Sunday, 31 May 2015

Rahsia Kurus Dan Cantik Selepas Bersalin Ibu Hanis Zalikha


Sebelum nak tido, sempat lagi ni update blog..
Tapi tak sempat nak publish semalam, masuk draft dulu, hari ni baru publish.

Tengah dok blogwalking, tiba-tiba terjumpa blog Nani Rostam pulak. Alaaaa, model 80an yang awet muda tu, mak kepada Hanis Zulaikha yang cun tu. Mahal ni tips ni, khas untuk ibu-ibu yang nak maintain cantik dan kurus selepas bersalin.

Kata Kak Nani Rostam (tak gamak nak panggil makcik sebab cun sangat), inilah yang diamalkan beliau selama 7 kali beranak. Wah, 7 anak tu, I is kagum. So, dah jumpa tips ni, takkan saya nak simpan senyap-senyap cantik sorang-sorang, so saya share kat sini eh. Mehla sesama kita amalkan yang mana patut tu :)

Ada iras-iras Hanis Zalikha kan, tapi mudanya lahai...
Kalau cakap kakak pun orang percaya ni :)


Rahsia Kurus Dan Cantik Selepas Bersalin Ibu Hanis Zalikha
Jangan ingat bila kita dah beranak, segala-galanya hanya berkisar pada anak sahaja. Jadi perempuan bukan mudah. Sakit bersalin belum berakhir, macam-macam pantang pulak kena lalui. Beban mengandung masih belum lupa, dah datang beban berpantang pulak.

Tapi kalau nak badan tu cantik, ramping dan sihat seperti sediakala, mahu tak mahu, terpaksa buat apa yang sepatutnya di amalkan oleh ibu-ibu lepas beranak.

1. Air rebusan daun dan herba

Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

2. Bengkung

Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.

3. Jaga pemakanan
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
  • Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
  • Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal. Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak. Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

4. Jaga pergerakan

Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.

5. Pengambilan supplements

Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.
(Wah!! yang ni i is teruja ok sebab orang glemer pun akui kehebatan Shaklee. Memang tak salah lagi pilihan ku selama ni. Kak Nani Rostam ni bukannya pengedar Shaklee pun, tapi dia akui kehebatan Shaklee and share apa yang dia rasa tentang Shaklee)
 
6. Amalkan senaman ringan

Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

Simple tips kan...
Mudah jer nak diamalkan ni, cuma kena dsiplinkan diri la. Takpe, 40 hari jer, lepas tu merdeka dah.
Kata nak cantik and kurus balik lepas bersalin :)

Anda mungkin berminat dengan 7 Tips Memilih Set Berpantang Terbaik dan Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin

No comments: