Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Sunday, 8 July 2018

Tengok Wayang Dan Makan Kebab Turki Baba Rafi Sedap Di Aman Central


Assalamualaikum

Entry ni dah lama sebenarnya. Tapi dok terperap je segala gambar. Memandangkan mood blogging akak dah mari, jadi baik la cepat-cepat akak update story ni.

Saja nak share, ada satu kedai kebab turki yang sedap kat Aman Central, Kedah. Akak pun baru je tau, terjumpa waktu tengok wayang kat GSC hari tu.

Akak dan cik abang kalau nak bawa anak-anak tengok wayang, kami memang suka bawa pergi tengok kat GSC Aman Central. Dah alan-alang balik kampung, bole la singgah sekali sebab dekat sangat dengan rumah parents akak. Kat area rumah yang akak baru pindah ni pun ada je wayang, tapi akak belum pernah pergi lagi. Rasa macam tak best kut, sebab kecik.

Waktu ni, kami bawa anak-anak tengok Avengers Infinity War. Irfan la yang paling excited, sebab peminat tegar Avengers. Dah tak sabar-sabar nak tunggu part 2 tu. Kakak pulak frust sebab Spiderman 'hilang' at the end tu.

Irfan excited. Kakak Aina kat sebelah, malu-malu nak ambil gambar

Menunggu sementara show nak start. Kakak Aina khusyuk membelek komik yang baru beli kat Popular sebelum tu
 
Walaupun dah selalu pergi Aman Central ni, tapi tak pernah pula bergambar kat sini. Kali ni je la pun beriya bergambaran. Terbawa-bawa mood excited and happy tengok Avengers Infinity Wars kut :)

 Agak mencabar nak ajak kakak Aina bergambar

 Last-last, mama and Irfan je la. Saja je nak bergambar dengan background Alor Setar Tower tu

Time tu kami dah nak balik dah. Tiba-tiba ternampak la pula satu Kedai Kebab ni. Nampak menarik. Memandangkan movie Avengers tu sampai 3 jam lebih, masing-masing pun dah mula la lapar. Padahal sebelum keluar rumah tu dah pekena nasi dah pun. Kat dalam wayang pun dah makan popcorn. Ke kedai kebab tu tempting sangat kut.

Kedai Kebab Turki Baba Rafi namanya.

Sedap weh! Highly recommended. Dah lama akak and cik abang cari kedai kebab yang rasa dia sama macam kebab yang selalu kitorang makan time study kat Germany dulu. Walaupun kebab ni takde la sama 100%, tapi almost nak sama dengan rasa kebab yang kami rindui tu. Kira rasa dia macam nak mengalir air mata la feel dia :) 

Acah-acah candid

Dah duduk, bukan nak order terus. Sibuk dok bergambar. Nasib baik cik abang pun layan

Ayah tengah meng'order'

Aktiviti mak dan anak-anak sementara tunggu ayah tengah order

Pipi bulat kesayangan mama :)

Kedai kebab ni banyak cawangan rupanya kat Malaysia. Kalau kat Alor Setar yang kat Aman Central ni, dia sama level dengan GSC.

Next time confirm kami akan repeat makan lagi :)

Thanks for reading!


Thursday, 5 July 2018

Apa Yang Ada Di Rantau Panjang Dan Tempat Beli Keropok Lekor Sedap Kelantan


Part 1 : Review Bermalam Di Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan

Part 2 : Jalan-jalan Bercuti Tempat-tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan

Part 3 : Apa Yang Menarik Di Pantai Cahaya Bulan

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hari ni adalah hari terakhir unplanned trip kami jalan-jalan sambil beraya ke Kelantan.

Awal pagi, dalam pukul 8 pagi macam tu, kami breakfast dulu kat hotel. Makanan hari ni pun semuanya sedap-sedap.

Nasib baik makanan kat sini kena dengan selera kakak Aina. Picky eater ni

Irfan ok ja bab makan, janji ada nasi la

Lepas breakfast, kitorang balik ke bilik hotel, kemas-kemas barang semua sementara tunggu kakak dan abang ipar akak datang dari Bachok. Dalam pukul 10 pagi lebih macam tu diorang datang and kami terus check out.

