (less sugar). Maklumlah dalam 100 plus tu ntah berapa mangkuk gula ada tu. Banyak side effect yang tak bagus untuk kesihatan.
Alhamdulillah, happy sangat tau tengok mak saya sangat bertenaga, tiap-tiap hari dapat solat terawikh kat masjid, bangun sembahyang malam. Lepas bulan puasa tu, saya tetap belikan Performance Drink kat mak saya, mak saya simpan dalam fridge. Bila rasa terlalu letih atau takde tenaga, mak saya akan minum ni :)
So, korang, bolela cuba yer, untuk diri sendiri ker, anak-anak ker, hadiahkan kepada suami ker, parents ker, satu keluarga boleh minum. My husband pun suka minum Performance Drink ni especially bulan puasa ni, kurang letih, kurang haus dan kurang mengantuk katanya.
Ramai juga sebenarnya yang belum kenal Performance Drink ni. Ok, jom saya kongsikan sedikit info mengenai minuman isotonik yang menyihatkan dan menyegarkan ni.
Kenapa Anda Perlu Pilih Performance Drink Shaklee
- Bebas gas atau tidak berkarbonat.
- Kurang kandungan gula (less sugar).
- Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
- Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
No comments:
Post a Comment