Rata-rata ibu hamil kerap dan cepat letih ketika hamil. Ada ibu yg pada waktu pagi sangat cergas, tapi apabila waktu petang terasa letih sangat. Keletihan ini memang sinonim kepada ibu hamil.
Pada awal kehamilan, ibu hamil sering letih disebabkan oleh perubahan hormon dan simptom muntah-muntah yang dialaminya.
Apabila perut semakin besar, ibu pula akan lebih sukar mendapat tidur yang cukup kerana kurang selesa atau selalu terjaga untuk ke tandas. Perubahan tubuh badan ini menjadi punca yang menyebabkan seseorang wanita sentiasa letih dan mengantuk, terutamanya di siang hari.
7 Tips Atasi Keletihan Semasa Hamil
Bagaimana cara mengatasi letih, rasa mengantuk, dan kembali cergas supaya dapat menjalankan tugas seharian?
1. Buat Senaman Ringan
Walaupun kita berasa letih, senaman ringan seperti 30 minit berjalan amat membantu untuk mengembalikan tenaga kita yang hilang. Ketika di pejabat, amalkan senaman regangan dan hirup udara segar melalui tingkap.
2. Rehat Yang Berkualiti
Kelesuan ketika mengandung juga dapat dicegah dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan anda tidur lebih awal dan dapatkan ‘power nap’ pada waktu tengahari jika sempat. Elakkan minum air sebelum tidur supaya anda tidak perlu ke tandas tengah malam.
Lupakan sementara segala kerisauan anda dan pergilah berurut. Dapatkan urutan khas untuk ibu mengandung. Anda juga boleh mandi di dalam rendaman air suam dengan beberapa titis minyak aromaterapi yang menenangkan sebelum masuk tidur.
3. Pilih Makanan Sihat
Ibu mengandung perlu prihatin tentang jumlah makanan yang diambil. Lebihkan tenaga dengan mengambil protein, karbohidrat yang tidak diproses dan lemak sihat. Protein adalah sumber tenaga baik untuk kita dan tumbesaran si bayi. Lebihkan pengambilan ayam, ikan dan tauhu.
Walaupun karbohidrat sering mendapat reputasi yang buruk, ia merupakan sumber tenaga yang penting dalam pemakanan seharian kita. Gantikan nasi dan pasta dengan karbohidrat sihat seperti bijirin penuh dan roti mil. Makanan bergoreng dan marjerin juga perlu digantikan dengan dengan minyak sihat semulajadi seperti avokado dan mentega kacang.
4. Minum Banyak Air
Mengandung atau tidak, antara punca utama keletihan ialah kekurangan air dalam badan. Lebihkan pengambilan air kosong.
Boleh juga minum jus buah atau teh tanpa kafein untuk kelainan. Buah dan sayur seperti tomato dan timun juga dapat menambah kandungan air dalam badan.
5. Jangan Makan Untuk 2 Orang
Mengandung bukanlah alasan untuk anda makan dua kali ganda. Kononnya untuk dua orang.
Sebaliknya, alternatif yang terbaik untuk anda dan si bayi ialah makan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Cara ini dapat membendung keletihan badan dan mengembalikan tenaga. Lebihkan makan kudapan sihat seperti yogurt dan kekacang. Elakkan makanan ringan dan snek berkalori tinggi.
6. Semak Semula Jadual Harian
Badan anda tidak akan sekuat sebelum mengandung. apabila sudah hamil, badan kita sudah sedikit terbatas untuk melakukan tugasan harian. Jangan letakkan semua beban di bahu anda. Dapatkan bantuan untuk tugasan-tugasan di rumah dan untuk urusan anak-anak buat sementara waktu. Utamakan kesihatan anda dan bayi. Nanti sudah sakit susah pula jadinya.
