Memiliki wajah yang dipenuhi blackhead (bintik hitam) dan whitehead (bintik putih) di wajah boleh mencacatkan kecantikan dan keserian wajah. Jika dibiarkan tanpa dirawat, blackhead dan whitehead ni akan menjadi jerawat yang bermaharajalela di wajah kita, yang akhirnya meninggalkan parut-parut yang hitam atau lebih teruk lagi parut-parut berlubang.
Jadi, jangan ambil ringan masalah blackhead atau whitehead ini. Jom baca antara cara atau tip berkesan untuk mencegah atau menghilangkan masalah blackhead dan whithead ni.
Sebelum tu, kita berkenalan dulu apa itu blackhead dan whitehead dan apakah punca-puncanya.
Apa itu whitehead? Apa itu blackhead?
Blackhead
- Nama dalam perubatan adalah Open Comedo
- Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam
- Kalau kita picit keluar blackhead tu, kita boleh tengok akarnya warna putih, sebab bahagian akar tu tak terdedah dengan udara macam bahagian atas tu.
- Nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo
- Ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan terperangkap di dalam liang pori-pori di muka . "Whiteheads" boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut
Blackhead dan whitehead yang tak dibuang adalah punca jerawat!
Apabila masalah whitehead atau blackhead tidak dibersihkan secepat mungkin, semakin banyak bakteria akan terkumpul, keradangan berlaku, dan akhirnya terjadi JERAWAT.
So. kita mesti menjaga kesihatan dan kebersihan kulit kita, kerana apabila terjadinya JERAWAT, pasti ianya akan meninggalkan bekas-bekas atau PARUT yang mencacatkan keserian wajah.
Punca kenapa wajah banyak blackhead dan whitehead
- Tubuh badan kekurangan air, tidak dapat detox dengan sempurna
- Pengeluaran sebum berlebihan, ini bergantung pada setiap individu. Biasanya orang yang kerap berpeluh berpotensi tinggi mengalami masalah white head dan black head
- Penggunaan makeup atau skincare yang terlalu berminyak. Ramai yang tidak sedar, alat makeup atau skincare harian mereka sebenarnya terlalu berminyak, menyebabkan kulit semakin berminyak dan kadang-kadang minyak dari produk-produk yang digunakan terperangkap/tertinggal di dalam kulit, dan seterusnya terbentuklah blackhead dan whitehead.
- Produk scrub muka terlalu kasar. Sebenarnya menyentai kuat kulit muka dengan scrub yang terlalu kasar dan kerap, bukan sahaja menyebabkan kulit jadi semakin berminyak, kulit jadi rosak..malah kulit akan hilang satu agen semulajadi yang berfungsi mengawal sebum dan menghalang pembentukan black head dan white head.
- Hormon badan. Tak terjadi pada semua orang, seperti yang kita tahu, setiap orang punyai tahap metabolism dan hormon berbeza. Ketidakseimbangan hormon mengakibatkan pengeluaran sebum berlebihan, punca blackhead terbentuk bersama acne.
- Makanan dan persekitaran. Makanan terlalu berminyak, terlalu pedas dikaitkan dengan blackhead dan whitehead. Persekitaran yang tercemar, terutama sekali habuk, juga boleh menyebabkan blackhead dan white
1. Pastikan pengambilan air kosong mencukupi 2-3 liter sehari
2. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pilih pencuci muka yang mencuci secara mendalam.
3. Tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari
4. Elakkan menggunakan makeup atau skincare yang berminyak yang boleh menutup pori-pori kulit muka. Sekiranya menggunakan makeup, bersihkan muka dengan bersih menggunakan pencuci makeup yang sesuai
5. Kawal pemakanan. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Amalkan pengambilan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuklah pengambilan supplements serta vitamin.
Bagaimana Shaklee membantu menghilangkan whitehead dan blackhead
1. Menggunakan pencuci muka yang bagus dan sesuai
Rangkaian pencuci muka dari Shaklee:
- Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
- Enfuselle Purifying Cleansing Gel
- Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover
2. Pengambilan Vitamin/Supplements
Pengambilan vitamin/supplements secara konsisten membantu mengekalkan kesihatan kulit, menstabilkan hormon, mengawal penghasilan sebum/minyak berlebihan, membaiki tekstur kulit, membina sel kulit yang sihat serta menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit.
Antara cadangan supplements yang membantu:
"Blackhead dan whitehead hilang. Kulit makin halus dan glowing!"
Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4
Testimoni 5
Testimoni 6
Testimoni 7
Testimoni 8
Seronok kan. Muka dah bersih, hati pun senang.
Kalau tak, time cuci muka pun stress bila pegang muka mengerutu. Time tengok muka kat cermin, geram pun ada, stress pun ada, sedih pun ada.
Jom hentikan segala stress anda pasal masalah whitehead dan blackhead ni.
Berminat juga nak cuba? Boleh hubungi saya k. Exclusive consultation untuk anda.
No comments:
Post a Comment