Dalam perjalan balik tu, dah alang-alang on the way, kami singgah sekejap Rantau Panjang. Saja nak tengok-tengok dan beli apa yang patut. Rantau Panjang ni kawasan bebas cukai yang ada dekat Kelantan. Kiranya macam Padang Besar la kalau kat utara. Ada lagi satu kawasan bebas cukai di Kelantan, Pengkalan Kubor. Ada yang cakap Pengkalan Kubor lagi best dari Rantau Panjang.

Jam betul kat situ, agak sesak dan ramai orang. Dengan keadaan ramai orang dan cuaca pun agak panas terik waktu tu, kakak Aina and Irfan pun apa lagi, asyik ajak balik je la. Lagipun mak dan ayah akak pun tak berapa larat nak jalan lama-lama. Jadi, kami sekejap je kat situ. Cuma memborong coklat dan akak beli set periuk Vision sebab yang kat rumah kacanya dah ada sumbing sikit.

Dalam panas-panas dan ramai orang tu, sempat la selfie satu

Dari Rantau Panjang, kami teruskan lagi perjalanan pulang. Tak jauh dari situ, kami singgah pula beli keropok lekor dan budu. Kalau dah pergi Kelantan, tak sah la kan kalau tak beli. Tempat yang best untuk beli keropok lekor di Kelantan ni, ada dekat Bukit Bunga. Kedai tu Nur Alya Keropok Lekor namanya. Selain beli untuk bawa balik goreng tu, kami juga beli yang dah siap goreng panas-panas untuk bekalan dalam kereta. Sedap wehhhh :)

Selepas tu, kami terus ja perjalanan sampai Alor Setar. Berhenti pun cuma untuk singgah makan, solat dan ke tandas sahaja. Alhamdulillah, perjalanan kali ni jam juga sikit, tapi tak teruk.

Kami selamat sampai kat Alor Setar lebih kurang pukul 8 malam lebih rasanya. Tak la lewat sangat.

Cik abang kata, seronok juga pergi Kelantan ni. Relax ja. Cik abang akak ni memang suka suasana kampung macam tu, tak suka suasana bandar. Lain kali bole pergi lagi katanya.

Yess... itu yang akak nak dengar.
Akak suka je kalau orang bawa jalan-jalan.

Berakhirlah sudah short trip akak sekeluarga ke Kelantan.
Next, ke mana pula kita lepas ni... :)

Thanks for reading!


Apa Yang Menarik Di Pantai Cahaya Bulan, Tempat Menarik Di Kelantan


Part 1 : Review Bermalam Di Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan

Part 2 : Jalan-jalan Bercuti Tempat-tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan

Part 4 : Apa Ada Di Rantau Panjang Dan Tempat Beli Keropok Lekor Sedap Kelantan

Assalamualaikum

Bersambung dari entry akak sebelum ni iaitu kisah akak dan cik abang bawa anak-anak jalan-jalan tempat-tempat menarik di Kota Bharu, Kelantan di waktu pagi, kali ni kisah sebelah petangnya pula.

Selepas solat dan rehat sekejap di hotel, kami keluar semula, bawa mak dan ayah akak sekali jalan-jalan di Pantai Cahaya Bulan atau dikenali juga sebagai PCB di kalangan warga setempat. Ada juga pantai-pantai lain dekat Kelantan ni, tapi PCB ni la yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Kalau korang masih ingat, pantai ni dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi.

Pantai ni bukanlah seperti pantai di Port Dickson yang mana kita boleh mandi, bermain jetski dan sebagainya. Tetapi, pantai ni sentiasa ramai orang dan meriah. Waktu kami pergi tu pun, banyak betul kereta beratur nak masuk parking. Nasib kami Alhamdulillah baik, dapat parking dekat dengan kawasan pantai dan tempat makan-makan.

Jadi, apa yang menariknya di Pantai Cahaya Bulan ni ya.

Pantai ni lebih kepada tempat orang relax dan makan-makan di tepi pantai. Kalau korang datang dengan anak-anak, boleh juga main layang-layang. Ramai orang jual kat sini.

Gambar ihsan dari Google. Pilih je mana satu nak. Tapi kena bayar la :)

Disebabkan anak-anak agak letih, kitoarng cuma jalan-jalan dan relax ambil angin pantai. Tak larat dah masing-masing agaknya sebab berjalan sepanjang hari. Kalau tak, kakak Aina and Irfan ni pantang nampak layang-layang, sure suruh beli sebab nak main.

Tenang je rasa kalau jalan tepi laut ni

Kakak Aina and Irfan malas nak layan mama. Khusyuk layan ice cream

Lepas santai-santai tepi pantai ambil angin, kami sambung pula relax-relax kat kedai-kedai makan sebelah tu.

Ada banyak gerai dan warung makan sepanjang Pantai Cahaya Bulan ni. Kebanyakannya meletakkan bebola yang banyak di hadapan kedai, memang kombinasi terabikla kalau makan tu sambil minum air kelapa atau coconut shake. Ada juga menu-menu lain sepeti nasi goreng, tom yam, megi ketam dan sebagainya.

Kami memilih untuk makan ringan-ringan je sambil ambil angin pantai, makan bebola dan minum air kelapa sebab malam nanti kakak dan abang ipar akak akan datang hotel selepas diorang habis beraya. Diorang cakap nak bawakan Nasi Air Dingin.

Kakak Aina nampak letih sungguh tu :)

Jemput makan sambil pekena air kelapa

By the way, dekat Pantai Cahaya Bulan tu ada banyak juga hotel dan resort. Kalau korang tak nak stay dekat bandar, prefer untuk stay berdekatan dengan pantai, ada banyak pilihan untuk korang. Lagipun, tak jauh dengan bandar Kota Bharu, senang juga nak jalan-jalan area bandar.

Ok, dah habis kami makan-makan tadi, relax-relax sekejap, lepas tu kami balik ke hotel. Sempat sampai kat hotel sebelum Maghrib.

Malamnya, kakak dan abang ipar akak ada datang bawakan Nasi Air Dingin. Macam banyak pula jenis nasi yang terkenal kat Kelantan kan. Kalau dulu, yang akak tau kat Kelantan ni Nasi Kerabu je la. Kalau korang datang ke Kelantan, jangan lupa cuba Nasi Air Dingin ni ya sebab sedap sangat. Nasi ni bukanlah sejuk ke apa, tapi 'dingin' tu actually nama tempat dekat Tumpat Kelantan, tempat asal usul nasi ni.

Ok, berakhirlah sudah hari kedua kami di Kelantan yang sangat padat.
Esoknya, kami nak check out dan terus pulang ke Kedah dah sebenarnya.

InsyaAllah kita berjumpa lagi di entry seterusnya k.

Thanks for reading!

Jalan-jalan Bercuti Tempat-tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan


Part 1 : Review Bermalam Di Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan

Part 3 : Apa Yang Menarik Di Pantai Cahaya Bulan

Part 4 : Apa Ada Di Rantau Panjang Dan Tempat Beli Keropok Lekor Sedap Kelantan

Assalamualaikum

Seperti yang akak kongsikan dalam entry sebelum ni, cuti raya baru-baru ni, akak sekeluarga pergi bercuti sambil beraya ke Kelantan. Unplanned trip sebenarnya. Macam cari penyakit juga la tu, dah tau time-time raya kat Kelantan tu sah-sah jam, gigih juga nak pergi. Kitorang ni saja ja follow kakak akak balik beraya rumah mertua dia kat Bachok, Kelantan.

Kakak akak bertolak dari Alor Setar dalam pukul 8 pagi hari raya ke-empat, dengan abang ipar, mak dan ayah akak. Akak, suami dan anak-anak ada kat Bertam, Pulau Pinang time tu. So kitorang jumpa on the way, dekat highway je, then konvoi sama-sama ke Kelantan.

Alhamdulillah perjalanan kali ni, jam tak la teruk sangat. Mungkin sebab akak dah pernah rasa yang lagi teruk dari tu kut. Selain jam, tambah dengan waktu berhenti pergi toilet dan makan tu, akhirnya kitorang sampai kat hotel tak silap akak lebih kurang pukul 5 petang.

Kitorang stay dekat Hotel Dynasty Inn. Boleh baca review akak tentang Hotel Dynasty Inn, Kota Bharu Kelantan kat sini ni ya. Overall, hotel ni highly recommended untuk yang mencari hotel murah, bersih dan selesa di Kota Bharu, Kelantan.

Sampai di hotel, terus kami check in, mandi, solat dan rehat sekejap. Kakak dan abang ipar akak pula terus pergi ke Bachok dulu, jumpa keluarga abang ipar akak.

