Antara kerisauan yang sering mengganggu ibu-ibu selepas bersalin adalah masalah perut buncit dan menggeleber. Terasa hilang keyakinan diri bila tengok perut sendiri, dengan parut rekahannya, dengan buncitnya, dengan gelebernya. Kalau dah lepas pantang pun nampak macam mengandung tiga bulan, apa kes kan. Nak nak pulak kalau cik abang sound, adusss...
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukankan untuk mendapatkan kembali perut kempis seperti anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti ibu hamil tiga bulan. Misi nak dapatkan kembali perut kempis ni boleh direalisasikan asalkan ibu ada kemahuan dan berdisiplin.
Nak tahu tak apa caranya? Nampak macam senang je ni, tapi kena ada disiplin yang tinggi demi menjayakan sebuah misi. Misi bukan sebarang misi ni.
Kalau orang lain boleh, takkan la kita tak boleh kan.
Macam Puan Salwa ni, percaya tak beliau berjaya turunkan berat badan beliau sebanyak 20kg selepas bersalin! Apala agaknya rahsia beliau kan, sampai dah jadi macam anak dara balik pulak dah walaupun anak dah tiga. Jom risik-risik sikit rahsia beliau :)
7 Tips Mudah Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin
1. Menyusukan bayi sepenuhnya
1. Menyusukan bayi sepenuhnya
Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang
kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi
juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600
kalori sehari.
2. Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya
leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah yang membuatkan ibu boleh
dapatkan kembali perut yang kempis. Jadi, jangan culas tau berbengkung sepanjang berpantang. Seeloknya, 24 jam pakai bengkung tu ye, time mandi jer bukak. Alah, sekejap jer 44 hari patang tu, ada yang sampai lepas pantang pun masih berbengkung. Yang tu ikut la tahap kerajinan masing-masing.
3. Bertungku dan bertangas
Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin
walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku,
lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim. Bertangas pula dapat
memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada
sepanjang mengandung.
Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal.
Walaupun sebagai ibu menyusu, ibu-ibu tidak digalakkan berdiet berlebihan
tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan
mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan
nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut
buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak,
sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot
serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
Ramai ibu-ibu termasuk saya suka mengamalkan ESP, protein terbaik dari soya non-GMO. ESP ni bukan sahaja memberi rasa kenyang yang lama, malah ESP juga membantu pekatkan susu dan membantu memberi tenaga. Bonus yang best, kulit pun makin cantik.
Ramai ibu-ibu termasuk saya suka mengamalkan ESP, protein terbaik dari soya non-GMO. ESP ni bukan sahaja memberi rasa kenyang yang lama, malah ESP juga membantu pekatkan susu dan membantu memberi tenaga. Bonus yang best, kulit pun makin cantik.
5. Minum air masak 2-3 liter sehari
Ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah nak minum banyak air masak ni. Takpe, 2-3 liter ni kalau kita minum sikit-sikit tapi banyak kali, actually takdelah susah sangat. Sediakan botol yang comel dan mudah dibawa untuk isi air masak ni, nak letak sebelah katil pun boleh. Lagi satu, kurangkan minum air manis ye, insyaAllah lagi senang nak minum banyak air masak.
6. Jom detoks
Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu
mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam
badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses
detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama
bahagian perut. Sekarang kan banyak jer resepi air detoks campuran buah-buahan tu, boleh buat sendiri kalau rajin. Saya ni tahap tak berapa rajin dan tak gemar telan benda-benda yang pahit, so untuk detoks, saya amalkan supplement semulajadi Alfalfa dan Herblax. Memang lancar jer penghadaman, badan rasa ringan, perut pun kempis.
Kuatkan semangat, disiplinkan diri, pasti boleh. InsyaAllah.
Kalau tak, menyesal nanti:)
Selamat mencuba ye ibu-ibu semua.
Thanks for reading!
Anda mungkin berminat dengan Rahsia Kurus Dan Cantik Selepas Bersalin Ibu Hanis Zalikha dan Berjaya Kurus Dengan Set Kurus Shaklee
Kuatkan semangat, disiplinkan diri, pasti boleh. InsyaAllah.
Kalau tak, menyesal nanti:)
Selamat mencuba ye ibu-ibu semua.
Thanks for reading!
Anda mungkin berminat dengan Rahsia Kurus Dan Cantik Selepas Bersalin Ibu Hanis Zalikha dan Berjaya Kurus Dengan Set Kurus Shaklee
No comments:
Post a Comment