7. Ambil vitamin atau supplement
Ambil supplemen atau makanan tambahan adalah sangat perlu untuk menampung nutrien yang diperlukan badan dan juga bayi dalam kandungan. Antara makanan tambahan yang diperlukan sepanjang kehamilan adalah acid folic, vitamin C serta zat besi untuk memastikan hemoglobin darah berada pada tahap yang optimum. Vitamin ini juga membantu dalam pembentukan sel darah merah. Hemoglobin dalam darah sangat penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan daripada anemia semasa hamil.
Testimoni : Ibu Hamil Cergas Bertenaga
Tak dinafikan, pengambilan vitamin atau supplement adalah sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Selain penting untuk tumbesaran bayi yang sihat, pengambilan supplement juga membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan cergas bertenaga.
Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Puan Fitriyatul, seorang ibu yang mempunyai 2 anak, bagaimana pengambilan supplement telah membantu beliau untuk kekal bertenaga sepanjang tempoh kehamilan beliau yang kedua berbanding kehamilan pertama beliau.
"Assalamualaikum. Nama saya Fitriyatul Asyiqin binti Mohd Rudin. Berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak.
Pengalaman saya sepanjang mengamalkan Set Hamil Shaklee sepanjang tempoh kehamilan anak ke 2 saya sangat berbeza berbanding anak sulung saya yang mana masa anak sulung saya mengambil supplemen lain.
Sepanjang kehamilan anak ke 2 saya alhamdulillah saya tiada masalah yang besar HB cantik cuma alahan je ada tapi berbeza anak sulung dulu yang mana rahim saya lemah dan terpaksa disuntik ubat kuatkan rahim sejak kandungan berusia 5 bulan dan saya mengalami bleeding sepanjang kehamilan. Aktiviti saya juga terpaksa dikurangkan kerana terpaksa berehat dikatil atas nasihat doktor pakar sakit puan.
Alhamdulillah sepanjang kehamilan ke 2 saya mengambil full set Set Hamil Shaklee yang mana mengandungi ESP, Vitalea Multivitamin, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C dan juga Omega Guard. Ianya banyak membantu saya kekal cergas sepanjang 41 minggu usia kehamilan saya. Dan ESP dalam Set Hamil ini juga membantu untuk kesihatan dan kuatkan rahim.
Sehingga ke saat akhir kehamilan saya yang ke 2 ini masih mampu memandu kereta sendiri menghantar dan ambil anak dari sekolah. Sangat berbeza berbanding kandungan pertama dulu yang mana saya rasa ketika kehamilan ke 2 ini saya lebih cergas dan bertenaga.
Dan berat badan saya ketika hamil kali ke 2 ni sangatlah berbeza dengan yang pertama. Yang pertama dulu hampir mencecah 90 kg tapi kali ke 2 ni tak sampai pun 80kg.
Dan Alhamdulillah sangat anak ke 2 ni tiada masalah jaundice. Saya kategori darah O positif yang mana selalunya dimomokkan tak boleh elak dari masalah jaundice nih. Masa anak sulung saya dulu trauma rasanya hampir sebulan jaundice tak hilang sampailah nak cucuk sebulan baru turun jaundisenya.
Alhamdulillah syukur Ya Allah. Dan kalini saya sedang berpantang dan mengamalkan full set Set Berpantang Shaklee pula.
Inilah Shaklee Effect saya."
Betul Ke Set Kehamilan Shaklee Ni Bagus ?
Untuk testimoni lain ibu-ibu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, boleh klik
>> Vitamin Untuk Ibu Hamil
Bagaimana Nak Dapatkan Set Kehamilan Shaklee ?
Walaupun tidak nampak, sebenarnya ada banyak perkara yang sedang berlaku di dalam perut anda! Amat penting bagi ibu mengandung untuk tahu apa yang badan anda perlu. Jangan terlalu memikirkan tanggapan orang sekeliling kerana setiap kehamilan ada unik dan berbeza.
Jangan terlalu push diri sendiri hingga abaikan rasa letih.
Tak best kan kalau asyik letih dan melepek je.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
No comments:
Post a Comment