Wednesday, 11 July 2018

Beli Baju Renang Kanak-kanak Online


Assalamualaikum

Sebelum raya hari tu, selain mencari baju raya, akak dan cik abang sambil tu mencari-cari juga baju renang untuk anak-anak. Baju renang yang lama tu dah ketat sangat, kain dia pun macam dah nak rosak. Maklumlah, dah bertahun-tahun dah baju tu berjasa.

Baju Renang Muslimah

Merata juga la kami mencari, tapi takde yang berkenan di hati. Tiba-tiba, teringat yang dulu akak pernah beli online baju renang untuk diri sendiri. Akak beli dekat Haleema Swimwear


Ada banyak design baju renang muslimah yang cantik-cantik kat sini. Akak pilih yang macam dalam gambar kat atas ni, simple je. Harganya tak silap akak RM 170. Dah 2@3 tahun kut akak beli ni, so harga tak sure masih sama atau tak.

Baju renang ni ada baju, seluar dan tudung. Baju dan seluar tu tak bersambung terus, tapi ada tali untuk ikat baju tu kat seluar supaya waktu berenang tu baju tak terangkat nampak badan. Baju renang ni selesa sangat. Kain dia sama je macam baju renang yang ada kat pasaran. Potongan dia jenis lurus dan longgar, tak ketat. 

Baju Renang Kanak-kanak Online

Service pun bagus kedai ni. Kita boleh contact untuk tanya lebih detail tentang size dan sebagainya. Akak order baju renang untuk anak-anak minggu lepas. Lepas 2 hari close deal, terus sampai kat depan pintu rumah.


Yang ni baju renang untuk Irfan. Harganya RM 125. Harga ni berbeza ikut size. Macam yang Irfan punya ni, size 11 tahun sebab walaupun Irfan baru 9 tahun, tapi badan sado sikit. Kena beli size yang besar ikut badan. Design lebih kurang yang mama dia punya je. Irfan yang pilih sendiri, minat design ni. 

Alhamdulillah kain selesa, potongan pun lurus dan longgar sikit. Tak terlalu ketat. Untuk baju renang kanak-kanak lelaki ni, baju dan seluar tak bersambung. Akak beli yang lengan dan seluar pendek. Ada juga set seluar dan lengan panjang.


Yang comel ni, baju renang kakak Aina. Harganya RM 130. Kakak Aina badan kecil molek macam mama je, so pakai size yang sama dengan umur, size 10 tahun. 

Baju renang kanak-kanak perempuan ni ada baju, seluar, tudung dan cap. Baju dan seluar bersambung terus. Senang kan, baju tak terangkat waktu tengah berenang. Maklumlah, budak perempuan kan, Mestilah segan kalau baju terangkat nampak badan.


First time rasmi baju renang baru. Gambar sebelum nak pergi swimmming class ni. Alhamdulillah, kakak Aina and Irfan dah makin pandai swimming dah. Cuma free style tu je macam susah sikit. Swimming class pun dah nak habis dah. Tinggal lagi 2 sesi kut tak silap.

So, korang yang mencari-cari juga baju renang muslimah atau baju renang kanak-kanak yang affordable, berkualiti, cantik dan selesa, boleha la survey tengok dekat Haleema Swimwear tu ya.

Thanks for reading!