Malam tu lepas Maghrib, kakak dan abang ipar akak datang ke hotel untuk ambil kami pergi ke Bachok. Sambil kami nak beraya, ada jamuan makan-makan juga sebenarnya. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dan yang paling special, ada menu popular di Kelantan, Nasi Kak Wok. Nasi Kak Wok ni sebenarnya nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan. Simple je, tapi rasa dia.. perghh. Korang kalau pergi Kelantan, jangan lupa cuba Nasi Kak Wok k.

Akak tak sempat nak ambil gambar malam tu. Ni gambar Nasi Kak Wok ihsan dari Google

Disebabkan masing-masing agak letih dek perjalanan yang agak jauh, so kitorang tak lama sangat kat Bachok. Lepas makan-makan dan sembang-sembang, dalam pukul 10 malam tu kitorang balik semula ke hotel.

Esok paginya, dalam pukul 8 pagi macam tu kitorang breakfast dulu kat hotel sebelum keluar jalan-jalan.

Kakak Aina dan mak tok. Tenang dan selesa makan kat sini

Irfan dah kenyang, semua makanan kena dengan selera irfan

Kakak akak still beraya dengan keluarga abang ipar. Mak dan ayah akak pula nak rehat kat bilik je pagi tu. Jadi dalam pukul 10 pagi macam tu, akak, suami dan anak-anak je keluar jalan-jalan. Kitorang parking dekat parking lot area Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau dikenali juga sebagai Menara Rehal. Parking sini senang nak jalan-jalan sebab banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati ada sekitar situ.

First stop, Pasar Besar Siti Khadijah. Pasar ni tempat membeli-belah yang terkenal la kan dekat Kelantan, kalau tak singgah tak sah. Di tingkat bawah, ada bahagian yang jual barang-barang basah dan ada bahagian yang jual makanan kering serta kuih-kuih tradisional Kelantan. Tingkat atas pula ada dijual segala baju, kain, tudung, telekung dan pelbagai lagi. Pandai-pandai la korang survey dan tawar harga. Kalau boleh, cakap Kelantan terus, barulah tak kena ketuk kut :)

Pasar Besar Siti Khadijah. Gambar ihsan dari Google juga, sebab akak tak sempat nak ambil gambar. Orang ramai, anak-anak pula asyik ajak keluar dari situ

Ada satu lagi tempat membeli-belah yang popular di Kelantan ni iaitu Wakaf Che Yeh. Tapi kitorang tak singgah sebab masa tak mengizinkan. Lagipun akak dah pernah pergi situ, kira dah cukup dah la syarat.

Shopping complex pun ada sebelah Pasar Besar Siti Khadijah ni, KB Mall. Tapi kitorang tak singgah, sebab kitorang plan nak pergi AEON Mall Kota Bharu lepas jalan-jalan area bandar.

Dekat bandar Kota Bharu ni, banyak juga muzium yang ada. Dekat-dekat, boleh jalan kaki je. Tapi kitorang tak singgah semua la, yang mana sempat je. Anak-anak pun dah tak larat jalan dan tak larat mama asyik ajak ambil gambar.

Dari Pasar Besar Siti Khadijah, kami pergi ke Istana Balai Besar. Istana ni bertentangan dengan Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra. Binaan istana ni cukup cantik dan unik, tapi cuma boleh tengok dan ambil gambar kat luar je sebab tak boleh masuk dalam. Dulunya istana ni tempat bersemayam Sultan Kelantan, tapi sekarang menjadi tempat berlangsungnya upacara rasmi kerajaan. 

Waktu ni mood bergambar kakak Aina and Irfan masih ok :)

Ni kat bahagian tepi Istana Balai Besar

Kat longkang belakang Istana Balai Besar pun nak selfie

Muzium pertama dan satu-satunya yang kami masuk adalah Muzium Diraja Istana Batu. Muzium ni asalnya dulu istana tempat bersemayam Al-Marhum Sultan Yahya Petra semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan. Sekarang istana ni dijadikan Muzium Diraja yang mempamerkan khazanah-khazanah Sejarah Kesultanan Kelantan. Nak masuk dalam ni ada dikenakan bayaran, cuma akak tak ingat berapa. Tapi murah je, seorang RM2 kalau tak silap.


Hanya bergambar di luar Muzium Diraja je sebab kat dalam tak dibenarkan bergambar

Dari muzium, kami ke Kampung Kraftangan pula. Dalam ni ada Muzium Kraftangan, tapi kitorang tak masuk sebab kakak Aina dah mula merungut tak larat. Kitorang cuma jalan-jalan je kat dalam tu, tapi rasa rugi la juga tak masuk muzium tu. Di situ ada pelbagai hasil kraftangan halus Kelantan seperti songket, batik, ukiran kayu dan lain-lain. Selain pameran, yang menariknya ada demonstrasi juga.

Irfan dah makin besar dan tinggi dari kakak Aina. Cepatnya anak-anak mama membesar

Di hadapan Muzium Kraftangan yang ada di dalam Kampung Kraftangan

Kitorang ingat nak lunch kat Restoran Nasi Ulam Cikgu yang popular tu, tapi takde rezeki sebab tutup. Cuti raya lagi agaknya. Restoran ni ada berhampiran Kampung Kraftangan. Korang kalau jalan-jalan bandar Kota Bharu ni, boleh la cuba makan kat restoran ni sebab selain memang menjadi tumpuan ramai, restoran ni berhampiran dan dikelilingi tempat-tempat bersejarah di situ.


Disebabkan restoran tu tutup, jadi kami terus ambil kereta kat parking lot je.

Sebelum masuk kereta yang kitorang parking kat belakang tu, bergambar dulu di Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra

Dari awal kitorang plan untuk ke AEON Mall Kota Bharu untuk beli-beli barang sikit. So, terus je la dari situ. Beriya akak ajak cik abang ke AEON Mall ni sebab nak singgah KAISON juga sebenarnya. Mana-mana tempat yang akak pergi yang ada KAISON, mesti akak akan singgah. Cuci mata dan tercuci sekali poket :)

Memandangkan time tu pun dah lunch hour, alang-alang tu kitorang lunch je terus kat situ sebab anak-anak dah lapar. Sambil tu, tapau juga lunch untuk mak dan ayah akak kat hotel. Tak boleh lama-lama sangat kat situ, sebab petang tu nak bawa mak dan ayah akak jalan-jalan Pantai Cahaya Bulan pula.

Meeting apa tak tau dua budak kecik ni sementara tunggu makanan datang

Lepas dah habis makan dan kena pau beli LEGO dengan anak-anak, makanya pulangla semula kami ke hotel. Balik je hotel, sembahyang dan rehat-rehat sekejap, keluar semula bawa mak dan ayah akak ambil angin kat Pantai Cahaya Bulan. Ok, yang ni, InsyaAllah next entry pula kita bersambung ya :)

Stay tuned
Thanks for reading!


Wednesday, 4 July 2018

Review Bermalam Di Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan


Part 2 : Jalan-jalan Bercuti Tempat-tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan

Part 3 : Apa Yang Menarik Di Pantai Cahaya Bulan

Part 4 : Apa Ada Di Rantau Panjang Dan Tempat Beli Keropok Lekor Sedap Kelantan

Assalamualaikum :)

Cuti raya baru-baru ni panjang betul kan, sebab time cuti sekolah 2 minggu. Dah kebetulan cuti sekolah, cik abang akak pun terus ambil cuti juga seminggu.

Sebenarnya kitorang takde plan pun nak bercuti ke mana-mana, ingat just nak lepak kat kampung lama sikit dan beraya rumah saudara-mara je.

Tapi, entah macam mana tiba-tiba masing-masing rasa macam tak best pula kalau tak bercuti ke mana-mana. Bukan senang nak cuti panjang macam ni. Kebetulan kakak akak ni nak balik raya Kelantan hari raya ke-empat tu, rumah mertua dia. Ting!! Dapat idea, alang-alang tu, baik ikut diorang beraya Kelantan. Sambil beraya, bole la sambil tu kami jalan-jalan kat Kelantan. Korang bayangkan la, malam hari raya ke-tiga tu baru kitorang decide nak ikut.

Malam tu juga la kitorang masuk Agoda cari hotel dan book. Malam tu juga la pack apa yang patut. Esok paginya terus bertolak.

Biasanya, kalau pergi bercuti memang kitorang book hotel melalui Agoda je, senang. Banyak sebenarnya recommended hotel murah dan bagus di Kelantan ni, kitorang cari yang dekat area Kota Bharu. Pening juga nak memilih. Dah la last minute kan, tak bole la nak demand sangat. Lagipun, kitorang tak nak la yang mahal-mahal sangat, nak tidur je pun. Lepas dah baca review sikit, and tanya abang ipar akak, kitorang decide nak stay dekat Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan.

Bahagian hadapan hotel. Kawasan parking yang agak luas ada disediakan di belakang hotel

Dekat hotel ni ada disediakan beberapa jenis bilik. Ada bilik Superior, Deluxe dan ada juga jenis Apartment 3 @ 4 bilik.

Kitorang ambil 2 bilik Deluxe untuk 2 malam. 1 bilik untuk akak, cik abang dan anak-anak. 1 lagi bilik tu untuk mak dan ayah akak, saja bawa jalan-jalan sekali. Harga 1 bilik Deluxe tu untuk 1 malam, lebih kurang RM 1++, termasuk breakfast untuk 2 orang. So total hampir RM 600 macam tu, kira ok sangat kan, tak mahal.

Ok, itu cerita tentang book dan harga hotel.

Sekarang akak review sikit tentang hotel tu k.
By the way, lupa betul akak nak ambil gambar hotel ni. Nak buat review ni baru terfikir. So, gambar-gambar ni ihsan dari Google la ye.

Bahagian receptionist, lif ada di bahagian tepi

Dari segi lokasi, hotel ni strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu. So dekat la kalau nak jalan-jalan ke, membeli-belah ke, makan-makan ke. Parking pun ada disediakan oleh pihak hotel, selamat dan tak perlu susah-susah kita nak cari parking.

Kawasan parking yang agak luas di belakang hotel

Dari segi service, kitorang takde masalah apa pun dengan staff semua. Nak check in, check out semua smooth je. Iron pun tak payah nak call mintak sebab dah ada disediakan dalam bilik. Free WIFI ada juga kat hotel ni, tapi akak tak guna, so tak boleh nak comment. Tapi rasanya ok je kut sebab mak akak ada guna.

Breakfast pun pada akak ok dan sedap. Takdela terlampau banyak choice sangat macam kita pi hotel 4-5 stars, tapi kalau dah kenyang dan sedap tu kira ok dah. Banyak-banyak sangat pun bukan kita larat nak makan semua kan. Yang paling akak suka, breakfast ni kat tingkat atas, so pemandangan dia sangat cantik dan tenang. Boleh nampak Sungai Kelantan dan bandar Kota Bharu. Lagi satu, jimat sebab kanak-kanak bawah 12 tahun, FREE je uoollss.

Cantik dan tenang je kan makan kat sini. Selesa

 Kitorang 2 hari berturut-turut pilih meja makan yang hujung tu. Sebab view dari situ cantik

Dari segi keadaan bilik, walaupun hotel ni setahu akak hotel yang agak lama, tapi condition dia ok sangat. Akak rasa diorang ada upgrade banyak benda, sebab tak nampak lama sangat. Barang-barang kat dalam bilik pun akak perasan diorang banyak guna barang IKEA dan KAISON. Nampak simple tapi cantik. Yang penting, bersih dan Alhamdulillah selesa.

Spot iron yang tergantung tu :)

Yang ni common la kan. Semua hotel ada sediakan ni, percuma je.
Cuma kat hotel ni takde peti ais k

Keseluruhannya, Alhamdulillah akak puas hati dengan Hotel Dynasty Inn Kota Bharu, Kelantan ni. Takde sebarang masalah untuk kami sekeluarga sepanjang kami menginap 3 hari 2 malam kat situ. Recommended untuk yang mencari hotel di Kelantan yang murah tetapi bersih, selesa dan cantik. InsyaAllah kalau pergi lagi Kelantan, bole la stay kat sini juga :)

Next entry, insyaAllah saya berkongsi pula tentang tempat-tempat menarik di Kelantan yang sempat kami singgah.

Thanks for reading!


Thursday, 18 January 2018

Masih Lagi Pengedar Sah Shaklee Di Pulau Pinang :)

Assalamualaikum :)

Jap jap. Lap lap buang habuk dulu. Bersawang betul blog kesayangan ku ni. Sampai termimpi-mimpi update blog.

Ada yang rindu akak ke. Hihi

Terima kasih la buat yang masih sudi singgah kat blog akak ni. And salam ukhuwah buat yang baru je terserempak dengan blog akak. Berbulan-bulan lamanya akak tak update blog ni, sampaikan ada yang mungkin tak sure akak masih jual Shaklee lagi ke tak.

Of course la masih lagi. Masih lagi pengedar Shaklee yang aktif, dan satu keluarga pun masih lagi amalkan Shaklee. Walaupun dalam tak update blog ni, Alhamdulillah sales akak tetap berjalan. So korang, yang nak konsultasi eksklusif dari akak tentang Shaklee, jangan segan-segan contact yer. InsyaAllah akak bantu.

Sepanjang berbulan-bulan tak update blog ni, banyak betul cerita yang akak nak cerita sampai dah tak tau nak cerita yang mana. Hihi

Ok, akak announce yang paling major la kut.

Akak sekeluarga dah pindah rumah. Ni third house yang kitorang beli. Rumah yang sebelum ni, dah jual pun. Mula-mula lepas beli rumah baru ni, ingat nak bagi orang sewa je. Tapi lepas dah consider banyak factors, kitorang decide nak jual je terus. Malas nak pikir, kalau bagi sewa nanti takut macam-macam hal pulak dengan penyewa. Rumah first dulu pun jual. Nak jual tu Alhamdulillah senang je. Tak sempat nak iklan kat Mudah, dah ada buyer. Syukur Allah permudahkan.

Kitorang pindah pun tak jauh mana actually, masih lagi dalam Penang. Sebab cik abang still kerja kat company lama. Cumanya kalau sebelum ni kitorang stay kat pulau, sekarang dah keluar dari pulau. Reason keluar dari pulau, sebab nak berhijrah duduk rumah landed pulak. Kat pulau tu duduk rumah apartment. Maklumlah, rumah landed kat dalam pulau bapak mahal juta-juta, memang mampu tengok jer la.

Actually, akak dengan cik abang memang dah lama plan nak beli landed house kat mainland. Cuma ingat nak tunggu lepas kakak Aina and Irfan habis sekolah rendah. Reason, malas nak tukar-tukar sekolah sebab rasa sekolah dulu tu dah ok. Lagipun rumah lama tu memang best la, sekolah dekat, hospital dekat, nak shopping dekat, tempat kerja cik abang dekat, nak beli makanan apa pun cakap je semua ada.

Tapi, Allah dah atur elok dah kan. Since last year, memang kami dah start survey rumah. Dalam dok tengah survey tu, terbekanan pulak dengan rumah yang baru kitorang beli ni. Menepati ciri-ciri yang akak nak. Akak takdela demand rumah besar banglo ke apa. Sebab rumah macam tu, kalau nak harga yang affordable, jauh pulak dengan tempat kerja cik abang.

Fikir punya fikir, discuss dengan anak-anak, diorang pun suka dengan rumah ni and ok je tukar sekolah.

Dipendekkan cerita, kami dah lebih kurang 4 minggu macam tu pindah ke rumah baru ni. Syukur Alhamdulillah. Dan dengan ini, akak isytiharkan juga akak dah semakin rajin nak deko-deko dan tanam menanam. Rumah baru la katakan. Harap-harap berkekalan la rajin ni. Hihi

Dan dengan ini juga diisytiharkan akak dah kembali menggunakan lesen kereta akak setelah terperap 10 tahun lebih. Kalau sebelum ni, sekolah belakang rumah, jalan kaki je sampai. KAFA pun dekat je. Nak ke mana-mana pun harap kat cik abang je. Nak bawa kereta jadi tak confident pulak.

Sekolah baru ni dekat la jugak, tapi kalau jalan kaki memang tak dapat la. Confident tak confident, kena la akak bawa kereta. Banyak kali juga la keluar rumah tahun ni, sebab kakak Aina and Irfan sesi sekolah tak sama. Sorang pagi, sorang petang. Pastu dengan KAFA lagi. Memang job akak bertambah la lagi satu tahun ni, jadi driver pulak. Tapi kan, syok pulak jadi driver anak-anak ni.

Panjang meleret pulak cerita akak ni.

By the way, rumah baru kami sekarang kat Bertam, Pulau Pinang. Ada sesape yang dok area sini terbaca entry akak ni. Meh la kita berkenalan.

Ok.. stay tune naaa dengan sharing akak tentang tips-tips, tentang Shaklee.. dah penuh otak dah ni nak share macam-macam.
Dan mungkin sekarang, akak akan rajin juga share tentang deko rasanya. Nampak semangat di situ :)

Thanks for reading!

Peneman setia mama selfie


Monday, 28 November 2016

Aktiviti Naik Kuda Di Countryside Stables, Balik Pulau. Antara Tempat Menarik Di Pulau Pinang


Assalamulaikum semua :)

Cuti sekolah dah bermula. Makanya mak-mak mula la memerah otak nak buat aktiviti apa kan cuti sekolah yang panjang ni, supaya anak-anak tak la boring sangat asyik dok rumah je.

Selain memerah otak memikir aktiviti, tak lupa juga memerah otak memikir menu apa nak masak tiap-tiap hari. Nak-nak lagi mak-mak yang stay at home or work at home macam saya ni.

Apa ye aktiviti korang dengan anak-anak musim cuti sekolah ni?

Kitorang, biasanya aktiviti cuti sekolah ni:
  • balik kampung. Biasanya memang lama jugak la kitorang stay kat kampung
  • jalan-jalan makan angin
  • duduk rumah buat aktiviti main UNO ke, baking ke. Apa-apa je la aktiviti yang berfaedah & buat anak-anak happy
So, aktiviti pertama sebagai pembuka cuti sekolah kami kali ni, aktiviti naik kuda di Countryside Stables, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Actually dah lama nak bawa anak-anak ke sini, tapi asyik tertangguh sampai terlupa.

Tak jauh mana pun dari rumah kami, lebih kurang setengah jam je perjalanan. Kami pergi hari Sabtu baru ni, cuaca pun Alhamdulillah ok hari tu, walaupun agak mendung sikit.

Best sangat sepanjang perjalanan tu, sebab masuk sampai ke kawasan kampung. Mula-mula tu rasa macam nak sesat dah sebab tak nampak rupa macam nak sampai pun, tapi actually memang gitu. Tempat dia agak ke dalam sikit.

Ni saya bagi details ya tentang tempat ni. Orang-orang Pulau Pinang, apa lagi, terjah la tempat ni.
Orang-orang luar Pulau Pinang, jangan lupa masukkan Countryside Stables, Balik Pulau ni dalam list korang bila datang jalan-jalan Pulau Pinang k.



Countryside Stables Penang
Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu buka:
Setiap hari
2.00 PM hingga 7.30 PM

Harga tiket:
Dewasa - RM 5
Kanak-kanak - RM 3

Mak dengan anak-anak sama-sama excited. 
Ipan, erkk. Sapa ajaq posing kaki macam tu :)

 Kuda hitam ni ala-ala macam penyambut tetamu la, mesra alam.
Dia ada je sentiasa kat walkway tu bermesra dengan visitors :)


Setiap kuda kat sini ada nama tau. Ada juga description tentang kuda tu.
Bole la baca kat situ, berkenalan :)

Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak, aktiviti naik kuda dan bagi kuda makan.



Harga untuk bagi kuda makan:
RM 5

Harga untuk naik kuda:
Dewasa - RM 20
Kanak-kanak - RM 17

 Don't worry, ada safety helmet.
Colourful and ceria. Menarik perhatian budak-budak.
Bersih pun bersih, sebab ada disediakan juga disposable caps untuk dipakai sebelum pakai helmet tu

 Kakak Aina berani dalam takut.
Maklumlah first time :)

 Ada gaya kakak ni :)

 Kuda ni nama dia Amir. Good boy :)
Ok.. turn Irfan pulak

Uncle yang pakai baju kuning tu la owner tempat ni

 Next time kita jumpa lagi ok Amir :)

Seronoknya kawasan ni sebabnya nyaman sangat, suasana kampung. Bersih pulak tu, memang kawasan dan kuda-kuda kat situ dijaga rapi. Bravo to the owner and his team!

 Irfan tengah tunggu turn naik kuda waktu ni

 Ada tempat untuk relax2, makan ice cream, minum air.
Cantik sebenarnya rekabentuk tempat relax2 ni, tapi lupa pulak nak ambik gambar

 Kereta kuda pun ada kat sini.
Tapi tak sure la kan berfungsi ke tak

Ke mana kita seterusnya cuti sekolah ni?
Tungguuuuu....

Overall, memang best sangat! Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang ni.

Highly recommended untuk bawa anak-anak ke sini. Gerenti anak-anak korang akan suka.
Even korang pun boleh je nak naik kuda tu, bukan yang ada anak-anak je.

Berbaloi datang. Kakak Aina and Irfan siap dah request nanti nak datang lagi :)