Monday, 13 March 2017

Tanda-tanda Penyakit Gout Dan Penawar Terbaik Untuk Gout


Penyakit gout boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Namun, selalunya dihidapi oleh kebanyakan kaum lelaki. Wanita yang sudah menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Teringat dahulu, di tempat kerja saya, ada seorang rakan sekerja saya yang menghidap penyakit gout. Agak kerap juga beliau MC dan pernah juga beberapa kali dimasukkan ke hospital. Bila datang kerja pun, terpaksa bertongkat ataupun jalan berjengket-jengket. Dan, akibat terlalu bergantung kepada ubat, beliau juga mengalami masalah buah pinggang.

Allah. Seksa juga penyakit gout ni. Memang tak boleh ambil ringan.

Jadi, dalam entry ni saya akan berkongsi lebih lanjut beberapa fakta tentang penyakit gout.


Apa Itu Penyakit Gout

Penyakit Gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.

Bagi penghidap penyakit gout, asid urik yang berlebihan yang tidak dibuang dan berkumpul akan menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin seperti daging merah dan makanan laut juga merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.

Tanda-tanda Penyakit Gout
  • Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. 
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit. 
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. 
  • Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga 
  • Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam. 
Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Penghidap Penyakit Gout 

Sekiranya anda menghidapi gout, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Anda juga perlu mengelakkan makan makanan seperti :
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak. 
  • Ikan bilis, kembung, sardin. 
  •  Daging cincang. 
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging. 
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam. 
  • Roti jagung dan bijirin.
Cara Atasi Serangan Penyakit Gout

Walaupun saya sendiri belum pernah kena serangan gout ni, tapi saya tahu betapa seksanya bila kena gout ni. Orang kata sakitnya ibarat kaki sedang pijak duri-duri pokok kaktus. Menyucuk-nyucuk. Ada yang cakap, macam disiat-siat dengan pisau pun ada. Allah. Tak sanggup nak bayangkan.

Apa yang boleh dilakukan, apabila kena serangan gout:
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil
  • Cecair Steroid akan disuntik terus ke sendi yang radang
Walaubagaimanapun, cara ni adalah untuk mengurangkan rasa sakit akibat serangan gout tu sebenarnya.

Ianya tidak menghilangkan punca sakit gout tersebut. Bila sakit, ambil ubat atau suntikan. Sakit lagi, ambil ubat atau suntikan lagi.

Sampai bila nak bergantung kepada ubat atau steroid?

Jadi macam mana nak atasi?

Saya nak berkongsi untuk pembaca yang ada masalah gout dan cara untuk mengatasinya dengan selamat, semulajadi dan berkesan.

Vivix Shaklee Membantu Mereka Yang Menderita Penyakit Gout

Vivix Shaklee adalah satu-satunya supplement yang terbukti melalui kajian saintifik mampu merawat hingga tahap DNA sel dan hanya boleh didapati eksklusif di Shaklee.

Vivix ni juga dikenali juga sebagai tonik ajaib, bukannya disebabkan ada tok batin jampi-jampi botol tu, tapi kerana ia membantu memulihkan tisu/sistem badan kita daripada tahap DNA lagi. Sebab tu macam-macam kisah sakit itu ini tapi lepas makan Vivix Alhamdulillah keadaan semakin pulih.  

Vivix bukan ubat sebenarnya. Tapi ianya adalah supplement semulajadi yang membantu dalam proses kesembuhan.

Mereka yang pernah mencuba Vivix, rata-ratanya pasti akan repeat order lagi apabila dah merasai sendiri keajaiban dan kehebatan produk Vivix ni.


Penawar terbaik untuk gout adalah dengan merendahkan asid urik dalam badan.

Kajian di Harvard University mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam grapes dan Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum) sebagai antioksidan terbaik untuk merendahkan paras asid urik dalam badan. Dan, kedua-dua bahan ni adalah bahan utama dalam Vivix.

Apa yang bagusnya lagi, Vivix ni adalah semulajadi, dihasilkan dari extract tumbuh-tumbuhan. Jadi, tiada kesan sampingan yang merbahaya untuk badan, malah bagus untuk kesihatan badan kita. Ini sekaligus boleh mengelakkan pergantungan kepada ubat seperti steroid dan pil tahan sakit yang memberi kesan sampingan merbahaya untuk badan.


Jangan ambil mudah ya, kerana gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi. Jadi kawal dari awal.

Berikut saya kongsikan antara pengalaman pesakit gout yang mengamalkan Vivix,

Apa Kata Pesakit Gout Yang Mengambil Vivix

Testimoni 1

Bengkak dan surut dan boleh berjalan seperti biasa


Testimoni 2

Tiada lagi serangan gout selepas amalkan Vivix


Testimoni 3

Bisa di kaki hilang setelah amalkan Vivix


Testimoni 4

Menderita gout selama lebih 20 tahun. Kini sembuh dan tak perlu bergantung kepada pil tahan sakit lagi


Alhamdulillah, ramai yang sudah mendapat manfaat dari Vivix. Dah tak merana akibat serangan gout yang amat menyakitkan tu.

Bimbang dengan kesihatan anda atau ibu bapa yang semakin teruk?

Saya sangat sarankan Vivix Shaklee yang hebat ini! Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat demi kehidupan anda sekeluarga yang lebih sihat dan ceria.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: