Tuesday, 6 February 2018

Sedap Ke Beras Rebus? Apa Kebaikan Beras Rebus Ni?


Assalamualaikum semua :)

Apa khabar. Mudah-mudahan semuanya sihat, ceria dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Korang pernah dengar tak beras rebus (parboiled)?

Ramai dah kut tau tentang beras rebus ni. Akak je yang macam ketinggalan sikit.

Akak baru tau tentang beras rebus ni dalam hujung tahun lepas macam tu, terbaca dekat Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad. Bagus untuk kesihatan katanya.

Memandangkan akak sekeluarga ni perut nasi, siang malam makan nasi, of course la excited bila baca ada option yang lebih sihat untuk nasi ni.

Banyak je rupanya ada jual beras rebus ni. Cuma sebelum ni memang tak perasan langsung, ye la kan, bila beli beras tu asyik tuju beras biasa yang sama tu je.

Akak mula-mula nak beli yang 5 kg, tapi takde. So terus je angkat yang 10 kg punya. Tawakal je la dengan harapan rasa dia sedap, walaupun dalam hati risau juga takut tekak masing-masing tak boleh terima. Jenuh nak habiskan 10 kg tu.


Jenama beras rebus yang pertama kitorang beli, Jati. Sebab, tak tau la. Mungkin sebab dah selalu beli jenama ni kut kalau yang beras biasa tu pun.

Sedap Ke Beras Rebus Ni?

Rupa beras rebus ni, keruh dan keperangan sikit berbanding beras biasa. Dia ala-ala macam beras perang.

Bila nasi tengah masak tu, bau dia pun satu macam sikit.

Rasa dia... hmmm... of course rasa dia lain dari beras biasa.
Pertama kali makan tu, macam terima tak terima je tekak akak ni.
Anak-anak akak makan ok pulak. Masing-masing cakap sedap.

Tapi, lepas dah beberapa kali makan tu, akhirnya tekak akak dah boleh terima sangat.
Rasa sedap la pulak beras rebus tu. Tak sia-sia angkat 10 kg terus.

Sekarang ni dah masuk paket yang kedua dah pun. Tapi kali ni kami tak beli jenama Jati, sebab dah habis. Kali ni kami cuba jenama Mahsuri pula.


Alhamdulillah, rasa tetap sedap.

Kebetulan ada promosi time kami beli tu, dekat Mydin. Kalau harga biasa, tak pasti la pula akak berapa.


Apa Khasiat Beras Rebus Ni?

Beras rebus (parboiled) ni adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.

Ini menjadikan beras rebus adalah yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ni 11 x lebih baik berbanding beras perang.

Beras rebus ni juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah. Maksudnya, kita akan rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat untuk orang yang nak kuruskan badan.


Harga beras rebus ni mahal sikit berbanding biasa.
Tapi takla mahal mana pun. InsyaAllah masih mampu milik dan tak membebankan.
Untuk kesihatan kita sekeluarga juga kan.

Korang dah cuba belum beras rebus ni.
Kalau belum, molek sangatla cuba :)


No comments: