Assalamualaikum
Alhamdulillah, esok kita bakal menyambut Ramadhan Al-Mubarak, suatu bulan yang dianggap BONUS terbesar daripada Allah S.W.T kerana ganjaran yang disediakan dalam bulan Ramdhan ni tersangatlah hebat.
Di samping kita memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ni, ramai juga yang mengambil peluang untuk mengurangkan berat badan masing-masing.Kulit pula macam mana, takkan nak biar je jerawat, jeragat, parut, kusam semua tu. Mesti nak cerah dan flawless raya ni kan.
Masing-masing dah mula berangan nak pakai baju raya yang macam mana, tudung yang macam mana, kan kan kan. Lagilah sekarang ni banyak betul baju cantik-cantik yang dijual online di Instagram, Facebook dan sebagainya. Siapa yang tak tergoda tu tipulah kan. Biasalah orang perempuan memang macam tu, lagi-lagi masa raya nanti nak jumpa ramai orang, mestilah nak nampak langsing dan cantik.
Tetapi, niat yang dah ada tu kenalah mula dari sekarang, kalau tak terkuburlah nanti segala angan-angan. Silap-silap, sampai raya nanti, berat badan bertambah, kulit pun tak berseri nanti.
So, apa nak buat kalau nak langsing dan cantik menjelang raya ni?
Tak susah pun, and actually ni kiranya daily lifestyle kita ni.
Ada 3 je benda yang penting:
3 Tips Kurus Dan Cantik Menjelang Raya
1. Jaga pemakanan
Time sahur confirm semua takde masalah, tapi time berbuka tu kadang ramai juga yang tak boleh control nafsu. Jangan makan tak ingat dunia noo, berpada-pada ok. Mulakan berbuka dengan makan kurma dan minum air masak. Kurangkan makanan yang berlemak, pedas dan berminyak dan kurangkan juga minuman manis atau berkarbonat. Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal dan cover karbohidrat, protein, serat dan sedikit kuih-muih.
2. Bersenam
Tak nak senam bulan puasa ni, boleh? Ok jer, ada yang memang stop tak bersenam terus, ada yang kurangkan, bergantung individu. Saya, memang tak laaaa, bulan tak puasa pun liat bersenam kan. Hihihi. Memasak, buat kerja rumah, shopping barang dapur, ambil dan hantar anak-anak ke sekolah pun dah kira bersenam juga kan. Dan bulan puasa ni, solat terawikh pun boleh bakar sehingga 200-300 kcal tau. Tapi, objektif utama solat terawikh tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan. Cuma di samping pahala, solat terawikh juga membantu kesihatan rohani dan jasmani.
3. Ambil supplement
Pengambilan supplements ni mungkin adalah satu pilihan bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya, supplements adalah satu keperluan di zaman sekarang, di dunia yang bukan ideal ini.
So, bagaimana dengan supplements anda?
Saya dan keluarga, insyaAllah dah ready :)
Jom, saya kongsikan antara cadangan supplements yang membantu anda untuk kekal cergas bertenaga sepanjang Ramdhan, dan cantik langsing menjelang raya.
1) Set Kecantikan Kulit Shaklee, Shaklee Collagen Powder dan Vivix
Khas buat anda yang ingin kelihatan cantik berseri di pagi raya, jom amalkan supplemen Shaklee untuk kecantikan kulit ni. Kalau nak makeup di pagi raya, kulit mestila cantik dan flawless, barulah cantik kan. Takkan baju jer yang nak cantik, tapi tuannya kulit pun pucat, dengan masalah jerawat, jeragat, parut, kusam dan sebagainya :)
2) Set Kurus Shaklee
Ada yang dah tempah atau dah beli baju raya? Saya belum lagi. Rasanya macam biasa la, beli yang ready made je. Online pun dah berlambak jual. Online ni satu jer, size tu la, kalau badan terover berisi, baju susah nak beli, pakai pun tak cantik. Tapi kalau dah amalkan 3 tips kat atas tu, no hal la, nak pakai baju apa pun boleh tau.
Orang cakap bulan puasa ni berat badan boleh turun. Tapi kalau dah hari-hari borong segala macam jenis juadah di bazar Ramadhan, macam mana nak turun tu. Sebab tu la kena ready dengan supplemen Shaklee. Waktu sahur dan berbuka, minum ESP atau Cinch Shake untuk membantu kita kurangkan makan makanan yang berlemak dan berminyak. Dan selepas makan, terus ambil Lecithin dan/atau Omega Guard untuk terus bakar lemak-lemak. Alfafa dan/atau Herblax, ambil untuk detoks atau singkir keluar segala toksin dan lelemak tu :)
3) Set Triple Gems yang mengandungi ESP, Mealshakes dan Performance Drink, untuk sahur dan berbuka.
Supplemen ini adalah untuk memastikan kita dapat menjalani ibadah berpuasa dengan bertenaga, mengurangkan rasa letih dan lapar. Set ini juga membantu ibu-bu hamil dan menyusu yang risau tidak dapat menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna. Bagi yang ada gastrik, insyaAllah set ini dapat membantu anda.
Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat
menunaikan ibadah puasa kepasa semua. Semoga puasa tahun ini lebih baik
dari tahun sebelumnya. Jom lipat gandakan amalan di bulan baik ini dan
semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment