Assalamualaikum..
Mendengar rakan saya yang baru melahirkan anak baru-baru ni, mengadu tentang masalah bengkak susu, teringat pula kisah saya sewaktu dalam pantang bersalinkan anak sulung saya, kakak Aina Qistina 7 tahun yang lepas. Baru je beberapa hari selepas bersalinkan kakak, tiba-tiba je jadi bengkak susu. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu sampai menangis-nangis.
Dahla anak sulung kan, pengalaman pun takde, nasib baikla berpantang kat rumah mak. Segala macam petua saya cuba, guna sikat la, tuam dengan tuala la, tempek kobis la. Waktu buat petua-petua tu, rasa kurang jugak sakitnya. Tapi sebab dah tak tahan sangat waktu tu, last-last mak saya panggil mak bidan tolong urutkan. Urut sendiri tak jalan. Alhamdulillah, sekali tu je la kena. Lepas tu memang berjaga-jaga betul la. Tak sanggup rasanya nak hadap sakit tu lagi, silap-silap sampai boleh demam tau.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya
sekali mengalami masalah bengkak susu ni kan. Hanya mereka yang pernah mengalaminya
sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara
tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu
tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan
secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah
bengkak susu.
1. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.
2. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila
areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras.
Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam
susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan
tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air
suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan
sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa.
Sabarlah, dan teruskan mencuba!
3. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang
dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan
lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan
pada payu dara.
4. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
5. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada
payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk
menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia
tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu
tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali
sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
6. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di
permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk.
Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada
melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
7. Salah satu cara yang mudah, selamat dan berkesan untuk menghilangkan bengkak susu adalah dengan mengambil supplement Lecithin. Kalau saya dah tau ni 7 tahun lepas, sah-sah dah saya ambil Lecithin ni jer :)
Selain membantu menghilangkan bengkak susu, banyak lagi manfaat lain Lecithin untuk ibu menyusu.
Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu:Selain membantu menghilangkan bengkak susu, banyak lagi manfaat lain Lecithin untuk ibu menyusu.
- Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
- Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu, membantu ibu kurangkan berat badan.
- Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya ibu akan mudah lupa selepas bersalin.
- Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak
Payu dara bengkak adalah tanda yang positif sebenarnya, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Jadi jangan risau ya. It's a part of our breastfeeding journey...
Thanks for reading. Semoga bermanfaat ya :)
No comments:
Post a Comment