Saturday 27 June 2015

5 Vitamin Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan


Assalamualaikum

Jerawat oh jerawat..
Bagi yang takde masalah jerawat ni, mungkin korang rasa pelik, kenapa la kami-kami yang ada masalah jerawat ni beria stress bagai bila jerawat mula naik. Jerawat ni mungkin nampak remeh, alaaa, jerawat jer. Tapi, sebenarnya, jerawat ni akan membuatkan seseorang itu akan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Pernah customer saya berkongsi dengan saya, bila pergi rumah saudara atau rakan, beliau rasa malu dengan wajah sendiri, sampai sanggup tidur dengan pakai make-up/bedak untuk tutup jerawat.

Saya sendiri suatu ketika dulu pernah mengalami masalah jerawat yang agak teruk. Memang rasa down sangat. Sebab tu saya suka berkongsi tentang pengalaman saya dan apa yang boleh membantu mereka yang mengalami masalah yang sama. Nasihat saya, banyakkan bersabar, teruskan ikhtiar dan  jangan berputus asa untuk merawat masalah jerawat ni, kerana setiap masalah ada penyelesainnya.

Cuma, bila kita nak selesaikan masalah ni, kenalah betul caranya.
Ramai yang melakukan kesilapan, asyik bertukar-tukar produk kecantikan, dari A ke B, B ke C dan sampaila ke Z. Kononnya, produk kecantikan tu tak sesuai dengan mereka sebab masalah jerawat tak juga selesai, malah ada yang semakin teruk pun ada. Saya dulu pun macam tu tau.

Tahukah anda 70-80% punca masalah jerawat adalah dari dalaman?
Antaranya, masalah hormon, penghadaman, toksin berlebihan, pemakanan, genetik, stress dan sebagainya. Jadi, bila nak rawat dari dalam ni, caranya tentulah melalui pengambilan makanan berkhasiat yang baik untuk perawatan kulit, contohnya pengambilan vitamin tertentu.


Ada beberapa jenis vitamin yang boleh menyembuhkan jerawat pada wajah anda.

5 Vitamin Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

Berikut beberapa jenis vitamin yang boleh dijadikan ubat jerawat.
1. Vitamin A
Retinoid sering ditemukan pada Vitamin A. Retinoid merupakan perawatan jerawat tropikal yang dihasilkan oleh ahli dermatologi.Vitamin A dalam retinoid akan mempercepat pergantian sel dan membantu menjaga pori-pori. Pengambilan vitamin A dalam diet, sebaiknya berasal daripada produk susu dan minyak ikan. Ia sangat baik untuk kulit dan kekurangan nutrisi dari vitamin A sebenarnya boleh menyebabkan jerawat.
2. Vitamin B
Selain baik untuk mengurangkan stress, vitamin B juga dapat meredakan jerawat akibat stress . Beberapa jenis makanan seperti seperti sayuran hijau, daging, susu, telur, biji-bijian dan ikan kaya dengan kandungan vitamin B. Menurut sumber yang diperoleh daripada nutrion.com semua vitamin B memainkan peranan dalam dalam perawatan kesihatan kulit dan membantu menjaga warna kulit agar tetap cerah.
3. Vitamin E
Vitamin E merupakan vitamin yang paling penting untuk perawatan kulit. Dikenali kerana mempunyai kandungan antioksidan yang membantu kulit dalam melawan radikal bebas. Untuk mendapatkan lebih banyak pengambilan vitamin E, makan beberapa jenis bahan makanan seperti kacang, almond, bijirin gandum biji, bunga matahari, dan brokoli.
4. Vitamin C
Vitamin C dan bioflavonoid antioksidan diperlukan paling kurang oleh 300 fungsi metabolisme dalam tubuh manusia. Vitamin C penting untuk memperbaiki sel-sel, melawan infeksi dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Selain itu, bioflavonoid bertindak sebagai anti bakteria dalam tubuh. Untuk melawan jerawat, kita disarankan mengambil vitamin C 1.000 miligram tiga kali sehari.
5. Zink
Walaupun zink termasuk dalam golongan mineral, tetapi ia dapat membantu menyembuhkan kulit dan mencegah jaringan parut yang dapat menyebabkan jerawat. Zink juga bertindak sebagai antioksidan dan mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas. Kekurangan zink boleh menyebabkan jerawat. Zink boleh diperoleh dalam telur, biji-bijian, kacang-kacangan dan cendawan. Pengambilan zink antara 25 sampai 30 mg per hari disarankan untuk mencegah jerawat .

Penggunaan ubat jerawat atau apa sahaja produk menghilangkan jerawat sebaiknya ditukar dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan atau kacang-kacangan yang mengandung vitamin di atas. Nampak macam senang kan, tapi susah sebenarnya. Kita ni, kadang nak ambil sebiji buah sehari pun tak, inikan pula nak makan pelbagai jenis buah dan sayur untuk cukupkan dos vitamin yang kita perlukan.

Cadangan Vitamin Dari Shaklee

Cadangan vitamin semulajadi dari Shaklee ialah Carotomax (Vitamin A), Zinc Complex, Vitamin E, Vitamin C dan B Complex.


Macam saya sendiri, memang tak dapatla nak ambik banyak buah dan sayur setiap hari. Ramia jer macam tu kan, cepat ngaku :)
Sebab tu saya amalkan pengambilan supplements. Supplements pilihan saya of course la dari Shaklee yang sememangnya semulajadi tanpa bahan kimia, mudah diserap dalam badan dan juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Harga pun mampu milik, jimat sangat. Sebotol tu, tahan berbulan-bulan.

Shaklee ni dah lebih 50 tahun dalam pasaran, perkataan vitamin tu pun sebenarnya berasal dari Shaklee tau. Beratus-ratus juta US Dollar Shaklee laburkan setiap tahun untuk pastikan kualiti vitamin di tahap yang terbaik. Kalau baca segala info tentang produk dan company Shaklee ni, memang rasa sangat teruja tau, rasa nak cuba jer semua produk Shaklee.

Ini antara supplements Shaklee yang saya amalkan setiap hari untuk kecantikan kulit dan kesihatan. Ada lagi yang saya ambil, tak muat gambar.
Ada yang saya ambil hari-hari-hari, ada yang saya ambil sekali sekala bila perlu je.
By the way, vitamin Shaklee ni kan, selain untuk makan, boleh juga disapu ke kulit untuk kesan lebih baik. Hahh, yang ni memang best.
Buat customer saya, saya akan share tips exclusive ni nanti.
My customer cakap, masker ni macam magic :)

Semoga tips ni membantu.
Thanks for reading ya :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
.