Assalamualaikum
Alhamdulillah, saya baru jer balik dari KL ni sebenarnya. Sepanjang 3 hari 2 malam berkampung di Palace Of Golden Horse Hotel secara PERCUMA, percutian 6 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Percutian ni adalah salah satu peluang yang ditawarkan oleh Shaklee selain bonus dan car bonus, kepada pengedar-pengedar yang layak.
Percutian ini juga actually sempena National Conference Shaklee yang diadakan sekali setahun untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada pengedar Shaklee yang telah berjaya sepanjang setahun yang lepas. National Conference Shaklee kali ni diadakan di MIECC The Mines. Tahun ni adalah kali kedua saya mendapat trip percuma dari Shaklee, dan seperti tahun lepas, tahun ni juga adalah tahun kedua saya menjadi salah seorang penerima awards dari Shaklee.
Selain daripada awards dan hadiah-hadiah yang diberi Shaklee, apa yang membuatkan saya amat teruja sepanjang menghadiri convention ni adalah saya dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai kenalan yang jarang-jarang berjumpa dan juga yang baru, semuanya dari kalangan mereka yang sentiasa positif dan bersemangat. Walaupun hanya berjumpa sesekali dan baru kenal, tapi ukhuwah yang terjalin tu, mesra macam dah kenal lama. Kalau nak diikutkan tu, kami ni semuanya menjalankan perniagaan yang sama, tapi masing-masing langsung tak lokek berkongsi ilmu.
Shaklee juga ada menjemput beberapa Master Shaklee yang telah berjaya untuk berkongsi pengalaman dan tips mereka. Semangat dan aura sepanjang National Conference Shaklee ni, fuhhh, jangan cakaplah. Syukur sangat dipertemukan dengan business Shaklee ni, yang sememangnya telah banyak mengubah diri dan pemikiran saya.
Jom kita layan gambar sikit jom :)
Sampai-sampai jer, terus disambut dengan kalungan bunga oleh
Mr Victor Lim, President of Shaklee Malaysia
Selfie dulu seround sebelum nak register and check in
Dah check in. Besar biliknya, cantik, selesa.
Trademark kuda semuanya, dengan lampunya, shower gel, lotion, shampoo.
Semuanya bentuk kuda, unik :)
Welcome lunch dari Shaklee
Kena isi perut dulu, sebab lepas tu Shaklee nak bawak g jalan-jalan
Shaklee bawak ronda-ronda Kuala Lumpur
Rombongan cik kiah ke Muzium Diraja, Central Market dan Aquaria KLCC
Dah penat-penat berjalan, malamnya dinner di Grand Hyatt Hotel
Welcome Dinner yang bertemakan Fun Fair Nite dari Shaklee, sambil dihiburkan oleh pelawak terkenal Douglas Lim
Balik jer bilik kat hotel, ada surprise gift dari Shaklee atas katil
1 kotak Shaklee Collagen Powder uuu.. terharu aii :)
Suasana National Conference Shaklee di MIECC The Mines yang sangat meriah dan penuh dengan aura yang positif dan bersemangat!
Balik ke bilik untuk siap-siap ke Gala Dinner, ada pulak lagi surprise gift dari Shaklee.
Kali ni pashmina exclusive, design macam brand yang terkenal Burberry tu kan.
Maklumlah, CEO Shaklee Mr Roger Barnett tu kan owner Burberry :)
Tema Gala Dinner kali ni Majestic Nite
Serius ku blur tak tau nak pakai baju apa and malas nak beli baju baru.
Jadinya, pinjam jubah mak yang beli kat Mekah tu je.
Kira ok la kan, janji kenyang :)
Ini sebahagian hadiah dari Shaklee selama 3 hari 2 malam
Berat beg nak mengangkut, tapi i LIKE :)
Siap dapat meal allowance RM 100 lagi tu... best ke best!
Geng yang baru bertemu dan berkenalan di sini.
Geng selfie, geng sembang, geng gelak, geng makan, geng share ilmu.
Baru je kenal tapi mesra macam dah kenal lama.
Zana, Nuyun, Hanny and me Cik Jatt.
By the way, Hanny tu kakak Irine Nadia Marcello blogger yang terkenal tu,
patutla waktu first time tengok tu nampak macam familiar
Kenal kat sini terus jadi geng kamceng :)
I am Star Achiever Award!
Alhamdulillah atas pengalaman ini.
Alhamdulillah dapat merasa percutian 6 bintang secara percuma yang cukup eksklusif ini.
Terima kasih Shaklee, Terima kasih Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment