Showing posts with label VIVIX (BERPANTANG). Show all posts
Showing posts with label VIVIX (BERPANTANG). Show all posts

Tuesday, 1 August 2017

Atasi Masalah Sembelit Atau Buasir Ketika Hamil Dan Selepas Bersalin


Entry ni khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan juga ibu-ibu yang sedang dalam pantang. Tak terkecuali untuk para suami. Ye la kan, suami pun kena ada ilmu juga bila isteri-isteri tengah hamil atau berpantang ni.

Selepas bersalin, antara salah satu benda yang wajib ibu-ibu sediakan dari awal dah tentulah set berpantang kan. Set berpantang ni sangat penting dan perlu untuk memastikan proses pemulihan selepas bersalin berjalan dengan sempurna serta ibu-ibu juga dapat menjalani tempoh berpantang dengan lancar.

Terdapat pelbagai pilihan set berpantang yang berada di pasaran sekarang. Antara yang menjadi pilihan ramai ibu adalah Set Berpantang Shaklee.

Set Berpantang Shaklee mengandungi beberapa supplement semulajadi yang boleh diambil sejurus selepas besalin, samada bersalin normal atau pembedahan. Dan, bagi ibu yang menyusu, walaupun bayi mengalami demam kuning, ibu masih lagi boleh mengambil Set Berpantang Shaklee ni tanpa memberi kesan yang buruk kepada bayi.

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Puan Farah, kisah bagaimana beliau mengalami masalah buasir yang kronik semasa hamil, dan akhirnya sembuh sepenuhnya setelah  mengamalkan Set Berpantang Shaklee.

Testimoni : Buasir ketika hamil sembuh dan jaundice cepat turun dengan Set Berpantang Shaklee


"Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu. 

Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrix. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit. 

Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka buasir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita. 

Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.. Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras. 

Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice . Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematrix, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. 

Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg. 
Alhamdulilah.. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!" 

Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada:

Vitalea
Membekalkan keperluan vitamin dan mineral terutamanya zat besi yang membantu ibu yang kehilangan banyak darah selepas bersalin.

B Complex
Vitamin anti-stress, mengelakkan meroyan, menukarkan gula kepada tenaga

Vitamin C
Penting untuk penyembuhan, tingkatkan immune system dan kecantikan kulit

Alfalfa
Membantu sebagai milkbooster. Juga dikenali sebagai jamu moden.

ESP
Merupakan sumber protein tambahan semulajadi terbaik yang dapat mengekalkan tenaga kepada ibu berpantang. Protein adalah komposisi utama dalam susu ibu dan berfungsi dalam penghasilan hormon penyusuan yang amat penting.

Ostematrix
Juga salah satu komponen utama di dalam susu ibu. Sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit, membantu masalah sakit-sakit badan, sakit belakang, lenguh-lenguh.


Set di atas adalah set asas untuk ibu berpantang. Selain daripada set ini, ibu-ibu juga boleh mengambil tambahan supplement lain mengikut keperluan masing-masing. Antaranya, Lecithin dan Omega Guard bagi ibu yang nak turunkan berat badan dengan lebih effektif. Selain itu, pengambilan Vivix semasa berpantang juga amat bagus seperti kes Puan Farah yang membantu beliau untuk sembuh dari penyakit buasir. Vivix juga sangat membantu luka bersalin secara pembedahan mahupun normal untuk sembuh dengan cepat.


Anda mungkin juga berminat >> Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Betul Ke Set Berpantang Shaklee Ni Bagus ?

Ramai ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee ni.

Untuk testimoni lain ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee, boleh klik
>> Set Berpantang Terbaik Pilihan Ramai Ibu

Bagaimana Nak Dapatkan Set Berpantang Shaklee ?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 19 December 2016

Luka Jahitan Bersalin Terbuka. Apa Nak Buat?


Semua ibu mempunyai pengalaman melahirkan anak yang tersendiri. Ada yang senang je bersalin, ada yang mungkin mengalami beberapa komplikasi.

Mendengar kisah kawan saya berkongsi pengalaman beliau selepas bersalin hari tu, ngeri pula rasa. Ya la kan, dah la sakit waktu bersalin pun tak hilang lagi, lepas bersalin tu sakit bertambah lagi bila luka jahitan pula terbuka. Allah, besar dugaan ibu ni.

Nanti saya kongsikan kisah beliau ya.

Sebelum tu, saya nak berkongsi sedikit info tentang bagaimana luka jahitan bersalin ni boleh terbuka dan apa kesannya kepada ibu.


Bagaimana Luka Jahitan Bersalin Boleh Terbuka?

Untungnya ibu yang bersalin normal dan tak ada jahitan langsung. Bagi ibu yang berkemungkinan besar akan ada jahitan ni biasanya ibu yang bersalin anak sulung dan ibu yang ada melakukan forseps atau vakum sewaktu proses melahirkan anak.

Jahitan ni dinamakan jahitan episiotomi dan ianya adalah normal sebenarnya.
Selalunya rasa sakit akibat jahitan episiotomi ni hanyalah dalam masa dua hari sahaja.

Tetapi, jika rasa sakit yang teramat sangat lebih daripada 2 hingga 3 hari, berlaku pembengkakan, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau, mungkin jahitan tu telah terbuka.

Kes jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti. Menurut doktor, kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan berlaku jangkitan kuman pada luka bersalin. 

Selain itu, cara jahitan dan pergerakan ibu yang terlalu banyak juga akan menyebabkan risiko jahitan terbuka.



Kesan Dan Komplikasi Jika Luka Jahitan Bersalin Terbuka
  • Menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
  • Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin
  • Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusukan bayi kerana menanggung kesakitan pada luka tersebut
  • Risiko luka lambat sembuh dan ibu perlu menanggung kesakitan dijahit semula. Tak ada bius pula tu kan bila dijahit semula. Ngeri woiii... 
  • Luka jahitan terbuka memang akan sembuh tetapi risikonya, mungkin sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat
Makanya, sila pastikan ibu-ibu menjaga kebersihan luka jahitan, mengawal pergerakan diri dan mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Pastikan badan cukup vitamin terutama Vitamin C kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan. 
 
Ibu-ibu boleh baca di sini ya, tips luka jahitan bersalin cepat sembuh

Luka Jahitan Bersalin Terbuka Sampai Tak Boleh Jalan, Tak Boleh Duduk, Sembuh Dalam 3 Hari

Berikut saya kongsikan pengalaman rakan saya, Puan Ainul yang seksa menanggung luka jahitan bersalin terbuka sampai nak duduk tak boleh, nak berjalan apatah lagi.


"Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce.

Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu.

5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu.

Jahit kat bawah yang "banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. huhuu

Ya ALLAH sakitnya.

Nak duduk sakit..

Nak berjalan lagi la sakit..

Sampai nak duduk menanges.. huhuhu

Last pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT, MAHAL dah tak nampak dah. Yang PENTING sakit hilang.

3 Hari konsistent makan setiap hari....

ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar

BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:

1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni 'lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak.

2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser.

3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar

Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1.

Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

Terima kasih sebab kembalikan senyuman saya."



Banyak sangat manfaat Vivix ni sebenarnya, dan Alhamdulillah semakin ramai yang mula mengenali serta mencuba Vivix. Jemput baca di sini ya, pengalaman saya mengamalkan Vivix.

Selain sangat bagus untuk ibu berpantang, Vivix juga amat membantu pesakit kronik seperti kencing manis, strok, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Malah Vivix juga amat bagus diamalkan sebagai supplement harian untuk kecantikan dan kesihatan.

Jika berminat untuk mencuba Vivix, boleh hubungi saya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 18 December 2016

Cara Sembuhkan Luka Bersalin Pembedahan Dengan Cepat


Bersalin secara pembedahan atau caesarean adalah satu pembedahan major.

Ia memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi, memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka bersalin secara normal atau luka episitomi. Penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina. 

Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Biasanya, tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.

Tapi seboleh-sebolehnya, memang kita nak luka bersalin tu sembuh dengan cepat la kan, betul?

Kenapa Pentingnya Luka Bersalin Cepat Sembuh

Anda mungkin masih tak sangka betapa kuat sakit yang dialami selepas pembedahan itu. Anda mungkin merasakan tak berupaya membuat apa-apa pun dengan sendiri.

Untuk berganjak sedikit, seperti ke bahagian atas katil pun, memerlukan anda memegang sesuatu atau seseorang. Bayangkan la, batuk dan ketawa pun sakit.


Jadi, penting sangat kan luka bersalin tu cepat sembuh supaya lebih mudah untuk kita menguruskan diri dan bayi.

Lagipun, luka yang lambat sembuh akan meningkatkan risiko-risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan nyawa ibu seperti:
  • Demam berterusan
  • Sakit pada tempat luka
  • Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
  • Keluar nanah dari tempat luka
  • Tanda kemerahan pada sekitar luka
  • Keluar air jernih dari tempat luka
  • Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
  • Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Bagaimana Cara Sembuhkan Luka Bersalin Pembedahan Dengan Cepat

Oleh itu, saya  nak berkongsi sedikit tips-tips yang boleh ibu-ibu amalkan untuk mempercepatkan luka pembedahan cepat sembuh, moga ianya boleh dimanfaatkan ye…
  • Membuat pergerakan diawal pembedahan
  • Menyusu badan secara eksklusif
  • Pastikan luka kering dan bersih
  • Pakai bengkung (boleh bermula seminggu selepas pembedahan)
  • Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan 

  • Minum air secukupnya
  • Jangan sebarangan ambil ubat tradisional
  • Makan makanan berzat dan seimbang 
  • Mengambil supplement
Apa yang saya nak kongsikan lebih lanjut berikutnya adalah tentang pengambilan supplement, iaitu Vivix dan Set Berpantang Shaklee.

Vivix merupakan supplement terbaik Shaklee, satu-satunya supplement yang mampu merawat sel-sel badan hingga tahap DNA. Nak amal senang je, suap minum dengan sudu je. Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang tak suka telan banyak-banyak pil. Rasa dia pun sedap sangat.



Apa Kata Mereka Yang Amalkan Vivix Selepas Bersalin

Testimoni 1

Hari kedua bersalin pun dah boleh bangun jalan macam biasa


Testimoni 2

Luka czer sembuh dengan cepat selepas amalkan Vivix


"Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampIr 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.


Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.


Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.


Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.


Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.


Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.


Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.


Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.


Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memnag rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.


Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah dengan Vivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.


Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.
Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.


Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!"

Selain Vivix, anda boleh amalkan Set Berpantang Shaklee. Juga terbukti sangat bagus, berkesan dan menjadi pilihan ramai ibu.


Untuk info lanjut mengenai Set Berpantang Shaklee >> KLIK SINI

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Monday, 17 October 2016

Cara Berpantang Sendiri Selepas Bersalin, Luka Cepat Sembuh


Assalamualaikum

Ibu yang bakal melahirkan anak, pasti akan ada perasaan takut untuk bersalin, tak kisahlah walaupun sudah anak yang kelima pun, perasaan takut tu akan tetap ada.

Tambahan pula bagi ibu yang bakal melahirkan anak pertama atau ibu yang pernah mengalami komplikasi sewaktu kelahiran terdahulu.

Antara perkara yang menjadi igauan ngeri ibu adalah luka sewaktu melahirkan anak.

Ada 3 jenis luka yang akan dialami oleh ibu, iaitu:
  • Luka biasa iaitu yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran
  • Luka Episiotomi iaitu luka akibat digunting oleh doktor semasa proses kelahiran normal 
  • Luka caesarean pula adalah luka akibat kelahiran secara pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu  jenis menegak dan melintang
Luka selepas bersalin perlu dijaga untuk elak jangkitan serius

Bercerita tentang luka selepas bersalin ni, bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri.

Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti.

Kalau boleh memang nak cepat baik la kan. Tak nak la sampai jadi sampai jahitan terbuka ke, ada jangkitan ke. Aduhh... parah tu. Kita ni mana lagi dengan nak jaga baby lagi kan.

Ada yang kata elok minum pati ikan haruan untuk bagi luka cepat bercantum. Ada yang kata makan oren banyak-banyak. Macam-macam petua lagi kan.

Saya pernah kongsikan di entry lepas. Boleh baca di sini, 6 Tips Luka Jahitan Selepas Bersalin Cepat Sembuh


Luka bersalin cepat sembuh. Kulit pun makin cerah dan berseri

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Yong Hafieza, bagaimana luka bersalin beliau sembuh dengan cepat dan mudah. Yang menariknya lagi, dah makin cantik pula saya tengok selepas bersalin tu. Makin awet muda, kulit pun makin cerah berseri :)

[VIVIX SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG & KULIT CERAH BERSERI]

Saya ambil Vivix sebagai alternatif untuk mengelakkan dari pengambilan lain-lain vitamin sebab saya ni jenis payah nak konsisten kalau nak kena telan banyak-banyak terutamanya bila nak kena telan kapsul atau pun tablet..

Amazing experience bila saya ambil Vivix semasa dalam tempoh berpantangkan baby ketiga saya Qaisarah..

Saya tak ambil apa-apa ubat untuk sembuhkan luka dari klinik ataupun ubat kecutkan rahim dari mana2 klinik swasta..

Alhamdulilah luka bersalin sembuh dalam masa kurang 14 hari.. Anak-anak saya dari sulung sampai la si baby ni semua kena kuning.. Saya hanya upkan dose pengambilan Vivix dari 1 sudu ke 2 sudu daily.. Alhamdulilah bacaan kuning baby back to normal dalam masa 1 mggu.. Syukur sangat-sangat sebab tak payah ulang alik ke hospital... Fobia dgn kakak dan abg dia memang kena refer to hospital sebab bacaan kuning memang tinggi..

Yang paling terasa seronok sgt bila dalam pantang kawan-kawan yang datang ziarah mesti tgur kulit saya.. Berbeza sangat-sangat.. Dulu kulit saya kusam.. Tapi sekarang memang agak cerah dan kesan parut-parut lama dah makin hilang...

Masuk kerja selepas pantang ramai yang tanya saya makan apa sebab kulit muka nampak berseri dan cerah...

Suami sendri pun perasan..saya ingt dia saja-saja.. Tapi bila dah kawan-kawan sendri pun cakap benda yang sama..so saya pun perasan mmg kulit saya dh tak kusam mcm dulu lagi...

Vivix memang terbaik..


Jangan abaikan penjagaan semasa dalam pantang k...
Badan kita ni nak pakai lama, jangan nanti menyesal di kemudian hari :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit