Sunday, 19 March 2017

Sakit Tumit Hingga Tak Boleh Berjalan? Apa Rawatan Terbaik Untuk Sembuh


Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang customer yang bertanyakan tentang supplements yang sesuai untuk membantu masalah sakit tumit beliau.

Sakit tumit ni, bukan boleh dibuat main-main atau dipandang remeh. Memang sakit sangat bila nak berjalan. Sakit ni akan bermula terutamanya sewaktu bangun tidur pagi atau sewaktu berdiri terlalu lama.

Kalau dibiarkan, akan menjadi bertambah kronik sampai tak boleh berjalan, terpaksa merangkak bila nak bergerak. Allah, seksa kan.

Sakit tumit ni dikenali sebagai penyakit Plantar Fascitis (PF) dalam istilah perubatan.


Apa Itu Plantar Fascitis ?

Ianya adalah keradangan (inflammation) pada Plantar Fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kepada jari kaki.

Punca Terjadinya Plantar Fascitis

Plantar fascia bertindak sebagai 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces) pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.

Antara faktor-faktor penyumbang:
  • Aktiviti fizikal berlebihan seperti ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'
  • Arthritis - penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pada tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis 
  • Diabetes
  • Faktor mekanikal kaki seperti orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah
  • Pemakaian kasut yang salah, kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki. 
  • Berlebihan berat badan 
Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Terkena Plantar Fascitis

Doktor akan memeriksa secara rapi untuk 'confirm' diagnosis dan mengenalpasti punca sakit tumit pada pesakit. Kebiasaannya X-ray kaki akan dibuat dan biasanya ada 'spur' (tulang tajam) pada tumit.

Rawatan Untuk Sembuhkan Sakit Tumit / Plantar Fascitis

Ubat penahan sakit biasanya diberikan untuk kelegaan yang cepat. Biasanya pesakit juga disyorkan supaya berusaha meurunkan berat badan (bagi yg overweight), melebihkan pengambilan sayur dan buahan (sebagai antioxidants).

Suntikan steroid terus di bahagian sakit adalah salah satu kaedah rawatan yang dilakukan. Cara ini berkesan untuk hilangkan kesakitan namun tidak berkekalan.

Kedua-dua cara di atas adalah hanya untuk mengatasi rasa sakit bukannya rawatan berkekalan.

Namun, sekiranya kedua-dua cara ini masih tidak berkesan, langkah terakhir adalah menjalani pembedahan.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah, cara terbaik untuk membantu masalah sakit tumit anda tanpa perlu bergantung kepada ubat, steroid atau pembedahan.

Caranya adalah dengan mengamalkan supplement semulajadi Shaklee. Cara yang selamat, semulajadi dan berkesan.

Derita sakit tumit berakhir, tak perlu lagi bergantung kepada painkiller dan suntikan

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Nadia, bagaimana beliau telah mengalami masalah sakit tumit yang agak kronik, sangat sakit apabila berjalan. Beliau didiagnose mengalami masalah plantar fascitis. Tetapi kini beliau telah sembuh sepenuhnya, tak perlu bergantung kepada painkiller atau suntikan lagi.


"Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. 

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. 

Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off. 

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”.

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini. Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. 

Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak. Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. 

Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu. 

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. 

Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri. . Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…

Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE."

Sekiranya anda atau keluarga anda juga mengalami masalah sakit tumit ni, saya syorkan ikhtiarlah dengan supplement semulajadi Shaklee ni. Sangat membantu untuk hilangkan masalah sakit tumit dan membantu anda untuk menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi, boleh hubungi saya di Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


No comments: