Assalamualaikum
Jerawat oh jerawat..
Bagi yang takde masalah jerawat ni, mungkin korang rasa pelik, kenapa la kami-kami yang ada masalah jerawat ni beria stress bagai bila jerawat mula naik. Jerawat ni mungkin nampak remeh, alaaa, jerawat jer. Tapi, sebenarnya, jerawat ni akan membuatkan seseorang itu akan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Pernah customer saya berkongsi dengan saya, bila pergi rumah saudara atau rakan, beliau rasa malu dengan wajah sendiri, sampai sanggup tidur dengan pakai make-up/bedak untuk tutup jerawat.
Saya sendiri suatu ketika dulu pernah mengalami masalah jerawat yang agak teruk. Memang rasa down sangat. Sebab tu saya suka berkongsi tentang pengalaman saya dan apa yang boleh membantu mereka yang mengalami masalah yang sama. Nasihat saya, banyakkan bersabar, teruskan ikhtiar dan jangan berputus asa untuk merawat masalah jerawat ni, kerana setiap masalah ada penyelesainnya.
Cuma, bila kita nak selesaikan masalah ni, kenalah betul caranya.
Ramai yang melakukan kesilapan, asyik bertukar-tukar produk kecantikan, dari A ke B, B ke C dan sampaila ke Z. Kononnya, produk kecantikan tu tak sesuai dengan mereka sebab masalah jerawat tak juga selesai, malah ada yang semakin teruk pun ada. Saya dulu pun macam tu tau.
Tahukah anda 70-80% punca masalah jerawat adalah dari dalaman?
Antaranya, masalah hormon, penghadaman, toksin berlebihan, pemakanan, genetik, stress dan sebagainya. Jadi, bila nak rawat dari dalam ni, caranya tentulah melalui pengambilan makanan berkhasiat yang baik untuk perawatan kulit, contohnya pengambilan vitamin tertentu.
Ada beberapa jenis vitamin yang boleh menyembuhkan jerawat pada wajah anda.
5 Vitamin Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan
Berikut beberapa jenis vitamin yang boleh dijadikan ubat jerawat.
Penggunaan ubat jerawat atau apa sahaja produk menghilangkan jerawat sebaiknya ditukar dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan atau kacang-kacangan yang mengandung vitamin di atas. Nampak macam senang kan, tapi susah sebenarnya. Kita ni, kadang nak ambil sebiji buah sehari pun tak, inikan pula nak makan pelbagai jenis buah dan sayur untuk cukupkan dos vitamin yang kita perlukan.
Cadangan Vitamin Dari Shaklee
Cadangan vitamin semulajadi dari Shaklee ialah Carotomax (Vitamin A), Zinc Complex, Vitamin E, Vitamin C dan B Complex.
Macam saya sendiri, memang tak dapatla nak ambik banyak buah dan sayur setiap hari. Ramia jer macam tu kan, cepat ngaku :)
Sebab tu saya amalkan pengambilan supplements. Supplements pilihan saya of course la dari Shaklee yang sememangnya semulajadi tanpa bahan kimia, mudah diserap dalam badan dan juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Harga pun mampu milik, jimat sangat. Sebotol tu, tahan berbulan-bulan.
Shaklee ni dah lebih 50 tahun dalam pasaran, perkataan vitamin tu pun sebenarnya berasal dari Shaklee tau. Beratus-ratus juta US Dollar Shaklee laburkan setiap tahun untuk pastikan kualiti vitamin di tahap yang terbaik. Kalau baca segala info tentang produk dan company Shaklee ni, memang rasa sangat teruja tau, rasa nak cuba jer semua produk Shaklee.
2 comments:
Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
.
Post a Comment