Wednesday, 16 July 2014

4 Tips Kulit Cantik Tanpa Make Up


Siapa suka tengok cerita Korea? Mesti ramai ni.
Kalau tengok cerita Korea, mata kita mesti macam terpaku tengok pelakon nya. Sambil tengok tu, dalam hati mesti terdetik, cantiknya kulit dia. Gebu, cerah, flawless. Nampak cantik natural, tak nampak macam pakai make up pun, tu yang best tu. Jeles kan, teringin sangat nak kulit cantik macam tu juga.

Itu orang Korea. Mungkin dah genetik begitu, cuaca kat situ yang sejuk, pemakanan mereka yang sihat-sihat belaka. Kita pula macam mana? Dengan pemakanan yang berlemak, berminyak, dengan cuaca yang panas lagi. Boleh ke? InsyaAllah boleh, tak mustahil pun kita nak dapatkan kulit cantik macam orang Korea.

Tips Kulit Cantik Tanpa Make Up

Tak perlu nak cucuk-cucuk bagai. 
Jom saya kongsikan 4 tips untuk dapatkan kulit cantik tanpa make-up, ala-ala gadis Korea.

1. Rawat Kulit Pagi dan Malam
 
Amalkan 3 langkah rutin penjagaan wajah siang dan malam, iaitu membersih, menggunakan penyegar dan seterusnya pelembap. Jika memakai mae-up, tanggalkan make up dengan sempurna menggunakan make up remover atau baby oil. Jangan sesekali tidur dengan make up. 
 
2. Tidur yang Mencukupi
 
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Dapatkan tidur yang berkualiti. Iaitu jauh dari sebarang gangguan. Simpan telefon. Tutuplah televisyen. Elakkan fikir masalah sebelum tidur. Makin banyak masalah, makin banyak kerutan yang terhasil. Akhirnya, kulit muka akan kedut seribu. 
Dan, tutupkan lampu ketika tidur. Ia akan menghasilkan hormon baik untuk beri pertahanan pada tubuh badan. Sekaligus menjaga sel-sel badan dari rosak.
 
3. Pemakanan Yang Sihat
 
Makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi boleh memberikan kesan tidak baik pada kulit muka. Jadi cuba sebaik mungkin untuk kurangkan pengambilannya. Boleh gantikan dengan makanan yang lebih sihat. Seperti masakan cara kukus, rebus atau panggang. Dan paling penting, pastikan seimbang. Serat adalah satu unsur yang penting. Ia membawa keluar toksik dari dalam badan. Toksik yang berlebihan boleh beri akibat pada kulit, terutama kulit muka. 
Serat boleh didapati dari sayuran dan buah-buah.

4. Pengambilan Vitamin dan Mineral
 
Sumber terbaik adalah dari buah-buahan dan sayuran, yang kaya dengan vitamin, antioksida dan serat. Tapi malangnya, di zaman ini, agak sukar untuk kita makan dan mendapat sayur dan buah yang segar. Jadi untuk melengkapkan khasiat ini, amat disarankan untuk mengambil makanan tambahan.
 
Antara vitamin yang diperlukan oleh kulit adalah Sustained Vitamin C Shaklee, satu tablet bersamaan dengan 7.5 buah oren. Vitamin C umum ketahui sangat baik untuk kulit. Menjadikan kulit kurang cela, tona sekata dan bersih.  
Vitamin E Complex, tinggi dengan kandungan anti-oksidan. Memulihkan kesan atau parut hitam akibat jerawat. ESP juga amat baik untuk kulit. Ia membantu meransangkan pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Jadi sel-sel rosak dan mati akan digantikan segera. Kesannya kulit tidak kering, nampak lembap, cerah dan gebu.
B Complex pula membantu mengawal stress, untuk kulit lebih sihat dan bermaya. 
 
 
Testimoni Kulit Cantik Tanpa Make Up dengan Shaklee

Kalau tengok sesiapa yang konsisten mengamalkan Shaklee ni, memang nampak awet muda jer. Kulit pun tak perlu make up dah nampak cantik :)



Kulit yang cantik dari dalam adalah semulajadi. Dari kulit yang dipakaikan bedak dan make up. Usah berselindung di sebalik make up. Hadapilah masalah kulit. Dan cubalah untuk membaiki kulit yang rosak. Daripada cover dengan make up kan, lagipun make up ni boleh merosakkan lagi kulit kita. InsyaAllah, jika diamalkan dengan betul dan konsisten, kulit secantik artis Korea tu bukan lagi angan-angan :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

4 comments:

Dila Gebu said...

hooo memang berkesan dan cantik


jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

lazu iana said...

salam kenal ..
mau tanya untuk melakukan perawatan di pagi dan dore hari itu membutuhkan waktu berapa menit ya..
dan kalau untuk tren kaos kaki muslimah warna saat ini seperti apa ya

Adelle Alexa said...

tidur yang cukup sangat membantu ya untuk menjaga penampilan seseorang ...
makasih ya infonya oya kalau untuk trend kaos kaki saat ini adalah kaos kaki wanita lucu

Fatimah Bt Tony said...

Perkongsian yg sgt bermanfaat..

Tip Kecantikan Tanpa Kesan Sampingan