Wednesday, 2 August 2017
10 Tips Keibubapaan Dari Prof Dr Muhaya
Berikut saya kongsikan tips keibubapaan dari Prof Dr Muhaya yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Amalan yang mudah namun resultnya sangat hebat.
10 Tip Keibubapaan Dari Prof Dr Muhaya
1. Baca Al-Fatihah
Kalau kita teringatkan anak kirimkan bacaan al-fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain", yang ertinya "Hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah al-fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajah dan bercakap semasa anak tidur
Pandang wajahnya semasa tidur dan ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah doa dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
3. Solat Hajat
Masa bangun solat malam, solat hajat disisinya.Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika, kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani
Minta dikasihani, ucapkan setiap masa bahawa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak soleh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Selalu peluk anak
Peluklah selalu anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia semasa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata dengan anak
Yang paling penting, jaga tutur kata kita, jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER...kata,cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah, buat macam drama pun tak apa.
8. Ayat 40 Surah Ibrahim
Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat.
[Wahai tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku].
9. Ingatkan anak tentang peribadi mulia
Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat , belajar tinggi, hatta penghafal al-quran pun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tidak memandang wajah yang cantik tetapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Tips memasak
Masa basuh beras,niatkan "Ya Allah lembutkanlah hati anak-anakku sebut nama dia...untuk faham agamanya", [kenapa kita nak dia faham agama , kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil selawat kepada nabi Muhammad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat Allah selalu.
InsyaAllah..mari kita sama-sama mengamalkannya.
Thanks for reading.
Semoga bermanfaat:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment