Friday, 17 March 2017

Sakit Lutut Kerana Aktif Sukan, Kini Sembuh Tanpa Ubat Atau Suntikan


Siapa pernah kena sakit lutut? Bagi yang jenis aktif bersukan, memang sakit lutut ni dah jadi benda agak biasa sekarang. Ditambah lagi dengan faktor pemakanan dan sebagainya, semakin ramai yang mula sakit lutut walaupun usia masih muda.

Sepertimana yang kita ketahui, sendi lutut merupakan anggota badan kurniaan daripada Allah yang paling berharga. Ianya membantu kita berdiri, berjalan , bergerak, duduk dan sebagainya. Jika berlaku kesakitan pada lutut kita, maka sudah tentu akan menyukarkan kita untuk melakukan sebarang aktiviti harian.

Jadi, bukan setakat sakit, tapi sebab selalu sakit lutut inilah banyak benda yang kita tak boleh buat.

Pendek kata, sakit lutut ni memang tak best. 

Anda mungkin juga berminat dengan Ubat Sakit Lutut Paling Mujarab

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Nor Shahizan, bagaimana beliau telah mengalami masalah sakit lutut yang agak kronik akibat dari aktif bersukan sewaktu bersekolah dahulu. Walaubagaimanapun, masalah sakit lutut beliau telah hilang sepenuhnya kini.

Untuk anda yang mengalami masalah yang sama, teruskan membaca hingga akhir untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Puan Nor Shahizan untuk mengatasi masalah sakit lutut beliau.


Sakit lutut kesan dari aktif gimnastik

Assalamualaikum. Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan "cinta Shaklee" saya mengenali Shaklee.

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Aktiviti harian terganggu, naik turun tangga dan ke tandas pun sakit

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu.

Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Sakit lutut kronik akhirnya sembuh sepenuhnya

Setelah mebuat sedikit pembacaan, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collagen, Ostematrix dan Omega Guard. Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi.

Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".

Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.


Betul Ke Set Sendi Shaklee Ni Berkesan ?

Set Shaklee ni bukan ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu merawat dan membaiki sel-sel badan kita yang rosak. Kuncinya adalah sel, kerana segala penyakit di dalam badan kita adalah berpunca dari sel yang rosak. Supplement Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya, jadi tiada kesan sampingan yang merbahaya untuk badan kita.

Dijamin halal, selamat, semulajadi dan berkesan.

Untuk testimoni lain mereka yang telah sembuh dari sakit lutut serta penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sendi, saraf dan tulang boleh klik
>> Sakit Lutut Dan Sendi Sembuh

Bagaimana Nak Dapatkan Set Sendi Shaklee ?

Sakit lutut dan sendi tidak seharusnya dipandang remeh, apatah lagi jika bermula di usia yang masih muda. Ambil tindakan yang sewajarnya sebelum menjadi lebih parah.

Ikhtiar dengan supplement semulajadi Shaklee adalah cara yang terbaik, selamat dan berkesan.

Jika ingin dapatkan konsultasi tentang supplement Shaklee ni, boleh hubingi saya Cik Jatt 013-4894037.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: