Saturday, 18 March 2017

8 Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun


Hari ini saya rasa terpanggil nak bantu ibu-ibu yang berhasrat mahu menyusukan anak-anak hingga dua tahun. Sebab ramai yang ada masalah susu badan kurang sama ada dari dalam pantang, selepas kembali bekerja ataupun susu mulai sikit bila anak dah mula makan.

Ada beberapa tips penting yang boleh saya kongsikan berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sepanjang menyusukan anak-anak dahulu.


Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

1. Buat Persediaan Mental & Fizikal

Persediaan mental & fizikal sangat lah penting. Niat untuk menyusukan anak haruslah ke jalan Allah. Kita perlu set pada minda kita bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun. Sebarang halangan yang datang untuk menyususkan anak tak akan terkesan pada kita. Dari segi fizikal pula, pastikan badan kita sihat kerana masa rehat pasti akan digunakan untuk menyusukan anak tambahan pula tenaga kita berkurangan setelah melahirkan anak.

2. Tambah Ilmu

Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi, kita harus banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan. Artikel-artikel di internet, blog-blog ibu menyusu dan forum penyusuan susu ibu boleh dijadikan sebagai rujukan. Bila ada ilmu kita akan rasa lebih faham dan yakin.

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga

Orang terdekat juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Bagitahu pada mereka bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula.

4. Persediaan Material

Sediakan alatan penyusuan untuk memudahkan kita menyusu anak. Contohnya bagi ibu yang berkerja, anda perlukan alatan yang lengkap seperti pump susu, botol untuk simpan susu, bekas yang sesuai untuk simpan susu. Di samping itu keperluan seperti nursing pillow, nursing bra dapat memudahkan kita menyusukan anak. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa.

5. Persediaan Rohani

Berdoalah semoga Allah membri kekuatan pada kita untuk menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun. Perbanyakkan amalan rohani untuk ikhtiar banyakkan susu.

6. Faham Konsep Demand & Supply

Ibu menyusu perlu faham konsep demand & supply. Semakin banyak anak menyusu badan, semakin banyak susu akan terhasil. Ini selaras dengan keperluan bayi. Di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan susu yang sedikit. Jadi, susu yang dikeluarkan pun sikit. Bukan bermakna susu anda tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak.

7. Elakkan Stress dan Berfikiran Negatif

Stress adalah perkara biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak, ditambah pula dengan kurang rehat. Jadi, kena pandai uruskan tekanan yang datang supaya penghasilan susu tidak merudum. Ibu-ibu juga perlu sentiasa berfikiran positif yang anda dapat menyusukan anak selama 2 tahun dan susu yang dihasilkan adalah mencukupi.

8. Makanan Tambahan

Semasa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting bagi ibu menyusu untuk memastikan badan anda mendapat nutrien lengkap supaya badan boleh menghasilkan susu dengan baik, kesihatan terjaga, dan anak mendapat nutrien penting untuk membesar dengan baik.

Walaupun susu merudum, tetapi berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun

Apa yang saya nak kongsikan berikut ni adalah pengalaman Puan Liza, bagaimana beliau pada mulanya alami masalah susu yang semkain merudum apabila anak beliau berusia 1 tahun. Namun, berkat doa dan ikhtiar beliau yang tak mudah mengalah, akhirnya beliau berjaya juga menyusukan anak beliau hingga berusia 2 tahun.


"Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat. 

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. 

Rakan saya, telah mencadangkan kepada saya supaya mengambil Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut. 

Selepas mengambil Shaklee secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. 

Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun. Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah Shaklee secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee."


Betul Ke Set Menyusu Shaklee Boleh Membantu Tambah Susu Ibu?

Ramai ibu-ibu menyusu yang mengamalkan vitamin Shaklee seawal dari waktu hamil, bersambung hingga waktu berpantang dan menyusu. Manfaat vitamin ni bukan sahaja untuk ibu, malah untuk perkembangan bayi yang sihat juga.

Anda boleh klik sini untuk testimoni ibu menyusu yang berjaya menyusukan bayi sehingga 2 tahun, malah ada yang lebih dari tahun >> Cara Tambah Susu Ibu Dengan Mudah Dan Berkesan

Bagaimana Untuk Dapatkan Set Menyusu Shaklee?

Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi, Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama lebih 4 tahun sebagai pengedar sah Shaklee.


No comments: