Tuesday, 1 August 2017

Atasi Masalah Sembelit Atau Buasir Ketika Hamil Dan Selepas Bersalin


Entry ni khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan juga ibu-ibu yang sedang dalam pantang. Tak terkecuali untuk para suami. Ye la kan, suami pun kena ada ilmu juga bila isteri-isteri tengah hamil atau berpantang ni.

Selepas bersalin, antara salah satu benda yang wajib ibu-ibu sediakan dari awal dah tentulah set berpantang kan. Set berpantang ni sangat penting dan perlu untuk memastikan proses pemulihan selepas bersalin berjalan dengan sempurna serta ibu-ibu juga dapat menjalani tempoh berpantang dengan lancar.

Terdapat pelbagai pilihan set berpantang yang berada di pasaran sekarang. Antara yang menjadi pilihan ramai ibu adalah Set Berpantang Shaklee.

Set Berpantang Shaklee mengandungi beberapa supplement semulajadi yang boleh diambil sejurus selepas besalin, samada bersalin normal atau pembedahan. Dan, bagi ibu yang menyusu, walaupun bayi mengalami demam kuning, ibu masih lagi boleh mengambil Set Berpantang Shaklee ni tanpa memberi kesan yang buruk kepada bayi.

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Puan Farah, kisah bagaimana beliau mengalami masalah buasir yang kronik semasa hamil, dan akhirnya sembuh sepenuhnya setelah  mengamalkan Set Berpantang Shaklee.

Testimoni : Buasir ketika hamil sembuh dan jaundice cepat turun dengan Set Berpantang Shaklee


"Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu. 

Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrix. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit. 

Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka buasir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita. 

Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.. Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras. 

Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice . Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematrix, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. 

Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg. 
Alhamdulilah.. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!" 

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada:

Vitalea
Membekalkan keperluan vitamin dan mineral terutamanya zat besi yang membantu ibu yang kehilangan banyak darah selepas bersalin.

B Complex
Vitamin anti-stress, mengelakkan meroyan, menukarkan gula kepada tenaga

Vitamin C
Penting untuk penyembuhan, tingkatkan immune system dan kecantikan kulit

Alfalfa
Membantu sebagai milkbooster. Juga dikenali sebagai jamu moden.

ESP
Merupakan sumber protein tambahan semulajadi terbaik yang dapat mengekalkan tenaga kepada ibu berpantang. Protein adalah komposisi utama dalam susu ibu dan berfungsi dalam penghasilan hormon penyusuan yang amat penting.

Ostematrix
Juga salah satu komponen utama di dalam susu ibu. Sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit, membantu masalah sakit-sakit badan, sakit belakang, lenguh-lenguh.


Set di atas adalah set asas untuk ibu berpantang. Selain daripada set ini, ibu-ibu juga boleh mengambil tambahan supplement lain mengikut keperluan masing-masing. Antaranya, Lecithin dan Omega Guard bagi ibu yang nak turunkan berat badan dengan lebih effektif. Selain itu, pengambilan Vivix semasa berpantang juga amat bagus seperti kes Puan Farah yang membantu beliau untuk sembuh dari penyakit buasir. Vivix juga sangat membantu luka bersalin secara pembedahan mahupun normal untuk sembuh dengan cepat.


Anda mungkin juga berminat >> Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Betul Ke Set Berpantang Shaklee Ni Bagus ?

Ramai ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee ni.

Untuk testimoni lain ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee, boleh klik
>> Set Berpantang Terbaik Pilihan Ramai Ibu

Bagaimana Nak Dapatkan Set Berpantang Shaklee ?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: