Monday, 18 May 2015

Aktiviti Hujung Minggu, D.I.Y Bersama Anak-Anak


Assalamualaikum semua :)

Salam hari Isnin.

Apa aktiviti korang weekend baru ni ye.
Aktiviti mak anak dua ni, macam biasa la, ada je benda nak buat dengan anak-anak.

So, akiviti dengan my daugter kakak Aina Qistina with our little helper Armin Irfan, kitorang buat muffin coklat yang sangat lembut dan gebu. Nanti saya share dekat next entry dengan resipinya sekali k, sebab, actually entry kali ni, saya nak share tentang cerita lain, kisah tentang parenting. By the way, resepi muffin coklat tu kan, senang sangat tau, sangat sesuai buat dengan anak-anak, confirm jadi punya.

Sebelum nak mulakan operasi buat muffin, kita keluar shopping dengan mak tok dulu sat
3 generations, mak tok, mama, and si kecik kakak Aina Qistina

Ok, berbalik kepada cerita utama, korang pernah tak terbaca satu tips dekat blog parenting ni, dah tak ingat blog mana. Tips tu tentang cara mendidik anak-anak tanpa marah-marah, pukul atau menggunakan kekerasan. Oh, i really need this.

Semenjak-dua menjak ni, kadang-kadang tetiba rasa macam jadi Godzilla pulak kat rumah.
Baru dua orang anak pun dah haru-biru. Haha..

Waktu anak-anak kecil lain cabarannya, bila anak-anak dah semakin membesar, lain pulak cabarannya. Kita sebagai ibu bapa ni, kadang-kadang tersasar and hilang sabar jugak.

Saya ni nak nampak je lembut gini, tapi dengan anak-anak tegas. Cuma kadang-kadang tu, rasa bersalah pulak bila asyik marah kakak dengan Irfan. Bila marah tu lupa diri, tapi bila dah cool, tengok balik muka anak-anak, sayu je rasa hati, bergenang-genang rasa mata. Walau macam mana marah sekalipun saya kat anak-anak, saya akan make sure bila dah sama-sama cool, it's time to talk and hug. Biasanya sekejap je dah sama-sama cool. Saya akan explain kenapa saya marah, and tanya anak-anak kenapa buat perangai macam tu, and minta anak minta maaf.

Baru-baru ni, saya terjumpa satu tips dekat blog, tentang macam mana seorang ibu ni, dia guna sticker cute cute untuk rewards anak dia bila anak dia behave. Actually dah lama sebenarnya saya tahu tentang cara ni, tapi entah apasal la tak buat. Bila dah 'nazak' dan rasa makin mencabar tahap kesabaran macam mana nak disiplinkan anak-anak sekarang ni, terjumpa balik tips ni, it triggered me. Wajib buat sekarang.

Tak susah pun nak buatnya, and it looks fun.
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • sticker kecik yang cute cute
  • list of rules dalam bentuk table
Ok, fist step, of course la cari sticker yang cute cute kan. Done, siap dah beli semalam.
Next step, baru prepare list of rules.

By the way, if korang nak cari sticker yang cute cute, anak-anak suka, saya suggest cari dekat Mr D.I.Y. Banyak sangat pilihan yang buat mak budak ni pun tergoda. Harga pun murah sangat, range antara RM 1 hingga RM 3 je.

 Misi mencari sticker cute cute kat sini

 Misi take time sikit sebab rambang mata wehhh!

Ini bukan budak sekolah. Inilah mak anak dua tu.
Gigih pilih stickers, macam pilih baju

 Me with my little cheeky hero Armin Irfan
Misi berakhir dengan jayanya

Sticker dah ready, tinggal lagi nak prepare table je lagi.
Nanti bila dah siap and implement, saya share kat kat sini eh. Stay tune :)

Thanks for reading!

1 comment:

miss eimanhikmah said...

nk tau jugak cmner caranya tu...=)